Grab The Promo
Grab The Promo
Showing posts with label Online Buy. Show all posts
Showing posts with label Online Buy. Show all posts

BERSIAP SEDIA UNTUK RAYA DARI KESELESAAN RUMAH ANDA


BERSIAP SEDIA UNTUK RAYA DARI KESELESAAN RUMAH ANDA


KUALA LUMPUR, 12 MEI 2020 – Ingin dapatkan tawaran Raya terbaik? Raya Bersama Shopee mempunyai segalanya. Berlangsung dari sekarang hingga 26 Mei 2020, kempen ini menawarkan tawaran hebat untuk keperluan harian, peralatan rumah, baju Raya dan banyak lagi untuk persiapan Raya anda. Lebih baik lagi, anda boleh bersiap-sedia untuk Raya dari keselesaan rumah anda:

  • Dapatkan lebih melalui wang Ringgit anda dengan pelbagai barang keperluan harian dari serendah RM10 dan penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM19;
  • Nikmati lebih banyak penjimatan dengan diskaun hingga 80%, tawaran RM1 untuk produk-produk kegemaran dan penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum yang diturunkan kepada RM10 dari 12 tengah malam hingga 2 pagi semasa Pesta Jualan Raya pada 14 dan 15 Mei;
  • Rindukan bazar Ramadan? Layari Selangor E-Bazar Raya untuk dapatkan juadah Raya kegemaran anda dan lain-lain. Walaupun anda tidak dapat menikmati bau kepak ayam bakar atau murtabak kambing, e-bazar ini harus dikunjungi. 
  • Dapatkan ayam, daging lembu, sayur-sayuran dan buah-buahan seperti kubis, mangga, tembikai serta cili, dan makanan laut segar beku seperti Kembong, Tongkol, dan Selar dari segmen hasil segar dan beku Shopee tanpa meninggalkan rumah.
  • Skuad Selebriti Shopee mengalu-alukan ahli terbaharunya, Neelofa! Kunjungi kedai rasmi Naelofar untuk Koleksi Raya 2020. Dapatkan inspirasi dan ketahui trend terkini untuk tampil bergaya Raya ini dari Style by Shopee.
  • Kadangkala, persiapan untuk Raya agak memenatkan. Perlukan satu lokasi utama untuk mendapatkan segala keperluan Raya? Ciri terbaharu Shopee, Salam by Shopee, mempunyai koleksi produk terbaharu dari pelbagai kategori seperti peralatan solat, produk kosmetik mesra wuduk dan fesyen muslimah di Koleksi Terkini; hidangan Raya lazat serta ramuan masakan di Resipi Raya; jenama dan produk yang disahkan halal hanya di Pilihan Halal; peringatan masuknya waktu solat melalui fungsi Azan dan juga baucar hebat di Baucar Terhad yang memberikan tawaran lebih hebat. 

Salam by Shopee
Salam by Shopee
Walaupun tahun ini sambutan Raya agak berlainan, Shopee tetap membawakan hiburan dan kegembiraan Hari Raya kepada anda untuk dinikmati bersama seisi keluarga di rumah:

  • Shopee Live: Tontoni kandungan menarik yang direka khas buat pengguna seperti program makanan, sesi senaman oleh pakar kecergasan, dan ulasan produk serta kandungan lain yang berkaitan dengan penonton Muslim termasuk kelas membaca Al-Quran.
  • Shopee Games: Hafal pergerakan tarian di Joget Shopee; tangkap kuih-muih di Shopee Tangkap dan berseronok dengan permainan kegemaran ramai Goyang Shopee, Shopee Throw, Lucky Raya dan One or Not untuk memenangi syiling Shopee, baucar dan juga televisyen 43 inci.
  • Duit Raya: Meskipun keadaan kini menyukarkan kita untuk memberikan Duit Raya kepada ahli keluarga tersayang, Shopee telah mencipta cara yang seronok, selamat dan mudah untuk pengguna memberikan e-Duit Raya melalui e-dompet ShopeePay.


Joget Shopee
Joget Shopee
shopee garden
shopee garden

Walaupun aktiviti kunjung mengunjung ke rumah sanak saudara atau rakan kurang digalakkan, berikan kejutan kepada ahli keluarga atau rakan anda dengan mengirimkan hadiah Raya kepada mereka. Koleksi Tradisi Muhibbah Eid Signature Market mengandungi produk sihat seperti kurma Mariami dan Healthy Nut Mix yang sesuai dijadikan hadiah istimewa; ia boleh didapati dengan harga eksklusif di Shopee dari 14 hingga 18 Mei.

BERSIAP SEDIA UNTUK RAYA DARI KESELESAAN RUMAH ANDA



Lindungi diri anda dengan pelan insurans oleh Great Eastern Takaful di Shopee. HospeeFamily ialah pelan perlindungan 3 bulan yang memberikan manfaat bagi kemasukan hospital disebabkan oleh penyakit atau kecederaan dan sejumlah manfaat kematian akibat kemalangan sebagai penumpang di dalam kenderaan persendirian atau awam. Manfaat yang sama turut diberikan kepada hingga 2 orang ahli keluarga terdekat.


BERSIAP SEDIA UNTUK RAYA DARI KESELESAAN RUMAH ANDA


Kempen Raya Bersama Shopee disokong oleh jenama kegemaran rakyat Malaysia - Nestle, Nestle Nutrition, P&G, Unilever, Enfagrow, Friso Gold, Pediasure, Vinda, L’Oreal, Wipro Unza, Mentholatum, Beiersdorf, Elianware, Mr DIY, Photobook Malaysia, Arctic Hunter, realme, Black Shark, Skechers, Bagstation, Voir, Carlo Rino dan Lim Tayar.







Daftar Percuma dan Jual Produk anda secara online di pgmall.my

Seperti kita sedia maklum, dunia sedang hangat dilanda Pandemik COVID-19, juga dikenali sebagai pandemik koronavirus 2019–2020. Berikutan daripada itu kebanyakan negara telah pun mengambil langkah berjaga-jaga untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Daftar Percuma dan Jual Produk anda secara online di pgmall.my



Berikutan daripada Perintah Kawalan Pergerakan tersebut ianya banyak memberi kesan kepada ekonomi negara lagi-lagi buat peniaga kecil khususnya. Tambahan lagi jika peniaga kecil itu hanya mempunyai satu mata pencarian. Sehubungan dengan itu banyak perniagaan-perniagaan kecil mahupun besar sudah mula bergiat aktif dalam penjualan atas talian atau lebih dikenali penjualan online.


Disini Cik iena ingin mencadangankan satu platform penjualan online yang boleh anda sertai sekiranya anda ingin terus menjual barangan dagangan anda. Platform penjualan online yang Cik iena maksudkan adalah  pgmall.my .

Jom Jual Produk anda secara online di pgmall.my


PG Mall ataupun pgmall.my merupakan Platform e-dagang Nombor 1 Malaysia dimana ianya merupakan satu-satunya platform e-dagang tempatan di Malaysia.Ianya  telah ditubuhkan sejak tahun 2017 lagi dan sehingga kini terdapat lebih daripada 1,000,000 pelanggan berpangkalan (dan masih berkembang) di seluruh Asia Tenggara (SEA).


PG Mall juga merupakan satu-satunya platform membeli-belah dalam talian yang berkonsepkan Consumerchant (ConsuMerchant concept).  Di PG Mall terdapat 'added value' dimana pembeli dan penjual akan menikmati cashback dari pihak PG Mall. Konsep ConsuMerchant ni adalah yang pertama di dunia dimana kita sebagai pembeli boleh dapat cashback daripada pembelian sendiri setiap kali membeli - belah di PG Mall. Selain itu pembeli atau pengguna juga turut mendapat cashback daripada pembelian oleh pembeli lain yang mendaftar melalui referral link.

Daftar Percuma dan Jual Produk anda secara online di pgmall.my
Antara kempen yang terdapat di PG Mall bagi membantu mempromosikan peniaga


Untuk pengetahuan PG Mall adalah satu-satunya platform yang mempunyai semua rakan e-wallet  utama iaitu Maybank QRPay, TouchnGo e-wallet, Boost, GrabPay, Alipay dan macam-macam lagi. Dengan adanya pelbagai cara pembayaran secara dalam talian ini ianya dapat memberi dorongan kepada peniaga untuk menjual barangan mereka dan mendapat lebih banyak pembeli yang membeli barangan jualan mereka di PG Mall .

Daftar Percuma dan Jual Produk anda secara online di pgmall.my



PG Mall disatukan dengan SelluSeller, EasyStore, iStoreiSend, urStore, tresGo, Etailer Gateway, Red Dino.Sekiranya penjual menggunakan penyedia perkhidmatan yang dinyatakan diatas, PG Mall sangat mengalu-alukan anda untuk menyertai  PG Mall kerana PGMall sudah pun bekerjasama dengan mereka.Jadi ianya lebih mudah untuk diuruskan.


PG Mall juga bekerjasama dengan kesemua rakan kurier yang bertanggungjawab memastikan produk
yang dibeli pelanggan sampai ke tangan pelanggan.

Pelbagai kempen yang dilakukan di PG Mall beserta diskaun-diskaun hebat yang ditawarkan juga dapat menarik perhatian para pembeli tanpa perlu anda membuat promosi. PG Mall menyasarkan sekurang-kurangnya 10k penjual untuk menyertai PG Mall tahun ini bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna PG Mall.

Sekiranya anda mempunyai produk untuk dipasarkan, anda boleh sertai seller.pgmall.my untuk memasarkan produk anda dan seterusnya ianya dapat membantu mengembangkan lagi perniagaan anda.


Kenapa anda perlu menjual barangan anda di PG Mall ?


Pelbagai barangan boleh dijual di PG Mall. Anda boleh menjual pelbagai jenis barangan di PG Mall  dan tidak kira dimana anda berada asalkan dalam Malaysia anda boleh mendaftar sebagai peniaga.


Daftar Percuma dan Jual Produk anda secara online di pgmall.my
Antara kempen yang terdapat di PG Mall bagi membantu mempromosikan peniaga



Untuk pengetahuan anda, PG Mall mempunyai kumpulan pelanggan yang menyokong kuat yang mempromosikan peniaga di PG Mall ke rangkaian dan media sosial mereka mengenai pengalaman membeli-belah mereka di PG Mall.

Selain itu, PG Mall mempunyai pasukan MIS dalaman yang kuat yang membolehkan peniaga  melakukan pelbagai kempen dan integrasi kedai kreatif untuk membantu peniaga  memasarkan produk jualan mereka.


Pelbagai kaedah pembayaran yang ditawarkan dari e-banking hinggalah ke e-wallet . Jadi amat mudah untuk pelanggan membeli barangan anda kerana terdapat pelbagai jenis kaedah pembayaran atas talian.


Tiada kos pendaftaran dikenakan untuk menjadi peniaga di PG Mall.Anda tidak perlu ke pejabat pos untukpost barangan tersebut. Pihak kurier sendiri akan datang ke lokasi anda untuk mengambil barang tersebut untuk dihantar kepada pelanggan.


Keistimewaannya lagi PG Mall bekerjasama dengan banyak rakan dagangan e-banking dan e-wallet  yang mana pada setiap bulan mereka sendiri akan membuat ads untuk mengajak pengguna-pengguna mereka membeli-belah di PG Mall. Sedikit sebanyak ini juga akan dapat beri kebaikan kepada peniaga yang berdaftar di PG Mall.



Kepada anda diluar sana yang mempunyai perniagaan sendiri yang ingin memasarkan barangan anda secara dalam talian ataupun online. Ada boleh mendaftar di seller.pgmall.my



#PGMall #PGMallSeller #PGMallMerchant #onlinebusiness #Selluseller #easystore #istoreisend #urstore #tresgo #etailergateway #RedDino

About PGMall:

Website: www.pgmall.my
Facebook: www.facebook.com/PGMallOfficial
Instagram: PGMall.my

 

Pengalaman Membeli Secara Online di beli@hurr

Dewasa kini semakin banyak portal online yang menjual secara online . Apa yang membezakan kesemua portal online tersebut adalah barangan yang dijual serta kualiti servis yang ditawarkan .

Pengalaman Membeli Secara Online di beli@hurr


Ramai diantara kita takut untuk cuba membeli secara online lagi-lagi pembayaran melalui FPX mahupun kad kredit serta debit card. Umum lebih memilih kepada COD atau pembayaran secara transfer kerana ragu akan sistem pembayaran online.

Namun begitu tidak bagi Cik iena, sememangnya Cik iena lebih memilih pembelian online yang menggunakan pembayaran melalui online banking seperti fpx,molpay xenopay dan debit.


Disini Cik iena ingin kongsikan sedikit pengalaman membeli secara online di beli@hurr .
Jika sebelum ini Cik iena pernah menulis dua artikel yang berkaitan iaitu

  1. http://www.ienaeliena.com/2018/05/nak-beli-pre-loved-hurr-tv.html 
  2. http://www.ienaeliena.com/2018/08/fesyen-insta.html 

Kini Cik iena kongsikan pengalaman membeli di beli@hurr.



Pengalaman Membeli Secara Online di beli@hurr


Secara keseluruhan proses pembelian sama seperti portal jualan online yang lain seperti lazada, zalora, shopee dan lain-lain lagi . Terdapat pelbagai method pembayaran . Namun yang menjadi pilihan Cik iena adalah pembayaran melalui molpay. Molpay sama seperti fpx.

Maaf Cik iena takscreenshoot cara pembelian , namun tak perlu risau ianya sangat mudah dan user friendly. Disini cik ingin lebih berkongsi tentang servis dari beli@hurr.

Penghantaran Dalam Masa 1 Hingga 3 hari ?


Jika dirujuk pada FAQ mengenai durasi masa penghantaran mereka menyatakan penghantaran dalam masa 1 ke 3 hari masa bekerja .

https://shop.hurr.tv/pages/faq - Rujuk soalan no 2 -

How long does delivery take?
Delivery is within 1 to 3 working days. Sabah and Sarawak may take an extra day or two.

Untuk order pertama ianya menepati 1-3 hari bekerja . Beli pada 20 ogos dan dapat pada 24 ogos (22 ogos cuti umum)

Pengalaman Membeli Secara Online di beli@hurr

Sebahagian daripada order kedua juga juga di selit penghantaran order pertama . Menyebabkan berlaku kekeliruan  pada Cik iena tambahan email yang di hantar menyatakan kedua-dua order telah dihantar namun tracking number adalah sama.

Pengalaman Membeli Secara Online di beli@hurr
Order Pertama -tracking number sama


Pengalaman Membeli Secara Online di beli@hurr
order kedua- tracking number sama seperti yg pertama

Pengalaman Membeli Secara Online di beli@hurr
track n trace utk tracking number sama dari order satu dan order dua


Disini ianya agak mengelirukan dan menimbulkan tanda tanya di manakah barang dari order kedua yang tidak ada di dalam penghantaran tersebut.

Customer Service beli@hurr Pantas Bertindak.


Cik eina telah email kepada pihak beli@hur dan mereka serta merta contact cik iena dan whatsapp detail tracking number. Disini servis dari customer servis memang bagus cuma perlu penambah baikakn pada sistem mereka . Sekiranya barangan di dalam satu order di pos secara berasingan seperti yang lazada lakukan.


Pengalaman Membeli Secara Online di beli@hurr
Pihak beli@hurr segera call dan whatsapp tracking number




Kesilapan beli@hurr disini adalah mereka tidak menyatakan tentang barangan di post secara berasingan. Mereka cuma nyatakan order number sekian sekian telah di pos  dan mereka berikan tracking number . Akan tetapi untuk barangan yang dihantar berasingan mereka tidak nyatakan tracking number.

Pengalaman Membeli Secara Online di beli@hurr
tracking number kedua yg cik iena dapat setelah email tentang barang yang tidak diterima


Ini telah menimbulkan kemusykilan dan membuatkan pelanggan tertanya-tanya dimanakah barang mereka. Cik iena tunggu sampai hari ini hari isnin kemudian cik iena contact dan telah mendapat jawapan ianya di pos secara berasingan.

Adalah lebih elok jika ianya di maklumkan di dalam email supaya tidak menimbulkan salah faham antara pelanggan.



Sekian perkongsian pembelian secara online di beli@hurr dari Cik iena :)
Kita tak berat sebelah tau awak. Kalau lazada, zalora,11street buat benda yang sama pun iena akan share pengalaman iena untuk rujukan bersama pembaca dan supaya ianya dapat di perbaiki untuk kebaikan bersama :)

Kesimpulannya kalau anda ahadapi masalah yang sama, terus emailkan pertanyaan kepada mereka. jangan tunggu lama (^_~)

27/8/2018
Nota : dah pukul 5.30 pm ni bila lah agaknya nak dapat parcel yg ke dua ya.hahaha.. haa yang ni pos laju punya masalah. Memang selalu masalah pos laju ni tau. Asal ade public holiday selepas pada tu akan ada masalah kelembapan penghantaran


28/8/2018 : 6:20 PM
Barang still tak dapat lagi.
28 Aug 2018, 12:35:18 AM  Arrive at delivery facility at Pos Laju Brickfields
UNTUK 3 HARI BERTURUT2 STATUS SAMA WAKTU BERBEZA. BERMAKNA POS LAJU TAK BUAT PENGHANTARAN PUN. KALAU BUAT PENGHANTARAN AKAN TULIS ITEM OUT FOR DELIVERY MCM YANG IENA SCREENSHOT TRACKING NO YANG PERTAMA.
28 Aug 2018, 12:35:18 AM27 Aug 2018, 12:16:05 AM25 Aug 2018, 09:20:46 AM


untuk ketiga2 hari ni status sama Arrive at delivery facility at Pos Laju Brickfields

POS LAJU BRICKFIELD BERMASALAH


Call pos laju brickfield tak angkat. Maybe sebab da habis waktu kerja. Esok iena call. Melampau betul perkhidmatan pos laju makin lama  makin teruk. Suka peram barang lama-lama and kadang2 dia call suruh iena pickup barang dekat brickfield. Banyak cantik dia. Kene basuh dengan iena sebab office ni tak pernah xde orang. hari sabtu pun ada orang. Bila masa yang dia datang. Staff dia tak datang hantar dan dan suruh pickup. Surat suruh pickup barang pun tak ada. Biasa dia akan tinggalkan notes kan. Ini takde. Memang pos laju bahagian brickfield bermasalah betul.

Bawal Aidijuma di Lazada Malaysia


Tudung Aidijuma di Lazada Malaysia

Aidijuma merupakan jenama tudung yang tidak asing lagi di Malaysia. Aidijuma mempunyai peminatnya yang tersendiri sehingga ada diantara mereka yang sanggup mendapatkan setiap design bagi setiap keluaran.  Aidijuma juga dikatakan jenama tudung yang berkualiti dan dijual pada harga yang sangat berpatutan . Harga berpatutan yang di katakan harga mampu milik ini membuatkan jenama ini terus kekal di hati Rakyat Malaysia.

Tambahan lagi Aidijuma sentiasa mengeluarkan design design yang terkini khas buat peminat setia mereka . Ibu dan adik cik iena juga merupakan penggemar Aidijuma . Begitu juga dengan rakan pejabat cik iena . Mendengarkan kisah rakan pejabat yang sangat teruja untuk mengumpul setiap koleksi bawal Aidijuma buat cik iena rasa teruja .


KENAPA AIDIJUMA DI GEMARI RAMAI ?

 


Cik iena berkesempatan bertanya apakah faktor utama yang menyebabkan Aidijuma menjadi pilihan.

Dengan tenang dan bersahaja rakan cik iena menjawab "TAK PERLU IRON DAN MUDAH DI PAKAI SERTA SELESA"

"TAK PERLU IRON" , cik iena juga suka tudung yang tidak perlu di iron :). Mudah nak pergi kerja
.

Bawal Aidijuma di Lazada Malaysia
sembang santai bersama rakan pejabat mengenai Aidijuma :)

Sebenarnya cik iena juga kalau lambat ke pejabat cik iena akan pakai tudung Aidijuma adik cik iena . Adik dan ibu cik iena memang peminat tegar Aidijuma . Selepas ni cik iena boleh lah menjinak jinak kan diri dengan Aidijuma.


Bawal Aidijuma di Lazada Malaysia
Terima Kasih Lazada :)


Bercerita mengenai Aidijuma baru baru ini cik iena dapat hadiah daripada Lazada Malaysia iaitu tudung Aidijuma . Seperti yang pembaca blog cik iena sedia nampak di blog cik iena memang banyak iklan lazada merelip merelap , Bagi menghargai Blogger yang sentiasa menyokong beliau. Pihak Lazada memberikan Bawal Aidijuma untuk cik iena cuba.



Bawal Aidijuma di Lazada Malaysia
Cik iena memakai Bawal Aidijuma dari Lazada :)


Jemput tonton video Unboxing yeahh




Cik iena pun baru tau bahawa di Lazada Malaysia juga ada jual Bawal Aidijuma. Kebiasaannya cik iena beli kan mak dan adik bawal Aidijuma di Nu Sentral . Jadi lepas ni nak bodek puan Ibunda cik iena tak perlu susah susah ke Nu Sentral dah, boleh beli online je di Lazada.



Bawal Aidijuma di Lazada Malaysia
Adik cik iena selaku peminat tegar Aidijuma pun pakai Bawal Aidijuma dari Lazada



Pada yang berminat nak dapatkan secara Online di Lazada sila klik pautan di bawah



Istimewa buat pelanggan anda semua ni cik iena nak kongsi voucher code yang anda boleh guna .
Untuk pengetahuan semua sekarang tengah hangat berlansung "MY FASHION BIG BRAND SALE" bermula dari 5 september 2016 sehingga 11 September 2016 .

Untuk kempen ini anda boleh menggunakan Voucher code yang berikut.

MY FASHION BIG BRAND SALE
VOUCHER CODE : FABIG20
Tarikh Tamat : 11 September 2016

 Selain daripada itu anda juga boleh gunakan Voucher Code berikut .

malaysia day sale

malaysia day sale


LAZADA JUAL AIDIJUMA ORIGINAL KE?

 

Pasti ada yang tertanya tanya original ke tidak . Untuk pengetahuan semua Lazada menjual Aidijuma yang original, bukan tiruan seperti yang terdapat di pasar malam . Cik iena yakin dan jamin 100% Aidujuma Original . Rakan cik iena sendiri yang mana beliau adalah peminat setia Aidijuma juga mengesahkan Original atau tidak bila cik iena sendiri menunjukkan tudung Aidijuma dari Lazada yang cik iena dapat.
Seperti kita sedia maklum Lazada merupakan platform jualan Online yang sangat popular di Malaysia khususnya jadi mereka sangat mementingkan Kualiti mereka .   Jadi anda tidak perlu ragu ragu akan hal tersebut . Cik iena jamin ORIGINAL okay :)









iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Korean Food Fair - Diskaun Sehingga 50%


Istimewa buat peminat makanan Korea , 11Street sedang mengadakan Korean Food Fair di mana anda akan dapat menikmati sehingga diskaun 50% .
Antara tawaran hebat yang sedang berlansung adalah Nongshim Shin Ramen untuk RM10 (5 bungkus), Lotte Pepero of assorted flavours untuk RM3.90 sebungkus, Lotte Milkis untuk RM4.80 sebotol dan Lingrae Banana Milk untuk RM59 (18 pek).
 

Korean Food Fair - Diskaun Sehingga 50%
 


Pada anda yang berminat untuk mencuba dengan tangan anda sendiri masakan korea ini.Kini anda  boleh berbuat demikian, terima kasih kepada tiga video yang menunjukkan seni membuat yang sempurna Pancake Kimchi, Kimchi Fried Rice dan Topokki. Bahan-bahan untuk membuat ini resipi lazat juga boleh didapati melalui Pameran Makanan Korea 11street ini.





Apa yang menarik hati cik iena adalah 


Sebenarnya ada banyak lagi yang menarik, ini yang sempat cik iena senaraikan . Anda boleh semak sendiri pada pautan dibawah ok:)



Tawaran sah sehingga 15 September 2016


iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Diskaun 50% Koleksi Raya Dari Pereka Fesyen di 11street



11Street Lebaran Luster  Menampilkan rekaan daripada Adam Liew Melbourne, Ruzz Gahara, Gupta PLUS by SyomirIzwa dan VARIANTE, Koleksi Lebaran Luster  di 11street ini menawarkan seleksi pilihan fesyen Raya untuk wanita, dalam pelbagai saiz.

Diskaun 50% Koleksi Raya Dari Pereka Fesyen di 11street


Istimewa buat pelanggan 11Street , anda boleh mendapatkan diskaun 50 % untuk koleksi terbaru dari pereka fesyen  terpilih bagi koleksi baju raya 2016 .
Cik iena sudah pasti tidak akan melepaskan peluang ini . Minggu lepas, tanggal 18 Jun 2016 bersamaan hari sabtu cik iena telah membeli sehelai Qerna Dhia Kurung Melissa in Blue di 11Street dengan harga RM64 daripada harga asal RM160 dimana diskaun sebanyak 60% di berikan. Qerna Dhia Kurung Melissa in Blue telah pun cik iena terima pada hari isnin .  Servis penghantaran 11Street agak pantas, cik iena agak terkejut baju sampai awal.

Qerna Dhia Kurung Melissa in Blue


Setelah melihat Kualiti Material Baju Kurung tersebut cik iena jadi jatuh cinta dan ingin membeli lagi koleksi baju raya di 11street . Seperti yang cik iena maklumkan tentang Lebaran Luster diatas sebelum ini semasa cik iena membeli Qerna Dhia Kurung Melissa in Blue, kadar diskaun yang diberikan dari kempen tersebut adalah sebanyak 20% sahaja .

Qerna Dhia Kurung Melissa in Blue
Qerna Dhia Kurung Melissa in Blue


Jadi hari ini apabila cik iena melayari 11Street sekali lagi, cik iena menjadi sangat teruja apabila melihat diskaun yang di berikan sebanyak 50%.untuk koleksi terpilih. Jadi,  cik iena pun mengorak langkah untuk mendapatkan  koleksi dari pereka fesyen tersebut.




Untuk pengetahuan, Cik iena merupakan seorang yang suka membeli jika terdapat tawaran promosi . jadi memandangkan diskaun 50% tersebut merupakan baju daripada pereka fesyen, cik iena terus mengatur langkah untuk membeli. Cik iena suka mengumpul koleksi-koleksi baju kurung, baju kebaya dan baju-baju tradisional lain . Ianya akan cik iena simpan sehingga lah cik iena berkahwin dan beranak cucu mungkin.

Seperti puan ibunda cik iena, beliau juga suka berbuat demikian dan banyak antara koleksi baju tradisional beliau yang diwariskan kepada cik iena . Untuk Koleksi Lebaran Luster ini  cik iena telah pun membeli  dua helai baju.  Okay jemput lihat baju yang berjaya menambat hati cik iena dengan diskaun 50% .


Variante GlamoRaya - Audrey Onyx Fishtail Dress
Variante GlamoRaya - Audrey Onyx Fishtail Dress


Variante GlamoRaya - Audrey Onyx Fishtail Dress
Variante GlamoRaya - Audrey Onyx Fishtail Dress

Wahhh cantikkan , cik iena memang penggemar baju ikat tepi , ikat belakang, ikan depan . Selipar pun beriben (^_~)


Selain dari koleksi Audrey Onyx Fishtail Dress ni cik iena juga berkenan dengan koleksi Audrey Tourmaline Kurung .

Audrey Tourmaline Kurung
Audrey Tourmaline Kurung
Audrey Tourmaline Kurung
Audrey Tourmaline Kurung
Diskaun 50% Koleksi Raya Dari Pereka Fesyen di 11street


 Nampak tak diskaun 50% . Wah jimat banyak tau . Jadi kepada penggemar dunia fesyen di luar sana jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkan koleksi raya dari pereka fesyen terpilih.
Untuk pengetahuan, Cik iena membeli baju ini pada 20 Jun 2016 lebih kurang  jam 11.30 PM . Memandangkan Rabu Cuti Umum . Mungkin koleksi ini akan cik iena terima  pada hari Khamis.



Sekiranya cik iena  sudah  terima baju tersebut cik iena akan kongsikan gambar dan review tentang kualiti kain dan jahitan baju tersebut buat pembaca blog :)




Diskaun 50% Koleksi Raya Dari Pereka Fesyen di 11street
Ini semua salah Si baju biru T____T cik irna dah tershopping lagi hahaha

Diskaun 50% Koleksi Raya Dari Pereka Fesyen di 11street




Okay tak sabar nak dapat baju yeayyyyyy
Untuk Dapatkan Diskaun 50% buat koleksi pereka fesyen terpilih sila layari
Cepat-cepat cik iena tak jamin bila promosi akan tamat sebab cik iena pun terkejut ada diskaun 50%
Selain daripada itu terdapat juga koleksi Raya Lain
Untuk Koleksi Lebaran In The City ini terdapat pelbagai jenis baju pada pelbagai harga dari mahal sehingga murah. Jadi anda perlu rajin scroll dan scroll dan searh dan search .
Sebenarnya cik iena jumpa baju kurung biru yang menjadi punca cik iena shopping lagi tu pada kategori ini lah . Cik iena cari yang murah dan cantik
(^_~)
Jadi anda pun boleh mendapatkan koleksi baju raya anda mengikut budget anda . Terdapat juga baju raya di dalam lingkungan harga RM50 ++ tau .


Untuk Pengetahuan Lanjut Layari 11street di:
Laman Web : http://www.11street.my
Facebook : https://www.facebook.com/11street.my
Instagram : https://instagram.com/11streetmy


Nota Blog : Psssttt Nak Bagi Tau Cik iena beli Guna Voucher & Credit dari 11Street . Terima Kasih 11Street  bagi iena 3 pasang baju raya tahun nie :)


New Update : Cik iena dah dapat lagu dua helai baju tu tau.


Diskaun 50% Koleksi Raya Dari Pereka Fesyen di 11street

Diskaun 50% Koleksi Raya Dari Pereka Fesyen di 11street


If nak tengok gambar cik iena menggayakan busana dari 11street boleh klik #ienaeliena11street



iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Hermo 612 4th Anniversary menawarkan Diskaun Sehingga 90%



Hermo merupakan kedai online barangan kecantikan yang menawarkan pelbagai produk kecantikan serta kosmetik dari Korea, Jepun, dan Taiwan.





Hermo 612 4th Anniversary menawarkan Diskaun Sehingga 90%



Terdapat banyak pilihan yang di tawarkan untuk anda semua . Sempena Hermo 612 4th Anniversary, Hermo menawarkan diskaun sehingga 90% . Selain daripada itu terdapat lagi pelbagai tawaran menarik diantaranya adalah

  • Limited goodies bag istimewa buat pelanggan Hermo yang membuat pembelian sepanjang tempoh tersebut.
  • Barangan serendah RM1
  • X-OMO zone yang terdapat item jualan terhangat yang di jual di bawah harga jualan biasa.
  • Hadiah menarik sehingga RM50,000
  • Voucher Grab sehingga RM1,000,000
  • Beli 3 item pada harga RM49


Barangan serendah RM1
Barangan serendah RM1



hadiah menarik sehingga RM50,000
hadiah menarik sehingga RM50,000


Limited goodies bag istimewa buat pelanggan Hermo
Limited goodies bag istimewa buat pelanggan Hermo


Beli 3 item pada harga RM49
Beli 3 item pada harga RM49


Okay kepada anda di luar sana jangan lepaskan peluang ni tau, bukan senang Hermo nak beri diskaun sehingga 90 % serta barangan serendah RM1 dari barangan luar negara .

Challange and win voucher
Challange and win voucher


Jom beli sebelum tawaran tamat. Boleh simpan stock untuk bulan-bulan akan datang . Tambahan lagi nak raya ni. Mesti nak cantik cantik di hari raya kan . Di Hermo ni terdapat pelbagai produk kecantikan dan juga kosmetik untuk anda miliki :)

Limited goodies bag istimewa buat pelanggan Hermo
Limited goodies bag istimewa buat pelanggan Hermo
 Cik iena sudah, anda bila lagi 
(^_~)



Promosi ini akan berlansung dari  12th June (12.00am) sehingga 18th June 2016 (11.59pm).
Okay jom terjah www.hermo.my











iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve