Grab The Promo
Grab The Promo

Beli unit Bayu Sutera dan Terima Pakej Umrah Percuma 2 Orang

Matrix Concepts Holdings Berhad merupakan pemaju hartanah yang berpangkalan di Negeri Sembilan yang mana Syarikat ini telah memperoleh reputasinya untuk membangunkan hartanah kediaman dan komersil yang berkualiti dan mampu milik sejak penubuhannya pada 1997.

Kini, untuk mempamerkan pertumbuhan menyeluruh Bayu Sutera, Matrix Concepts Holdings Berhad sangat teruja untuk memperkenalkan usaha kediaman terbaru bersama Kempen Umrah eksklusif untuk projek Bayu Sutera di Bandar Sri Sendayan

Beli unit Bayu Sutera dan Terima Pakej Umrah Percuma 2 Orang
Beli unit Bayu Sutera dan Terima Pakej Umrah Percuma 2 Orang

 

Untuk itu Matrix Concepts Holdings Berhad menyediakan pakej Umrah yanag membolehkan umat Islam memenuhi impian seumur hidup mereka untuk menunaikan umrah sambil memiliki rumah di Bayu Sutera.


Beli unit Bayu Sutera dan Terima Pakej Umrah Percuma untuk dua orang, ihsan daripada Matrix Concepts

Ia merupakan kempen unik yang menggabungkan peluang untuk pemilik rumah memiliki rumah di Izara II atau Elonia III @ Bayu Sutera dan dalam masa yang sama berpeluang menunaikan Umrah. Memiliki rumah dalam komuniti sedemikian menawarkan keselesaan dan kestabilan, manakala Umrah memberikan ganjaran dan keberkatan rohani yang besar. Inisiatif ini pastinya bergema dengan mereka yang mencari pemenuhan material dan rohani.


Bayu Sutera Entrance
Bayu Sutera Entrance



Tempoh kempen ini adalah dari 20 Mei 2024 Sehingga 20 Ogos 2024 .

Projek yang terlibat untuk kempen istimewa ini adalah Bayu Sutera 3a (Izara II) dan 4a3 (Elonia III) – Unit Bumi sahaja.

Untuk makluman, Bayu Sutera merangkumi kawasan seluas 216 ekar & fasa pertama pembangunan Bayu Sutera telah dilancarkan pada 2021. 


Bayu Sutera Landscape
Bayu Sutera Landscape

 

Berdasarkan prestasi penjualan pantas fasa sebelumnya telah membuktikan penerimaan meluas produk Matrix Concepts Holdings Berhad. Fasa pelancaran sebelum ini telah dilaksanakan dengan lancar, dengan kejayaan menyiapkan dan penyerahan 963 unit kepada pemilik rumah.

Kini Matrix Concepts Memperkenalkan siri rumah terbaharu di Bayu Sutera, komuniti kediaman tepi tasik yang menggabungkan kehidupan moden dengan ketenangan alam semula jadi. Rumah baharu ini bukan sahaja menawarkan pemandangan tepi tasik yang indah tetapi juga dilengkapi dengan ciri rumah pintar tercanggih bagi memastikan gaya hidup yang selesa, selamat dan terhubung untuk penduduk. Siri rumah terbaru ini adalah Izara II & Elonia III di Bayu Sutera.


Bayu Sutera House Facade
Bayu Sutera House Facade

Izara II @ Bayu Sutera

  • Harta tanah milik bebas
  • Rumah teres dua tingkat
  • Saiz lot 20’ x 70’ (tengah)
  • Binaan 2,315 kaki persegi (tengah)
  • 4 bilik tidur & 4 bilik air
  • 171 unit sahaja
  • Enklaf selamat dengan pagar saat tinggi dan pos pengawal

Kemudahan di Izara II @ Bayu Sutera

  • Taman tasik seluas 3 ekar dengan kemudahan seperti laluan jogging, parcourse, dek plaza, ciri air dan lain-lain.
  • Penghuni akan dapat menikmati kemudahan sendiri seperti taman permainan, gelanggang badminton, parcourse, laluan refleksologi dan lain-lain.

 

Elonia III @ Bayu Sutera

  • Harta tanah milik bebas
  • Rumah teres dua tingkat
  • Saiz lot 20’ x 70’ (tengah)
  • Binaan 2,315 kaki persegi (tengah)
  • 4 bilik tidur & 4 bilik air
  • 38 unit sahaja
  • Enklaf selamat dengan pagar saat tinggi dan pos pengawal

Kemudahan di Elonia III @ Bayu Sutera

  • Penghuni akan dapat menikmati kemudahan sendiri seperti taman permainan, gelanggang badminton, parcourse, laluan refleksologi, buaian, meja berkelah dan lain-lain.

 

Smart Homes Features di Izara II & Elonia III

  • Set kunci digital
  • Modul pencahayaan
  • Aircond IR Blaster
  • Kawalan suara



Bayu Sutera Living
Bayu Sutera Living
 
Istimewanya projek perumahan terbaru Bayu Sutera ini adalah menawarkan reka bentuk rumah moden dan terkini dengan ruang tamu yang serba boleh, susun atur yang dipanjangkan sepenuhnya, bilik tidur yang luas dan bilik mandi en-suite.


Kawasan Kejiranan juga dilengkapi dengan taman khusus buat penduduknya sendiri & ini adalah enklaf yang selamat untuk penduduk seisi keliuarga. Kemudahan ini bagi memastikan ketenangan fikiran untuk semua penduduk. Komuniti disini mempunyai pos pengawal & pagar perimeter di dalam pembangunan.

Untuk info, baru-baru ini Matrix Concepts telah memenangi Anugerah StarProperty untuk  "The Cornerstone Award – Best Landed Development (Excellence) 2024" . Anugerah intimewa ini cukup membuktikan bahawa Matrix Concepts merupakan pemaju hartanah serta jenama hartanah yang dipercayai. Pembeli pastinya tidak perlu ragu-ragu akan kemampuan pemaju ini.


Bayu Sutera Facilities
Bayu Sutera Facilities



Bersama-sama dengan kawasan kediaman, Matrix Concepts juga membangunkan Bayu Biz, yang merupakan hab komersial terkini di Bayu Sutera. Ianya terletak secara strategik di antara jalan kediaman yang sibuk di Bayu Sutera dan kawasan kejiranan di sekitarnya. Bayu Biz bersedia untuk muncul sebagai hab komersil eksklusif yang direka untuk keperluan penduduk. Ianya bakal menjanjikan kemudahan yang tiada tandingan seperti restoran, kafe, klinik, kedai makanan haiwan, farmasi, dan pelbagai lagi perniagaan yang dapat dijalankan untuk keperluan penduduk.

Bukan itu sahaja, penduduk juga dapat memilih atau ke hab komersial berdekatan, termasuk Rumah Kelab d’Tempat Country Club, X Park Sendayan, sekolah Global Matrix, hab Komersil, stesen minyak dan lain-lain.. Ini bagi memastikan pilihan yang luas untuk memenuhi keperluan membeli-belah penduduk.

 

Buat bakal-bakal pemilik perumahan di  Izara II & Elonia III @ Bayu Sutera, kadar bayaran muka disini adalah rendah, yuran guaman percuma, duti setem ke atas SPA dan Pinjaman. Ditambah lagi dengan keahlian rumah kelab percuma di d’Tempat Country Club.


KEMUDAHAN PEMBANGUNAN  DI SEKITAR



d’Tempat Country Club

  • Semua pembeli akan mendapat keahlian kelab percuma di d’Tempat Country Club.
  • Kemudahan yang disediakan di d’Tempat Country Club adalah kolam renang bersaiz olimpik, gimnasium, lorong boling, snuker, bilik wayang, bilik bacaan, gelanggang tenis, gelanggang badminton, pingpong, skuasy, dewan bankuet, bilik mesyuarat, SPA, bar dan kafe.


d’Tempat Country Club
 d’Tempat Country Club

 

Matrix Global Schools

  • Sekolah ini dibina di atas tanah seluas 20 ekar dengan seni bina unik dan reka bentuk dalaman mengikut sekolah klasik Kolonial British, dilengkapi dengan kemudahan dan kurikulum untuk menampung 2,500 pelajar tempatan dan asing.
  • Terdiri daripada Sekolah Swasta Matrix, Sekolah Antarabangsa Matrix dan Pra Sekolah Antarabangsa Matrix.


