Pemakaian pemerah pipi atau dikenali sebagai blusher boleh menaikkan lagi seri wajah seseorang. Ia dikatakan sebagai pelengkap solekan wajah.Walaupun hanya mengenakan solekan ringkas, pemakaian pemerah pipi dapat memberi kelainan pada wajah dengan efek-efek kemerahan di pipi supaya wajah anda tidak kelihatan pucat. Ini menambahkan lagi seri seseorang wanita itu.
Dewasa kini terdapat pelbagai jenis pemerah pipi dari pelbagai rangkaian jenama di pasaran,iaitu cecair/ liquid, cream, tabur/debu, compact,duo , bronzer/ pinkish dan tint blusher . Mungkin selepas ini akan keluar pemerah pipi berjenis lain :)
Missha Coloring Multi Stick From Althea
Kali ini Cik iena nak review pemerah pipi berjenis cream dalam bentuk stick dari Althea iaitu Missha Coloring Multi Stick.
Althea Korea
Sebelum itu, apa itu Althea? Cik iena yakin, pada anda gemar bersolek anda pasti kenal akan portal online yang menjual barangan mekap iaitu Althea. Althea merupakan portal online yang menjual barangan kecantikan dari Korea . ALTHEA menawarkan produk-prdouct K-Beauty (Korea) dengan harga termurah, 100% asli, dan ianya juga menawarkan penghantaran percuma seluruh dunia.
Missha Coloring Multi Stick
Ia merupakan blusher atau pemerah pipi yang bertekstur krim . Mudah untuk diaplikasikan dan hasilnya lebih menarik berbanding blusher berjenis compact yang biasa anda gunakan. Missha Coloring Multi Stick hadir dengan 10 pilihan warna yang menarik.
Missha Coloring Multi Stick From Althea
Missha Coloring Multi Stick Sesuai untuk semua jenis kulit . Ia merupakan produk keluaran Korea dan ianya sangat di gemari oleh remaja korea yang suka bersolek ringkas menggunakan pemerah pipi dan pemerah bibir sahaja bagi solekan natural yang sangat terkenal di Korea.
Missha Coloring Multi Stick From Althea
Istimewanya blusher ini lagi adalah ianya hadir bersama berus . Dimana berus ini digunakan untuk meratakan blusher yang anda aplikasikan pada pipi anda. Ianya sangat praktikal dan mudah untuk di bawa kemana-mana.
Missha Coloring Multi Stick From Althea
Missha Coloring Multi Stick From Althea
Kali ini Cik iena mencuba warna Rosy Angle. Warna pink-pink peach . Cik iena memang suka warna-warna macam ni. Selain daripada warna Rosy Angle terdapat 9 lagi warna-warna untuk di jadikan pilihan anda.
Warna-warna Missha Coloring Multi Stick
Cara penggunaan
Selepas memakai foundation sebelum memakai bedak asas, sapukan blusher pada pipi dan ratakan menggunakan berus. Perlu di ingatkan untuk blusher atau pemerah pipi berjenis krim, ianya perlu di pakai sebelum anda memakai bedak. Jika anda memakainya selepas memakai bedak ianya akan bercapuk.
Missha Coloring Multi Stick From Althea
Jadi pastikan anda memakan pemerah pipi ini terlebih dahulu sebelam memakai bedak. Selepas memakai pemerah pipi berjenis krim ini anda juga boleh memakai blusher jenis compact jika anda tidak suka efek lembab dan glowing dari blusher berjenis krim ini.
Review Missha Coloring Multi Stick
Cik iena suka Blusher ni sebab ianya didatangkan sekali dengan berus . Jadi pemakaian blusher lebih mudah. Tak perlu bawa blusher dan berus berasingan di dalam handbag. Warna blusher ini juga cantik cuma bagi Cik iena ia tak pigment sangat. Anda memakai dalam amaun yang lebih jika anda jenis seperti cik iena yang suka warna terang jelas kelihatan di pipi.
Missha Coloring Multi Stick From Althea
Untuk Cik iena yang gemar warna-warna terang . CIk iena memang suka pipi kelihatan pink, merah mahupun peach. Untuk blusher ini cik iena akan pakai dalam amaun lebih berbanding Blusher stick lain yang akan cik iena review dalam artikel berikutnya. Blusher tersebut juga dari Althea :)
Missha Coloring Multi Stick From Althea
Selain dari aplikasikan ianya di bahagian pipi, cik iena juga gunakan sebagai highlight di bawah dagu dan juga tepi hidung . Dah kata produk korea mesti nak bersolek nampak ala-ala gadis korea ,muka pink-pink (^_~)
Rating
7/10
Harga Missha Coloring Multi Stick
Harga promosi semasa Artikel ini di tulis RM50 (diskaun 33%)
Harga Asal RM75
Kepada anda yang ingin mendapatkannya anda boleh beli di http://my.althea.kr/coloring-multi-stick-2016-new (iena buang link sebab produk da habis :) korang boleh tengok mainpage https://my.althea.kr?afmc=ienaeliena)
Wanita dan kecantikan sering dikaitkan bersama. Tidak hairan ramai wanita yang gemar bersolek bagi menyerlahkan lagi kecantikan pada wajah. Namun begitu dalam bersolek , anda seharusnya tau asas sesuatu solekan terlebih dahulu.
Tidak kiralah anda mempelajarinya secara dalam talian di Youtube mahupun di Live Facebook yang sangat popular sekarang. Rata-rata ramai Make Up Artist yang gemar menunjukkan Skill solekanmasing-masing secara live di facebook.
Tidak kurang juga masih ada yang menghadiri kelas-kelas solekan untuk mempelajari teknik solekan dan lakukannya secara praktikal supaya teknik solekan tersebut dapat tersemat di dalama jiwa kita.
Sama seperti Cik iena . Walaupun terdapat banyak Video tutorial solekan di Youtube dan Live FAcebook tentang solekan, Cik iena masih memilih untuk menghadiri sendiri kelas solekan.
Ini adalah kerana Cik iena dapat mempelajari nya secara praktikal dan di sini juga segala pertanyaan tentang solekan boleh di tanya terus kepada tenaga pengajar dan kita pasti akan di beri perhatian dan tenaga pengajar akan menjawab soalan kita.
Berbeza dengan di Youtube perlu komen dan menanti mereka membalas komen. Untuk Live Video pu;a adakalanya komen anda tidak di baca kerana terlalu banyak pertanyaan dari penonoton. Jadi pada Cik iena untuk anda yang betul-betul gemar akan solekan . Boleh luangkan masa menghadiri mana-mana kelas solekan untuk mendapatkan ilmu solekan yang di perlukan.
Pada anda yang mempunyai bakat solekan, Kelas make up atau solekan merupakan peluang keemasan untuk anda mengembangkan bakat anda di dalam bidang solekan profesional. Dalam kelas tersebut anda akan mempelajari teknik-teknik profesional dalam bidang solekan dan selok belok menjadi make up artist .
Di tengah2, dua MUA muda yang berjaya
Beberapa bulan yang lepas Cik iena ada menyertai satu kelas solekan yang di kelolakan oleh dua orang MUA yang muda lagi cantik dan berpengalaman di Bangi iaitu Onie dan juga Nadia. Dimana kelas solekan ini dianjurkan khas buat Beauty Blogger yang berminat untuk mendalami ilmu solekan.
Selain ilmu solekan yang di turunkan secara praktikal, kelas ini juga telah di taja oleh beberapa individu atau organisasi bagi memperkenalkan produk keluaran mereka . Cik iena akan nyatakan kesemua Sponsor untuk kelas solekan ini di penghujung Artikel.
sekanya peserta mendapat barang dari penaja
Yeayyyy terima kasih penaja
Dalam kelas tersebut, kami diajar teknik makeup , untuk Natural Look dan Half Moon Cut Crease. Kedua-dua jenis solekan ini sememangnya sedang trending dalam industri kecantikan di Malaysia khususnya.
Kedua-dua teknik solekan ini di ajar oleh MUA yang berbeza. Cik iena akan kongsikan satu persatu teknik untuk perkongsian bersama anda. Cik iena akan mulakan dengan teknik Natural Look dan seterusnya Half Moon Cut Crease.
Onie dua dari kiri dan Nadia dua dari kanan
Teknik Solekan Natural Look Oleh MUA Nadia
Seperti biasa, tenaga pengajar akan mengajar dari permulaan langkah solekan sehinggalah selesai semua langkah solekan . Di sini MUA Nadia berkongsi tentang produk-produk yang di gunakan . Produk yang sesuai untuk kulit normal, kombinasi dan kering .
MUA Nadia menunjukkan cara-cara solekan Naturan Look
Fokus para peserta melihat cara-cara solekan Natural Look
Pelbagai tips yang di kongsi oleh MUA Nadia bagi menampakkan solekan Natural itu nampak lebih cantik semulajadi dan menyerlah dengan teknik-teknik tertentu . Jika Cik iena ceritakan tak perlu lah anda semua hadir kelas solekan ini .
MUA Nadia berkongsi mengenai manfaat serum yang di gunakan
Semasa sesi bersama MUA Nadia ini solekannya agak ringkas kerana solekan Natural namun walaupun ianya solekan Natural terdapat beberapa tips penting yang di kongsikan oleh MUA Nadia yang lemah lembut orangnya.
Cik iena rasa cik iena terlebih over belajar mekap duduk depan sekali haha
Segala soalan yang diutarakan oleh Cik iena dan rakan-rakan dapat di jawab oleh MUA yang mengajar. Walaupun kadang kala soalan yang di tanya terlalu basic tapi tahukah anda jika anda bertanya dan terus bertanya walau soalan yang sama. Anda pasti akan sentiasa ingat ilmu tersebut.
berkongsi tips dan berbincang tentang solekan bersama rakan
Hasil Solekan MUA NAdia
Jadi di sini Cik iena hanya akan cerita pengalaman menyertai kelas ini sahaja dan bukan mengenaik tekinik solekan tersebut.
Selepas selesai mempelajari teknik solekan Natural Look dari MUA Nadia, kami berehat sebentar dan seterusnya Teknik Solekan Half Moon Cut Crease oleh MUA Onie. Sejujurnya teknik ini sangat mencabar buat Cik iena.
MUA Onie berkongsi mengenai cara penyapuan foundation
MUA Onie menunjukkan langkah-langkah menyapu pembayang mata
Cik iena memang menggemari solekan akan tetapi teknik ini Cik iena kurang arif. Amat sukar untuk cik iena lakukannya sewaktu praktikal . Semasa melihat MUA Onie mengajar terasa mudah. Tetapi apabila sesi praktikal. Sesi untuk aplikasikan ilmu yang di pelajari. Cik iena gagal. Jujur Cik iena gagal. haha ..
MUA Onie berkongsi info tentang produk yang di gunakan dalam solekan
peserta yang gigih ambil gambar untuk rujukan
Maka dengan itu sememangnya kelas solekan amat penting . Di sini anda boleh pelajari dengan betul . Walaupun cik iena baru lepas belajar tapi cik iena gagal lakukannya apatah lagi anda yang hanya menonton di Youtube atau FB Live . Sekali tengok mesti tak boleh . Ya betul orang kata "Practice make perfect".
MUA Onie menunjukkan cara blending eye shadow untuk solekan Cut Crease
CIk iena suka karekter tegas dan suara lantang MUA Onie
Semasa sesi bersama MUA Onie , beliau juga banyak berkongsi Tips solekan sama seperti Nadia. kedua-dua MUA mempunyai karekter yang berbeza. Onie agak sedikit garang. Nada suara yang lantang sangat Cik iena suka terasa masuk ke dalam otak .
Banyak juga tips yang cik iena gunakan dari kedua-dua MUA yang mengajar pada hari tersebut.
Untuk sesi Praktikal kelas solekan Cik iena memilih Teknik Half Moon Cut Crease . Seperti yang telah Cik iena nyatakan diatas Cik iena gagal . Ya Cik iena gagal mendapat hasil yang di inginkan. Agak susah untuk mengaplikasikan teknik ini kerana Cik iena baru pertama kali belajar dan aplikasikan teknik tersebut.
sesi mempraktikkan apa yan g di pelajari
Jadi hasilnya tidak memuaskan Cik iena namum apa yang Cik iena suka adalah kedua-dua MUA memperbetulkan solekan Cik iena dengan mengarahkan untuk lakukan itu ini dan itu supaya solekan tersebut dapat di perbaiki.
Bak kata MUA Onie, "KITA YANG BUAT DIA" . Haaa dah salah pandai-pandai la adjust bagi lawa. Yang ni sangat seronok . Haa berbaloi lah belajar kelas make up ni tau . Kalau tonton Video je kita tak dapat ilmu yang lengkap sebenarnya . Sebab bila sesi praktikal mereka takde depan mata kita untuk ajar dan betulkan kesalahan kita :)
kesemua peserta sedang mempraktikkan apa yang di pelajari
Wokay kepada anda yang berminat untuk mempelajari kelas solekan murah di Bangi boleh lah menghubungi kedua-dua MUA tersebut iaitu Onie dan Nadia.
Cik iena sedang mempraktikkan apa yang di pelajari
Untuk pengetahuan anda semua, pada 20 januari 2018 ini akan diadakan satu sesi grouping kelas solekan di Seksyen 7 Bangi. Jangan lupa booking ya. Untuk tarikh lain boleh follow sosial media MUA :)
Harga Kelas Mekap Murah Bangi
Small Group RM 150 per person (Harga berubah mengikut harga semasa pasaran)
Personal Class one to one RM350 per person
Pada yang berminat berikut maklumat untuk dua mua yang boleh anda hubungi dan lihat hasil solekan mereka
Selain membuat kelas solekan , pastinya juga mereka mengambil upah untuk mecantikkan anda di MAjlis-majlis tertentu seperti Dinner, tunang, nikah , kawen dan sebagainya . Jadi kalau anda masih belum mempunyai MUA untuk majlis anda atau masih tercari-cari MUA yang sesuai boleh lah survey hasil solekan ke dua-dua MUA ni ya (^_~)
PENAJA KELAS SOLEKAN
Baeklah seperti yang cik iena nyatakan di awal artikel mengenai penaja yang menaja kelas solekan ini . Okay dibawah Cik iena senaraikan .
Wanita dan kecantikan berpisah tiada. Walaupun telah memiliki beberapa set kecantkan mahupun set solekan pasti akan ada rasa ingin membeli pelbagai lagi produk . Cik iena adalah salah seorang daripadanya. Walaupun beg mekap Cik iena dah penuh . Cik iena tetap mempunyai keinginan untuk mengumpul alat solek terutamanya.
Di sini Cik iena ingin kongsikan tempat di mana anda boleh mendapat kan set solekan pada harga yang lebih murah berbanding dengan harga loose item . Anda boleh dapatkan pelbagai Set Beauty Box dari Althea .
Althea Beauty Box
Althea Beauty Box adalah salah satu program dari althea yang mana ianya merupakan kotak kecantikan atau beauty box yang didalamnya mengandungi 6-12 produk K-beauty yang ianya disesuaikan dengan tema dari kotak tersebut.
Althea Party All Night Box
Mengapa Althea Beauty Box ini bernilai untuk anda beli?
Kotak tema-tema yang diberikan cukup menarik
Harga dari 1 (satu) kotak kecantikannya lebih murah dibandingkan
jika kita membeli unit harga dari produk-produk yang terdapat di dalam
kotak itu
Kotak kecantikan ini tidak perlu menggunakan program langganan seperti kebanyakan kotak kecantikan yang diluar sana.
Semua kotak merupakan edisi terhad .
hasil solekan menggunakan Althea Party All Night Box
Althea Beauty Box sendiri mempunyai kotak kecantikan 2 (dua) jenis iaitu:
ALTHEA BOX: Beauty Box
ini berdasarkan tema tertentu, dimana isi dalam kotak itu merupakan
campuran dari produk yang terkenal dan produk kegemaran ramai yang
terbaru.
TREND BOX: Beauty Box
ini berdasarkan dari trend kecantikan semasa di Korea. Di lengkapi
dengan produk K-Beauty yang paling terkenal (baik dari jenama baru atau
produk terbaru dari jenama yang sudah sedia ada).
Hasil solekan menggunakan Althea Party All Night Box
Baru-baru ini cik iena di beri kesempatan untuk review Althea Party All Night Box. Jom lihat apa yang ada di dalam Beauty Box ini dan review dari cik iena :)
Althea 'Party All Night' Beauty Box
Althea Party All Night Box
Produk kecantikan yang terdapat di dalam box ini adalah :
Konstante Elganz Fixer
Water Lip Tattoo
Full Cover Liquid Concealer (2017 New)
Power 10 Formula Samples
Max Change Oil Foam Sample
16 Brickit Shadow Hit 10 Choco
hasil solekan menggunakan Althea Party All Night Box
Untuk pengetahuan anda di dalam box ini mengandungi produk bersaiz penuh iaitu Konstante Elganz Fixer (50ml), Water Lip Tatoo #rosegold, Full Cover Liquid Concealer (2017 New) #sandbeige,
dan 16 Brickit Shadow Hit 10 Choco . Manakala terdapat dua produk dalam saiz sample iaitu Max Change Oil Foam dan Power 10 Formula .
Althea Party All Night Box
Box kecantikan ini di jual pada harga RM 118 diamana harga asal untuk kesemua produk di dalam box adalah RM 369 . Untuk Althea PArty All Night Box ini anda dapat jimat RM251.
Video Unboxing Althea Party All Night Box
Murah bukan Harga yang ditawarkan . Sememangnya ianya sangat-sangat berbaloi untuk anda miliki.
Video Review Althea 'Party All Night' Beauty Box
Althea Party All Night Box
1. Konstante Elganz Fixer
Konstante Elganz Fixer merupakan spray wajah yang bertujuan untuk mengekalkan solekan . Ianya di gunakan agar solekan lebih tahan lama dan lebih menyerlah . Selain dari mengekalkan solekan ianya juga memberikan kelembapan pada wajah dan seterusnya memberikan efek glowing pada solekan.
Konstante Elganz Fixer
Konstante Elganz Fixer ini mempunyai tekstur yang tidak melekit dan sangat selesa ketika anda menyemburkannya pada wajah di tambah dengan haruman yang menenangkan.
Konstante Elganz Fixer Sesuai Untuk :-
Anda yang sering risau mascara anda akan comot
Anda yang risau eye liner anda akan comot
Anda yang sering risau solekan tidak tahan lama
Anda yang inginkan hasil solekan yang flawless
Anda yang inginkan warna pembayang mata serta blusher tampak lebih menyerlah.
Anda yang risau solekan anda akan hilang jika terkena peluh mahupun air hujan Anda yang mempunyai masalah rambut suka melekat pada solekan yang sticky
Konstante Elganz Fixer
Cara Penggunaan :
Selepas anda selesai bersolek, sembur Konstante Elganz Fixer pada wajah anda. Jarakkan 20 cm ke 30 cm daripada wajah ketika anda menyembur Konstante Elganz Fixer. Boleh juga di gunakan sebelum mengenakan solekan.
Cik
iena suka make up fixer ini. Selepas sembur pada wajah, kulit wajah menjadi lembut dan lembab, tak rasa seperti pakai maku up walaupun kita bermake up tebal . Solekan nampak lebih menarik. Warna pembayang mata , pemerah pipi serta shading dan highlight menyerlah dari sebelum di sembur fixer.
Solekan juga menjadi tahan lama di samping memberi efek glowing pada wajah.
Rating :
10/10
2. Water Lip Tattoo (Rose Gold)
Water Lip Tattoo merupakan Lip Tattoo berasaskan air diaman seperti yang anda sedia maklum Lip Tatto kebiasaannya adalah berbentuk Gel dan ianya perlu di kupas selepas ianya kering untuk mendapatkan warna bibir yang cantik semulajadi. Berbeza dengan Water Lip Tattoo ini ianya tidak perlu di kupas namun hasilnya tetap cantik.
Water Lip Tattoo (Rose Gold)
Ianya mempunyai warna yang sangat pigment. Hanya satu sapuan sahaja warna jelas di bibir. Ianya juga tahan lama dan waterproof . Ianya juga mengandungi Hydrated Gel formula yang menjadikan bibir anda kekal lembab. Warna tahan lama dan cantik tanpa rekahan.
Cara Penggunaan :
Sapukan pada bibir sama ada keseluruhan bibir ataupun hanya aplikasi di bahagian tengah bibir :)
Water Lip Tattoo (Rose Gold)
Review Water Lip Tattoo
Cik
iena suka Tekstur lembut Water lip tattoo ni . Warnanya sangat pigment. Hanya satu sapuan dah nampak terang warnanya. Selain menggunakannya di bibir. Cik iena juga guna sebagai based untuk shading di pipi dan tulang rahang bawah pipi untuk menampakkan efek pipi kurus .
Rating :
9/10
3. Full Cover Liquid Concealer (2017 New)
Full Cover Liquid Concealer di gunakan sebagai asas solekan bagi menaikkan lagi seri wajah serta menutup cela pada wajah . ianya mampu menutup parut jerawat , bintik-bintik hitam dan parut-parut lain di wajah serta ianya juga dapat menutup lingkaran gelap bawah mata.
Full Cover Liquid Concealer
Ianya juga boleh di gunakan untuk membentuk kening supaya dapat menghasilkan kening yang cantik dengan menggunakan Full Cover Liquid Concealer di bahagian bawah dan atas kening bagi menutup bulu-bulu halus kening.
Cara Penggunaan :
Sapu kan Full Cover Liquid Concealer pada wajah dan blend menggunakan beauty sponge atau berus . Cik iena lebih gemar memakai beauty sponge. Untuk menutup cela seperti parut jerawat atau lingkaran gelap bawah mata letakkan amoun lebih sedikit berbanding bahagian lain dan blend agar nampak sekata.
Full Cover Liquid Concealer
Review Full Cover Liquid Concealer (2017 New)
Cik
iena suka Tekstur Full cover liquid concealer ni . Ianya mudah untuk diaplikasikan dan tahan lama. Ianya juga dapat menutup parut-parut yang terdapat pada wajah dan juga mampu menutup lingkaran gelap bawah mata.
Rating :
9/10
4. Power 10 Formula Samples
Terdapat pelbagai rangkaian jenis Power 10 Formula yang memberi Boosting pada wajah mengikut jenis kulit wajah anda. IAnya sangat cepat meresap pada wajah justeru itu khasiat kebaikannya di perolehi dengan pantas.
Untuk beauty box ini Cik iena dapat Power 10 Formula Syn-Ake dan Power 10 Formula WH Effector
Power 10 Formula Syn-Ake adalah untuk kulit kering manakala Power 10 Formula WH Effector adalah untuk kulit normal kepada kering iaitu kulit Combination.
Power 10 Formula Samples yang dua pakacing kecil
Cara Penggunaan :
Sapukan Power 10 formula ini selepas mencuci wajah dan sebelum mengenakan apa-apa krim penjagaan wajah anda yang lain.
Kandungan :
Review Power 10 Formula Samples
Power 10 Formula WH Effector sangat sesuai dengan kulit kombinasi Cik iena . Kulit rasa lembut selepas mengaplikasikannya . Boleh beli saiz penuh :)
Manakala Power 10 Formula Syn-Ake pula untuk anda yang mengalami masalah kulit kering . Cik iena pakai semestinya rasa lembab kerana ianya berfungsi untuk melembabkan tekstur kulit anda yang berjenis kulit kering. Namun Cik iena lebih prefer Power 10 Formula WH Effector untuk kulit kombinasi Cik iena.
Rating :
8/10
5. Max Change Oil Foam Sample
Max Change Oil Foam ni mengandungi Hyluranic Asid di mana ianya sangat bagus untuk melembabkan kulit wajah . Selain Hyluranic asid yang bagus untuk melembabkan wajah ianya juga mengandungi Amino asid yang bertujuan untuk menganjal dan menegangkan kulit wajah di samping mengandungi Ceramide yang berfungsi untuk mengekalkan kelembapan .
Max Change Oil Foam Sample yang bewarna hijau
Cara Penggunaan :
Cuci wajah dengan air bersih dan MAx change oil foam . Ratakan pada wajah, gosok sehingga berbusa dan bersihkan busa atau buih dari wajah.
Review Max Change Oil Foam Sample
Cik
iena suka Tekstur lembut halus dan berbusa cleansing foam ini. Haruman nya juga sangat mendamaikan dan menyegarkan. Apabila
selesai mencuci wajah, wajah terasa segar dan bersih . Terasa kekototan
pada wajah hilang dan wajah tidak berminyak
serta kulit menjadi lembut dan lembab.
PAda anda yang seusia Cik iena iaitu 30 an, Cik iena sangat cadangkan pencuci wajah ini kerana ianya melembab serta mengekalkan kelembapan kulit wajah . Tiada masalah garis-garis halus yang akan muncul jika anda mengamalkan pencuci wajah yang mengandungi Hyluranic Asid .
Rating :
10/10
6. 16 Brickit Shadow Hit 10 Choco
16 Brickit Shadow Hit 10 Choco mempunyai 10 tona warna pembayang mata yang menarik dimana ianya sesuai di gunakan untuk solekan harian mahupun solekan untuk ke majlis-majlis tertentu.
16 Brickit Shadow Hit 10 Choco
Mempunyai dua berus yang mana berus besar di gunakan untuk mengaplikasikan pembayang mata pada seluruh kelopak mata. Manakala berus kecil dan runcing di guna untuk membentuk solekan mata atau membentuk smokey eyes.
16 Brickit Shadow Hit 10 Choco
10 tona warna yang terdapat dalam 16 Brickit Shadow Hit 10 Choco
Egg Nog
Cotton Sugar
Sweet Latte
Milk Coco
Rose Macaron
Hazelnut Syrup
Cinamon Powder
Deep Brownie
Melting Ganache
Cacao 100
5 tona warna awal iaitu Egg Nog, Cotton Sugar, Sweet Latte, Milk Coco dan Rose Macaron sangat sesuai untuk anda yang sukakan solekan ringkas ke pejabat. Ianya sesuai untuk penggunaan harian.
Manakala 5 tona warna seterusnya iaitu Hazelnut Syrup, Cinamon Powder, Deep Brownie, Melting, Ganache dan Cacao 100 sesuai untuk majlis-majlis tertentu atau sesuai untuk anda yang gemarkan solekan menonjol pada bahagian mata.
Cara Penggunaan :
Sapu 16 Brickit Shadow Hit 10 Choco pada kelopak mata . Ianya juga boleh di guna sebagai shading dengan menggunakan warna Milk Coco dan gunakan warna Egg Nog sebagai Highlight.
Cik
iena suka kesemua tona warna dalam palette ini. Semua warna yang terdapat dalam pallete ini adalah warna yang sesuai di gunakan untuk penggunaan harian mahupun penggunaan solekan ke majlis-majlis tertentu. Warna nya juga sangat shimering. Cik iena suka warna shimering dari pallete ini. Selain pembayang mata. Cik iena juga gunakan sebahagian dari warna dalam palette ini untuk shading dan highlight.
Rating :
10/10
Hasil solekan dari Althea Party All Night Box
Menarik bukan box ajaib nie ? Cik iena suka sangat Box ni sebab ianya hampir lengkap untuk sesuatu solekan. Selain untuk pembayang mata 16 Brickit Shadow Hit 10 Choco juga boleh di gunakan untuk shading dan highlight.
Manakala Water Lip Tattoo (Rose Gold) pula selain untuk bibir ianya boleh di gunakan untuk membuat shading based bagi menyerlahkan lagi hasil shading.
Full Cover Liquid Concealer pula selain untuk asas solekan sebagai foundation, ianya juga boleh di gunakan bagi membentuk kening untuk menutup anak-anak rambut halus kening supaya dapat menghasilkan kening yang cantik. Selaint itu ianya juga boleh menutup parut degil da n juga lingkaran gelap bawah mata.
Konstante Elganz Fixer pula sangat membantu untuk menaikkan lagi seri solekan serta menjadikan solekan tahan lama di samping melembabkan wajah .
Untuk mendapatkan Althea Party All Night Beauty Box ini sila layari http://my.althea.kr/party-makeup-box(iena buang link sebab dah takde promo ni, korang boleh tengok main page https://my.althea.kr?afmc=ienaeliena)
Selain Althea Party All Night Beauty Box ini anda juga boleh mendapatkan Beauty Box yang lain di http://my.althea.kr/althea-box
Iena Eliena’s Blog focuses on iena eliena life style as a part time blogger . Love to share all about her self . About her favourite foods, favourite place , about her blogging activity that she's involved in almost 12 years and also about her vacation in the country or abroad . Love to captured her selfie and share to Instagram to attract more follower.
Kindly email me for any event invitation / product review / any collaboration with your brand. You can reach me at iena(@)ienaeliena(.)com