Grab The Promo
Grab The Promo

Terima Panggilan Biro Aduan Pengguna - Tak Datang Pejabat Dalam Masa 30 Minit Nombor Kena Block

Baru tadi jam 11.58 am 22 Oct 2024 iena terima panggilan katanya dari Biro aduan pengguna. Dia kata dia dapat aduan mengatakan nombor talifon iena telah menyebar judi. Katanya nombor iena ada orang buat laporan membuat penyebaran judi jadi dia call untuk suruh iena datang pejabat Hq untuk buat laporan.

Dalam masa 30 minit jika tidak hadir nombor talifon iena akan disekat. Sebelum dia kata nombir disekat dalam masa 30 minit jika tak sampai. Cik iena minta details dia.

Nama : Thiyashini a/p perumal dari biro aduan pengguna, iena minta IC number dia tak bagi , dia bagi nombor staff H143288  .

Dia minta pergi HQ, iena minta alamat dia sebut tak jelas. Iena dengar Tower 2, Suara kuat tapi cakap tak jelas. Bunyi tah apa apa bunyi dia cakap. Bila iena cakap tak jelas apa awak cakap. Awak Whatsapp alamat HQ, Dia jawab tak boleh whatsapp. Hanya boleh bagi tau melalui talifon sahaja.

Then dia cakap kalau cik tak datang HQ dalam masa 30 minit. Nombor talifon CIk akan disekat. Bila dia cakap macam tu iena rasa pelik. Iena matikan talian. 6 minit jugak iena yang soal jawab dia. Nama apa, ic semua tapi sebab dia cakap tak jelas kene ulang ulang.

iena tanya sebab sekarang dekat Telegram kan banyak scam. Orang boleh log nombor kita hantar mesej. Itu yg merisau kan iena kalau2 nombor kena hack tanpa kita ketahui. Bila dia cakap 30 minit tak sampai nombir kene sekat. Ini sangat sesuatu.

iena pun google Biro Aduan Pengguna, jumpa https://www.kpdn.gov.my/index.php/ms/kepenggunaan/hak-pengguna/aduan-pengguna. Sangat pelik ok, so iena rasa itu scam. Selepas 30 minit number iena masih boleh digunakan. Ya memang scam.

Lagi lagi iena jumpa artikel ni, situasi sama 30 minit tak datang nombor kene block. Dia ugut. Sama macam iena dia ugut macam tu.

Waspada panggilan telefon pegawai SKMM palsu

nombor dia call guna nombor HP 0185528030

Terima Panggilan Biro Aduan Pengguna - Tak Datang Pejabat Dalam Masa 30 Minit Nombor Kena Block




0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve