Grab The Promo
Grab The Promo
Showing posts with label Astrazeneca. Show all posts
Showing posts with label Astrazeneca. Show all posts

Vlog Pengalaman Dos Pertama Vaksin COVID-19 Astrazeneca di WTCKL

Cik iena kongsikan Vlog Pengalaman Dos Pertama Vaksin COVID-19 Astrazeneca di WTCKL. Untuk info Temujanji Cik iena pada 20 Jun 2021 Ahad jam 10 pagi- Station 2 WTCKL. Memandangkan Cik iena pergi naik public transport jadi Cik iena keluar dari rumah jam 8.10 pagi.Cik iena naik kereta dan parking di Station MRT Taman connought.

 

Vlog Pengalaman Dos Pertama Vaksin COVID-19 Astrazeneca di  WTCKL

 Untuk ke WTCKL, kita perlu turun di station LRT PWTC aliran sentul timur . Jadi dari MRT Taman connought Cik iena tukar train di MRT Maluri. Sampai di MRT MAluri Cik iena perlu berjalan ke LRT MAluri untuk ambil train ke Station LRT PWTC. Jangan risau sampai sana, memang ada direction untuk ke pusat temujanji vaksin. Atau boleh je tengok vlog Cik iena. Untuk pengetahun Cik iena sampai di main entrance WTCKL jam 9.30 pagi. Dari entrance sampai ke tempat cucuk vaksin memang ngam ngam pukul 10 pagi waktu janji temu. Jadi memang just nice kalau korang tiba di main entrance setengah jam sebelum tarikh temujanji. Dalam video Cik iena cuma tak rakam bahagian pendaftaran dan consultation dengan doktor serta semasa suntikan kerana tidak dibenarkan. Tapi bergantung pada doktor juga. Ada juga youtuber yang boleh rakam Cik iena tengok vlog di youtube.

 

 


 

 

 Cik iena cuma rakam dibahagian yang dibenarkan sahaja.. Secara keseluruhan pengalaman pertama vaksin AZ memang berjalan lancar. Masa isi borang semua ada yang guide jadi tidak perlu risau. Hanya ikut arahan yang telah diberikan dan semuanya akan berjalan dengan lancar. Semasa sebelum suntikan doktor akan tunjukkan dos vaksin yang akan diberikan iaitu 0.5 ml bagi setiap seorang. Untuk info satu botol vaksin yang iena tunjuk dalam video tu menurut doktor dos itu utk dikongsi. Satu botol boleh dalam 10 orang kalau iena tak salah lah. Sebab masa tu tak boleh record apa doktor cakap. Yang pasti untuk memudahkan doktor akan sukat siap siap 0.5 ml dan letak dalam setiap picagari. Jadi kerja suntikakn lebih lancar dan cepat. kalau nak buat satu satu depan kita akan memakan masa juga. Jadi bagi mempercepatkan proses vaksinasi doktor buat macam tu. Semasa suntikan diberi pada Cik iena memang tak rasa apa apa lansung. Rasa kene gigit semut pun tidak. Tiba-tiba dah siap suntik dan doktor tunjuk jarum tu dibuang. Mungkin sebab sebelum ni Cik iena selalu ambil darah jadi dah tak takut jarum dan tak de rasa gementar takut mengigil. Mungkin lah. Sebab beberapa tahun lepas Cik iena ada masalah kesihatan dan memang kerap pergi hospital ambil darah. Jadi munkin dah lali. Jarum ambil darah lagi besar kan hehe..


Vlog Pengalaman Dos Pertama Vaksin COVID-19 Astrazeneca di  WTCKL

Baiklah, info tambahan untuk semua sebelum datang ambil vaksin pastikan kita dah makan terlebih dahulu ya. Dan kalau takut rasa bosan boleh bawa kudap kudapan. Ini yang cik iena baca di blog orang tapi untuk Cik iena tak perlu pun. Cik iena bawa je tapi tak makan pun sebab memang sekejap sangat proses. Selepas vaksin tu pun dia cuma monitor 15 minit sahaja untuk tengok kesan kesan awal. Ada handset, cek sosial media. 15 minit berjalan dengan sangat pantas. Kemudian selesai boleh lah bergambar di tempat yang disediakan dan kita boleh balik. Ouh ya menurut doktor kesan akan dirasa selepas sehari. Mungkin kita akan rasa demam, pening, mengigil , sakit sendi, loya, bengkak kelanja limfa,dan lain lain kesan sampingan. 

 

 

Vlog Pengalaman Dos Pertama Vaksin COVID-19 Astrazeneca di  WTCKL
 
 

 

Namun sekiraya ada kesan lain seperti Kesukaran bernafas ,,Pembengkakan muka, bibir dan tekak , Denyutan jantung yang sangat cepat , Ruam teruk timbul di seluruh badan , Merasa pening dan lemah tubuh badan Anda mesti pergi berjumpa doktor segera.


BOLEHKAH BERSUKAN SETELAH AMBIL VAKSIN ?

Masa consultation Cik iena lupa nak tanya . Jadi selepas vaksin, Cik iena google je lah sebab iena memang hari hari workout.

Jawapannya Ya kita boleh bersukan selepas vaksin sekiranya keadaan kesihatan kita mengizinkan. Sekiranya rasa kurang sihat kita tak boleh teruskan kerana risau badan tak boleh nak bertindak balas dengan vaksin. Bagi badan berehat dulu untuk berikan masa pada sistem imun badan untuk membina daya tahan terhadap virus covid-19.

Kesan-kesan sampingan ini biasanya akan hilang selepas sehari dua dan mungkin akan menjejaskan sedikit sebanyak kemampuan anda untuk melakukan aktiviti harian termasuk berlari atau bersenam. Tetapi ini bukanlah sesuatu yang buruk kerana kesan-kesan sampingan ini menunjukkan yang sistem imun badan anda sedang bertindak balas kepada vaksin.

 

Setakat artikel ditaip jam 4:13 pm masih tiada kesan kesan yang Cik iena rasa. Mungkin esok baru rasa. Jadi petang ni boleh lah workout macam biasa :)

 

PERSEDIAAN SEBELUM VAKSINASI 

  1. Bawa kad pengenalan
  2. Handphone yang anda daftar mysejahtera
  3. Makan beberapa jam sebelum ambil vaksin.
  4. Bawa pen untuk isi borang
  5. Pakai pakaian yang sesuai buat wanita bertudung khususnya

 

TIPS PAKAIAN WANITA MUSLIMAH UNTUK VAKSINASI

Cik iena kongsikan labih mudah jika pakai blazzer, jaket,atau cardigan dengan t-hirt berlengan pendek dibahagian dalam kerana semasa suntikan kita cuma perlu jatuhkan sedikit bahu cardigan atau blazzer atau jaket  dan kemudian tarik baju lengan pendek di bahagian dalam ke atas sedikit untuk suntik. Sangat mudah. Berbanding jika pakai lengan panjang besar nak tarik dari bawah sampai atas dah banyak nampak aurat tangan kita kan :)

Tambahan dalam satu kawasan tu ada dua doktor dan dua penerima vaksin dan juga tiada pintu ya. Orang lalu lalang boleh nampak. Jadi amat penting bagi wanita muslimah diluar sana mengenakan baju yang sesuai untuk mengambil vaksin .


KESAN VAKSIN SELEPAS 24 JAM ?

Pada keesokan hari ketika baru bangun tidur baru Cik iena rasa demam. Rasa tak larat bangun and tangan yang disuntik bahagian kiri sangat sakit. CIk iena makan panadol setiap 4 jam bagi mengurangkan demam.

Alhamdulillah keeseokan hari iaitu pada hari kedua sembuh sepenuhnya. Cik iena dah tiada demam. Cuma bahagian tangan yang disuntik ada rasa lenguh sedikit sahaja. Dan hari kedua selepas vaksin Cik iena kembali aktif rope skipping. Cik iena cuma cuti skipping sehari sahaja kerana demam.

Hari ketiga hilang rasa sakit di tangan tersebut dan kehidupan harian seperti biasa sihat walafiat dan boleh menneruskan aktiviti rope skipping harian yang sering Cik iena lakukan.

 




 

 

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve