Grab The Promo
Grab The Promo
Showing posts with label Cabaran Winter In Busan Blooggers Majalah Libur. Show all posts
Showing posts with label Cabaran Winter In Busan Blooggers Majalah Libur. Show all posts

Kenapa Saya Nak Bercuti Di Busan?



Jawapan kepada persoalan diatas tentulah kerana Korea adalah sebuah Negara yang tersangat menarik untuk dilawati, suasana yang damai dan tenang dapat memberikan anda ketenangan jiwa.
Sekiranya anda telah menjejakkan kaki ke Korea sudah pastinya anda berasa lebih teruja untuk pergi ke Korea buat kali kedua dan seterus nya.

Pada tahun lepas , tuan empunya blog telah pun menjejakkan kaki ke bandar pertama terbesar di Korea iaitu Seol . Disebabkan faktor kekangan masa dan terdapat banyak tempat menarik untuk dilawati. Percutian tuan empunya blog hanya terhad di sekitar bandar Seol.

Maka dengan itu dengan ada nya   Cabaran Winter In Busan Blooggers Majalah Libur bersama Man Raja Lawak Anjuran Bloogers Dot Com dan Majalah Libur tuan empunya blog amat berharap agar dapat peluang kedua untuk bercuti di bandar kedua terbesar di korea selatan iaitu BUSAN.


Jikalau anda ingin mengetahui tempat tempat menarik di Busan, anda boleh membaca tugasan pertama bagi cabaran ini - APA YANG MENARIK DI BUSAN?

Pasti ramai blogger blogger yang menyertai cabaran ini, tuan empunya blog pun ingin mencuba nasib. Insya Allah jika ada rezeki pasti tuan empunya blog dapat menjejakkan kaki buat kali kedua di Korea. Terasa rindu dihati dengan ketenangan dan keindahan di Korea.

Kepada yang menjangkakan untuk melihat awek awek comel di Korea, secara jujurnya awek awek korea tidak lah semua nya cantik cantik seperti didalam cerita cerita korea yang anda lihat. Tetapi kulit mereka sangat cantik jika dibandingkan dengan kulit orang Malaysia ni. Putih gebu gituw.
Ini adalah kerana faktor cuaca disana. Selama 6 hari tuan empunya blog berada di Korea, perubahan pada diri yang dapat tuan empunya blog rasakan adalah Kulit tuan empunya blog menjadi gebu , lembut . Terasa macam orang Korea pulak.

Sedikit tips untuk anda anda yang ingin bercuti di Korea , kebanyakan rakyat korea tidak gemar menggunakan bahasa inggeris . Maka dengan itu kita amat digalakkan untuk mempelajari bahasa Korea untuk memudahkan perjalanan anda di Korea . Walaupun ada diantara mereka yang memahami bahasa inggeris, mereka tetap akan membalas dengan bahasa ibunda mereka.

Pengalaman tuan empunya blog di korea ketika membeli belah di pasar pasar biasa . Terasa seperti ayam dan itik untuk sesi tawar menawar harga sehingga terpaksa menggunakan google translate on the spot dan menggunakan calculator untuk menawar harga. Tetapi sekiranya anda membeli belah di kawasan pusat membeli belah, kebanyakan mereka boleh berbahasa inggeris.




Sekian untuk tugasan kedua bagi cabaran ini.
Diharapkan tuan empunya blog menjadi insan yang bertuah untuk menyertai Cabaran Winter In Busan Blooggers Majalah Libur bersama Man Raja Lawak Anjuran Bloogers Dot Com dan Majalah Libur



Korea Korea Cik iena rindu awak, rindu nak bernafas udara keluar berasap2, hehe tapi dalam gambar tak nampak la

Jom tengok video yang buat cik iena rindu sangat2 dekat korea , harap dapat lah menjejakkan kaki ke Busan, bandar kedua terbesar di korea.















 




Maaf, video record guna handphone je (^_~)
Rindu Korea Rindu Korea




Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com

Apa Yang Menarik Di Busan



 Sejak beberapa tahun lalu, fenomena budaya masyarakat Korea Selatan atau K-Pop membawa pengaruh besar terhadap industri perlancongan.
Korea merupakan salah satu destinasi percutian yang menjadi pilihan ramai terutamanya dikalangan rakyat Malaysia.  Pengaruh cerita- cerita Korea dan K Pop telah menjadikan  korea sebagai destinasi pelancongan kegemaran rakyat Malaysia berikutan tertarik dengan lokasi menarik yang dipaparkan menerusi drama serta rancangan Korea.
Sejak daripada itu , Korea semakin menjadi kegilaan masyarakat Malaysia baik yang tua mahupun muda.
Selain Seoul,Busan merupakan tempat menarik yang perlu dilawati di korea.
Dimana Busan merupakan Bandar kedua terbesar di korea selepas seol.
Diantara tempat menarik di Busan yang perlu dilawati adalah

1. Gwangalli Beach


'Gwangalli Beach'  popular di kalangan penduduk tempatan terutama pada hujung minggu Pelbagai acara kebudayaan dan muzik kerap diadakan di tepi pantai. 
Gwangalli Beach terletak di Gwangan 2-dong, Suyeong-gu, Busan Metropolitan City, di sebelah barat  'Haeundae Beach'.


2. Haedong Yonggungsa

Haedong Yonggungsa adalah kuil Buddha yang unik di Busan. Ini kerana ia tidak terletak di pergunungan, tetapi  ia terletak di pinggir laut. Ia diasaskan pada tahun 1376, semasa Dinasti Goryeo, 


3. Beomeosa 



Beomeosa adalah sebuah Kuil yang  terletak di pinggir Gunung Geumjeong,  gunung ini terkenal di Busan. Kira-kira 1,300 tahun yang lalu kuil Beomeosa telah dibina oleh sami Ui Sang.    
   
4. Taejongdae Park


Taejongdae adalah sebuah taman di Busan, Korea Selatan dengan tebing yang indah menghadap laut terbuka di hujung selatan pulau Yeongdo-gu.


5.Yongdusan Park



Yongdusan Park adalah sebuah taman yang terletak di Jung-gu, Busan, Korea Selatan.Menara Busan yang berketinggian  118 meter terletak di sini.

"Yongdu" ertinya kepala naga, dan "san" bermaksud gunung.Taman  ini menyerupai kepala naga yang baru muncul dari laut.






6.Busan Aquarium



 Busan Aquarium  terletak di Pantai Haeundae, Korea Selatan. Terdapat kira-kira 250 spesies dan sehingga 35,000 haiwan marin yang dipamerkan.




7. Haeundae Beach



Pantai Haeundae merupakan pantai yang mempunyai ramai pengunjung terutama pada musim panas. Pusat kota, bangunan tinggi dan hotel hotel berdiri teguh di sepanjang persisiran Pantai Haeundae. Pemandangan di pantai ni memang sangat cantik tak kira waktu pagi atau malam dan pastinya waktu matahari terbenam.



8. Busan Lotte Town Tower

Busan Lotte Town Tower masih didalam pembinaan, ia terletak di atas tapak kawasan dermaga yang terkenal,  Busan Lotte Town Tower bakal  menjadi pintu masuk ke Asia Timur. Berdiri di ketinggian 510 meter,merupakan bangunan pencakar langit supertall memegang luas, Kelebaran 362,000 meter persegi yang terdiri daripada pejabat, kondominium, ruang hotel, runcit dan hiburan, dan tempat letak kereta bawah tanah. 


9. Chungnyeolsa



Chungnyeolsa adalah sebuah makam  yang didedikasikan kepada pejuang patriotik yang meninggal dunia ketika menentang penceroboh Jepun di kawasan Busan semasa pencerobohan Jepun 1592-1598. Pemain pertahanan Korea tidak bersedia, disertai oleh ramai sukarelawan, berjuang dan meninggal dunia heroically dalam peperangan menentang tentera Jepun berangka unggul bersenjatakan senapang matchlock revolusi dalam serangan yang dilancarkan oleh Toyotomi Hideyoshi selepas dia bersatu domain feudal Jepun.





10. Sajik Baseball Stadium



Stadium Besbol Sajik terletak di Busan .Terletak di sebelah Stadium Sukan Asia Busan. Stadium Besbol Sajik dibina pada tahun 1985 dan digunakan untuk permainan besbol dan kadang-kadang bola sepak atau hoki. Stadium ini boleh menampung sehingga 28,500 penonton. Stadium besbol adalah rumah kepada Giants Lotte. The Giants Lotte adalah salah satu pasukan besbol yang paling popular di Korea Professional Baseball.


11. Busan Tower 




Busan Tower, terletak di dalam Taman Yongdusan, ia merupakan salah satu tempat terbaik untuk melihat seluruh bandar. Walaupun tidak setinggi Menara Seoul, pandangan dari Busan lebih baik dan pencemaran yang kurang bermakna kurang jerebu. Pada 120 meter (kira-kira 394 kaki), ia adalah tanda yang paling jelas dan terkenal di Busan, dan terletak di dalam Taman Yongdusan

12. Busanjinjiseong Castle .


Busanjinjiseong Castle  adalah kubu utama Busan. Baki pintu timur dan barat dan astaka pada tarikh tapak ini kembali ke Tempoh Joseon. Semasa Imjinwaeran, tentera Jepun menyerang sementara menduduki istana dan apabila serangan itu ditangkis, ia telah diduduki oleh tentera Ming China. Semasa penjajahan Jepun di Korea pada abad ke-20, ia sebahagiannya dirobohkan untuk peluasan bandar Busan.




13. Busan Marine Natural History Museum



Busan Marine Natural History Museum diwujudkan bagi  menggalakkan kepentingan kepelbagaian biologi dengan mengumpul, memelihara, mengelaskan, mempamerkan, membuat ujikaji pada, meneliti, mengkaji dan mempamerkan barang-barang yang berkaitan dengan kehidupan marin dan sejarah alam marin. Muzium mempamerkan kira-kira 21,000 item laut dari 100 negara di seluruh dunia dan muzium marin ini telah menjadi paksi tengah rangkaian semua muzium maritim di negara ini. Dewan pameran muzium juga disewa pada masa-masa untuk pameran atau acara-acara khas. 






14. Busan Asiad Main Stadium




Busan Asiad Main Stadium adalah sebuah stadium yang dibina khas untuk Piala Dunia FIFA 2002 dan  Sukan Asia 2002. Stadium ini terletak di Busan di kaki pergunungan. Stadium ini merupakan stadium terbuka yang mempunyai tempat tinggal bumbung azab yang meliputi kerusi. Stadium Sukan Asia boleh menampung sehingga 55,500 penonton dan tahan sehingga 80,000 jumlah penonton. Kawasan di mana stadium ini terletak dipanggil Kompleks Sukan Busan. Kawasan ini mula membangun sebagai kawasan sukan di awal 80-an dan kini merangkumi Stadium Sukan Asia Busan, Sajik Kolam Renang, Gimnasium Sajik, Stadium Besbol Sajik (rumah kepada Lotte Giants) dan banyak kemudahan lain.


Menarik kan ?
Terdapat banyak lagi tempat yang menarik disekitar kawasan kawasan yang disenaraikan diatas.
Nak tau tak kenapa entry ini ditulis ?

Jom teruskan membaca






Cabaran Winter In Busan

 
Sekiranya anda telah membaca sampai disini, pasti anda beranggapan cik iena pernah bercuti di Busan, Korea Selatan.Sebenarnya cik iena masih belum menjejakkan kaki ke  bandar kedua terbesar di korea selatan iaitu Busan,
Pada tahun 2013 cik iena hanya menjejakkan kaki ke Seoul iaitu bandar terbesar di Korea Selatan. Cik iena harap kali ini cik iena dapat lah menjejak kan kaki ke bandar kedua terbesar di Korea Selatan , iaitu Busan.
Cabaran Winter Di Busan Korea adalah anjuran Bloooger.com dan Majalah Libur.
Memang untung siapa yang berjaya menang hadiah “Trip Ke Busan Bersama Man RajaLawak”. Cik iena harap cik iena lah orang yang beruntung tu.
Insya Allah kalau ada rezeki .
Cik iena menaip entry ini disaat saat tarikh tutup penghantaran hampir tamat.
Sebelum ni ada terlihat rakan blogger (acul) post mengenai cabaran ini, tetapi cik iena tak pasti cara nak join.Cik iena dapat tahu details mengenai Cabaran Winter Di Busan Korea daripada Bro Framestone pagi tadi sewaktu dipejabat. Memandangkan waktu bekerja cik iena perlu fokus bekerja. Maka cik iena mulakan menulis selepas waktu bekerja.


Task 2 : Kenapa Saya Nak Bercuti Di Busan?







Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com
Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve