Grab The Promo
Grab The Promo
Showing posts with label My Life. Show all posts
Showing posts with label My Life. Show all posts

Meora dan Ferra di Eka Heights Kediaman Strategik Pelbagai Kemudahan


Memiliki rumah sendiri sering kali menjadi impian bagi setiap individu terutama buat mereka yang telah bekeluarga. Dalam‍ dunia yang kian berkembang pesat ini, di mana harga hartanah terus ‍meningkat dan cabaran kewangan semakin ketara, persoalan mengenai kepentingan memiliki rumah sendiri menjadi lebih relevan. Selain daripada faktor rekabentuk rumah serta saiz mahupun harga, faktor kemudahan dipersekitaran juga amat dititikberatkan dalam pemilihan sebuah rumah.

 

Meora dan Ferra di Eka Heights Kediaman Strategik Pelbagai Kemudahan

 

 Sebagai asas kehidupan, rumah memberikan perlindungan, keselamatan, dan ketenangan. Ia bukan sahaja tempat ‍di mana kita berlindung dari hujan dan panas, tetapi juga‍ ruang di mana‍ keluarga berkumpul, kenangan dicipta, dan identiti dibentuk. Selain itu, memiliki rumah juga membuka pelbagai peluang dari ‍segi kewangan dan emosional. Dengan lebih memahami mengapa memiliki rumah adalah satu langkah penting dalam perjalanan hidup, kita dapat membuat keputusan yang  lebih baik untuk kesejahteraan diri dan keluarga.

Terdapat banyak projek perumahan yang berkembang pesat di ibu negara khususnya termasuk di pinggir-pinggir bandar. Namun perumahan-perumahan yang lokasinya jauh dari kesibukan kota lebih mendapat perhatian buat golongan yang mengimpikan rumah idaman yang selesa untuk mereka bersara kelak.

Eka Heights Kediaman Strategik

Lumira di Eka Heights
Pintu Masuk di Eka Heights


Antara projek perumahan yang sedang meningkat naik adalah di Eka Heights dari Matrix Concepts. Eka Heights merupakan kawasan perbandaran yang berkembang di setiap sudut komuniti yang direka dengan teliti. Ini merupakan pembangunan eksklusif oleh Matrix Concepts. Bukan hanya sekadar tempat tinggal. Ianya adalah kanvas untuk anda menggabungkan ketenangan, kehidupan moden dan pelbagai kemudahan yang menjadikannya tempat yang sempurna untuk didiami.

Keadaan persekitaran yang tenang dan hijau,dengan dengungan alam semula jadi dan kemudahan
kehidupan moden di depan pintu anda pasti membuatkan anda berasa tenang, selesa dan teruja memiliki kediaman disini.

Eka Heights merangkumi lebih 371.79 ekar hartanah di Seremban Barat dan ianya merupakan conurbation dalam Malaysia Vision Valley 2.0 (MVV), iaitu koridor pembangunan baharu di Negeri Sembilan yang pastinya menambah nilai Eka Heights. Ianya sebuah projek bercita-cita tinggi yang ditetapkan untuk mengembangkan Kawasan Greater Kuala Lumpur. 


Eka Heights direka untuk mereka yang menghargai komuniti, Ianya menawarkan tempat perlindungan di mana keluarga boleh berkembang, berkembang maju, dan mencipta kenangan sepanjang hayat.


Eka Heights juga telah membuktikan daya tarikannya dengan kejayaan pelancaran Presint 3 dan Presint 10, dimana perumahan oleh Matrix Concepts. Permintaan yang kukuh tersebut membawa kepada penjualan unit yang cepat, seterusnya mempamerkan keinginan perbandaran untuk pembeli rumah yang mencari keselesaan, kemudahan dan pertumbuhan kawasan sekeliling yang bakal mengukuhkan lagi kegiatan ekonomi disekitar.

Eka Heights merupakan pilihan yang baik termasuk untuk pembeli rumah pertama malah ia juga berada di lokasi yang sangat baik dan terletak di tengah-tengah dan berhampiran iaitu bandar Seremban, Labu, Bandar Enstek dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),

 

Lumira di Eka Heights
Sunken Seating

Ciri Ciri Keistimewaan Eka Heights

  • Meliputi 371.79 ekar tanah yang dibangunkan dengan teliti
  • Terdapat 3,620 unit kediaman yang menawarkan pelbagai susun atur, memastikan keistimewaan  untuk setiap gaya hidup dan saiz keluarga.
  • Terdapat 25 unit komersial yang membawa kemudahan terus ke depan pintu anda dengan pelbagai perkhidmatan penting dan runcit.
  • Menyediakan pusat komuniti seluas 15.5 ekar yang menawarkan ruang hijau yang subur untuk bersantai,rekreasi, dan pergaulan yang dinamakan Taman Mageka .
  • Ciri Keselamatan adalah aspek keutamaan di Eka Heights. Kawasan ini dikelilingi pagar dan Pondok Rukun yang diletakkan secara strategik bagi Tetangga untuk memastikan penduduk menikmati ketenangan fikiran, mewujudkan persekitaran yang selamat untuk anda dan keluarga anda.

Lokasi Utama dan Kebolehcapaian

Lokasi adalah segala-galanya dan Eka Heights terletak di lokasi yang sangat strategik. Ianya terletak dalam Wawasan Malaysia Valley, pembangunan ini dikelilingi oleh kawasan kejiranan yang mantap dan mempunyai ketersambungan yang sangat baik.  Kawasan ini berdekatan dengan Lebuh raya utama seperti Lebuhraya Utara-Selatan dan KLIA Linkage yang akan memudahkan anda untuk ke Kuala Lumpur Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) dan destinasi penting lain. Sama ada anda berulang-alik ke tempat kerja atau untuk anda menerokai bandar, Eka Heights merupakan lokasi yang sangat strategik yang  menempatkan anda di tengah-tengah pelbagai kemudahan.



Lumira di Eka Heights
Pelbagai aktiviti disediakan

 

Mempunyai Hab komersil yang dipanggil Eka Biz, sebuah kedai pejabat dalam pembangunan Eka Heights yang bersedia untuk muncul sebagai hab komersil eksklusif yang direka untuk keperluan penduduk di Eka Heights. Ianya bakal menjanjikan kemudahan yang tiada tandingan seperti restoran, kafe, klinik, kedai makanan haiwan, farmasi, dan pelbagai lagi perniagaan yang dapat dijalankan untuk keperluan penduduk di Eka Heights.

Bukan itu sahaja, penduduk juga dapat memilih atau ke hab komersial berdekatan, termasuk Sendayan MetroPark, Tiara Biz, dan Sendayan Merchant Square. Ini bagi memastikan pilihan yang luas untuk memenuhi keperluan membeli-belah penduduk.



Lumira di Eka Heights
Suasana di Lumira dilengkapi dengan tasik



Alami gaya hidup yang diperkaya dengan alam semula jadi di dalam Taman Mageka seluas 15.5 ekar


Mageka Park
Mageka Park

Di tengah-tengah Eka Heights terletak sebuah taman yang dinamakan Taman Mageka, sebuah oasis hijau seluas 15.5 ekar yang direka untuk memupuk kehidupan masyarakat di Eka Heights.  Taman Mageka ini dapat dikatakan lebih daripada sekadar taman. Ianya merupakan tempat penduduk berkumpul untuk berehat, bermain dan membina hubungan yang berkekalan. 


Mageka Park Entrance
Mageka Park Entrance



Taman ini menawarkan keindahan tasik yang tenang dan pelbagai kemudahan bagi memastikan gaya hidup yang lengkap untuk penduduk. Antara aktiviti sukan dan rekreasi ialah gelanggang futsal, gelanggang bola keranjang, gelanggang badminton, buaian gergasi, arca menawan, laluan refleksologi, plaza jam matahari, dan ciri-ciri tambahan. Selain itu, kawasan taman permainan menyediakan ruang yang menarik dan selamat untuk kanak-kanak dan kanak-kanak untuk menikmatinya. Ini pasti membuatkan penduduk berasa sangat selesa disini.


Mageka Park RabbitCage Playground
Mageka Park RabbitCage Playground

Mageka Park-Gazebo
Mageka Park-Gazebo

Ciri-ciri Istimewa Taman Mageka

  • Meliputi Tasik seluas 8 ekar, ianya sangat sesuai untuk berjalan-jalan petang atau berkelah di tepi air.
  • Terdapat Kawasan bermain seperti buaian gergasi, sangkar rumah pokok dan slaid arca arnab, dimana ianya sesuai untuk pengembaraan  kanak-kanak.
  • The Sundial Plaza, menawarkan tempat yang indah untuk bertemu rakan-rakan atau menikmati perhimpunan keluarga.
  • Kemudahan rekreasi yang menggalakkan gaya hidup aktif, daripada berbasikal hingga berjoging.

   

Mageka Park Sundial
Mageka Park Sundial

Meora dan Ferra di Eka Heights Kediaman Strategik Pelbagai Kemudahan

 

Di Eka Heights, anda bukan sahaja mencari rumah, tetapi ia mengenai mencari rumah yang bakal melengkapkan lagi gaya hidup anda dengan pelbagai kemudahan dipersekitaran yang akan memberikan keselesaan dan kepuasan kepada anda.Anda pasti akan tertarik dengan ketenangan alam semula jadi atau kemeriahan hidup bermasyarakat disini. Eka Heights mempunyai rumah yang istimewa untuk anda diami  daripada unit yang luas untuk keluarga yang sedang berkembang kepada rumah pintar moden yang direka untuk kecekapan, setiap rumah mencerminkan inovasi dan keselesaan. Ferra & Meora di Eka Heights menawarkan segala yang anda perlukan untuk sebuah kediaman impian bersama keluarga tercinta.


Lambang Kehidupan Kontemporari di Ferra @ Eka Heights

Lumira di Eka Heights


  • 20’ x 70’ / 2,142 kaki persegi
  • 4 Bilik dan 3 Bilik Mandi
  • Rumah Boleh Disesuaikan
  • Open layout conceps
  • Sistem Rumah Pintar
  • Keahlian Clubhouse
  • Pinjaman Dari RM 476,999*
Meora dan Ferra di Eka Heights Kediaman Strategik Pelbagai Kemudahan


Kehidupan Moden Memenuhi Dakapan Alam Semula Jadi di Meora @ Eka Heights


Meora Eka Heights Front Facade
Meora Eka Heights Front Facade

 

  • 22’ x 70’ / 2,245 kaki persegi
  • 4 Bilik dan 4 Bilik Mandi
  • Pegangan bebas
  • Reka Bentuk Luas & Reka Bentuk Berfungsi
  • Sistem Rumah Pintar
  • Kemudahan Komuniti Eksklusif 
  • Pinjaman Dari RM 574,999*

Meora Eka Heights Corner Landscape
Meora Eka Heights Corner Landscape

 

Menarik kan kediaman Meora dan Ferra yang terletak di Eka Heights ? JIka anda masih mencari cari rumah untuk anda sekeluarga dan berminat, anda boleh whatsapp https://wa.link/ghtaxx


#EkaHeights #Meora #Ferra #TheHeartofaThrivingCommunity #MagekaPark
#NatureatYourDoorstep #MatrixConcepts

PRODIY DI SHOPEE PENIPU

Bila bercakap mengenai seller yang menipu ni mesti ada yang pernah ditipu kan? Pelbagai alasan yang diberikan untuk mempertahankan kedai dia.

PRODIY DI SHOPEE PENIPU

PRODIY DI SHOPEE PENIPU
PRODIY DI SHOPEE PENIPU



Baru-baru ni Cik iena ada beli  barang dari PRODIY shop di Shopee mesasa sales 9.9 . Selepas membuat pembelian Cik iena terus mesej dan memaklumkan barang tersebut urgent untuk digunakan hari jumaat sebab Campsite ayah CIk iena dilanda banjir. Semua barang hanyut. Pondok juga hanyut. Jadi Pam air ini sangat diperlukan untuk kami pam air ke tandas di campsite.


PRODIY DI SHOPEE PENIPU
PRODIY DI SHOPEE PENIPU



Jika seller dengan jujur memaklumkan yang barang tiada dalam stock kami boleh cari dari seller lain tetapi tidak seller hanya mementingkan keuntungan seller dimana dia hanya memberitahu barang sudah di bungkus dan menanti pihak kurier.


PRODIY DI SHOPEE PENIPU
PRODIY DI SHOPEE PENIPU

 

PRODIY DI SHOPEE PENIPU
PRODIY DI SHOPEE PENIPU

 

Apabila banyak mesej menunjukkan pickup was unsuccessful cik iena kerap bertanya setiap hari lebih dari sekali. Seller tidak pernah bagi tau barang sold out. Dia cuma cakap barang sudah di bungkus. Sehinggalah hari ke 3. Baru seller bagi tau barang sold out.

Memang menipu setiap hari cik iena tanya jawab barang ada jangan risau dia akan percepatkan sekian sekian. Rupanya menipu. Setelah 3 hari baru nak maklumkan iaitu rabu petang. Cik iena nak guna hari jumaat . Mana sempat nak beli dari seller lain. Jelas menunjukkan seller ini tamak mementingkan sales bagi kedai mereka sahaja. Kalau mereka bagi tau awal, seller lain yang akan dapat order.

Ketamakan seller ini dengan menipu customer sangat menyakitkan hati. Kepada anda diluar sana tolong elakkan dari membeli di PRODIY Shopee. Kalau status pick up attemp was unsuccesfull banyak kali terus cancel je la sebab produk takde pun. Maybe dia pun tengah cari product dari seller lain tapi takde. Hari ke tiga baru mereka akan inform out of stock sedangkan masa beli kata ada. Dan kita dah pun mesej dan mereka kata jangan risau barank dah bungkus. Tiba tiba selepas 3 hari out of stock. Maksudnya apa? Maksud nya dia gula gula kan kita. Dia tipu kita.


PRODIY DI SHOPEE PENIPU
Banyak kali Pickup attempt was unsuccessfull



Jadi secara kesimpulannya jika ada order korang yang status nya "Pickup attempt was unsuccessful" lebih dari 3 kali, Korang cancel je la order . Lagi lagi bila seller kata barang dah pack tapi Pickup attempt was unsuccessful. Memang dia kencing. Untuk lebih selamat kalau barang tu mahal risau bila cancel dapat lambat ke. Korang beli guna shopee pay latter atau Shopee wallet.

Selepas cancel order dari seller ni selepas 3 hari ditipu. Cik iena order dari seller lain. Beli malam ni, esok dia dah hantar dan lusa dapat barang.  Cik iena beli dari perfectaire-shop


PRODIY DI SHOPEE PENIPU
iena add to cart dari live dorang, mcm biasa kat live janji kemahen.lepas check out iena dm boleh post cepat tak.





PRODIY DI SHOPEE PENIPU
Keesokan harinya iena tanya update sebab tengok status pickup was unsuccessfull

 

 

 


PRODIY DI SHOPEE PENIPU
ini yg mereka respond

 




PRODIY DI SHOPEE PENIPU
Prodiy menyalahkan sistem error, means shopee sistem yang salah

 
 
 
 
 
 
 

PRODIY DI SHOPEE PENIPU
Selepas menyalahkan sistem, Pihak Prodiy menyalahkan kurier pula
 
 
 
 
 
 
 
 

PRODIY DI SHOPEE PENIPU
dengan yakin dia kata barang sudah dibungkus dan jangan risau dan datang satu lagi mesej menyatakan item HAS SOLD OUT. SEDANGKAN DIA KATA BARANG DA BUNGKUS
 
 
 
PRODIY DI SHOPEE PENIPU
Memang menyirap lah iena, then iena tanyamacam mana boleh habis sebab kata da bungkus. Lepastu mengencing lagi kata ada dalam stock dan akan shippes as soon as possible

 



PRODIY DI SHOPEE PENIPU
Masih meeruskan lakonan nak kencing tipu customer

 
 
 
 
 

PRODIY DI SHOPEE PENIPU
TIBA TIBA jawab sold out no stock. kejap ada kejab da bungkus kejap sold out, kejap ada balik. Sumpah macam haram jadah perangai seller nk untung diri sendiri je tak nak bagi orang beli tampat lain dia nak peram order tunggu stock dapat dari seller lain baru nak pos . Dan sekali lagi menyalahkan sistem shopee



Iena bengang iena cancel order dan order dari tempat lain. Kalau dari awal dia cakap takde stock senang. Boleh beli tempat lain dan barang akan sampai lebih awal. Iena beli dekat kedai lain 11/9/2024 selepas cancel order dari PRODIY PENIPU yang iena order masa sales 9.9 pada 9/9/2024 . Tiga hari PRODIY tipu kata ada stock, sah bungkus dan yang error adalah sistem shopee dan kurier.

iena beli dari kedai lain 11/9/2024 dan hari ini 13/9/2024 dah dapat barang nya... Jadi kalau perlukan barang hardrawe dan taknak kene tipu barang xde kata ada seperti PRODIY boleh beli dari seller ni perfectaire-shop




Sekian perkongsian kene tipu oleh seller Prodiy Di  Shopee.


Tingkatkan Imuniti dan Kualiti Tidur Dengan GKB Z-Well Dan GKB Tiger Milk Mushroom

Selepas zaman pandemik ni kita memang mudah dijangkiti penyakit lagi lagi demam. Jika sebelum pandemik kita jarang atau tidak pernah demam dalam masa setahun. Berbeza dengan selepas pandemik, imuniti tubuh badan kita memang rendah. Kita perluamalkan suplemen untuk meningkatkan imuniti tubuh.  Selepas pandemik ni Cik iena punya masalah sinus & alergik semakin teruk berbanding sebelum ini. Salah makan sikit je terus alergik datang dan kadang-kadang boleh menyebabkan sesak nafas. Bila dah asyik tak sihat, tidur pun jadi tak berkualiti dan susah untuk tidur. 

 

Tingkatkan Imuniti dan Kualiti Tidur Dengan GKB Z-Well Dan Tiger Milk Mushroom

 

Tingkatkan Imuniti dan Kualiti Tidur Dengan GKB Z-Well Dan Tiger Milk Mushroom



Tingkatkan Imuniti dan Kualiti Tidur Dengan GKB Z-Well Dan Tiger Milk Mushroom

BAru-baru ni Cik iena ada baca perkongsian dari sahabat mengenai GKB Tiger Milk Mushroom dan GKB Z-Well. Bila dengar je GKB. Ya Cik iena pernah amalkan beberapa suplemen dari GKB sebelum ini dan suplemen tersebut memang berkesan dan bagus. Jadi kali ni Cik iena nak cuba pula Tingkatkan Imuniti dan Kualiti Tidur Dengan GKB Z-Well Dan GKB Tiger Milk Mushroom.


