Wanita dan kecantikan sering dikaitkan bersama. Tidak hairan ramai wanita yang gemar bersolek bagi menyerlahkan lagi kecantikan pada wajah. Namun begitu dalam bersolek , anda seharusnya tau asas sesuatu solekan terlebih dahulu.
Tidak kiralah anda mempelajarinya secara dalam talian di Youtube mahupun di Live Facebook yang sangat popular sekarang. Rata-rata ramai Make Up Artist yang gemar menunjukkan Skill solekanmasing-masing secara live di facebook.
Tidak kurang juga masih ada yang menghadiri kelas-kelas solekan untuk mempelajari teknik solekan dan lakukannya secara praktikal supaya teknik solekan tersebut dapat tersemat di dalama jiwa kita.
Sama seperti Cik iena . Walaupun terdapat banyak Video tutorial solekan di Youtube dan Live FAcebook tentang solekan, Cik iena masih memilih untuk menghadiri sendiri kelas solekan.
Ini adalah kerana Cik iena dapat mempelajari nya secara praktikal dan di sini juga segala pertanyaan tentang solekan boleh di tanya terus kepada tenaga pengajar dan kita pasti akan di beri perhatian dan tenaga pengajar akan menjawab soalan kita.
Berbeza dengan di Youtube perlu komen dan menanti mereka membalas komen. Untuk Live Video pu;a adakalanya komen anda tidak di baca kerana terlalu banyak pertanyaan dari penonoton. Jadi pada Cik iena untuk anda yang betul-betul gemar akan solekan . Boleh luangkan masa menghadiri mana-mana kelas solekan untuk mendapatkan ilmu solekan yang di perlukan.
Pada anda yang mempunyai bakat solekan, Kelas make up atau solekan merupakan peluang keemasan untuk anda mengembangkan bakat anda di dalam bidang solekan profesional. Dalam kelas tersebut anda akan mempelajari teknik-teknik profesional dalam bidang solekan dan selok belok menjadi make up artist .
|
Di tengah2, dua MUA muda yang berjaya |
Beberapa bulan yang lepas Cik iena ada menyertai satu kelas solekan yang di kelolakan oleh dua orang MUA yang muda lagi cantik dan berpengalaman di Bangi iaitu Onie dan juga Nadia. Dimana kelas solekan ini dianjurkan khas buat Beauty Blogger yang berminat untuk mendalami ilmu solekan.
Selain ilmu solekan yang di turunkan secara praktikal, kelas ini juga telah di taja oleh beberapa individu atau organisasi bagi memperkenalkan produk keluaran mereka . Cik iena akan nyatakan kesemua Sponsor untuk kelas solekan ini di penghujung Artikel.
|
sekanya peserta mendapat barang dari penaja |
|
Yeayyyy terima kasih penaja |
Dalam kelas tersebut, kami diajar teknik makeup , untuk Natural Look dan Half Moon Cut Crease. Kedua-dua jenis solekan ini sememangnya sedang trending dalam industri kecantikan di Malaysia khususnya.
Kedua-dua teknik solekan ini di ajar oleh MUA yang berbeza. Cik iena akan kongsikan satu persatu teknik untuk perkongsian bersama anda. Cik iena akan mulakan dengan teknik Natural Look dan seterusnya Half Moon Cut Crease.
|
Onie dua dari kiri dan Nadia dua dari kanan |
Teknik Solekan Natural Look Oleh MUA Nadia
Seperti biasa, tenaga pengajar akan mengajar dari permulaan langkah solekan sehinggalah selesai semua langkah solekan . Di sini MUA Nadia berkongsi tentang produk-produk yang di gunakan . Produk yang sesuai untuk kulit normal, kombinasi dan kering .
|
MUA Nadia menunjukkan cara-cara solekan Naturan Look |
|
Fokus para peserta melihat cara-cara solekan Natural Look |
Pelbagai tips yang di kongsi oleh MUA Nadia bagi menampakkan solekan Natural itu nampak lebih cantik semulajadi dan menyerlah dengan teknik-teknik tertentu . Jika Cik iena ceritakan tak perlu lah anda semua hadir kelas solekan ini .
|
MUA Nadia berkongsi mengenai manfaat serum yang di gunakan |
Semasa sesi bersama MUA Nadia ini solekannya agak ringkas kerana solekan Natural namun walaupun ianya solekan Natural terdapat beberapa tips penting yang di kongsikan oleh MUA Nadia yang lemah lembut orangnya.
|
Cik iena rasa cik iena terlebih over belajar mekap duduk depan sekali haha |
Segala soalan yang diutarakan oleh Cik iena dan rakan-rakan dapat di jawab oleh MUA yang mengajar. Walaupun kadang kala soalan yang di tanya terlalu basic tapi tahukah anda jika anda bertanya dan terus bertanya walau soalan yang sama. Anda pasti akan sentiasa ingat ilmu tersebut.
|
berkongsi tips dan berbincang tentang solekan bersama rakan |
|
Hasil Solekan MUA NAdia |
Jadi di sini Cik iena hanya akan cerita pengalaman menyertai kelas ini sahaja dan bukan mengenaik tekinik solekan tersebut.
MUA Nadia
Fanpage : Makeup By Nadia Zainol
Facebook : Nadia Zainol
Instagram : @iamnadiazainol
Whatsapp : +60 19-256 3266
Teknik Solekan Half Moon Cut Crease Oleh MUA Onie
Selepas selesai mempelajari teknik solekan Natural Look dari MUA Nadia, kami berehat sebentar dan seterusnya Teknik Solekan Half Moon Cut Crease oleh MUA Onie. Sejujurnya teknik ini sangat mencabar buat Cik iena.
|
MUA Onie berkongsi mengenai cara penyapuan foundation |
|
MUA Onie menunjukkan langkah-langkah menyapu pembayang mata |
Cik iena memang menggemari solekan akan tetapi teknik ini Cik iena kurang arif. Amat sukar untuk cik iena lakukannya sewaktu praktikal . Semasa melihat MUA Onie mengajar terasa mudah. Tetapi apabila sesi praktikal. Sesi untuk aplikasikan ilmu yang di pelajari. Cik iena gagal. Jujur Cik iena gagal. haha ..
|
MUA Onie berkongsi info tentang produk yang di gunakan dalam solekan |
|
peserta yang gigih ambil gambar untuk rujukan |
Maka dengan itu sememangnya kelas solekan amat penting . Di sini anda boleh pelajari dengan betul . Walaupun cik iena baru lepas belajar tapi cik iena gagal lakukannya apatah lagi anda yang hanya menonton di Youtube atau FB Live . Sekali tengok mesti tak boleh . Ya betul orang kata "Practice make perfect".
|
MUA Onie menunjukkan cara blending eye shadow untuk solekan Cut Crease |
|
CIk iena suka karekter tegas dan suara lantang MUA Onie |
Semasa sesi bersama MUA Onie , beliau juga banyak berkongsi Tips solekan sama seperti Nadia. kedua-dua MUA mempunyai karekter yang berbeza. Onie agak sedikit garang. Nada suara yang lantang sangat Cik iena suka terasa masuk ke dalam otak .
Banyak juga tips yang cik iena gunakan dari kedua-dua MUA yang mengajar pada hari tersebut.
|
MUA Onie yang sentiasa memberi tips |
|
HAsil solekan MUA Onie |
MUA Onie
Fanpage : Make Up by Onie Yusof
Facebook : Onie Yusof
Instagram : @onieysf
Whatsapp : +60 17-244 4589
Sesi Praktikal Kelas Solekan
Untuk sesi Praktikal kelas solekan Cik iena memilih Teknik Half Moon Cut Crease . Seperti yang telah Cik iena nyatakan diatas Cik iena gagal . Ya Cik iena gagal mendapat hasil yang di inginkan. Agak susah untuk mengaplikasikan teknik ini kerana Cik iena baru pertama kali belajar dan aplikasikan teknik tersebut.
|
sesi mempraktikkan apa yan g di pelajari |
Jadi hasilnya tidak memuaskan Cik iena namum apa yang Cik iena suka adalah kedua-dua MUA memperbetulkan solekan Cik iena dengan mengarahkan untuk lakukan itu ini dan itu supaya solekan tersebut dapat di perbaiki.
Bak kata MUA Onie, "KITA YANG BUAT DIA" . Haaa dah salah pandai-pandai la adjust bagi lawa. Yang ni sangat seronok . Haa berbaloi lah belajar kelas make up ni tau . Kalau tonton Video je kita tak dapat ilmu yang lengkap sebenarnya . Sebab bila sesi praktikal mereka takde depan mata kita untuk ajar dan betulkan kesalahan kita :)
|
kesemua peserta sedang mempraktikkan apa yang di pelajari |
Wokay kepada anda yang berminat untuk mempelajari kelas solekan murah di Bangi boleh lah menghubungi kedua-dua MUA tersebut iaitu Onie dan Nadia.
|
Cik iena sedang mempraktikkan apa yang di pelajari |
Untuk pengetahuan anda semua, pada 20 januari 2018 ini akan diadakan satu sesi grouping kelas solekan di Seksyen 7 Bangi. Jangan lupa booking ya. Untuk tarikh lain boleh follow sosial media MUA :)
Harga Kelas Mekap Murah Bangi
Small Group RM 150 per person (Harga berubah mengikut harga semasa pasaran)
Personal Class one to one RM350 per person
Pada yang berminat berikut maklumat untuk dua mua yang boleh anda hubungi dan lihat hasil solekan mereka
Selain membuat kelas solekan , pastinya juga mereka mengambil upah untuk mecantikkan anda di MAjlis-majlis tertentu seperti Dinner, tunang, nikah , kawen dan sebagainya . Jadi kalau anda masih belum mempunyai MUA untuk majlis anda atau masih tercari-cari MUA yang sesuai boleh lah survey hasil solekan ke dua-dua MUA ni ya (^_~)
PENAJA KELAS SOLEKAN
Baeklah seperti yang cik iena nyatakan di awal artikel mengenai penaja yang menaja kelas solekan ini . Okay dibawah Cik iena senaraikan .
Fb : Nurliyana Abd Malik
FB page: GlowCSkin
No phone: 011-10404225
Pages : Chadiyus anggun enterprise
Pages : zulaikha zulkifli
Fb : zulaikha zulkifli
Photographer
Ig : izxati_
Fb :
013-3365587
Insta Post Untuk Review Penaja