Grab The Promo
Grab The Promo
Showing posts with label Mata. Show all posts
Showing posts with label Mata. Show all posts

Hilangkan Lebam Bawah Mata



Lingkaran hitam bawah mata seringkali menjadi masalah terutama kepada wanita. Mereka sering menutupinya dengan memakai cermin mata gelap. Namun begitu, mereka tidak perlu risau lagi setelah mengamalkan petua ini yang hanya menggunakan sebiji kentang. Senang dan mudah.



Ikuti cara2 seperti berikut;

1. Ambil 1/2 atau sebiji kentang.

2. Kupas kulit kentang tadi dan bersihkannya sebelum kisarkan ia sampai halus.

3. Kemudian, letakkan kentang yang telah dikisar tadi di atas sehelai kain lembut dan bersih.

4. Sapukannya pada bahagian bawah mata anda yang bermasalah secara perlahan-lahan.

5. Pastikan juga sapuan tersebut tidak kena pada mata.

6. Biarkan sapuan tadi menyerap pada kulit di bahagian bawah mata kira-kira dalam 15 ke 20 minit.

7. Selepas itu, barulah anda basuh bahagian tersebut dengan air bersih.

Amalkan petua ini setiap hari jika anda berkesempatan. Jika diizinkanNya, lingkaran hitam pada bawah mata anda boleh dihilangkan.


Selamat Mencuba dan Berjaya!






Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

PETUA PENJAGAAN MATA

Dalam merawat bahagian mata, terdapat berbagai petua atau amalan orang zaman dahulu yang boleh diamalkan hingga kini. Selain murah, bahan-bahannya juga mudah diperolehi antaranya:

TimunLetakkan hirisan timun di mata dengan keadaan mata tertutup. Lakukan selama 10 minit setiap hari. Waktu paling berkesan bermula pada sebelah pagi atau ketika mata berada dalam keadaan tekanan.

Uncang Teh
Sejukkan dahulu uncang teh yang telah digunakan, kemudian letakkan pada mata selama lebih kurang 10 minit.

Uncang 'Chamomile'Uncang 'chamomile' juga banyak khasiatnya. Gunakan seperti uncang teh tadi, lekap di mata dan biarkan selama 10 minit.

Lobak MerahAmalkan makan lobak merah atau lebih elok 'baby carrot' untuk menghasilkan mata yang sihat dan terang

Ais KetulTuamkan ais di bahagian bawah mata yang bengkak. Langkah ini baik untuk mengurangkan bengkak di bawah mata selain menyegarkan mata yang penat

Kapas & Penyegar KulitBasahkan kapas dengan penyegar kulit wajah dan lekapkan di mata. Lakukan setiap malam agar mata sentiasa segar selepas bangun dari tidur.





Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

MERAWAT MATA AGAR TETAP INDAH

Mata merupakan bahagian wajah yang paling diperhatikan. Perasaan seseorang dapat terlihat dari tatapan matanya.

Mata yang indah merupakan bahagian daya tarik bagi penampilan seorang wanita, itulah sebabnya dalam merias wajah, riasan mata umumnya memerlukan waktu paling lama. Tetapi, mata juga memiliki berbagai masalah yang dapat membuat wajah tidak segar.

Untuk itu, Agar terhindar dari masalah-masalah penampilan mata anda dapat melakukan pencegahan dan melakukan berbagai perawatan untuk mata yang mudah dan dapat dilakukan di rumah.

Berikut ini beberapa tips untuk membuat mata tetap indah

Bersihkan mata dari kosmetik sebelum tidur.
Bila tidak dibersihkan, sisa kosmetik akan menyumbat pori-pori. Untuk membersihkan bahagian mata, sebaiknya gunakan pembersih mata khusus mata, karena mata memiliki bahagian yang lebih sensitif dibandingkan bahagian wajah lain. Atau gunakan susu murni untuk membersihkannya. Setelah itu, oleskan krim mata yang akan membantu merawat mata pada malam hari.

Lindungi mata dari sinar matahari
Ketika membuat aktiviti dikawasan yang terdedah dengan matahari , pastikan untuk menggunakan 'sun block' atau gunakan eye gel untuk untuk menyegarkan mata. Sebaiknya, gunakan kacamata yang dapat melindungi dari sinar ultraviolet, atau gunakan payung atau topi.

Cukup minum air putih
Ini dapat mencegah daripada terjadinya garis-garis halus pada mata.

Konsumsi buah dan sayuran
Kandungan mineral, vitamin pada buah merupakan nutrisi yang berguna untuk kecantikan mata, disamping juga bermanfaat untuk kulit dan kesihatan tubuh. Terutamanya kandungan vitamin C pada buah atau sayur dapat membantu pembentukan kolagen yang menambah elastisitas mata.

Hindari untuk mengosok mataApabila tangan yang kotor digunakan untuk mengosok mata, hal ini dapat menyebabkan iritasi mata.

Rawatan mata

Rawatan menggunakan potongan kentang atau mentimun selama 10 minit berguna untuk mengurangi lingkaran hitam. Untuk memperlancar peredaran darah pada mata, mata dapat dirawat menggunakan air batu dan diusapkan di sekeliling mata. Sebagai antiseptik untuk mata, masukkan daun sirih pada air panas, dan biarkan wap air mengenai mata Anda. Setelah melakukan perawatan mata, perhatikan juga tibiat anda sehari-hari kerana kebiasaan tabiat buruk seseorang dapat mendorong berlakunya penuaan.






Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

MENJAGA MATA ANDA


Dari mata turun ke hati. Kepentingan mata kepada kita terlalu penting kerana ia adalah deria utama bagi aktiviti harian kita. Kehilangan kemampuan mata boleh menimbulkan pelbagai masalah, antaranya low myopia, high myopia dan amblyopia (lazy eye).

otot Cilinary yang mengawal kantat mata menegang sewaktu melihat objek-objek dekat manakala ia akan mengendur sewaktu melihat objek-objek jauh.

Aktiviti-aktiviti melihat objek-objek dekat membuat otot mata ini menjadi penat dan ia boleh menyebabkan mata menjadi rabun. Usia tua turut melemahkan otot mata dan menjadikan penglihatan semakin rabun.

Penjagaan awal adalah penting. Mata perlu sentiasa direhatkan selepas melakukan aktiviti yang melibatkan objek-objek dekat seperti menggunakan komputer, membaca buku dan pelbagai lagi.

Sebagai contoh rehat setiap 45 minit selamat 10 minit sewaktu penggunaan komputer. Rehat dengan tidak lagi melihat komputer atau membaca apa-apa dokumen. Alihkan mata kepada pandangan jauh yang dapat mengendurkan otot mata. Pandangan jauh seperti pokok-pokok hijau, warna-warna bangunan yang jauh dapat melatih mata berehat.

Lain-lain langkah penjagaan mata yang perlu diambil.

Gunakan kaca mata hitam yang disahkan dapat melindungi mata daripada sinaran ultra unggu daripada cahaya matahari yerik. Tidak semua kaca mata hitam boleh melindungi mata ultra unggu, pastikan kaca mata hitam anda disahkan. Pendedahan lama cahaya matahari terik terhadap mata boleh menyebabkan katarak dan lain-lain masalah mata.

Jangan sesekali melihat secara terus matahari. Walaupun dengan penggunaan kaca mata hitam ia masih merbahaya.

Makan makanan berkhasiat dan seimbang. Betacarotene yang kemudian ditukar kepada vitamin A adalah perlu untuk mata. Sayur-sayuran dan buah-buahan yang berwarna kuning dan oren mengandungi betacarotene dan vitamin A sebagai contoh carrot dan oren. terdapat juga pil betacarotene yang boleh dibeli di farmasi. Pastikan ia daripada bahan-bahan tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan.

Buah Bilberry didapati dapat mengekalkan kesihatan mata terutama waktu malam. Bilbery bermanfaat untuk mereka yang bekerja melibatkan penglihatan halus dan terperinci seperi pelajar yang kuat membaca, juru terbang, mereka yang tugasan perlukan tumpuan kepada komputer dan pemandu yang bekerja memandu malam.

Sekiranya habuk masuk ke dalam mata. Jangan gosok mata kerana ia boleh menyakitkan mata.

Lakukan pemeriksaan mata apabila menhadaapi masalah membaca atau melihat. Pemeriksaan tahunan perlu dilakukan kepada anda yang berumur 40 tahun ke atas.

Bagi anda yang berumur 60 tahun ke atas, tanyalah doktor anda tentang Age-Related Macular Degeneration (AMD). Ia adalah penyakit yang mengurangkan keupayaan makular pada selaput retina mata. Pengurangan ketajaman mata, visi tumpuan tengah dan AMD merupakan penyakit utama bagi golongan tua.






Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

5 Punca Mata Anda Cepat Letih


Mungkin sebelum ini anda sendiri tidak sedar apakah punca-punca yang menyebabkan mata anda cepat berasa letih dan penat.

Antaranya ialah:-
1.Terlalu fokus
Apabila anda melakukan sesuatu terlalu fokus seperti membaca, memandu atau melihat paparan skrin komputer, otot mata anda sebenarnya akan bekerja lebih keras. Ini akan menyebabkan mata anda akan cepat berasa letih dan mengantuk. Rehatkan mata anda sebentar seperti melihat tumbuhan hijau sebelum kembali menyambung tugasan.
2.Masalah mata
Mata anda cepat berasa letih berkemungkinan juga disebabkan oleh mata anda sendiri yang mempunyai masalah. Mata yang mempunyai masalah kebiasaannya perlu bekerja lebih kuat daripada kebiasaan. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar.
3.Sistem pencahayaan yang tidak baik
Sistem pencahayaan yang terlalu banyak atau terlalu sedikit akan menyebabkan otot 'sphincter' dan 'dilatory' untuk bekerja secara berlebihan. Ini akan menyebabkan mata anda akan berasa cepat letih.
4.Bekerja lebih masa
Ramai yang beranggapan bahawa cara terbaik untuk merehatkan mata adalah dengan menonton tv, membuka laman-laman sosial, melayari internet, bermain telefon bimbit atau sebagainya. Tetapi ia sebenarnya hanya akan menyebabkan mata anda untuk bekerja lebih masa.
5.Jarang berkelip
Tahukah anda bahawa seseorang yang kurang kadar kelipan matanya akan meyebabkan mata mereka kekeringan. Disebabkan faktor ini anda dinasihatkan untuk tidak terlalu fokus melakukan sesuatu tugasan secara berterusan. Rehatkan mata anda sebentar pada setiap jam ketika anda melakukan tugas.

Sumber


Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve