Grab The Promo
Grab The Promo

Beli unit Bayu Sutera dan Terima Pakej Umrah Percuma 2 Orang

Matrix Concepts Holdings Berhad merupakan pemaju hartanah yang berpangkalan di Negeri Sembilan yang mana Syarikat ini telah memperoleh reputasinya untuk membangunkan hartanah kediaman dan komersil yang berkualiti dan mampu milik sejak penubuhannya pada 1997.

Kini, untuk mempamerkan pertumbuhan menyeluruh Bayu Sutera, Matrix Concepts Holdings Berhad sangat teruja untuk memperkenalkan usaha kediaman terbaru bersama Kempen Umrah eksklusif untuk projek Bayu Sutera di Bandar Sri Sendayan

Beli unit Bayu Sutera dan Terima Pakej Umrah Percuma 2 Orang
Beli unit Bayu Sutera dan Terima Pakej Umrah Percuma 2 Orang

 

Untuk itu Matrix Concepts Holdings Berhad menyediakan pakej Umrah yanag membolehkan umat Islam memenuhi impian seumur hidup mereka untuk menunaikan umrah sambil memiliki rumah di Bayu Sutera.


Beli unit Bayu Sutera dan Terima Pakej Umrah Percuma untuk dua orang, ihsan daripada Matrix Concepts

Ia merupakan kempen unik yang menggabungkan peluang untuk pemilik rumah memiliki rumah di Izara II atau Elonia III @ Bayu Sutera dan dalam masa yang sama berpeluang menunaikan Umrah. Memiliki rumah dalam komuniti sedemikian menawarkan keselesaan dan kestabilan, manakala Umrah memberikan ganjaran dan keberkatan rohani yang besar. Inisiatif ini pastinya bergema dengan mereka yang mencari pemenuhan material dan rohani.


Bayu Sutera Entrance
Bayu Sutera Entrance



Tempoh kempen ini adalah dari 20 Mei 2024 Sehingga 20 Ogos 2024 .

Projek yang terlibat untuk kempen istimewa ini adalah Bayu Sutera 3a (Izara II) dan 4a3 (Elonia III) – Unit Bumi sahaja.

Untuk makluman, Bayu Sutera merangkumi kawasan seluas 216 ekar & fasa pertama pembangunan Bayu Sutera telah dilancarkan pada 2021. 


Bayu Sutera Landscape
Bayu Sutera Landscape

 

Berdasarkan prestasi penjualan pantas fasa sebelumnya telah membuktikan penerimaan meluas produk Matrix Concepts Holdings Berhad. Fasa pelancaran sebelum ini telah dilaksanakan dengan lancar, dengan kejayaan menyiapkan dan penyerahan 963 unit kepada pemilik rumah.

Kini Matrix Concepts Memperkenalkan siri rumah terbaharu di Bayu Sutera, komuniti kediaman tepi tasik yang menggabungkan kehidupan moden dengan ketenangan alam semula jadi. Rumah baharu ini bukan sahaja menawarkan pemandangan tepi tasik yang indah tetapi juga dilengkapi dengan ciri rumah pintar tercanggih bagi memastikan gaya hidup yang selesa, selamat dan terhubung untuk penduduk. Siri rumah terbaru ini adalah Izara II & Elonia III di Bayu Sutera.


Bayu Sutera House Facade
Bayu Sutera House Facade

Izara II @ Bayu Sutera

  • Harta tanah milik bebas
  • Rumah teres dua tingkat
  • Saiz lot 20’ x 70’ (tengah)
  • Binaan 2,315 kaki persegi (tengah)
  • 4 bilik tidur & 4 bilik air
  • 171 unit sahaja
  • Enklaf selamat dengan pagar saat tinggi dan pos pengawal

Kemudahan di Izara II @ Bayu Sutera

  • Taman tasik seluas 3 ekar dengan kemudahan seperti laluan jogging, parcourse, dek plaza, ciri air dan lain-lain.
  • Penghuni akan dapat menikmati kemudahan sendiri seperti taman permainan, gelanggang badminton, parcourse, laluan refleksologi dan lain-lain.

 

Elonia III @ Bayu Sutera

  • Harta tanah milik bebas
  • Rumah teres dua tingkat
  • Saiz lot 20’ x 70’ (tengah)
  • Binaan 2,315 kaki persegi (tengah)
  • 4 bilik tidur & 4 bilik air
  • 38 unit sahaja
  • Enklaf selamat dengan pagar saat tinggi dan pos pengawal

Kemudahan di Elonia III @ Bayu Sutera

  • Penghuni akan dapat menikmati kemudahan sendiri seperti taman permainan, gelanggang badminton, parcourse, laluan refleksologi, buaian, meja berkelah dan lain-lain.

 

Smart Homes Features di Izara II & Elonia III

  • Set kunci digital
  • Modul pencahayaan
  • Aircond IR Blaster
  • Kawalan suara



Bayu Sutera Living
Bayu Sutera Living
 
Istimewanya projek perumahan terbaru Bayu Sutera ini adalah menawarkan reka bentuk rumah moden dan terkini dengan ruang tamu yang serba boleh, susun atur yang dipanjangkan sepenuhnya, bilik tidur yang luas dan bilik mandi en-suite.


Kawasan Kejiranan juga dilengkapi dengan taman khusus buat penduduknya sendiri & ini adalah enklaf yang selamat untuk penduduk seisi keliuarga. Kemudahan ini bagi memastikan ketenangan fikiran untuk semua penduduk. Komuniti disini mempunyai pos pengawal & pagar perimeter di dalam pembangunan.

Untuk info, baru-baru ini Matrix Concepts telah memenangi Anugerah StarProperty untuk  "The Cornerstone Award – Best Landed Development (Excellence) 2024" . Anugerah intimewa ini cukup membuktikan bahawa Matrix Concepts merupakan pemaju hartanah serta jenama hartanah yang dipercayai. Pembeli pastinya tidak perlu ragu-ragu akan kemampuan pemaju ini.


Bayu Sutera Facilities
Bayu Sutera Facilities



Bersama-sama dengan kawasan kediaman, Matrix Concepts juga membangunkan Bayu Biz, yang merupakan hab komersial terkini di Bayu Sutera. Ianya terletak secara strategik di antara jalan kediaman yang sibuk di Bayu Sutera dan kawasan kejiranan di sekitarnya. Bayu Biz bersedia untuk muncul sebagai hab komersil eksklusif yang direka untuk keperluan penduduk. Ianya bakal menjanjikan kemudahan yang tiada tandingan seperti restoran, kafe, klinik, kedai makanan haiwan, farmasi, dan pelbagai lagi perniagaan yang dapat dijalankan untuk keperluan penduduk.

Bukan itu sahaja, penduduk juga dapat memilih atau ke hab komersial berdekatan, termasuk Rumah Kelab d’Tempat Country Club, X Park Sendayan, sekolah Global Matrix, hab Komersil, stesen minyak dan lain-lain.. Ini bagi memastikan pilihan yang luas untuk memenuhi keperluan membeli-belah penduduk.

 

Buat bakal-bakal pemilik perumahan di  Izara II & Elonia III @ Bayu Sutera, kadar bayaran muka disini adalah rendah, yuran guaman percuma, duti setem ke atas SPA dan Pinjaman. Ditambah lagi dengan keahlian rumah kelab percuma di d’Tempat Country Club.


KEMUDAHAN PEMBANGUNAN  DI SEKITAR



d’Tempat Country Club

  • Semua pembeli akan mendapat keahlian kelab percuma di d’Tempat Country Club.
  • Kemudahan yang disediakan di d’Tempat Country Club adalah kolam renang bersaiz olimpik, gimnasium, lorong boling, snuker, bilik wayang, bilik bacaan, gelanggang tenis, gelanggang badminton, pingpong, skuasy, dewan bankuet, bilik mesyuarat, SPA, bar dan kafe.


d’Tempat Country Club
 d’Tempat Country Club

 

Matrix Global Schools

  • Sekolah ini dibina di atas tanah seluas 20 ekar dengan seni bina unik dan reka bentuk dalaman mengikut sekolah klasik Kolonial British, dilengkapi dengan kemudahan dan kurikulum untuk menampung 2,500 pelajar tempatan dan asing.
  • Terdiri daripada Sekolah Swasta Matrix, Sekolah Antarabangsa Matrix dan Pra Sekolah Antarabangsa Matrix.


Matrix Global Schools
Matrix Global Schools

 


X Park Sendayan

  • Bermegah sebagai tempat hiburan terbesar di Negeri Sembilan dengan aktiviti seperti ATV, Go-Kart, flying fox, paintball, memanah, gelanggang futsal, gelanggang badminton dan padang pandu.


X Park Sendayan
X Park Sendayan

X Park Sendayan
X Park Sendayan

Sendayan Merchant Square


Sendayan Merchant Square (Hab Komersial)
Sendayan Merchant Square (Hab Komersial)

 

  • Sendayan Merchant Square Terdiri daripada 163 unit pejabat kedai yang kedudukan lokasinya menghadap ke Carnelian Park, taman awam yang dibina oleh pemaju dalam kawasan komersial untuk ikatan komuniti
  • Ianya Didatangkan dengan tanah seluas 6.4 ekar yang dikhaskan untuk pembangunan pusat membeli-belah kejiranan pada masa hadapan



Pakej Umrah


  • Setiap unit yang dibeli layak mendapat 2 Baucar Tunai Umrah bernilai RM8,000 setiap satu. Bermaksud pembeli akan menerima dua baucer pakej umrah.
  • Perjalanan ke Arab Saudi selama 11 Hari 10 Malam
  • Tiket penerbangan yang disediakan adalah untuk 2 orang, termasuk penginapan hotel, pengangkutan, dan hidangan penuh disediakan untuk kedua-dua Jemaah 3 kali sehari.
  • Lawatan ke Muzium Al Wahyu di Makkah.
  • Turut disediakan Kursus Umrah, Kit Umrah, Air Zam-zam dan Mutawif berpengalaman.
  • Butiran Terma & Syarat boleh dirujuk daripada Agensi Pelancongan yang dilantik iaitu  ‘TH Travel & Services Sdn Bhd

 

Pakej Umrah
Pakej Umrah

 


Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Bayu sutera, klik: umrahbersama.bayusutera.com/4/




2 comments:

  1. Bestnya beli rumah dapat pakej umrah lengkap. Berbaloi sangat!

    ReplyDelete
  2. Impian semua umat Islam ni...dapat jejak kaki ke Tanah Suci, rezeki betul kalau dapat miliki kediaman idaman lepas tu dapat tunaikan umrah secara percuma. Kalau ada rezeki, mmg nak sgt beli.

    ReplyDelete

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve