Grab The Promo
Grab The Promo

Bagaimana Komuniti Penjual Melonjakkan Kejayaan E-Dagang di Malaysia

Setelah sembilan tahun mencari tujuan dan mengalami kegagalan dalam beberapa perniagaan yang lalu, Mohd Zaid Othman akhirnya menemui kejayaan melalui minatnya terhadap pembuatan lilin pewangi. Pada tahun 2019, beliau melancarkan Lampu Cherita, yang merupakan sebuah kedai lilin pewangi buatan tangan. Namun, pada permulaan perjalanan perniagaan dalam taliannya, Zaid berhadapan dengan pelbagai kerumitan e-dagang dan menghadapi cabaran sebagai penjual e-dagang baharu. Bertekad untuk berjaya, Zaid beralih ke Shopee untuk mendapatkan sokongan dan ilmu pengetahuan yang diperlukan.

Melalui platform e-dagang, Zaid mendapat akses kepada kelas latihan dalam talian percuma yang memperkasakan Zaid dengan kemahiran dan ilmu pengetahuan penting untuk mentransformasikan perniagaannya. Kurikulum ini merangkumi pelbagai bidang penting seperti jualan, pemasaran, dan operasi yang menawarkan strategi praktikal untuk memacu trafik, meningkatkan kadar aktiviti pembelian, dan menguruskan inventori.


Selain daripada kursus-kursus ini, ilmu pengetahuan Zaid juga semakin mendalam melalui program Shopee Xperts di mana sekumpulan pelatih sah dan penjual yang berjaya berkongsi ilmu dan pengalaman mereka bersama beliau. Bimbingan mereka memainkan peranan penting yang membolehkan Zaid mengaplikasikan amalan terbaik dan memaksimakan keberkesanan alatan perniagaan platform. Dengan nasihat berkesan daripada para profesional berpengalaman ini, Zaid melakukan penambahbaikan kepada operasi perniagaannya yang membawa hasil ketara dan dan membuka pintu kejayaan buat Lampu Cherita.

Dalam Zaid aktif dalam kumpulan Facebook ShopeeUni - sebuah komuniti penjual yang rancak berbincang hal e-dagang, beliau menemui rangkaian sokongan yang sangat berharga. Kumpulan ini menjadi sumber inspirasi dan nasihat yang membawakan perspektif baharu yang membantunya kekal maklum tentang trend industri dan mengatasi cabaran. Persekitaran berkolaboratif kumpulan ini merupakan faktor kritikal dalam pertumbuhan dan kejayaannya.


Mohd Zaid Othman, pengasas Lampu Cherita dan salah seorang daripada 17 Shopee Bintang
Mohd Zaid Othman, pengasas Lampu Cherita dan salah seorang daripada 17 Shopee Bintang


Namun, Zaid menghadapi ujian dan cabaran dalam perjalanan perniagaannya. Pada tahun 2021, banjir yang melanda kilang lilin yang juga rumahnya menyebabkan kerosakan bernilai RM100,000. Dalam menghadapi kesulitan ini, beliau menemui semangat melalui komuniti Shopeenya. Rakan seperjuangan penjual dan pelanggannya bekerjasama memberikan sokongan penting dan bergotong-royong membersihkan ruang yang rosak. 

“Bantuan mereka semasa waktu yang paling sukar buat saya meringankan beban yang sangat berat buat saya dan mengingatkan saya tentang ikatan kuat yang telah dibentuk. Pengalaman ini buat saya rasa sangat bersyukur dan komited untuk memberi kembali kepada masyarakat,” kata Zaid.

 

Mohd Zaid Othman (kanan) pengasas Lampu Cherita bersama adik lelakinya Mohamad Hakimi berstrim langsung di Shopee Live
Mohd Zaid Othman (kanan) pengasas Lampu Cherita bersama adik lelakinya Mohamad Hakimi berstrim langsung di Shopee Live



Sifat solidariti dan kemurahan hati ini menunjukkan semangat mendalam dan kesepaduan komuniti e-dagang yang membantu Zaid membina semula perjalanan perniagaannya. Didorong oleh rasa syukur dan dilengkapi dengan ilmu pengetahuan yang telah diperolehnya, Zaid melangkah ke peranan baharu sebagai mentor. Beliau aktif menyertai kumpulan Facebook ShopeeUni dengan berkongsi mesej motivasi, tips praktikal, dan nasihat tentang cara memanfaatkan alat perniagaan Shopee. Pandangannya mengenai strategi pemasaran, penglibatan pelanggan, dan pengoptimuman produk dihargai komuniti ini.

"Saya amat bersyukur atas sokongan yang saya terima ketika saya berdepan dengan pelbagai cabaran dalam menjalankan perniagaan. Kini, saya berasa puas dapat membantu yang lain mencapai kejayaan dengan bimbingan dan dorongan yang juga pernah membantu saya. Menyokong komuniti adalah cara saya memberi kembali dan membantu yang lain berjaya seperti yang telah saya terima sebelum ini," kata Zaid.


Pada tahun 2022, sumbangan Zaid diiktiraf secara rasmi apabila beliau dipilih sebagai salah satu daripada 17 ahli Shopee Bintang. Penghormatan ini menandakan peralihannya daripada seorang penjual yang berjaya kepada mentor dalam program Komuniti Shopee Bintang. Zaid berinteraksi dengan penjual lain melalui acara dalam dan luar talian dan berkongsi kepakarannya melalui sesi bulanan Facebook Live. Beliau menekankan kepentingan untuk sentiasa belajar dengan mengadaptasi trend baharu dan untuk menggunakan sepenuhnya sumber bernilai Shopee Xperts dan Shopee University.

Kisah Zaid adalah bukti kuasa transformasi sokongan komuniti dan pembelajaran berterusan dalam dunia e-dagang. Melalui sumber Shopee dan sokongan yang tidak pernah putus dari rakan seperjuangan penjual, beliau mengubah cabaran kepada perniagaan yang berjaya dan mengambil peluang ekosistem platform untuk membantu orang lain berjaya.


Menyokong Perniagaan Tempatan Melalui Perkongsian Strategik


Bagi Shopee, memacu ekonomi digital Malaysia bukanlah sekadar menyediakan alat perniagaan dan memupuk komuniti penjual yang dinamik; ianya jugalah adalah tentang kerjasama yang berkesan yang boleh memperkuatkan sokongan terhadap PMKS tempatan. Mengenalpasti usaha kolaboratif dengan agensi kerajaan dan pihak berkepentingan utama adalah penting, Shopee meningkatkan peranannya dalam memperkasakan penjual melalui kerjasama strategik dengan agensi kerajaan.

Program seperti Pupuk@Shopee dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang bertujuan untuk melatih dan memperkasakan penjual e-dagang luar bandar melalui kelas Shopee University telah dijalankan di pusat internet luar bandar MCMC. Kelas-kelas ini telah memacu jualan sebanyak RM55 juta untuk 29,000 penjual tempatan yang meningkatkan pendapatan harian purata mereka sebanyak 22% tahun ke tahun. Selain itu,  melalui Program OKU Celik Digital dengan kerjasama Kementerian Komunikasi, 500 penjual OKU tempatan dapat belajar cara mengemudi pasaran digital melalui sesi latihan yang dijalankan oleh Shopee.

Mohd Zaid Othman (belakang, dua dari kiri) bersama peserta bengkel Shopee
Mohd Zaid Othman (belakang, dua dari kiri) bersama peserta bengkel Shopee



“Di Shopee, komitmen kami lebih daripada menyediakan alatan perniagaan. Kami percaya dengan kepentingan komuniti dan memupuk perkembangan komuniti untuk membantu penjual tempatan berjaya dalam era digital. Kami berusaha membantu memenuhi potensi penuh mereka yang memacu ekonomi digital Malaysia dengan menyediakan sumber penting kepada PMKS dan membina komuniti penjual yang kukuh. Dengan usaha bersama, kita dapat membawakan impak yang berkekalan dan meningkatkan pertumbuhan usahawan kita,” kata Tan Ming Kit, Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data di Shopee Malaysia.



8.8 Festival Shopee Live: Tawaran dan Hiburan Tanpa Henti!

Bermula 26 Julai hingga 11 Ogos, nikmati extravaganza membeli-belah dengan harga terendah, tawaran hebat, dan hiburan tanpa henti di Shopee Live! Untuk menjadikan pengalaman membeli-belah anda lancar dan menyeronokkan, Shopee mempunyai beberapa ciri hebat khas untuk anda.

Sekiranya anda Berubah fikiran terhadap produk yang telah anda beli? Tiada masalah! Dengan polisi 15 Hari Pemulangan Percuma, anda boleh mengembalikan item yang anda beli dengan mudah tanpa soal. termasuk disebabkan ‘Ubah Fikiran’. Selain itu, pihak Shopee tahu betapa pentingnya penghantaran tepat waktu, jadi jika pesanan anda tiba lewat, anda akan diberikan baucar RM5 melalui program Jaminan Tepat Waktu Shopee. Belanja lebih tanpa risau dan nikmati perkhidmatan penghantaran yang boleh dipercayai.


8.8 Festival Shopee Live: Tawaran dan Hiburan Tanpa Henti!


Mengapa Anda Akan Suka 8.8 Festival Shopee Live


Penghantaran Percuma Tanpa Perbelanjaan Minimum

Kini anda boleh Ucapkan selamat tinggal kepada yuran penghantaran! Semasa 8.8 Festival Shopee Live, setiap hari anda boleh menikmati penghantaran percuma ke atas semua pembelian anda tanpa keperluan perbelanjaan minimum! Bukan itu sahaja, sepanjang bulan Ogos, anda boleh menikmati pembelian barangan Fesyen & Kecantikan dengan baucar Penghantaran Percuma yang diperbaharui setiap hari pada jam 12 tengah hari. Hanya tebus baucar dan membeli-belah sepuas hati!

Diskaun Sehingga 70% di Shopee Live

 Setiap hari dan sepanjang hari, anda boleh dapatkan diskaun sehingga 70% ke atas jenama dan penjual kegemaran anda setiap kali anda membeli melalui Shopee Live. Temui penemuan baru dan jimat banyak sambil menikmati strim langsung yang menghiburkan. Pada 8 Ogos, nikmati lebih banyak baucar, jadi anda boleh berjimat besar pada bulan ogos ini.

SPayLater dengan Caj 0% Hingga 3 Bulan

Ingin beli sekarang dan bayar kemudian? Nikmati SPayLater tanpa caj sehingga tiga bulan. Pengguna baharu boleh mendapatkan diskaun RM20 tanpa perbelanjaan minimum, sementara pengguna sedia ada boleh menikmati diskaun RM20 dengan perbelanjaan minimum RM130. Baucar SPayLater khas ini hanya tersedia pada 8.8, jadi anda boleh membeli lebih tanpa risau!

Nikmati Diskaun Terbesar dan Tawaran Menarik

Nikmati diskaun besar sehingga 80% untuk barangan kegemaran anda dari 26 Julai hingga 11 Ogos. Mulakan dengan 8.8 Kick-Off Deals dan dapatkan penjimatan tambahan dengan Baucar Sepanjang Hari dari 26 Julai hingga 7 Ogos. Dari 1-8 Ogos, nikmati tawaran hebat di Shopee Live dengan harga terendah dan barangan edisi terhad bermula pada pukul 8 malam pada 7 Ogos. Dapatkan Tawaran Knockout dengan diskaun terbesar pada harga RM8 dan RM88 sahaja. Maksimumkan penjimatan anda dengan menggunakan Baucar 8.8 dan menggabungkannya dengan baucar penghantaran percuma. Dari 9-11 Ogos pula, tandakan kalendar anda untuk After-Party 8.8 dan nikmati diskaun lanjutan.

Ayuh Kemeriahan dengan Acara Khas


8.8 Shopee Live BATTLE: Menangi Tunai RM1,000 dan Produk Baseus

Sertai Permainan Shopee Live yang ditaja oleh Baseus yang berlangsung setiap hari pada pukul 8 malam dari 1 Ogos. Permainan yang menarik ini menampilkan sesi jualan dengan harga kompetitif dan sesi permainan dengan selebriti jemputan. Penonton boleh mengundi pasukan kegemaran mereka dan memenangi Shopee Coins. Selain itu, seorang pemanggil bertuah akan memenangi tunai RM1,000 dan produk Baseus dengan menjawab soalan berkaitan kempen 8.8. Tonton Pertarungan Shopee Live 8.8 pada pukul 8 malam dari 5-7 Ogos untuk peluang mengumpul kod baucar dan memenangi baucar eksklusif sehingga RM50 untuk digunakan pada 8 Ogos!

Lebih Seronok dengan Shopee Video

Nikmati video pendek yang menarik daripada pencipta kandungan di Shopee Video. Tonton video, tebus Shopee Coins, dan nikmati baucar diskaun 80% tanpa perbelanjaan minimum untuk pembelian melalui Shopee Video.

8.8. Shopee Live Festival menawarkan tawaran yang tiada tandingan, penghantaran percuma untuk semua pesanan, dan ciri menarik seperti SPayLater tanpa caj sehingga 3 bulan. Sertai keseronokan dengan 8.8 Shopee Live BATTLE, dan banyak lagi. Beli dengan yakin dan nikmati penjimatan hebat dari sekarang hingga 11 Ogos di Shopee Live!




Layari https://shopee.com.my/m/8-8 sekarang!



Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve