Frenz Hotel Kuala Lumpur merupakan Hotel 3 bintang yang terletak di tengah kota Kuala Lumpur. Terletak di kawasan Golden Triangle yang mempunyai tempat membeli-belah seperti SOGO, Kedai-kedai Tudung seperti Muaz, CK Rahim, tempat bersejarah seperti Dataran Merdeka, Banggunan Sultan Abdul Samad, Gedung kain seperti Kamdar, Gulatis, Jakel, Hypermarket seperti LuLu Hypermarket dan banyak lagi tempat menarik berdekatan Frenz Hotel.
Ianya sangat strategik untuk anda yang gemar membeli-belah. Hotel ini sangat sesuai untuk pelancong yang ingin membeli belah. Akan tetapi hotel ini amat sukar untuk mencari tempat letak kenderaan.
Lokasi sangat dekat dengan kedai-kedai , mudah untuk membeli belah juga menenangkan fikiran bersantai melihat penyanyi jalanan yang memberi persembahan.
Kesemua lokasi menarik berdekatan dan lokasi membeli belah adalah mudah diakses. Anda hanya perlu jalan kaki sahaja bagi melancarkan lagi pergerakan anda. Di tengah kota ni naik kereta boleh kata cari masalah kerana jalan pastinya sesak. Dengan jarak yang sangat dekat adalah lebih baik berjalan kaki sahaja.
Harga Serendah RM80
Harga di Hotel ini bermula dari serendah RM80 sehingga RM250 satu malam untuk hari biasa . Manakala harga bermula dari serendah RM90 sehingga RM270 satu malam untuk hujung minggu.
Terdapat 7 Jenis Bilik untuk anda Pilih iaitu
Standard Single Room with Window No View(1 katil single)
Superior Double Room No Window (1 katil double)
Deluxe Double Room with Window No View (1 katil double)
Deluxe Twin Room with Window No View (2 katil single)
Bilik Deluxe Family dengan Tingkap (1 katil single dan 1 katil double besar)
Deluxe Suite with Window No View (Bilik tidur :1 katil double- Ruang tamu:1 katil sofa)
Deluxe King Room with Window View (1 katil double besar)
Review Deluxe Twin Room with Window No View (2 katil single)
Baru-baru ini , beberapa hari sebelum ramadan, CIk iena ada menginap di Frenz Hotel sebab Cik iena pergi Sogo Members Day dan juga shopping di jalan TAR . Alang alang stay dekat Frenz hotal Cik iena juga jalan-jalan di dataran merdeka , Banggunan Sultan Abdul Samad , Masjid Jamek dan kedai-kedai di JAlan TAR. Cik iena juga berkesempatan ke pasar malam hari sabtu di Jalan TAR.
Bilik yang bersih dan kemas serta lengkap dengan kelengkapan bilik hotel seperti Penghawa dingin, Flat Screen TV, iron, iron board, sejadah, wardrobe, hanger,kettle, air mineral, cawan , minuman 3 in 1, hair dryer, water heater (rain shower & hand shower).
Selesa sangat tidur dekat sini sebab katil, tilam dan selimut sangat selesa. Urusan check in pun mudah.
Cuma masalah disini Parking. Perlu parking di tempat lain sebab parking depan hotel sangat terhad.
Sebelum ni Cik ien dapat parking depan hotel tapi kawan tak dapat. Kawan Cik iena parking sebelah Swiss Hotel. Ada kawasan paarking persendirian.
Diskaun Sehingga 10% Untuk Penginapan Kedua
Istimewa buat pelanggan, terdapat diskaun sehingga 10% untuk penginapan kedua di Frenz Hotel.
Diskaun 10% di Frenz Bazar
Selain itu disini juga terdapat bazar yang menjual kain dan baju raya yang di panggil Frenz Bazar. Istimewanya di Frenz Bazar, pelanggan Frenz Hotel akan dapat diskaun 10% jika membeli belah di Frenz bazar. Anda cuma perlu memaklumkan pada peniaga yang anda adalah pelanggan hotel.Bukan itu saja, sempena ramadan ni ada lucky draw buat pelanggan hotel.
Ramadan Promotion Lucky Draw
-EXTRA CHECKOUT TIME DURING THE WEEKDAYS
-FREE BREAKFAST (x2)
-5% OFF FOR 2 NIGHTS STAY
2ND CHANCE SPIN AGAIN (x2)
-FREE ROOM UPGRADE
-RESTAURANT GIFT CARD
-5% OFF YOUR NEXT STAY
MEnarik kan promosi dekat Frenz Hotel ni. Jadi anda boleh rancang itinerary membeli belah anda. Semasa CIk Iena bermalam selama dua malam di Frenz Hotel rasa tak cukupuntuk terokai semua tempat menarik dan tempat membeli belah disini kerana terlalu banyak kedai untuk dikunjungi.
Sebenarnya banyak tempat iena pergi tapi tak ambil gambar sangat. Video ada boleh tengok video.
Okay utk maklumat lanjut boleh terjah sosial media mereka
@hotelfrenz
https://www.instagram.com/hotelfrenz/
Untuk Booking Sila hubungi Frenz Hotel sekarang di talian:
📳+60 12-211 5911
☎️+60 3-2693 7878
Alamat
📍135, Jalan Tuanku Abdul Rahman, City Centre, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Mencari penginapan yang selesa pada harga yang berpatutan sememangnya
antara aspek penting yang perlu diutamakan ketika hendak bercuti
terutamanya bersama keluarga tercinta. DIsini Cik iena ingin kongsikan
pengalaman Cik iena menginap di Shore House Port Dickson pada tanggal 6
- 8 Januari 2023.
Shore House Port Dickson
Shore House The best villas in Port Dickson
Shore House Port Dickson merupakan penginapan yang berkonsepkan Homestay. Lokasinya yang terletak di persisiran pantai Port Dickson menjadikannya ianya lokasi yang sangat strategik untuk anda bercuti bersama keluarga mahupun bersama teman dalam kumpulan yang ramai.
Shore House The best villas in Port Dickson
Shore House menawarkan 7 villa dengan dekorasi hiasan dalaman yang berlainan konsep untuk anda bermalam. Setiap villa pula boleh menempatkan sehingga 18-20 orang dengan kemudahan asas sebuah rumah yang pasti akan membuatkan anda seperti berada dirumah sendiri.
Setiap villa mempunyai dapur yang lengkap untuk anda memasak jadi ianya sangat sesuai untuk berkumpul bersama keluarga. Tambahan lagi terdapat Wifi percuma disediakan.
Artikel kali ini Cik iena akan kongsikan review dua villa yang cik iena bermalam di Shore House Port Dickson baru-baru ini iaitu Villa Meranti dan Villa Bunga Raya.
Villa Meranti Shore House Port Dickson
Hari pertama Cik iena bermalam di Villa Meranti. Villa ini terletak berhadapan pantai. Cik iena suka view pantai di villa ini. Dari balkoni bilik dan ruang tamu boleh nampak view pantai yang cantik. Buka je langsir terus nampak view pantai.
Villa Meranti Shore House Port Dickson
Villa Meranti Shore House Port Dickson
Ruang tamu yang sangat besar dan sangat sesuai untuk berkumpul beramai-ramai. Boleh lakukan aktiviti didalam rumah mahupun diluar rumah kerana laman di luar rumah juga sangat besar. Villa ini mempunyai hiasan dalaman yang simple tetapi tetap cantik dan menenangkan. Bila anda jejak kan kaki di Villa ini memang akan rasa good vibes.
Untuk Villa Meranti, penginap boleh mandi di Sharing Swimming pool yang disediakan berhadapan pantai.Villa ini mempunyai 4 bilik yang mempunyai dua katil Queen yang mana ianya boleh memuatkan 4 orang dewasa dengan selesa didalam setiap bilik. Manakala terdapat 1 bilik yang mempunyai dua katil single.
Jenis Katil Villa Meranti
4 Bilik dengan 2 katil Quen untuk setiap bilik
1 Bilik dengan 2 katil Single
Villa Meranti Shore House PD - Bilik Atas
Villa Meranti Shore House PD - Bilik Atas
Villa Meranti Shore House PD - Bilik Atas
Villa Meranti Shore House PD - Bilik Atas
Villa Meranti Shore House PD - Bilik Atas
Villa Meranti Shore House PD - Bilik Atas
Jika ada diantara ahli keluarga anda yang sakit, yang tidak boleh menaiki tangga Villa ini sesuai kerana ada satu bilik dengan dua katil single dibahagian bawah.
Villa Meranti Shore House PD - Bilik bawah
Dengan berkonsepkan homestay pastinya terdapat kemudahan memasak di Villa ini. Villa ini mempunyai dapur yang lengkap dengan dapur gas, gas, peti ais, kettle, oven dan juga kelengkapan lain seperti sudu, pinggan, garfu , periuk dan lain lain lagi.
Dapur Villa Meranti Shore House PD
Dapur Villa Meranti Shore House PD
Dapur Villa Meranti Shore House PD
Selain daripada itu terdapat juga kemudahan BBQ, anda cuma perlu bawa arang dan juga kipas serta bahan untuk dibakar pastinya.
Permandangan matahari terbit di Villa Meranti Shore House PD
VLOG SHORE HOUSE PORT DICKSON
Sharing Swimming Pool di Shore House Port Dickson
Swimming pool di Shore House terletak berhadapan pantai. Lokasi kolam renang ini sangat cantik berlatarbelakangkan pantai dengan pokok pokok kelapa. Cik iena suka sangat view di kolam renang ini.Cik iena sempat mandi diwaktu malam pada hari pertama. Hari pertama selepas check ini dan ambil gambar serta video cik iena bawa keluarga makan malam di luar jadi tak sempat mandi kolam .
Sharing Swimming Pool di Shore House Port Dickson
Sharing Swimming Pool di Shore House Port Dickson
Sharing Swimming Pool di Shore House Port Dickson
Sharing Swimming Pool di Shore House Port Dickson
Hiking di Bukit Batu Putih
Sekiranya anda suka akan aktiviti mendaki bukit. Anda boleh mendaki di Bukit batu putih. Terletak berhampiran Villa ini. Terdapat dua cara untuk ke titik permulaan pendakian iaitu dengan menaiki kereta atau pun menaiki bot. Cik iena dan rakan-rakan pergi menaiki kereta kerana kami pernah mendaki di Bukit Batu Putih Sebelum ini.
Selesai mendaki, Cik iena dan rakan-rakan sarapan di warung berhampiran Shore House PD. Warung ini betul betul terletak di simpang masuk utama Shore House. Kemudian kami ke pekan untuk membeli bahan basah dan kering untuk makan tengah hari, BBQ dan juga sarapan pagi untuk keeseokan harinya.
Review Villa Meranti Shore House Port Dickson
Sharing Swimming Pool di Shore House Port Dickson
Secara keseluruhannya review mengenai Villa Meranti Shore house PD Cik iena beri 10/10 Kerana Cik iena sangat puas hati dengan kondisi bilik,
kemudahan-kemudahan lain dan juga layanan pekerja disini. Selain
daripada itu ruang tamu yang sangat besar dan selesa denga view pantai juga merupakan faktor utama kenapa cik iena suka Villa ini. Dapur juga lengkap untuk memasak serta mempunyai pinggan mangkuk yang banyak.
Rating Villa Meranti Shore House Port Dickson
10/10
Villa Bunga Raya Shore House Port Dickson
Pada keesokan harinya iaitu hari kedua Cik iena bermalam di Villa Bunga Raya.. Setelah selesai hiking di Bukit batu Putih, sarapan dan membeli bahan basah dan kering untuk memasak. Setibanya Villa, Cik iena dan kawan-kawan terus bersiap untuk check out dari Villa Meranti dan check in di Villa Bunga raya.
Ruang Tamu Villa Bunga Raya Shore House Port Dickson
Daour Villa Bunga Raya Shore House Port Dickson
Celebrate birthday di Villa Bunga Raya
Ruang makan kecil Villa Bunga Raya Shore House Port Dickson, ada ruang makan besar, irna lupa ambil gambar boleh tengok ideo vlog iena ya
Ruang makan Villa Bunga Raya Shore House Port Dickson
Sama seperti Villa Meranti, Villa Bunga Raya boleh menempatkan 18-20 orang dengan selesa. Namun ruang tamu disini lebih kecil berbanding Villa Meranti tetapi Villa bunga raya mempunyai kolam renang peribadi / Private swimimming pool dihadapan villa.
Jenis Katil Villa Bunga Raya
4 Bilik dengan 2 katil Quen untuk setiap bilik
1 Bilik dengan 1 katil Single
Bilik atas di Villa Bunga Raya Shore House Port Dickson
Bilik atas di Villa Bunga Raya Shore House Port Dickson
Bilik atas di Villa Bunga Raya Shore House Port Dickson
Bilik atas di Villa Bunga Raya Shore House Port Dickson
Bilik atas di Villa Bunga Raya Shore House Port Dickson
Villa Bunga Raya Shore House Port Dickson
Hiasan dalaman Villa Bunga Raya lebih hipster berbanding Villa Meranti . Dari segi hiasan dalaman Cik iena suka Villa Bunga raya tetapi dari segi keluasan rumah dan view cik iena lebih suka Villa Meranti.Walaupun ruang tamu lebih kecil berbanding Villa Meranti namun susun atur perabut yang cantik dan kemas membuatkan villa ini terasa lebih unik.
Sama seperti Villa meranti, villa bunga raya juga mempunyai kelegkapan memasak dan BBQ.
terdapat kelengkapan dapur bbq
Private Swimming Pool Villa Bunga Raya Shore House Port Dickson
Bila ada private pool memang percutian akan lebih seronok sebab tak perlu berkongsi mandi kolam dengan orang lain. Kita pun boleh mandi dari siang sampai malam . Istimewanya di SHPD ini terdapat Villa yang mempunyai Private swimming pool .
Private Swimming Pool Villa Bunga Raya Shore House Port Dickson
Private Swimming Pool Villa Bunga Raya Shore House Port Dickson
Private Swimming Pool Villa Bunga Raya Shore House Port Dickson
Private Swimming Pool Villa Bunga Raya Shore House Port Dickson
Private Swimming Pool Villa Bunga Raya Shore House Port Dickson
Private Swimming Pool Villa Bunga Raya Shore House Port Dickson
Private Swimming Pool Villa Bunga Raya Shore House Port Dickson
Private Swimming Pool Villa Bunga Raya Shore House Port Dickson
Private Swimming Pool Villa Bunga Raya Shore House Port Dickson
Private Swimming Pool Villa Bunga Raya Shore House Port Dickson
Private Swimming Pool Villa Bunga Raya Shore House Port Dickson
Review Villa Bunga Raya Shore House Port Dickson
Secara keseluruhannya review mengenai Villa Vunga raya di Shore house PD Cik
iena beri 9/10 , lebih kurang dari Villa Meranti kerana di sini agak sedikit berhabuk. Selain daripada itu semuanya ok dan Cik iena suka. Cuma habuk sahaja lah , mungkin masa Cik iena datang tiada penginap sebelum ini dan ianya agak sedikit berhabuk. Cik iena tersangat alergik pada habuk. Sedikit sebanyak mengganggu mood Cik iena . Jujur betul ya review. Itu je yang tak ok, Yang lain semua ok Cik iena sangat puas hati dengan bilik,
kemudahan-kemudahan lain dan juga layanan pekerja disini.
Selain
daripada itu private swimming pool juga merupakan faktor utama kenapa cik iena suka Villa ini. Boleh mandi tanpa orang luar. hanya keluarga kita sahaja. Sama seperti Villa Meranti Dapur juga
lengkap untuk memasak serta mempunyai pinggan mangkuk tetapi di Villa Meranti lebih banyak pinggan mangkuk berbanding Villa Bunga raya.
Iena Eliena’s Blog focuses on iena eliena life style as a part time blogger . Love to share all about her self . About her favourite foods, favourite place , about her blogging activity that she's involved in almost 12 years and also about her vacation in the country or abroad . Love to captured her selfie and share to Instagram to attract more follower.
Kindly email me for any event invitation / product review / any collaboration with your brand. You can reach me at iena(@)ienaeliena(.)com