Matrix Global Schools
Matrix Global Schools

 


X Park Sendayan

  • Bermegah sebagai tempat hiburan terbesar di Negeri Sembilan dengan aktiviti seperti ATV, Go-Kart, flying fox, paintball, memanah, gelanggang futsal, gelanggang badminton dan padang pandu.


X Park Sendayan
X Park Sendayan

X Park Sendayan
X Park Sendayan

Sendayan Merchant Square


Sendayan Merchant Square (Hab Komersial)
Sendayan Merchant Square (Hab Komersial)

 

  • Sendayan Merchant Square Terdiri daripada 163 unit pejabat kedai yang kedudukan lokasinya menghadap ke Carnelian Park, taman awam yang dibina oleh pemaju dalam kawasan komersial untuk ikatan komuniti
  • Ianya Didatangkan dengan tanah seluas 6.4 ekar yang dikhaskan untuk pembangunan pusat membeli-belah kejiranan pada masa hadapan



Pakej Umrah


  • Setiap unit yang dibeli layak mendapat 2 Baucar Tunai Umrah bernilai RM8,000 setiap satu. Bermaksud pembeli akan menerima dua baucer pakej umrah.
  • Perjalanan ke Arab Saudi selama 11 Hari 10 Malam
  • Tiket penerbangan yang disediakan adalah untuk 2 orang, termasuk penginapan hotel, pengangkutan, dan hidangan penuh disediakan untuk kedua-dua Jemaah 3 kali sehari.
  • Lawatan ke Muzium Al Wahyu di Makkah.
  • Turut disediakan Kursus Umrah, Kit Umrah, Air Zam-zam dan Mutawif berpengalaman.
  • Butiran Terma & Syarat boleh dirujuk daripada Agensi Pelancongan yang dilantik iaitu  ‘TH Travel & Services Sdn Bhd

 

Pakej Umrah
Pakej Umrah

 


Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Bayu sutera, klik: umrahbersama.bayusutera.com/4/




Rekaan Praktikal Liyanacollection Menyerlah di Shopee Live

 

 Shopee Live telah menjadi alat perniagaan penting buat Liyanacollection, jenama fesyen Muslimah tempatan yang menawarkan rekaan sedia pakai dengan sentuhan buatan khas. Diasaskan oleh Norliyana Abdul Ghani, seorang pereka fesyen yang belajar sendiri tentang rekaan fesyen dan mempunyai minat mendalam tentang fungsi pakaian, Liyanacollection mengutamakan keselesaan dan kepraktisan untuk wanita Muslimah moden. Pakaian mereka menampilkan rekaan mesra wudhu, mesra penyusuan dengan zip tersorok, dan fabrik berkualiti tinggi dan tebal yang direka elegan — semuanya pada harga yang berpatutan


Rekaan Praktikal Liyanacollection Menyerlah di Shopee Live
Koleksi Raya 2024 Liyanacollection telah dipamerkan di pertunjukan fesyen #ShopeeRaiLokal Raya Stail Kita, yang distrim langsung kepada lebih daripada 70,000 penonton seluruh negara melalui Shopee Live.




Mengintegrasikan Shopee Live ke dalam operasi harian Liyanacollection sejak tahun 2021 terbukti menjadi batu loncatan buat mereka untuk dikenali di Platform Shopee. Semasa penstriman langsung, penonton berpeluang melihat butiran terperinci yang direka khas dalam setiap pakaian. Hos akan menunjukkan bagaimana zip yang tersembunyi dengan bijak pada kedua-dua lengan memudahkan untuk berwudhu dan zip tersorok untuk memudahkan ibu menyusu dan ciri-ciri lain yang menjadikan pakaian ini sesuai untuk pemakaian harian.

Hos mempamerkan kepraktisan pakaian Liyanacollection_ di Shopee Live
Hos mempamerkan kepraktisan pakaian Liyanacollection_ di Shopee Live


Interaksi secara langsung ini amat penting dalam memacu kejayaan Liyanacollection. Ia membolehkan pelanggan melihat kepraktisan dan kecantikan rekaan mereka secara langsung, sekali gus mengukuhkan kepercayaan pelanggan. 



Norliyana menekankan kuasa ketelusan yang boleh dicapai melalui Shopee Live. “Ketelusan membina kepercayaan dan pelanggan setia,"

jelasnya. "Shopee Live membolehkan kami berhubung dengan pelanggan secara langsung, menunjukkan kualiti terperinci rekaan serta menjawab soalan secara langsung. Kepercayaan ini yang memacu kejayaan kami. Kami sangat mementingkan perkhidmatan pelanggan, dan penilaian kedai yang positif adalah penting bagi kami."


Ciri-ciri Shopee Live meningkatkan lagi pengalaman membeli-belah Shopee Live buat penonton Liyanacollection. Penonton boleh menebus Shopee Coins dan baucar pengikut baharu, sementara fungsi "beg oren" membolehkan mereka terus ‘add-to-cart’. Sejak mengintegrasikan Shopee Live, Liyanacollection telah melihat kesan ketara, terutamanya semasa musim kemuncak seperti  Raya, di mana hasil jualan mereka berganda.


Puan Norliyana Abdul Ghani, Pengasas Koleksi Liyana di Pertunjukan Fesyen Stail Kita Raya #ShopeeRaiLokal
Puan Norliyana Abdul Ghani, Pengasas Koleksi Liyana di Pertunjukan Fesyen Stail Kita Raya #ShopeeRaiLokal


Untuk kekal berdaya saing dalam dunia e-dagang yang sentiasa berkembang, Shopee memperkasa Liyanacollection melalui peluang pembelajaran yang berterusan. Ciri platform ini yang memberi fokus kepada perkongsian ilmu dan ketelusan analitik data pengunjung juga membolehkan meraka mengetahui tentang trend semasa dan perkembangan terkini platform. "Perniagaan saya adalah 80% dalam talian, jadi saya sentiasa menimba ilmu tentang perkembangan terbaharu platform ini," kata Norliyana. "Setiap minggu, pasukan saya menyertai kelas dalam talian untuk memahami lebih lanjut dan kekal maklum tentang perkembangan dunia jualan dan beli-belah dalam talian." Universiti Shopee menawarkan kursus percuma dan menyediakan ilmu perniagaan dalam talian penting terutamanya buat penjual baharu.


Liyanacollection telah berkembang dari sebuah usaha dropshipping menjadi perniagaan tempatan yang berjaya dan membawa impak positif kepada komuniti. Dengan hampir 30 pekerja, jenama ini memperkasakan tukang jahit tempatan dengan mengambil mereka di kilang jahit Liyanacollection di Alor Setar, Kedah. Terkini, menawarkan 50 rekaan tersendiri, dengan fokus terhadap pakaian tradisional dan perkahwinan, Liyanacollection meraikan warisan budaya sambil menawarkan wanita Muslimah moden dengan pilihan yang bergaya dan praktikal. Dengan lebih daripada 2000 helai terjual di Shopee, Baju Kurung Brocade LYS Beryna adalah yang terlaris. Liyanacollection merancang untuk melancarkan koleksi pakaian


kasual dan tudung, menunjukkan komitmen mereka untuk mencapai pelanggan yang lebih luas dan kekal relevan dalam arena fesyen Muslimah dalam talian.

Shopee komited untuk memupuk komuniti penstriman langsung dan memacu pertumbuhan e-dagang melalui inisiatif seperti Stream-A-Thon. Program ini membantu ahli Shopee Affiliate baharu memulakan perjalanan penstriman langsung mereka di Shopee Live dengan menawarkan mereka peluang untuk memperoleh sehingga RM3,000 sebulan, menggalakkan mereka berinteraksi dengan penonton dan menyediakan alat serta pengetahuan yang diperlukan untuk berjaya. Dengan menyertai Shopee-A-Thon, ahli affiliate baharu boleh membina pangkalan pelanggan mereka, dan meningkatkan potensi jualan mereka, memastikan permulaan yang kukuh di Shopee Live. Untuk maklumat lanjut, layari: https://shopee.com.my/m/Stream-A-Thon



Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve