Pada 5 Disember 2015 yang lepas, Cik iena di jemput ke The `Secret Affair’ party yang dianjurkan oleh Clothes Buffet Malaysia dengan kerjasama Elementum, Kelana Jaya sebagai Penaja tempat , Lab Vamor sebagai penaja rasmi Hairstylist and Make-up Artist , Moiz Photography sebagai penaja photographer, Poh Kong Sebagai penaja hadiah berjumlah RM 2,000, Neesya Skin Care sebagai penaja Goodies Bag, Sothys Malaysia sebagai penaja Goodies Bag, Lily Sdn Bhd Sebagai Penaja Goodies Bag,
Insya
Allah cik iena akan sertai sekali lagi walaupun kali ni perlu bayar .
Cik iena tak puas ber clothes buffet shopping tempoh hari. Nak cuba
sekali lagi kalau boleh nak muatkan lebih dari 8 helai baju pada Season 3 of Clothes Buffet Malaysia 26 dan 27 March 2016 nanti.
Untuk
pengetahuan anda, rekod terbanyak adalah 21 helai pakaian . Wahhhhhh
banyak kan. Kalau dia boleh takkan kita tak boleh kan. Ahhaaa menarik
sangat. Kepada penggemar shopping dan fashion jom sertai cik iena
sama-sama ber buffet shopping. Baca sampai habis nanti cik iena akan
kongsikan tips-tips nak ber Clothes Buffet Shopping ni. Haa ni dari
pengalaman dan hasil perbincangan dengan rakan-rakan blogger yang lain.
Okay cik iena nak cerita pengalaman The `Secret Affair’ party tempoh hari, mula-mula sampai cik iena agak kebosanan sebab masih tak jumpa rakan blogger yang cik iena kenal. kebanyakan dari mereka adalah blogger-blogger cina. Hanya cik iena seorang muslimah blogger gituh. Rasa bertuah sangat sebab di jemput. Ahaa Muslimah fashionista gituh (^_~)
Setelah misi 15 minit bermula barulah cik iena ternampak rakan blogger yang dikenali iaitu Syafiera Yamin. Okay ada geng. Bila dah jumpa geng memang meriah lah kan. Kami sama-sama menyumbatkan baju-baju dalam zip lock back sehingga penuh.
Salah satu tips , perlukan seorang rakan untuk membantu menolak pakaian ke dalam sambil membuang angin yang berada dalam zip lock bag tersebut. Cik iena dan ira sama-sama cuba memuatkan pakaian-pakaian yang di pilih . Tapi kami tak berani nak sumbat banyak-banyak kalau pecah kan dah rugi.
Yang paling lawak, kami ingat ini cuma game. Haa itu lah cik iena sibuk selfie selfie tak dengar penerangan betul-betul rupa-rupanya apa yang kami pilih, baju yang kami muatkan dalam zip lock bag tersebut kami boleh bawa balik. sama seperti konsep shopping clothes buffet tu lah.
Kami di beri peluang rasa clothes buffet tu, pakaian yang kami kaut tu boleh di bawa balik. Alhamdulillah beruntung sangat. Terima kasih banyak-banyak Clothes Buffet Malaysia :)
Okay ini adalah baju yang sempat cik iena ambil dan masukkan dalam zip lock bag
8 helai sahaja
Jom tengok baju apa yang sempat cik iena ambil.
hehe sebenarnya tak tau lagi yang cik iena ambik ni bakal di bawa pulang.
So cik iena ambil asal boleh je
Banyak lagi baju-baju yang menarik
(^_~)
Setelah Selesai sesi 15 minit memilih baju . Kami para blogger di kehendaki untuk memilih salah satu baju yang di pilih untuk di suai padankan dengan aksesori dan untuk photoshoot. Kali ini cik iena memilih blaus bewarna hitam kerana cik iena rasa warna ni je yang sesuai dengan tudung bunga-bunga cinta cik iena yang warna warni beserta seluar bewarna mustard dan inner baju bewarna pink. Ahaa so colour block lah cik iena. Okay bawah ni pakaian asal cik iena.
Si colur block yang sentiasa yakin dengan pilihan warna kontra (^_~) |
Baju cik iena tu lengan tiga suku so cik iena pakai inner pink sebab match dengan tudung yang ada warna pink. Okay jom tengok setelah ber buffet shopping cik iena dah transform baju lain :)
Eh tunjuk akseori yang perlu di pilih dulu
cik iena memilih gelang bewarna hitam |
cik iena memilih belt bewarna pink |
prop yang perlu di gunakan untuk photoshoot |
Dan hasilnya
Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Okay bawah ni gambar full,
lalallala colour block betulkan
seluar mustard colour,
ada pilihan seluar tapi agak ketat so cik iena tak ambil
tak berapa sesuai so pakai je seluar cik iena ni
Muah Poh Kong ;) |
TIPS MENDAPATKAN PAKAIAN YANG BANYAK SEMASA CLOTHES BUFFET
- Potong kuku sebelum menyertai clothes buffet kerana kuku yang panjang boleh merosakkan plastik anda dan anda memerlukan RM20 untuk menggantikan plastik atau zip lock bag yang baru
- pilih sebanyak mana baju yang ada inginkan selama lebih kurang 10 minit.
- asingkan baju mengikut keutamaan
- 5 minit terakhir di gunakan untuk menyusun baju di dalam zip lock back
- Lipat atau gulung baju tiga atau empat helai sekali lipatan atau gulungan
- masuk ke dalam ziplock bag, buang udara di dalam zip lock back untuk memuatkan lipatan seterusnya
- setiap kali masukkan lipatan atau gulungan yang baru tekan tekan plastik untuk membuang angin di dalam plastik tersebut. Ada yang membuang angin dengan menyedut menggunakan mulut. terpulang pada anda :)
- Sekiranya masih ada kekosongan untuk memuatkan baju. Cari dan sumbat lagi okay, caranya buang angin dalam zip lock bag tersebut.
- seeloknya pergi dengan sahabat. Kalau berdua boleh tolong untuk proses memudat dan membuang angin. Maksudnya dua-dua tu kene bayar RM150 dan masuk serentak.
setelah selesai the secrect affair party, ini adalah barangan yang cik iena bawa pulang. Terima kasih semua |
The `Secret Affair’ party ini telah di taja oleh
1. Elementum & Lab Vamor
- Elementum sebagai penaja lokasi The `Secret Affair’ party
- Lab Vamor sebagai penaja make up dan hair stylish
elementum space |
2. Poh Kong Malaysia
- Hadiah terkumpul bernilai RM2000
poh kong malaysia |
3. Neesya Skin Care
- Sebagai Penaja Goodies bag
Neesya Skin Care |
Neesya Skin Care |
4. Sothys Malaysia
- sebagai penaja goodies bag
Sothys Malaysia |
5. Lily Sdn Bhd
- Sebagai Penaja Goodies Bag
- Payung ni sangat best sebab ada kipas tau . tapi rugi sangat payung cik iena dah kene kidnap. Tercicir masa topup touch n go. Datang balik dah takde T_____T
payung yang awesome dari Lily Sdn Bhd |
- Sebagai penaja makanan
garsa kitchen |
Kepada anda di luar sana jangan lupa tau season 3 clothes buffet malaysia yang akan diadakan pada 26 & 27 March 2016 bertempat di Lot 10 Bukit Bintang
pada pukul 9.50 am hingga 9.00pm
Untuk maklumat lanjut dan pembelian pass
sila layari
Website: www.clothesbuffet.com.my
Facebook:www.facebook.com/ malaysiaclothesbuffet
Instagram : https://www.instagram.com/clothesbuffetmalaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/clothesbuffetmalaysia/
Nukilan,
|