Rasa tak seronok la tanya pada Si pemberi beli di mana mestilah kita tau harga . Tak Bestla. Maka dengan itu Rakan Cik iena , Afni bantu Cik iena google harga Jam Tangan Daniel Wellington dan di mana untuk beli Jam tersebut .
Ya Allah boleh tahan harga Daniel Wellington . Cik iena ni sebenarnya tak pernah beli jam untuk diri sendiri pun. Pada Cik iena agak Mahal lah . Ya ianya sebab Jenama itu sendiri . Tiba-tiba rasa ouhh Mahalnya T___T . Tapi dalam masa yang sama Cik iena nak jugak .
Mak jemah sangat Cik iena menyibuk selidik jam tangan orang |
Lagi-lagi bila dah terbuka website dia tertengok Warna Rose Gold lagi Cantik . Alaaa kenapa mahal sangat ni . Lari budget lah . Kalau ada yang OEM pun boleh juga, murah sikit dari yang Original . Tapi kalau boleh nak OEM Daniel Wellington yang berkualiti dan ada Warranty.
Daniel Wellington |
Amboi nak murah , lepas tu nak yang ada warranty . Agak-agak ada tak ?
Okay ni Cik iena sreenshoot Harga Jam Tangan Original Daniel Wellington di website mereka .
Jam Tangan Daniel Wellington RM759 |
Daniel Wellington |
Yang ni pula hasil survey Harga jam Daniel Wellington dekat Web E-Commerse yang lain . Kalau anda yang terbaca ceritera Cik iena ni yang tau mana tempat nak beli boleh lah suggest masuk dalam List Cik iena . Cik iena ni kedekut juga sebenarnya nak beli barang. Memang suka survey dan buat perbandingan dulu.
yang ni Daniel Wellington dekat ezbuy RM 928 ..wow mahal dari website rasmi |
Daniel Wellington di Zalora RM680 |
Daniel Wellington di Shopee RM 204.60 Tulis original tapi Cik iena rasa OEM ni sb yang ori pun RM600++ |
Daniel Wellington di Qoo10 RM350 |
Dalam masa survey tu teringin juga nak cek sama atau tidak jam tangan Daniel Wellington Afni dengan yang original. Sibuk-sibuk je Cik iena ni nak tau Original ke tidak . Bertabah je la Afni dengan Kak iena ni Tapi Afni ni layan juga . Kalau tengok dengan teliti memang sama macam Original Daniel Wellington . Sama je Cik iena tengok . Untunglah Afni.
Daniel Wellington |
Kalau anda pernah beli jenama ni yang OEM boleh lah kongsi dengan Cik iena, sama atau tidak. Kalau boleh Cik iena ingin beli Jam Tangan Daniel Wellington yang persis Original . Teruk betul perangai. Ahaa tak nak la beli mahal-mahal sangat kan. Saja gegedik tersuka Jam tangan Afni.
Okay Cik iena masih misi mencari nak beli dekat mana. Kalau ada website yang ok boleh share dekat Cik iena ya (^_~)
New Update (6 Feb 2018)
Yeayy Cik iena dah beli jam ni, nak tunggu sampai je. Disebabkan banyak seller Jual jadi iena pilih beli tempat sama dengan kawan afni beli jam tu. Alahai rupanya kawan kawannya juga yang jual .
Afni pula dah pergi Butik Daniel Wellington dekat Mid Valley tanya jam yang di dapat Hadiah tu Original ke tidak . Yeayyyy original katanya . Sebenarnya CIk iena rasa ni OEM tapi memang persis original dan kualiti sama macam original.
Jadi disebabkan Butik kata Original Cik iena pun beli lah. NAk beli dekat butik dia mahal giler tau .
So iena beli dekat http://bit.ly/jam-daniel-wellington
Mula-mula tengok link tu macam takot nak beli. Betul ke tak . Macam tak yakin, takde akaun sosial media semua tu tapi di sebabkan kawan kepada kawan yang jual dia cakap betul. So iena beli dan iena suggest suruh dia bukak instagram atau facebook kalau link macam ni takot orang tak yakin sebagai contoh cik iena sendiri first impression cik iena ingat ni spam ke apa. Website tipu hahaha..
Ni review jujur dari hati lah . Biasalah mind set orang malaysia taku sikit nak beli online terutama dari page yang tak pernah di dengari dan takde main page. Kita rasa ragu-ragu lah.
Okay jom tengok macam mana nak beli :)
YEayyy tak sabar tunggu sampai, dia mention dalam 1-3 hari bekerja
(^_~)
(^_~)