GKB Tiger Milk Mushroom

Cik iena tau mengenai Khasiat GKB Tiger Milk Mushroom ni masa Cik iena cari ubat batuk untuk Mak yang sering batuk . Ahli farmasi cadangkan untuk ambil supplement GKB Tiger Milk Mushroom untuk membantu melegakan keadaan Cik iena. Tapi masa tu Cik iena tak cuba lagi sebab tak pernah dengar. Bila nampak kawan kongsi di instagram baru Cik iena cuba sebab katanya selain untuk ubat batuk, GKB Tiger Milk Mushroom ni juga berfungsi untuk selesema dan masalah sinusitis. Kebetulan Cik iena memang ada masalah sinusitis dan alergi.


Tiger Milk Mushroom



Jadi bila Cik iena dapat tahu mengenai GKB Tiger Milk Mushroom ni terus Cik iena dapatkan sebagai persediaan di rumah. Selepas dari zaman Covid ni Cik iena selalu batuk-batuk juga. Kemudian kahak pun banyak, memang makan masa nak sembuh batuk tu.  Jadi bagi meningkatkan imuniti badan, Cik iena amalkan pengambilan GKB Tiger Milk Mushroom.


Tiger Milk Mushroom


Secara ringkasnya, GKB Tiger Milk Mushroom dapat mengurangkan batuk, selsema dan sinusitis. Ia juga membantu mengurangkan gejala alahan pernafasan dan juga meningkatkan  sistem imuniti badan.

GKB Tiger Milk Mushroom
mempunyai status Halal dari Jakim dan juga telah mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan no pendaftaran MAL17117005T. Jadi, anda tidak perlu risau jika ingin mengamalkan pengambilan GKB Tiger Milk Mushroom ini kerana  ianya memang bagus dan telah mendapat kelulusan.


Tiger Milk Mushroom





Untuk kandungan bahan, setiap 500mg vegecap GKB Tiger Milk Mushroom mengandungi Lignosus Rhinocerus Mycelium extract - 490mg.
GKB Tiger Milk Mushroom dirumus dalam bentuk kapsul. Untuk pengetahuan di dalam satu kotak mengandungi 60 kapsul. Amalkan pengambilan 1 kapsul sekali sehari selepas makan.


Tiger Milk Mushroom

Review Selepas Pengambilan GKB Tiger Milk Mushroom

Untuk pengetahuan cik iena baru amalkan pengambilan GKB Tiger Milk Mushroom selama seminggu. Buat masa ni kesan yang yang dapat dirasakan adalah apabila bangun pagi, Cik iena akan kurang bersin . Hidung juga kurang berair sebab kurang bersin.

Untuk review batuk nanti Cik iena update kemudian sebab masa ambil suplemen ini Cik iena baru sembuh batuk. Cik iena nak mak juga cuba sebab Mak mengalami masalah batuk.


Selain GKB Tiger Milk Mushroom Cik iena juga ada cuba GKB Z-Well  untuk masalah sukar tidur yang Cik iena alami. Cik iena ni memang ada masalah tidur iaitu susah nak tidur malam. Sebenarnya masalah ni dari zaman belajar dulu lagi. Bila umur makin meningkat ni bila kita susah nak tidur malam mengakibatkan badan kita lesu dan tak bermaya di waktu siang. Jadi Cik iena pun decide untuk amalkan  GKB Z-Well bagi meningkat kualiti tidur.



GKB Z-Well


GKB Z-Well

GKB Z-Well  adalah suplemen tambahan yang digunakan secara tradisional untuk melegakan pening, berpeluh, sukar tidur dan melegakan mata yang letih. Ia menyediakan formula 4-dalam-1 sinergistik untuk membantu orang yang mengalami masalah tidur. Dengan teknologi kultur cecair yang dipatenkan, Fungi Armillariella Mellea dalam suplemen ini mempunyai nilai perubatan yang tinggi.

GKB Z-Well ini mempunyai status Halal dari Jakim dan juga mendapat mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan no pendaftaran MAL11115036T.



GKB Z-Well

Kandungan GKB Z-Well

Setiap 400mg vegecap GKB Z-Well mengandungi :

• Fungi Armillariella Mellea 300mg
• Fructus Lycium Barbarum (Wolfberry) Extract 50mg
• Fructus Schisandrae Chinensis Extract 30mg
• Fructus Ziziphus Jujube Extract 20mg

GKB Z-Well dirumus dalam bentuk kapsul dan dalam satu kotak mengandungi 60 kapsul. Amalkan pengambilan 2 kapsul selepas makan sebelum tidur.

Kebaikan GKB Z-Well

GKB Z-Well


Dari segi kebaikan GKB Z-Well pula ia dapat memudahkan seseorang untuk tidur, meningkatkan kualiti tidur, menenangkan mata yang letih, dan juga memberikan rasa tenang yang tenang. Jadi GKB Z-Well ni memang sesuai untuk mereka yang mengalami masalah insomnia, sibuk bekerja dan juga kurang waktu rehat.


GKB Z-Well
GKB Z-Well



Review Selepas 5 Hari pengambilan GKB Z-Well


Selepas seminggu pengambilan GKB Z-Well, Cik iena rasa lebih mudah untuk tidur. Jika sebelum ini memakan masa yang lama untuk lelap. Selepas amalkan GKB Z-Well Cik iena dapat tidur dengan mudah dan tiada terbangun bangun. Tidur nyenyak sampai pagi. Bangun pun senang dan penuh tenaga.

 

Platform Jualan Rasmi GKB:

Dapatkan produk GKB dari farmasi-farmasi termasuk

Seluruh Malaysia: Alpro Pharmacy, Watsons
Central: M CARE Pharmacy, Leo Pharmacy
Melaka: Farmasi Big Tree, Farmasi Limbongan, Farmasi Tanjung Minyak
Penang: MEDS & VITS Pharmacy, Pure Pharmacy, NuCare Pharmacy, Bliss Pharmacy, Guan Pharmacy, Island Retail Pharmacy
Perak: HTM Pharmacy
Pantai Timur: Lau & Tan Pharmacy, Farmasi Nazen, Farmasi Ehsan
Selatan: The One Pharmacy, You Pharmacy, AcePro Pharmacy
Sabah: LifePlus Pharmacy, Pearl Pharmacy
Sarawak: Nutrisense Pharmacy, Sing Lee Pharmacy, Kingdom Pharmacy


Selain itu anda juga boleh message mereka di akaun sosial media mereka.


Facebook: www.facebook.com/mygkb
Instagram: www.instagram.com/mygkb
TikTok: www.tiktok.com/@gkbmalaysia
RED ID: 1318211221 (GKB 集康宝)
YouTube :https://www.youtube.com/@mygkb01
Website: https://www.mygkb.com/
 

Platform Jualan Rasmi GKB:


GKB Z-Well


Semua farmasi utama di Malaysia termasuk

Central: Alpro Pharmacy, M CARE Pharmacy, Leo Pharmacy         
Melaka: Alpro Pharmacy, Farmasi Big Tree, Farmasi Limbongan, Farmasi Tanjung Minyak        
Penang: Alpro Pharmacy, MEDS & VITS Pharmacy, Pure Pharmacy, NuCare Pharmacy, Bliss Pharmacy, Guan Pharmacy, Island Retail Pharmacy        
Perak: Alpro Pharmacy, HTM Pharmacy        
East Coast: Alpro Pharmacy, Lau & Tan Pharmacy, Farmasi Nazen, Farmasi Ehsan         
Southern: Alpro Pharmacy, The One Pharmacy, You Pharmacy, AcePro Pharmacy        
Sabah: Alpro Pharmacy, LifePlus Pharmacy, Pearl Pharmacy        
Sarawak: Alpro Pharmacy, Trinity Pharmacy, Hometown Pharmacy, Mana Pharmacy

Untuk senarai farmasi terkini, sila layari https://www.mygkb.com/Article/Detail/1188

 

Shanghai Dim Sum Dan Big Bowl Noodles di Dorsett Grand Subang

Aidilfitri telah pun melabuhkan tirai. Buat penggemar makanan yang ingin menikmati hidangan makanan  selain dari masakan raya. Kini anda sudah boleh beralih selera dengan mencuba Shanghai Dim Sum dan Big Bowl Noodles di The Emperor, Dorsett Grand Subang.

Shanghai Dim Sum Dan Big Bowl Noodles di Dorsett Grand Subang
Shanghai Dim Sum Dan Big Bowl Noodles di Dorsett Grand Subang

 



Shanghai Dim Sum


Shanghai Dim Sum


Shanghai Dim Sum
Shanghai Dim Sum


Walaupun dim sum Kantonis popular, Dim Sum Shanghai juga mempunyai keistimewaan tersendiri dan mendapat tempat dengan beberapa variasi yang benar-benar mengagumkan juga. Dapatkan Hidangan Shanghai Dim Sum Dari 15 Mei hingga 31 Ogos di The Emperor Chinese Restaurant yang merupakan sebuah restoran terkenal dengan dim sum buatan tangan mesra Muslim . The Emperor akan melancarkan pilihan dim sum Shanghai yang menarik untuk anda nikmati.


The Emperor, Dorsett Grand Subang Hotel
The Emperor, Dorsett Grand Subang Hotel

 

The Emperor, Dorsett Grand Subang Hotel
The Emperor, Dorsett Grand Subang Hotel

 

Five Flavours Shanghai Dumpling

Five Flavours Shanghai Dumpling
Five Flavours Shanghai Dumpling

Dumpling istimewa Shanghai asli mengandungi isi daging dan sup di dalamnya. Dumpling ini menjadi lebih enak dengan hidangan sampingan kicap, cuka dan halia yang dicincang. Istimewanya dumpling ini terdapat dalam 5 inti daging berbeza dan balutan kulit diperbuat daripada ekstrak organik beras merah, lobak merah dan bayam tanpa pewarna atau pengawet tambahan. Setiap bahagian hidangan 5 keping berharga RM25 bersih.

Shanghai Traditional Glutinous Rice With Chicken Meat

Shanghai Traditional Glutinous Rice With Chicken Meat
Shanghai Traditional Glutinous Rice With Chicken Meat



Tidak ketinggalan juga Pulut Tradisional Shanghai dan Bebola Daging Ayam yang menurut Dim Sum Chef Chan ianya  merupakan makanan istimewa yang popular sekitar 20-30 tahun dahulu. Hidangan 3 keping ini berharga RM15 bersih.

Homemade Scallion Pancake

Homemade Scallion Pancake
Homemade Scallion Pancake

Dim sum Shanghai lain yang sama lazat termasuk Pancake Daun Bawang Buatan Sendiri pada harga RM13 bersih setiap hidangan. Cik iena suka sangat Homemade Scallion Pancake. Rasa seakan cekodok bawang namun ianya lebih garing dengan rasa bawang goreng yang menyengat.

Rice Roll with Yam Bean and Dried Shrimp

Rice Roll with Yam Bean and Dried Shrimp
Rice Roll with Yam Bean and Dried Shrimp



Antara kegemaran Cik iena juga adalah  Rice Roll with Yam Bean and Dried Shrimp pada harga RM13 bersih setiap pinggan. Ini adalah satu hidangan yang membuatkan anda mengidam lebih banyak lagi dan sangat sesuai dengan selera rakyat Malaysia tempatan. 


Panfried Shanghainese Chicken Bun & hanghainese lotus bun with egg yolk and plum flower 

Panfried Shanghainese Chicken Bun & hanghainese lotus bun with egg yolk and plum flower
Panfried Shanghainese Chicken Bun & hanghainese lotus bun with egg yolk and plum flower 

 

Panfried Shanghainese Chicken Bun pada harga RM16 bersih setiap hidangan 3 keping.

Bagi mereka yang suka variasi manis, cubalah roti teratai Shanghai dengan kuning telur dan bunga plum pada harga RM15 bersih untuk 3 keping.

Prawn Dumpling in Chili Oil

Prawn Dumpling in Chili Oil
Prawn Dumpling in Chili Oil

Untuk sedikit kepedasan, terdapat dumpling Udang dengan Minyak Cili pada harga RM18 bersih. Prawn Dumpling in Chili Oil  ini memang antara dumpling yang Cik iena suka. Memang tak cukup 3 sebab sedap sangat.


Panfried Shanghainese Dumpling

Panfried Shanghainese Dumpling
Panfried Shanghainese Dumpling

Panfried Shanghainese Dumpling pula anda boleh dapatkan pada harga RM16 bersih untuk 3 keping. 


Untuk info Dim Sum Shanghai tersedia untuk makan tengah hari setiap hari dari 12 tengah hari hingga 2.30 petang kecuali pada hari Isnin dan Ahad.

 

Big Bowl Noodles

Big Bowl Noodles
Big Bowl Noodles 

Istimewa buat Penggemar Mi , jangan lepaskan peluang untuk menikmati The Big Bowl Noodles. Ianya tersedia setiap hari untuk makan tengah hari dan makan malam dari 15 Mei hingga 31 Ogos 2024. Pengunjung boleh memilih daripada tiga tawaran berbeza iaitu:

  • Slipper Lobster And Seaweed With Shanghai Noodles in Superior Soup
  • Deep-Fried Giant Grouper With Special Vercimilli in Salted Vegetable Soup
  • Flying Noodles With Deep-Fried Water Prawns And Crab Meat in Egg White Sauce

Slipper Lobster And Seaweed With Shanghai Noodles in Superior Soup

Slipper Lobster And Seaweed With Shanghai Noodles in Superior Soup
Slipper Lobster And Seaweed With Shanghai Noodles in Superior Soup

 

Slipper Lobster  dan rumpai laut di padankakn dengan Mi Shanghai dalam sup unggul yang disajikan dengan sayur Hong Kong nai pak yang banyak, dihiris lobak merah, cendawan jerami, halia yang dihiris dan wolfberries. Harga RM148 bersih setiap tempahan.

Deep-Fried Giant Grouper With Special Vercimilli in Salted Vegetable Soup

Deep-Fried Giant Grouper With Special Vercimilli in Salted Vegetable Soup
Deep-Fried Giant Grouper With Special Vercimilli in Salted Vegetable Soup



Pada harga RM128 bersih setiap pesanan, ikan kerapu gergasi Deepfried dengan bihun istimewa dalam sup sayur masin adalah satu kemestian yang pasti. Mi ini didatangkan dengan kailan Hong Kong yang manis dan rangup, lobak merah yang dihiris, cendawan shimeji, halia yang dihiris, tomato dan kacang merah; dengan sup memberikan nuansa yang tepat rasa manis masam yang merangsang selera makan. Mi ini lebih pedas berbanding dua Mi yang lain. Pasti ianya akan menepati citarasa rakyat malaysia yang suka akan masakan pedas.

Flying Noodles With Deep-Fried Water Prawns And Crab Meat in Egg White Sauce

Flying Noodles With Deep-Fried Water Prawns And Crab Meat in Egg White Sauce
Flying Noodles With Deep-Fried Water Prawns And Crab Meat in Egg White Sauce



Akhir sekali, yang paling popular ialah mi Flying dengan udang air goreng dan daging ketam dalam sos putih telur. Dengan harga RM188 bersih setiap pesanan, mi didatangkan dengan daging ketam, kailan, lobak merah dan halia yang dihiris dan cendawan enoki dengan mi yang digoreng dengan sempurna dan dipegang dengan sepasang penyepit, dan seterusnya dipanggil mee terbang.


Shanghai Dim Sum Dan Big Bowl Noodles di Dorsett Grand Subang
The Emperor, Dorsett Grand Subang Hotel



Diantara ketigaptiga jenis Mi ini kesemunya mempunyai rasa yang berbeza dan mempunyi keunikan hidangan yang tersendiri. Cik iena lebih gemar Slipper Lobster And Seaweed With Shanghai Noodles in Superior Soup dan juga Flying Noodles With Deep-Fried Water Prawns And Crab Meat in Egg White Sauce.|


Shanghai Dim Sum Dan Big Bowl Noodles di Dorsett Grand Subang
The Emperor, Dorsett Grand Subang Hotel

Untuk info Semua hidangan sesuai untuk 2-3 orang, bergantung pada seberapa besar selera makan anda.

Slipper Lobster And Seaweed With Shanghai Noodles in Superior Soup menjadi kegemaran kerana kombinasi Seaweed yang sedap. Cik iena sememangnya penggemar Seaweed. Kesemua Mi yang dugunakan adalah berbeza . Cik iena lebih gemar Mi Shanghai yang digunakan untuk Slipper Lobster And Seaweed With Shanghai Noodles in Superior Soup.

Flying Noodles With Deep-Fried Water Prawns And Crab Meat in Egg White Sauce juga anda patut cuba. Rasa seakan Mi Kungfu di Malaysia tetapi lebih enak berasa. Kuahnya agak pekat dan ianya sangat mengenyangkan.

 

The Emperor, Dorsett Grand Subang Hotel
The Emperor, Dorsett Grand Subang Hotel

 

The Emperor, Dorsett Grand Subang Hotel
The Emperor, Dorsett Grand Subang Hotel

The Emperor, Dorsett Grand Subang Hotel

Jadi, bersedialah untuk menikmati masa yang baik di The Emperor dengan  Shanghai Noodles Dan The Big Bowl Noodles.

Untuk tempahan, hubungi +60 3 5031 6060 samb 1912 atau e-mel: bookfnb.subang@dorsetthotels.com



Gambar di Dorsett Grand Subang


The Emperor, Dorsett Grand Subang Hotel
The Emperor, Dorsett Grand Subang Hotel



The Emperor, Dorsett Grand Subang Hotel

Dorsett Grand Subang Hotel
Dorsett Grand Subang Hotel

Dorsett Grand Subang Hotel
Dorsett Grand Subang Hotel

Dorsett Grand Subang Hotel
Dorsett Grand Subang Hotel

Dorsett Grand Subang Hotel
Dorsett Grand Subang Hotel

Dorsett Grand Subang Hotel
Dorsett Grand Subang Hotel


Dorsett Grand Subang Hotel
Dorsett Grand Subang Hotel




Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve