Baru-baru ini cik iena telah menerima Lazada's Surprise Box dimana kesemua barangan di dalam box tersebut berjumlah lebih kurang RM400 dan ianya boleh di dapati secara online di Lazada.
Lazada semakin dikenali dan mendapat sambutan di kalangan rakyat Malaysia Khususnya buat mereka-mereka yang kesuntukan masa untuk membeli-belah di Shopping Mall.
Pada tahun ini Lazada menawarkan diskaun sehingga 96% . Terdapat pelbagai barangan yang akan diberikan diskaun terutamanya semasa Flash Sales pada Mega Day iaitu 22 MArch 2017 sehingga 24 March 2017.
Setiap hari dan jam terdapat barangan yang berbeza yang akan di buat jualan Flash Sale sehingga 97 % diskaun dan harga yang paling rendah adalah serendah RM1. Insya Allah jika berkesempatan cik iena akan kongsikan barangan berharga RM1 untuk flash sales akan datang .
Jika dalam artikel sebelum ini cik iena menunjukkan Video Unboxing Lazada Surprise Box. Kali ini cik iena akan sertakan link dimana anda boleh dapatkan barangan-barangan tersebut di Lazada.
Sebelum itu cik iena tunjuk sekali lagi video unboxing :)
Unboxing Lazada Surprise Box by iena eliena
Baiklah, berikut cik iena sertakan gambar produk beserta link atau pautan untuk anda membeli produk tersebut di Lazada.
Terima Kasih Lazada . Selamat Ulangtahun kelahiran yang ke 5. Kepada anda di luar sana jangan lepaskan peluang untuk membeli-belah semasa jualan ulangtahun lazada yang ke 5 ini ya .
Untuk ke kempen ulangtahun ke 5 lazada yang akan diadakan pada 22 hingga 24 March 2017 sila klik http://bit.ly/lazadabday
Kepada penggemar online shopping di luar sana, pasti anda ternanti-nanti “ONLINE REVOLUTION” yang akan diadakan pada setiap tahun iaitu 11.11 dan 12.12 bagi hampir kesemua online shopping platform di seluruh Malaysia khususnya.
Tanggal 11.11 semakin menghampiri kita, sudahkah anda membuat survey barangan apakah yang anda ingin beli? cik iena pastinya sudah . Cik iena memilih untuk membeli-belah pada “ONLINE REVOLUTION” kerana harga yang di tawarkan sangat berpatutan dan ianya lebih murah dari harga di luar iaitu harga di kedai biasa. Sebagai contoh barangan Elektrik.
Untuk pengetahuan semua barangan elektrik di rumah cik iena seperti peti ais, kettle , steammer iron dan sebagainya juga di beli secara online ketika jualan-jualan murah tertentu seperti “ONLINE REVOLUTION” dan sebagainya. “ONLINE REVOLUTION” akan datang cik iena berhasrat membeli Mesin Basuh pula.
Jemput cuci mata barangan utama yang akan cik iena beli pada 11.11 ni. harap cik iena sempat beli sebelum di rebut orang ramai ok :)
Setakat artikel ini di taip harga selepas diskaun adalah RM425 . Cik iena harap semasa 11.11 nanti harga akan lebih murah. Aminn :)
Ouh ya, Sebelum membeli barangan tersebut cik iena akan pergi ke kedai elektrik atau kedai yang berkaitan untuk menyemak senarai harga terlebih dahulu. Kebanyakan normal price yang dipaparkan adalah sama tetapi terdapat diskaun yang di berikan menjadikan ianya lebih murah di tambah dengan kos penghantaran percuma untuk hampir kesemua barangan terpilih.
Selain itu cik iena juga nak beli Katil. Memandangkan cik iena baru sahaja berpindah pada dua minggu yang lepas dan cik iena tidak membawa katil bersama. Cik iena perlu beli katil bujang kerana dengan adanya katil mudah la nak simpan barang di bawah katil. Jimat ruang juga dalam bilik . Cik iena nak beli yang murah sahaja almaklumlah rumah bujang. Kalau pindah mesti tinggalkan katil.
Sebelum membuat keputusan beli di Lazada terlebih dahulu cik iena membuat perbandingan harga di kedai perabot berhampiran rumah cik iena di setapak. Katil bujang yang sama di kedai perabut tersebut berharga lebih kurang RM249 . Di Lazada cuma RM83 untuk pembelian melalui web manakala melalui apps RM78.85 . Nampak tak tersangat beza harganya .
LAZADA MEMBAWA 1000 JENAMA UNTUK JUALAN DALAM TALIAN TERBESAR DI ASIA TENGGARA
Lazada Malaysia membuka tirai kepada jualan dalam talian terbesar di Asia Tenggara,“ONLINE REVOLUTION” dengan penyertaan lebih daripada 1000 jenama dan 55 000 peniaga tempatan dan antarabangsa. Acara selama sebulan ini yang akan bermula dari 11 November 2016 hingga 14 Disember 2016 adalah jualan “ONLINE REVOLUTION” yang kelima semenjak pelancarannya pada tahun 2012.
Menurut Hans-Peter Ressel, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia,
“Di Lazada Malaysia, kami komited untuk menawarkan rakyat Malaysia dengan akses kepada berjuta pilihan. 81% daripada para pengguna kami tinggal di luar Kuala Lumpur, dengan akses yang terhad kepada pusat beli-belah dan barangan berjenama yang berkualiti. “Online Revolution” 2016, yang bertemakan “Jenama untuk Semua” adalah bertujuan untuk memperdekat lagi jurang antara jenama dan pengguna. Kami menawarkan jenama-jenama ini dengan akses tanpa had kepada para pengguna yang berada di luar bandar-bandar metropolitan sementara kami juga memudahkan para pengguna untuk mengakses lebih daripada 1000 jenama kegemaran mereka”.
“Pada hari ini, kami mempunyai demografik pengguna yang lebih berusia, lebih pelbagai, dan lebih sub-bandar. Kami sedar dengan perubahan permintaan pengguna, dan kami berusaha untuk menawarkan apa yang setiap rakyat Malaysia mahukan. Oleh kerana itulah kami menawarkan tawaran tanpa tandingan – sebuah katalog dengan lebih daripada 7 juta produk merentasi 17 kategori; dengan antara produk terlaris kami termasuklah lampin, barangan runcit, dan perkakasan dapur”
Semasa “ONLINE REVOLUTION” para pengguna boleh menjangkakan untuk menemui lebih daripada 500 000 tawaran, termasuklah berbagai-bagai tawaran yang mengagumkan dari jenama tempatan dan antarabangsa - termasuklah pelancaran barangan berjenama yang eksklusif. Lazada Malaysia juga akan menampilkan promosi dari pelbagai rakan pemasaran .
Para pengguna berpeluang untuk memenangi hadiah penerbangan percuma dari AirAsia BIG; termasuklah tawaran istimewa dari DiGi, Maxis, Domino’s Malaysia, Caltex, HSBC, CIMB, TGV Cinemas dan Maybank semasa “ONLINE REVOLUTION” 2016.
Apa itu “ONLINE REVOLUTION” Lazada
“ONLINE REVOLUTION” Lazada adalah acara menjual dan membeli-belah dalam talian yang terbesar di Asia Tenggara yang membawa jenama, peniaga dan para pengguna bersama-sama di enam buah negara.
Lazada memulakan “ONLINE REVOLUTION” pada 12 Disember 2012 (12.12) dalam usaha untuk mendidik para pengguna tentang membeli-belah dalam talian dan kemudahannya. Apa yang bermula sebagai jualan selama satu hari telah mencetuskan kegilaan membeli-belah yang berkembang menjadi acara selama sebulan pada setiap tahun.
Semenjak itu, “ONLINE REVOLUTION” Lazada telah membuktikan dirinya sebagai acara jualan runcit dalam talian yang tersibuk di Asia Tenggara. Pada 2015, AS$40 juta dalam Nilai Dagangan Kasar telah dicatatkan semasa finale yang berlangsung selama tiga hari.
ONLINE REVOLUTION 2016 Lazada akan menyaksikan penyertaan jenama-jenama terkemuka yang sekaligus akan menawarkan beraneka produk popular dan berkualiti, dan tawaran yang terbaik untuk para pengguna dari Asia Tenggara.
Cik iena kongsikan sedikit apa yang menarik ya
SPIN THE WHEEL TO WIN VOUCHER FOR 11.11
SPIN THE WHEEL TO WIN VOUCHER FOR 11.11
Click to spin
Yang ni bila cik iena dapat anak panah ke gambar macam komputer tu
Okay yang ni jemput cuba sampai berjaya ye nak voucher tu
MYSTERY VOUCHER
Cik iena tak sabar nak tunggu esok..apalah agaknya
UNLOCK SECRET VOUCHER - JOIN AND INVITE YOUR FRIEND
UNLOCK SECRET VOUCHER - JOIN AND INVITE YOUR FRIEND
Yang ni pun menarik juga untuk penggemar shopping seperti cik iena
MILESTONES
- 500 people 'Going' and unlock a 10% voucher off max. RM50!
- 2,000 people 'Going' and unlock a 15% voucher off max. RM25!
- 5,000 people 'Going' and unlock an RM11 voucher! (No limited spend)
- 10,000 people 'Going' and unlock an RM20 voucher! (No limited spend)
- 15,000 people 'Going' and unlock an RM30 voucher! (No limited spend)
- 20,000 people 'Going' and unlock a Mystery Giveaway!
Iena Eliena’s Blog focuses on iena eliena life style as a part time blogger . Love to share all about her self . About her favourite foods, favourite place , about her blogging activity that she's involved in almost 12 years and also about her vacation in the country or abroad . Love to captured her selfie and share to Instagram to attract more follower.
Kindly email me for any event invitation / product review / any collaboration with your brand. You can reach me at iena(@)ienaeliena(.)com