Baru-baru ini cik iena telah menghadiri Majlis Pra Tonton Filem Hospital yang bertempat di GSC Mid Valley. Walaupun cik iena bukanlah peminat cerita seram namun cik iena tetap hadir demi menyokong industri Perfileman tanah Air Tercinta. Siapa lagi nak sokong jika bukan rakyat Malaysia sendiri bukan.
Kebiasaannya orang akan beranggapan cerita seram dari Malaysia tidak seseram cerita dari Negara lain khususnya Indonesia. Berbeza pada kali ini. Apa yang cik iena nampk Filem terbaru MIG Online ini sememangnya filem bergenre seram yang pasti akan membuat anda rasa seram ditambah lagi dengan elemen Psiko Seram.
Anda pasti akan tertanya-tanya kenapa, mengapa, bagaimana. Sama seperti cik iena. Walaupun rasa sangat seram tetapi rasa ingin tahu membuat cik iena bertabah menonton cerita seram tersebut.
Untuk pengetahuan semua Filem Hospital merupakan Filem ke 118 terbitan MIG dan merupakan Filem ke 3 untuk tahun ini. Filem ini mempertaruhkan Genre seram yang dilihat menjadi TREND kepada peminat-peminat filem tempatan. Filem ini merupakan gabungan kisah benar yang berlaku.
Bergambar bersama Mejar (K) David Teo
Setelah melihat filem ini cik iena akui sememangnya WUJUD watak SHIMA ANUAR sebagai ERIN di dalam dunia nyata. Dimana beliau merupakan seorang PENULIS/SCRIPT WRITER tegar yang terlalu obses dengan kerja nya.
Sama seperti kejadian Benar yang berlaku kepada sahabat Baik Cik iena yang mana Beliau mengahwini seorang Penulis Skrip dimana bekas Isteri Beliau terbawa-bawa skrip yang diolah didalam dunia nyata. Watak-watak yang di cipta sendiri bagi mencipta kegembiraan yang akhirnya mewujudkan konflik di dalam rumahtangga mereka sehingga Akhirnya mereka berpisah kerana obsesnya wanita tersebut kepada kerjaya penulisan skripnya yang membuat beliau berani mencipta watak-watak palsu dan di aplikasikan dalam kehidupan seharian .
Ehhh Maaf tercerita. Untuk mengetahui lebih lanjut Anda semua perlu tonton Filem ini :)
Adakah jalan cerita mereka sama seperti kisah benar sahabat karib cik iena hahaha
Ouhh Maah Encik BFF. Awak tak marah kan. Lama saya pendam kisah benar bekas isteri awak yang menuduh saya macam-macam atas penceraian kamu berdua wakakakkaka.. opss tutup mulut.
Okay sebelum cik iena merapu, jom baca sinopsis Filem Seram ini.
SINOPSIS FILEM HOSPITAL
AMIRA (Fatin Afeefa) bakal menghadiri temuduga untuk menjadi jururawat di sebuah hospital ibu kota. Malangnya, Amira tersesat dan ketika dia hampir berputus asa menunggu teksi dihentian bas terpencil, muncul DAHLIA (Nina lskandar) memberikan pertolongan .
Nina Iskandar sebagai Dahlia & Fatin Afeefa Sebagai Amira
Rupanya Dahlia bekerja di hospital yang dicari oleh Amira. Dengan bantuan Dahlia, Amira diterima bekerja. Dahlia turut mempelawa Amira tinggal bersama di rumah sewanya memandangkan rakan serumahnya yang lama baru sahaja meninggalkan rumah itu. Amira bersetuju.
Shima Anuar sebagai Erin
Fatin Afeefa Sebagai Amira
Bermulalah episod ngeri dalam hidup Amira, Dia sering diganggu oleh beberapa siri kejadian menyeramkan selain diganggu oleh lembaga yang seakan ingin memberitahu sesuatu kepadanya. Perkenalan dengan FARID (Fizz Fairuz) doktor muda di hospital itu seakan memujuk hati Amira.
Namun, ia menimbulkan kemarahan Dahlia pula, yang mana rupanya Dahlia mempunyai hubungan dengan Farid.
Fizz Fairuz sebagai Farid
Fatin Afeefa Sebagai Amira dan Fizz Fairuz sebagai Farid
Semakin hari jiwa Amira semakin tertekan dengan gangguan-gangguan yang semakin menjadi jadi. Gangguan bukan sahaja di hospital malah juga berlaku di rumah Dahlia tempat Amira menumpang .
Amreen Shukry sebagai Fahmi
Kawan Amira iaitu Farah (julia Marin) dan tunangnya Fahmi (Amreen Shukry) juga menerima gangguan dalam usaha mereka membantu Amira.
Siapa sebenarnya Amira dan siapakah yang sering mengganggunya? Semua bakal terjawab dalam filem HOSPITAL sebuah filem seram terbaru di pawagam mulai 13 April 2017.
Fatin Afeefa Sebagai Amira dan Nina Iskandar sebagai Dahlia
"Bila Realiti Mula Menghantui"
Trailer Filem Hospital
Disebalik Tabir Filem Hospital
PELAKON FILEM HOSPITAL
Fatin Afeefa Sebagai Amira
Shima Anuar sebagai Erin
Nina Iskandar sebagai Dahlia
Fizz Fairuz sebagai Farid
Julia Marin sebagai Farah
Amreen Shukry sebagai Fahmi
Serina Redzuawan sebagai Ketua Jururawat
Rashidah Jaafar sebagai Jururawat
Lan Zailan sebagai Pesakit
SENARAI KARYAWAN FILEM HOSPITAL
Penerbit : Mejar (K) David Teo
Pengarah : Amiro Ghozali
Pen. Pengarah : Amal
Pengarah Fotografi : Mohd Shaufe Wahib
Skrip : Panel MIG
Pengarah Seni : Anuar Paharuddin
Make up : Baby
Wardrobe : YY
Still Photo : Tan Shier
Penyelaras Projek : Azahari Abdul Hamid
Gambar Majlis Pra Tonton Filem Hospital
Cik iena bersama rakan blogger
cik iena bersama Fizz Fairuz sebagai Farid
cik iena bersama Serina Redzuawan sebagai Ketua Jururawat
cik eina da ween bersama Lan Zailan sebagai Pesakit
Lebih kurang 6 tahun yang lepas cik iena pernah di hantui kemalangan misteri yang cukup memberi impak dalam kehidupan cik iena . Tanggal 29 oktober 2010 lebih kurang jam 11 malam, cik iena berseorangan memandu di jalan sungai tua , Selayang .
Kebiasaannya cik iena akan pulang ke kampung bersama adik tapi berbeza pada hari tersebut cik iena pulang bersendirian kerana pada ketika itu adik tidak dapat turut pulang sama kerana ada peperiksaan di UKM.
Sebelum melangkahnya cik iena untuk memandu pulang ke kampung memang sudah terdetik rasa yang mencurigakan , rasa yang kurang selesa tapi atas desakan keluarga cik iena pulang juga malam tersebut kerana keesokan hari nya adalah majlis persandingan sepupu cik iena di batang Kali.
Kejadian misteri ini terjadi berhampiran tempat berkelah P3 di sungai tua di mana ia merupakan tempat laluan memotong dan mendaki bukit dari arah kuala lumpur ke batang kali. Setibanya di kawasan memotong tersebut cik iena telah memintas/memotong satu Teksi yang agak usang dan perlahan . Jika di ikutkan peraturan memang tiada salah memotong di kawasan memotong .
Kebiasaannya cik iena jarang memotong di jalan sungai tua, akan tetapi teksi yang di pandu tersebut tersangat perlahan dan cik iena telah lama mengikut kereta tersebut dari belakang jadi setibanya di lorong memotong cik iena bertekad untuk memotong.
Selepas sahaja cik iena memotong teksi tersebut, kereta dari arah bertentangan cik iena memberikan lampu tinggi . Cik iena pun berasa pelik mengapakah kereta tersebut memberikan lamu tinggi . Dalam hati cik iena mungkin dia ingin memberitahu ada kemalangan di hadapan atau ada polis.
Cik iena pun terus memandu dengan tenang tetapi malangnya sejurus selepas kereta tadi lalu di sebelah cik iena keadaaan di hadapan cik iena bertukar menjadi kabus tebal seperti seolah olah cik iena berada diatas awan dan pada ketika itu cik iena merasakan seolah olah cik iena sedang bermimpi. Tiba tiba cik iena tersentak apabila cik iena menyedari bahawa cik iena berada di lorong bertentangan.
Kawasan perkelahan sungai tua P3
Cik iena mula menekan brek namun kereta makin laju seolah-olah brek tidak berfungsi dan yang peliknya jalan tersebut adalah menaki bukit yang boleh dikatakan tinggi. Cik iena pun memusingkan stearing kereta ke kiri bagi mengelakkan cik iena terjunam ke tepi bukit lorong sebelah dan mengelak dari terlanggar kereta lorong bertentangan dan selepas itu kereta pun berpusing pusing.
Apa yang cik iena dapat rasakan dalam kereta pada ketika itu adalah dalam keadaan slow motion kereta berpusing pusing sehinggalah ke pusingan ke tiga iaitu terakhir kereta cik iena berdentum terbalik di bahu jalan. Semasa adengan kereta berpusing ni cik iena terbayang MOVIE TOkyo Drift haha merapu betul.
Bila dah terbalik dan berdentum di tepi jalan cik iena tersedar dari lamunan. Ouhh iena accident ke.
Alhamdulillah walaupun keaddan kereta boleh di katakan teruk tapi cik iena selamat tanpa sebarang luka . Cuma cik iena mengalami lebam-lebam seluruh badan dan sakit kepala akibat hentakan .
Yang mebih membuatkan cik iena rasa bersyukur adalah keadaan cermin kereta yang pecah depan dan belakang tetapi cik iena terselamat tanpa luka . Kuasa Allah betul, ramai yang berhenti di tempat kejadian terkejut kerana pemandu masih selamat dan hidup.
Okay sambung cerita setalah cik iena accident . Cik iena gagah kan diri untuk keluar dari kereta kerana di situ laluan sunyi. Cik iena berusaha memanjat pintu depan kereta bahagian sebelah pemandu untuk keluar tapi tidak berjaya kerana cik iena kekurangan tenaga . Keadaan kereta cik iena pada ketika itu adalah dua tayar dia tas dan dua tayar di bawah di mana bahagian pemandu dan penumpang sebelah kanan terbalik di bawah dan bahagian penumpang sebelah kiri diatas.
Boleh di katakan kereta cik iena mengalami kerosakan yang sangat teruk . Cermin depan belakang dan bahagian pemandu serta belakang pemandu pecah dan bumbung kereta terbelah dua . CIk iena pun tak pasti apa yang cik iena langgar sehingga terbelah dua (belum terbelah habis lah tapi memang kene ganti body..krik krik duit kuar. Nasib ade insurance)
Maaf kejadian lama berlaku cik iena tidak menyimpan gambar tambahan pula pada waktu kejadian cik iena berseorangan . Agak lama juga cik iena tunggu bantuan sehingga lah datang seorang uncle india membantu cik iena keluar .
Dalam masa menanti bantuan cik iena berusaha untuk keluar walaupun tangan , kaki, badan sakit kerana cik iena terlalu berdrama cik iena risau kereta meletop . Mana taknya kereta cik iena terbalik kot . Mau tak cuak .
Tapi jika di ikutkan cik iena boleh je merangkak keluar ikut cermin belakang sebab cermin belakang pecah. Tapi masa tu cik iena memang tak berani pandang belakang lah. Suasana sunyi tiada kenderaan yang lalu. Sangat seram , cik iena bertarung dengan perasaan, bertarung tenaga cuba menyelamatkan diri.
Sehinggal lah bantuan tiba. Setelah cik iena di keluarkan oleh uncle india tu datang sepasang suami isteri yang menyatakan bahawa mereka yang memberikan lampu tinggi pada cik iena . Mereka tekad membuat keputusan untuk berpatah balik kerana mereka dapat merasakan sesuatu yang buruk akan berlaku pada cik iena .
Cik iena pun bersuara, akak nampak tak teksi yang saya memotong tadi? mana dia ? saya takot kalau kalau saya terlanggar dia . Rasa bersalah pula kalau saya membahayakan nyawa orang . Tiba tiba kakak tu cakap , "masa akak bagi lampu tinggi tu akak nampak adik je , takde kereta lain . Dan akan bagi lampu tingi sebab... emmm akak tak boleh cerita sekarang, akak pun dah terkena tapi akak sempat brek. Akak rasa adik faham "
HUwaaaaaa seram bila akak tu cakap macam tu tau. Seram sangat bila dia cakap dia tak nampak kereta lain . Maknanya teksi yang iena nampak yang iena potong tu bukan teksi lah . Ada yang berpendapat dia sengaja mengacau. MEmunculkan diri dalam bentuk kereta tapi bukan sebenarnya dan dalam pada masa yang sama cik iena kemalangan terdapat tiga lagi kemalagan yang di laporkan di kawasan berhampiran yang mana sebabnya juga adalah sama seperti cik iena .
Pasti ada yang tertanya-tanya apa yang kakak tersebut nampak . Cik iena terlupa mengambil no telefon kakak tersebut kerana keadaan cik iena yang dalam separuh sedar . Cik iena cuma teringat kata katanya bahawa dia tidak boleh menceritakan pada ketika itu kerana keadaan yang tidak sesuai.
Sehingga sekarang cik iena masih fobia melalui kawasan tersebut . Jika berseoarangan cik iena tidak akan mengikut laluan tersebut. Cik iena rela ikut jalan Rawang untuk balik Batang Kali walaupun jalan sungai tua adalah yang paling dekat . Cik iena cuma akan menggunakan jalan tersebut jika berdua dan sebelum waktu magrib .
Lagi pun sebelum ini cik iena memang kerap di ganggu dengan kejadian kejadian aneh di jalan sungai tua namun cik iena beranikan diri kerana itu merupakan jalan pintas untuk balik kampung cik iena. Kebiasaannya apabila diganggu cik iena tidak akan melayan, cik iena berdiam diri dan memasang surah surah di dalam kereta dalam ketika itu adik atau sesiapa yang naik kereta bersama cik iena memang akan faham kenapa cik iena tiba tiba diam dan memasang surah .
Cik iena pun pelik kenapa cik iena suka di ganggu benda benda halus. Cik iena pergi ke Chiang Mai dan Chiang Rai thailand pun sama ada yang berkenan nak menyakat . HUhh biasanya cik iena akan bagi tau roomate cik iena tentang sifat mudah di dekati benda halus pada mereka sebab cik iena risau kalau mereka juga tak kuat. Sehingga pernah terjadi cik iena dan roomate bermalam sekejap di bilik kawan lelaki kerana kami diganggu oleh sesuatu . Yang lagi menyeramkan boleh pulak budak budak tu google kisah seram kat situ dan jumpalah hantu tuk tuk.
Filem Volkswagen Kuning
Awakkkkkk kejam betul lagi iena takut masuk bilik. memang malam tu kami berdua jadi bibik dorang la buatkan megi buatkan air sambil layan movie. Masa tu company trip ke chiang mai dan chiang rai. Nasib lah hotel kat situ 5 star besar selesa. Haha boleh menumpang. Kalau iena cerita kisah ni jadi makin panjang pulak entry ni kan.. hahaha nanti iena cerita okay .
Menyeramkan betul hantu TUK TUK tu tak pasal pasal jadik bibik encik officemate sebab takut nak tidur bilik sendiri.
Hmmmmm dalam keadaan terdesak tak salah kan iena dan kawan iena menumpang bilik kawan lelaki . Iena rasa pun kalau korang kat tempat iena korang buat benda yang sama . Iena pun bagi tau keluarga iena apa yang berlaku.
Filem Volkswagen Kuning
Ish panjang pulak cik iena cerita kan . Ni sebenarnya iena nak bagi tau ni ada Filem Seram baru yang bakal di tayangkan pada 22 September 2016 iaitu filem yang bertajuk Volkswagen Kuning
Sinopsis Volkswagen Kuning
MENGISAHKAN sepasang kekasih yang telah bertunang, Fuad dan Sarah, yang dalam perjalanan untuk pulang ke kampung Fuad. Mereka mengalami gangguan apabila tersesat selepas senja semasa mencari kedai makan. Gangguan itu menyebabkan mereka mengalami kemalangan dan Sarah mula berubah. Semuanya gara-gara Volkswagen kuning!
Fuad ditahan di wad, manakala Sarah langsung tidak mengalami kecederaan. Raudhah, kakak Sarah,
datang untuk menjemput Sarah pulang ke bandar, sementara menunggu Fuad pulih dari kecederaan. Tanpa diduga, Sarah membawa pulang ‘sesuatu’ bersamanya.
JOm tengok sikit the making filem ni
Haa ni pulak official trailler dia .
Tiba-tiba cik iena rasa nak tengok filem ni walaupun pada azali nye cik iena takut cerita hantu tapi bila baca sinopsis tu cik iena nak tau apa yang Sarah bawa tu . Sebab sebenarnya cik iena sendiri kadang kadang merasakan sesuatu yang pelik pada diri sendiri. Hurmmm Penat pergi berubat dah Tapi kadang kadang malas nak layan tapi kadang kadang perlu di fikirkan
T______________T
Okay dah lewat malam ni, esok raya awakkkkkk
Selamat HAri Raya Aidiladha
Ehh cerita diatas bukan cerita dongeng tau.
Kisah cik iena tu kisah benar
Blogger Contest Volkswagen Kuning
EHH Lupa pula sebenarnya blog post ini adalah untuk Blogger Contest Volkswagen Kuning . KEpada Blogger yang menyertai Contest ini anda akan berpeluang untuk ke Tayangan Perdana Filem Volkswagen Kuning pada 20 September 2016 dan berpeluang memenangi Hadiah Utama (setakat ini masih tak pasti hadiah utamanya tapi dengar dengar cerita handphone (^_~) )
Pada yang berminat untuk sertai anda boleh ceritakan mengenai kisah seram anda atau pun kisah yang anda pernah dengar di Blog anda . Kemudian di Penghujung Entry tuliskan serba sedikit mengenai Filem Volkswagen Kuning .Beserta Video Behind The Scene dan Trailler.
Ehh ada lagi satu . Anda juga di kehendaki memuat naik poster Filem ini da laman sosial anda iaitu faceebook dan Instagram.
Untuk gambar tersebut anda boleh PM facebook tuan empunya contest (https://www.facebook.com/framestone) atau boleh je guna gambar yang sama seperti cik iena upload.
A photo posted by Malaysian Blogger💄👠👗👜🍴🍹 (@ienaeliena) on
Dan anda juga perlu menghantar link pengesahan ( Blog post + fb post + instagram post ) di Fanpage Hye Bro Sebelum 14 September 2016 jam 11.59 pm.
Pstttttttttttt Nak bagi tau tempoh contest dah di lanjutkan sehingga 18 September 2016 jam 12 tengah hari . Cepat cepat siapa nak Oppo F1s , jom join contest ni .
Iena Eliena’s Blog focuses on iena eliena life style as a part time blogger . Love to share all about her self . About her favourite foods, favourite place , about her blogging activity that she's involved in almost 12 years and also about her vacation in the country or abroad . Love to captured her selfie and share to Instagram to attract more follower.
Kindly email me for any event invitation / product review / any collaboration with your brand. You can reach me at iena(@)ienaeliena(.)com