Grab The Promo
Grab The Promo
Showing posts with label KANIKA Prepared Scallop Lips. Show all posts
Showing posts with label KANIKA Prepared Scallop Lips. Show all posts

6 Menu Masakan Jepun Sedap Dari Kanika Perlu Anda Cuba

Sushi bukan satu satunya hidangan Jepun yang popular. Terdapat banyak lagi makanan Jepun yang boleh anda nikmati jika mengembara ke negara matahari terbit ini. Malah, ia mempunyai banyak makanan yang unik serta segar dan boleh dimakan mentah.


6 Menu Masakan Jepun Sedap Dari Kanika Perlu Anda Cuba
6 Menu Masakan Jepun Sedap Dari Kanika Perlu Anda Cuba


Bagi anda yang gemar memakan makanan jepun atau bagi anda yang ingin mengembara ke Jepun, jom  lihat menu makanan jepun mudah yang boleh anda cuba memasak di rumah.Disini Cik iena ingin berkongsi tentang produk makanan jepun dari Kanika. Terdapat aneka produk masakan jepun dari Kanika. Kali ini Cik iena mencuba beberapa produk untuk memasak menu utama udon dan sushi.

Sushi

Sushi merupakan hidangan yang paling bercirikan Jepun. Ia merupakan gabungan nasi, cuka, garam dan gula serta pelbagai ramuan segar bermusim yang terdiri daripada makanan laut, sayur-sayuran, cendawan, telur dan daging.


Chuka Wakame Sushi
Chuka Wakame Sushi

 

Sushi secara tradisinya diperbuat daripada beras putih dan bukannya beras perang mahupun beras pendek. Sushi hendaklah dimakan menggunakan tangan. Pada suatu ketika dahulu, sushi merupakan sejenis makanan yang agak mahal dan ianya dikatakan melampaui kemampuan rakyat biasa.

Udon


6 Menu Masakan Jepun Sedap Dari Kanika Perlu Anda Cuba

 

Udon merupakan mee yang bersaiz besar dan tebal . Ianya sering digunakan dalam hidangan Jepun.  Udon diperbuat daripada tepung gandum dan dihidangkan bersama sup panas seperti kake udon, kakejiru.


Bahan lain yang turut dimasukkan bersama adalah seperti tempura udang, aburaage, tauhu, mirin dan sos soya. Kepingan kamaboko, kek ikan berbentuk setengah bunga juga turut ditambah. Malah shichimi juga boleh dimasukkan sebagai penambah perisa.

 

Kuah sup serta topping adalah berbeza mengikut rantau / daerah Jepun yang menyediakannya. Sup yang berwarna coklat gelap biasanya diperbuat daripada kicap hitam (koikuchi shōyu), dari bahagian timur Jepun. Manakala sup berwarna coklat muda pula diperbuat dari sos kicap (usukuchi shōyu), dari bahagian barat Jepun. 

Tapi kali ni resepi sup untuk Udon ni resepi sendiri yang cik iena buat dan kene dengan selera Cik iena.

Baiklah , jom Cik iena perkenalkan rangkaian makanan frozen dari Kanika yang cik iena cuba baru baru ini.


Rangkaian makanan frozen dari KANIKA Food

HSH Frozen Foods Sdn Bhd
Rangkaian makanan frozen dari KANIKA Food

HSH Frozen Foods Sdn Bhd telah ditubuhkan pada tahun 1991. Pada tahun 1996, jenama “Kanika” telah dicipta dan telah menjadi jenama terkemuka dalam produk makanan inovatif. KANIKA ialah pembekal makanan laut, ikan dan makanan sejuk beku Jepun Malaysia. 


6 Menu Masakan Jepun Sedap Dari Kanika Perlu Anda Cuba
Hasil masakan menggunakan Rangkaian makanan frozen dari KANIKA Food



Perniagaan teras dibekalkan untuk memborong lebih daripada 1,000 jenis makanan laut beku ke hotel, pasar raya, restoran dan runcit premium berantai. Mereka memilih dan mengimport lebih 1000 produk dari lebih 20 negara ke Malaysia. 

Mereka juga mengeksport keluar produk ke Hong Kong dan Singapura. Untuk pengetahuan produk makanan frozen KANIKA ini mempunyai pensijilan Halal negara pengeluar. Jadi tidak perlu risau kerana ianya Halal untuk dimakan.


6 resepi mudah makanan Jepun dengan KANIKA Food


6 resepi mudah makanan Jepun dengan KANIKA Food

Jom Cik iena kongsikan 6 menu mudah menggunakan bahan frozen dan ready to eat dari rangkaian produk makanan Jepun Kanika.




1. Breaded Scallop deeping Sesame Dressing

  

Breaded Scallop deeping Sesame Dressing
Breaded Scallop deeping Sesame Dressing Menggunakan Kanika Breaded Scallop dan Kanika Sesame Dressing Salad.

 

Breaded Scallop deeping Sesame Dressing  ni sudah pastinya iena menggunakan Kanika Breaded Scallop dan Kanika Sesame Dressing Salad.

Breaded Scallop ni Sedap dan amat mudah untuk di sediakan. Ianya pasti akan menjadi kesukaan anak-anak. Makan panas-panas dan cicah dengan deeping souce Kanika Sesame memang bakal membuatkan anda rasa keunikan Breaded Scallop tersebut dengan sentuhan citarasa Jepun.

Nak sediakan menu ni pun sangat mudah kerana ia merupakan produk makanan frozen.

Anda cuma perlu Nyah bekukan seketika dan masak didalam air fryer atau goreng di dalam minyak yang tidak terlalu panas pada api perlahan supaya ia tidak hangus salutan breaded dan masak elok bahagian dalamnya.
Untuk Cik iena, Cik iena lebih suka masak menggunakan Air Fryer jadi salutan breaded tu memang terletak cantik dan sedap dimakan.


Breaded Scallop ni sesuai sebagai hidangan snack di waktu petang atau sarapan mahupun buat bekalan anak ke sekolah.


KANIKA Sesame Dressing

KANIKA Sesame Dressing ni sememangnya kesukaan Cik iena untuk di jadikan dressing atau dipping souce .  Sesuai di makan dengan salad, ramen atau jadikan dipping souce untuk sushi dan juga gorengan rangup seperti Breaded Scallop tadi.
Walaupun harga Sesame Dressing agak mahal tidak kira jenama, ini antara dressing souce yang sentiasa ada dirumah Cik iena. Makan dengan Nugget pon jadi tau.
CIk iena memang suka KANIKA Sesame Dressing.



2. Fresh Udon With Homemade soup


Fresh Udon With seaweed soup
Fresh Udon With Homemade soup Menggunakan KANIKA Instant Japanesse Fresh Udon


Udon merupakan sajian mee yang bersaiz besar dan tebal di kalangan warga Jepun di kenali sebagai udon.  Diperbuat daripada tepung gandum dan dihidangkan bersama sup panas.
KANIKA Instant Japanesse Fresh Udon mudah untuk di nikmati kerana ianya merupakan produk Instant yg sangat mudah disediakan. Anda cuma perlu masak dengan air panas atau celur dengan air panas sahaja dan makan bersama sup panas.
 

Pada yang suka makanan bergoreng, anda juga boleh jadikan mee goreng .Cik iena lebih suka makan bersama seaweed soup . Soup ni versi Cik iena ikut citarasa Cik iena la tetapi masih mengekalkan rasa masakan jepun.

Resepi Sup Mee Udon Homemade


Bahan-bahan:

2 bungkus mi udon
150g Ayam cincang
4 sudu besar minyak
1 biji bawang Holland (dicincang)-
9 ulas bawang putih(dicincang)
1 sudu besar sos tiram
2 inci halia muda(diparut)
2 sudu besar kicap kikkoman
1 sudu teh kicap pekat
100ml stok
Air secukupnya
1 biji lobak merah
1 batang leek
Seaweed Secukup Rasa


Hiasan
2 biji telur rebus
1/2 biji lobak merah
1/2 biji Timun Jepun
Seaweed
Tumisan Ayam cincang
1 sudu besar bijan hitam dan bijan putih

Cara membuatnya:
1.Panaskan minyak dan masukkan ayam cincang.
2.Apabila daging cincang sudah bertukar warna,masukkan separuh dari bawang putih dan halia. Masak sebentar.
3.Angkat kesemua bahan dan masukkan ke dalam mangkuk. Ketepikan.
4.Tambah dalam 3 sudu besar minyak dan masukkan bawang holland yang dicincang, Masak sehingga bawang layu.
5.Masukkan lebihan bawang putih dan halia. Tuangkan kicap Jepun, kicap pekat, stok ayam, sos tiram, lobak merah, seaweed dan leek.
6.Tambah air jika diperlukan. Tunggu sehingga kuah mendidih.
7.Tuangkan ke dalam bekas dan Masukkan mi udon yg telah di celur.
8.Taburkan Ayam cincang tadi,telur, lobak merah, timun jepun, seaweed dan biji bijan hitam dan bijan putih.

Dah siap SUp Mee Udon Homemade yang sedap dimakan panas panas. Cik iena gunakan KANIKA Instant Japanesse Fresh Udon.





3. Baby Octopus Sushi

Baby Octopus Sushi
Baby Octopus Sushi Menggunakan KANIKA Frozen Seasoned Baby Octopus

 

Sekiranya anda merupakan penggemar sushi atau takoyaki original dari restoran tau kiosk makanan Jepun , sudah pastinya anda pernah makan baby octopus seperti ini.
Jika anda teringin memakan baby octopus seperti ini dirumah anda boleh dapatkan dari KANIKA, mereka ada menjual produk  KANIKA Frozen Seasoned Baby Octopus.

Baby Octopus Sushi
Baby Octopus Sushi Menggunakan KANIKA Frozen Seasoned Baby Octopus


KANIKA Frozen Seasoned Baby Octopus dah siap di masak dan di frozenkan. Anda cuma nyahbeku dan ianya boleh dimakan bersama nasi beras jepun ataupun sushi.
Kali ni Cik iena buat menu sushi sahaja. Cik iena buat sushi terlebih dahulu dan kemudian cik iena letak KANIKA Frozen Seasoned Baby Octopus yang
telah dinyahbeku diatas sushi ini.Untuk cara-cara cik iena buat sushi boleh rujuk video yang cik iena lampirkan dibawah.

Cik iena kongsikan video cara cara penyedian masakan Jepun menggunakan Produk Kanika.



4. Chuka Wakame Sushi


Chuka Wakame Sushi
Chuka Wakame Sushi Menggunakan KANIKA Seasoned Seaweed Salad

Selain Baby Octopus Sushi, Cik iena juga buat Chuka Wakame Sushi tapi kali ni Cik iena gulungkan sekali Chuka Wakame didalam gulungan sushi dan kemudian Cik iena tabur juga sedikit dibahagian atas sushi.
Nanti boleh rujuk video juga.

Chuka Wakame Sushi Cik iena gunakan KANIKA Seasoned Seaweed Salad . Seperti biasa sangat mudah nak gunakan cuma nyahbeku sahaja dan ianya sedia untuk dimakan.
Anda boleh makan KANIKA Seasoned Seaweed Salad bersama nasi beras jepun, sushi, telur hancur mahupun salad.


5. Chuka Hotate Salad

Chuka Hotate Salad
Chuka Hotate Salad menggunakan KANIKA Prepared Scallop Lips

 

Chuka Hotate Salad juga cik iena gunakan KANIKA Prepared Scallop Lips . Mudah sahaja untuk nikmati KANIKA Prepared Scallop Lips  ni. Cuma nyahbeku dan campurkan bersama sayur sayur salad. Ianya juga boleh dimakan bersama sushi dan nasi beras jepun . Scallop Lips ni ada rasa masam-masam manis macam rasa jeruk sedikit.

Chuka Hotate Salad menggunakan KANIKA Prepared Scallop Lips
Chuka Hotate Salad menggunakan KANIKA Prepared Scallop Lips


6. Chuka Kurage With Rice 


Chuka Kurage With Rice
Chuka Kurage With Rice menggunakan KANIKA Prepared JellyFish

Chuka Kurage With Rice tentunya Cik iena gunakan KANIKA Prepared JellyFish.Menu makanan Jepun yang kaya dengan makanan laut, Jellyfish ni memang sangat terkenal di Jepun. Ianya Sedap sangat, makan bersama salad atau pun di jadikan sushi.
 
Disebabkan sedap makan dengan nasi beras jepun panas panas ditabur dengan bijan hitam memang sedap.Perapan pada jellyfish ni ada rasa pedas-pedas lembut dan masam-masam manis. 

Chuka Kurage With Rice menggunakan KANIKA Prepared JellyFish
 

Dengan menggunakan produk Kanika Ready to eat ni memang mudah je anda nak nikmati masakan jepun dirumah . jempun tonton video cara penyediaan masakan jepun menggunakan produk Kanika.

 

6 menu mudah masakan Jepun menggunakan Produk Kanika





Kesemua rangkaian produk makanan segera dan frozen KANIKA boleh di dapati secara terus di pasaraya terpilih atau mudah dengan pembelian secara online sahaja di  Shopee, Lazada, laman sesawang Kanika B2C . 


6 Menu Masakan Jepun Sedap Dari Kanika Perlu Anda Cuba



Anda boleh dapatkan info promosi dan pembelian melalui pautan di bawah :


Laman web :  https://kanika.com.my
Facebook :  https://www.facebook.com/kanikamalaysia
Instagram :  https://www.instagram.com/kanika_malaysia/
Tiktok :  https://www.tiktok.com/@kanika.malaysia?lang=en


6 Menu Masakan Jepun Sedap Dari Kanika Perlu Anda Cuba

PROMOSI SEMPENA HARI BAPA ( Father's Day )

Pada 6/6-18/6
 Korang boleh dapatkan produk pada harga  Bundle
RM127 &  Discount 10%


Kanika Malaysia @Selayang
Block K, Lot 46903,
Jalan Taman Perusahaan Selayang.
68100 Batu Caves, Selangor
Telephone
1300-88-0707
010-2117549
012-9897424
Email
customersvc@kanika.com.my


Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve