Pernah anda membeli perfume sebelum ini? Baik lelaki mahupun wanita, masalah yang sering dihadapi mereka ialah kesukaran memilih minyak wangi sesuai disebabkan kemunculan pelbagai jenis aroma di pasaran dalam perisa berbeza. Ini ditambah pula bentuk botol yang menawan sehingga menyebabkan pelanggan terkeliru mengenai wangian yang sesuai dengan personaliti dan bau badan mereka.
Setiap minyak wangi akan mencetuskan aroma berbeza apabila terkena kulit. Oleh itu, pastikan kita mencuba dulu dengan membuat semburan pada kulit dan bukannya baju bagi memastikan aroma yang sesuai dengan tubuh. Jangan hanya membeli disebabkan terpengaruh dengan jenama sebelum benar-benar yakin wangian itu sesuai dengan diri kita.
Bau
Pastikan kita memilih minyak wangi beraroma segar yang mempunyai bau mengesankan. Ketika membeli, pastikan kita meminta pandangan rakan (sebaik-baiknya wanita) mengenai minyak wangi sesuai. Biasanya rakan akan memberikan pandangan berbeza mengenai apa yang sesuai dengan personaliti diri kita.
Bahan dan aroma
Minyak wangi boleh dipilih berdasarkan bahan serta aroma digunakan. Misalnya, minyak wangi berperisa kayu, buah-buahan, bunga-bungaan, lautan, sayur-sayuran dan wangian Timur. Biasanya, setiap wangian mempunyai pengkelasan berbeza sama ada sesuai untuk lelaki atau wanita. Bagaimanapun, pilih haruman yang sesuai dengan personaliti dan gaya hidup kita.
Iklim dan musim
Memilih minyak wangi juga harus mengambil kira iklim dan musim. Minyak wangi yang baik untuk musim sejuk tidak semestinya baik untuk musim panas. Oleh itu, amat penting memilih minyak wangi sesuai bukan saja pada kulit tapi iklim dan musim.
Bagi mengekalkan ketahanan aroma wangian yang dipakai, terdapat beberapa teknik yang boleh diamalkan. Sebaiknya letakkan minyak wangi pada nadi, pergelangan tangan, siku dan belakang telinga. Menyembur minyak wangi pada belahan coli juga dikatakan mampu menyimpan aroma dan dilepaskan secara berterusan untuk kekal lebih lama.
TAHAP-TAHAP KATEGORI PERFUME DI PASARAN
Jika dilihat di dalam pasaran terdapat pelbagai jenama dan jenis yang dikeluarkan. Untuk memudahkan anda memilih jenis perfume yang sesuai.Sebenarnya hanya terdapat 4 tahap kategori perfume iaitu:-
1. PERFUME (PARFUM)
Gambar Hiasan |
Perfume atau parfum (dalam bahasa Perancis) mengandungi kepekatan minyak wangian yang tinggi iaitu 20% hingga 50%, menjadikannya tahan lebih lama jika dipakai. Harganya boleh tahan mahal.
2. (EDP) Eau de Parfum
Gambar Hiasan |
Mengandungi kandungan minyak wangian di antara 10-15%. Ia adalah jenis wangian yang paling popular kerana lebih murah jika dibandingkan dengan perfume dan masih boleh bertahan agak lama jika dipakai. Eau de perfume sangat sesuai dipakai di kawasan badan yang paling hangat, denyutan nadi, di pergelangan tangan, di kawasan tepi leher, di dada (di antara buah dada), di lipatan siku, di belakang lutut dan pergelangan kaki. Jangan meletakkannya di belakang telinga apa lagi jika terlalu banyak. Ini kerana kita mahukan bau yang harum bukan menyengat. Sesetengah orang juga kadang-kadang pening bila terhidu bau wangian.
3. EAU DE TOILETTE (EDT)
Gambar Hiasan |
4. COLOGNE / BODY MIST
Cologne mengandungi pati perfume yang paling sedikit iaitu sekitar 3% sahaja. Eau de Cologne ialah istilah yang digunakan hari ini untuk merujuk kepada campuran perfume. Ia adalah wangian yang paling kurang kepekatannya dan sudah tentulah lebih murah jika dibandingkan dengan yang lain.
Gambar Hiasan |
Tips bagaimana memilih perfume yang sesuai
Beberapa tips yang anda boleh gunakan untuk memilih minyak wangi yang sesuai untuk anda. Baiklah tanpa membuang masa berikut merupakan beberapa tips yang anda boleh cuba :-
Cuba Minyak Wangi Pada Waktu Tengah Hari
Cuba Minyak Wangi Pada Waktu Tengah Hari
Ini kerana deria bau kita berada pada kemuncak pada waktu ini. Dengan ini anda dapat memilih minyak wangi yang tepat dan sesuai dengan u all.
Ketahui Bau Kegemaran Anda
Jurujual minyak wangi mempunyai pengalaman tentang jenis-jenis minyak wangi dan mereka mampu memberi cadangan berdasarkan kegemaran anda. Jika anda sukakan bau buah-buahan, beritahu kepada jurujual mengenai kegemaran anda tersebut.Mereka akan mencadangkan minyak wangi yang sesuai dengan anda.
Jangan Gosok Di Pergelangan Tangan
Reaksi yang biasa orang lakukan apabila mencuba minyak wangi adalah dengan cara menggosok kedua pergelangan tangan. Jangan lakukannya kerana ia mungkin akan merosakkan komposisi molekul minyak wangi dan menjejaskan bau sebenar. Biarkan ia kering sendiri di tangan anda.
Elakan Memakai Minyak Wangi Sebelum Memilih
Jika anda memang bercadang membeli minyak wangi elakkan dari memakai minyak wangi dari rumah. Lebih-lebih lagi jika anda menyembur minyak wangi pada pergelangan tangan anda. Ini kerana campuran dua minyak wangi ini dikhuatiri akan menjejaskan bau sebenar dan komposisi minyak wangi yang ingin anda cuba.Jangan Gopoh Ketika Membeli Minyak Wangi
Sesetengah minyak wangi hanya akan mengeluarkan bau sebenar dengan lebih jelas setengah jam atau beberapa minit selepas pemakaian. Jika anda mencuba minyak wangi dan sukakan baunya jangan terus beli! Ronda-ronda dahulu dan tunggu beberapa minit untuk memastikan anda dapat membuat keputusan yang baik. Lebih-lebih lagi jika anda bercadang untuk membeli minyak wangi yang mahal.
Nukilan,
|