Grab The Promo
Grab The Promo
Showing posts with label Petua. Show all posts
Showing posts with label Petua. Show all posts

Cara Mudah Hilangkan Jerawat

Cara Mudah Hilangkan Jerawat


Jerawat merupakan masalah kulit yang biasa dialami oleh kaum wanita dan lelaki terutama golongan remaja akil baligh dan dewasa. Jerawat akan muncul apabila minyak/sebum, bakteria dan sel kulit mati menyumbat liang roma pada kulit muka.

Jerawat juga boleh terbentuk disebabkan oleh jangkitan bakteria akibat penyakit, alahan atau salah penjagaan kulit . Kebiasaanya jerawat akan meninggalkan bekas-bekas luka atau parut.

Pasti ramai yang tidak suka akan kehadiran jerawat di raut wajah anda. Untuk menghilangkan  jerawat tersebut terdapat 6 cara mudah yang boleh anda ikuti.

6 Cara Mudah Hilangkan Jerawat


1. Minum banyak air - Salah satu cara mudah untuk membantu anda menghilangkan jerawat adalah dengan meminum air masak dengan kuantiti yang banyak. Ini kerana air amat berkesan untuk membuang toksin berbahaya dalam badan seseorang. Pastikan anda meminum sekurang-kurangnya 8 gelas air setiap hari.


2. Bawang putih - Bawang putih adalah amat mujarab untuk membantu mengecutkan jerawat yang baru tumbuh. Caranya adalah dengan hancurkan bawang putih tersebut kemudian lumurkan pada bahagian muka yang ditumbuhi jerawat. Selain daripada itu, ada juga pakar berpendapat bahawa sekiranya rawatan ini dilakukan secara konsisten, ia dapat membantu membersihkan dan melindungi liang-liang muka anda daripada dijangkiti oleh bakteria.


3. Menjaga pemakanan - Pemakanan juga sebenarnya mempengaruhi kulit seseorang untuk ditumbuhi jerawat. Elakkan daripada mengambil makanan yang mengandungi kandungan minyak, gula dan lemak yang tinggi. Makanan ini termasuk kek, kuih, coklat, pizza, makanan segera dan makanan yang diproses. Mengamalkan makanan sihat seperti memakan sayur-sayuran, buah-buahan dan daging tidak berlemak seperti tuna, dada ayam dapat membantu untuk mengatasi masalah ini.


4. Aspirin (ubat demam) - Walaubagaimana cantik pun kulit seseorang remaja itu, pasti akan mengeluarkan jerawat sekali-sekala. Tips untuk anda mengurangkan kemerahan dan mengecutkan jerawat yang baru tumbuh itu adalah dengan hancurkan sebiji aspirin (ubat panadol adalah disyorkan) dan lembabkan ia dengan sedikit air. Kemudian sapu campuran tadi ke kawasan yang ditumbuhi jerawat, biarkan selama beberapa minit, kemudian bilas dengan menggunakan air bersih. Ulangi prosedur ini sehingga jerawat anda mengecut dan hilang.


5. Ubat gigi - Sebelum tidur, letakkan ubat gigi pada bahagian yang ditumbuhi jerawat, biarkan ia mengering sehingga keesokan harinya. Kemudian bilas muka anda. Ini adalah kerana ubat gigi mampu mambantu untuk menghidrasikan(mengeringkan) jerawat dan ia juga mampu untuk menyerap minyak pada wajah.


6. Minyak zaitun - Cara ini adalah cara turun temurun yang diamalkan sejak zaman nenek monyang lagi. Dan ramai juga telah bersetuju bahawa cara ini adalah berkesan. Campurkan satu sudu besar minyak zaitun dengan 4 sudu garam, kacau sebatian untuk beberapa minit, sapu pada bahagian wajah anda yang ditumbuhi jerawat, biarkan seketika, kemudian bilas wajah dengan menggunakan sabun pencuci muka.

6 cara diatas mudah untuk di lakukan akan tetapi adakalanya bagi yang kesuntukan masa atau yang sibuk mungkin ianya akan memakan masa anda. Jadi cik iena nak kongsi serum yang mampu mengecutkan jerawat, menghilangkan jerawat serta memudarkan parut jerawat . 
Sebelum ini cik iena ada menggunakan petua bawang putih bagi mengecutkan jerawat. Kedengaran mudah tapi kalau silap langkah jadi macam cik iena,  boleh baca kisah cik iena dengan jerawat dan bawang putih http://www.ienaeliena.com/2014/07/review-petua-mengecutkan-jerawat.html
Akibat terletak lama bawang putih kulit jadi melecur. Memang diakui petua ni berkesan cuma cik iena terletak lama sangat.  Haa ni bagi memudah kan cik iena dan kawan-kawan semua cik iena nak kongsi produk terbaru yang cik iena cuba ni namanya Refinity Acne Hydrogel . Ianya berkesan untuk anda mengecutkan jerawat dan memudarkan parut jerawat.

Refinity Acne Hydrogel


Cik iena akan gunakan serum ini bila terasa jerawat nak membiak. Makanya jerawat pun tak jadi nak beranak pinak, jerawat tersebut kering dan hilang selepas sapu serum tersebut. Untuk kesan yang lebih cepat kene rajin letak serum ni pada jerawat kita.  Okay jom cik iena kongsi lebih lengkap tentang serum ni.

Refinity Acne Hydrogel

Refinity Acne Hydrogel merupakan produk anti-jerawat yang dirumus khas dari bahan semulajadi oleh Ahli Farmasi Malaysia, mampu mengatasi masalah jerawat dengan pantas. 


acne hydrogel

acne hydrogel
Pantas Bertindak

Formulasi Acne Hydrogel FOKUS pada rawatan jerawat dan bekas jerawat bagi menjadikan wajah anda kembali licin bersih berseri.

Senang & Mudah

Hanya sapu 2 kali sehari dan tunggu hasilnya. Cepat meresap dan kering tanpa rasa kesan minyak.
Sesuai Untuk Kulit Sensitif

Tidak seperti produk lain di pasaran, Acne Hydrogel diperbuat dari bahan herba Asli yang sangat efektif dalam rawatan jerawat dan bebas dari bahan kimia. Oleh itu, ia sangat sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

Pengiktirafan

Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (NOT151105679K) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PO-BMF-PPIM01407). Diyakini halal dan dijamin keberkesanannya.
98% Pengguna Berpuas Hati
Hampir 10,000 botol dijual setiap bulan dan hampir kesemua pengguna berpuas hati dengan kesannya. Setiap hari kami menerima testimoni positif dari pengguna.

bagaimana acne hydrogel berfungsi


Salix Alba Extract bertindak 3 kali lebih berkesan dengan menghapuskan Staphylococcus aureus dan Propionibacterium, iaitu dua bakteria yang menjadi punca pembentukan jerawat.

Selain itu, ia juga akan mempercepatkan proses pemulihan kulit dengan cara memudarkan kesan jerawat seperti parut dan kedutan sekaligus mencantikkan struktur kulit.

Disebabkan Acne Hydrogel dirumus dari bahan semulajadi, ianya sangat sesuai digunakan oleh mereka yang mempunyai kulit yang sensitif kerana tiada kesan sampingan akan dirasai.


Cara Penggunaan Acne Hydrogel


Bersihkan muka dan keringkan . Kemudian, sapukan sedikit Refinity Acne Hydrogel pada kawasan berjerawat. Gunakan setiap pagi dan malam atau sekerap yang diperlukan.

Cara Penggunaan Acne Hydrogel
ahaa seketui je pun jerawat tp memang kepochi cik iena ni, seketui pun tak suke, mesti nak buat sesuatu nak halau si jerawat tu (^_~)
 Psttt oily nye muka haha, okay ni cik iena pakai pelembab muka dulu tapi tak  pakai bedak. Biasanya cik iena akan pakai pelembab dulu kemudian baru sapu Acne Hydrogel ni sebabnya kalau Pakai Acne Hydrogel dulu kemudian pakai pelembab ahaa mau berangin satu muka cik iena. Acne hydrogel ni rasa berangin-angin bila kita sapu kat jerawat. Selepas pakai pelembab dan sapu Acne Hydrogel ni baru cik iena dap dap compact powder sikit :)

Cara Mudah Hilangkan Jerawat
ahaa cantiknye lighting kat depan, dalam bilik gelap haha, kasi selfie lagi



Okay untuk maklumat lanjut mengenai Acne Hydrogel ni boleh layari http://www.refinity.com.my/

 Acne Hydrogel










iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Khasiat Daun Durian Belanda


Khasiat Daun Durian Belanda
Ramai yang tidak tahu bahawa daun dan buah durian belanda mempunyai banyak khasiat untuk kegunaan perubatan tradisional dan moden.

Penduduk di banjaran Andes membuat serbuk teh daripada daunnya untuk mengubati sakit kerongkong, cirit birit dan demam.

Bagi suku orang asli di Guyana, mereka mengatasi pelbagai penyakit seperti kencing manis, masalah jantung dan penyakit hati dengan membuat serbuk teh daripada daunnya. Mereka juga mengatasi masalah sakit sendi dan sengal-sengal anggota tubuh dengan mendapatkan minyak daripada daun yang masih muda.

Khusus bagi ibu yang baru melahirkan anak, wanita suku ini digalakkan memakan terus buahnya bagi meningkatkan pengeluaran susu badan di samping mengelakkan masalah ketegangan.
Kegunaan lain ialah sebagai ubat malaria dan ulser perut.
Dari segi perubatan moden, kajian mendapati bahan yang terkandung di dalam buah durian belanda ini boleh digunakan sebagai antibakteria, antikanser, antitumor, astrigen dan penyakit saraf.

Cara-cara penyediaannya :-

  • Ambil 10 helai daun durian belanda, direbus bersama dengan tiga gelas air dan direbus dengan menggunakan api yang perlahan sehingga menjadi satu gelas air (rebusan 10 helai daun durian belanda boleh diulangi untuk 2 kali rebusan untuk hari berikutnya)
  • Tapis rebusan air tersebut dan minum 2 kali sehari iaitu pada sebelah pagi dan malam, kesannya perut akan terasa panat/hangat dan badan akan mula berpeluh.

Selain merawat kenser rebusan air daun durian belanda ini juga sesuai untuk mereka yang mengalami

  • masalah batu hempedu
  • anti sembelit
  • menurunkan urik asid (gout)
  • sebagai antibodi dalam tubuh
  • memudakan sel-sel badan
  • mencegah selsema
  • mengatasi masalah kencing tidak lawas



SUMBER : http://www.durianbelanda.com/

Daun Durian Belanda untuk dijual

En. Mustami Kamudin 
012-3994950 

E-mel: email_durianbelanda@yahoo.com Cheras, Selangor. 
KLIK UNTUK MAKLUMAT LANJUT

 
 Nota Blog : cik iena tengah cari daun durian belanda, terjumpa post ni nak share. Cik iena carikan untuk member .





Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com

Review : petua mengecutkan jerawat menggunakan bawang putih

                                                                              

Ini kali pertama cik iena cuba sebab muka cik iena jarang naek jerawat.
tak tahu lah kenapa lately ni ade pulak
haishh da tua kot haha

Setelah cik iena cuba petua menggunakan bawang putih tu
cik iena rasa ok jerawat kita tu jadi masak ranum..hahaha ape lagi letup kanlah
tp lupa plak snap pic yg dia tgh masak ranum
 
pic nie cik iena da letupkan

tapi satu kesilapan cik iena adalah
cik iena letak bawang putih semalaman
jadi nye kulit melecur
mayb bawang putih tu panas kot
dalam petua tu suh sapu je takde lah suruh biar semalaman kan
nie akibat org tak dgr kata
hahaha
tuh nmpk tu kulit melecur
mcm kene minyak panas
pedih woo bile cik iena letupkan n terkene air
sama rasa cm kene minyak panas la
patot la malam td rasa pedih pijau perit je
haha
okay pasni kalau buat cm nie
jangan biarkan semalaman ok cik iena
nanti tak comel 
naseb lah bln pose ni xde photoshoot kan
 
http://www.ienaeliena.com/2014/07/kenapakah-dahi-cik-iena-berplaster-tt.html 
 
Okiess nie cik iena copy petua mengecutkan jerawat 
yg cik iena google
tapi yg baru di cuba yg bawang putih je la
(^_~)

6 Cara mudah untuk menghilangkan jerawat

 

1. Minum banyak air - Salah satu cara mudah untuk membantu anda menghilangkan jerawat adalah dengan meminum air masak dengan kuantiti yang banyak. Ini kerana air amat berkesan untuk membuang toksin berbahaya dalam badan seseorang. Pastikan anda meminum sekurang-kurangnya 8 gelas air setiap hari.

2. Bawang putih - Bawang putih adalah amat mujarab untuk membantu mengecutkan jerawat yang baru tumbuh. Caranya adalah dengan hancurkan bawang putih tersebut kemudian lumurkan pada bahagian muka yang ditumbuhi jerawat. Selain daripada itu, ada juga pakar berpendapat bahawa sekiranya rawatan ini dilakukan secara konsisten, ia dapat membantu membersihkan dan melindungi liang-liang muka anda daripada dijangkiti oleh bakteria.

3. Menjaga pemakanan - Pemakanan juga sebenarnya mempengaruhi kulit seseorang untuk ditumbuhi jerawat. Elakkan daripada mengambil makanan yang mengandungi kandungan minyak, gula dan lemak yang tinggi. Makanan ini termasuk kek, kuih, coklat, pizza, makanan segera dan makanan yang diproses. Mengamalkan makanan sihat seperti memakan sayur-sayuran, buah-buahan dan daging tidak berlemak seperti tuna, dada ayam dapat membantu untuk mengatasi masalah ini.

4. Aspirin (ubat demam) - Walaubagaimana cantik pun kulit seseorang remaja itu, pasti akan mengeluarkan jerawat sekali-sekala. Tips untuk anda mengurangkan kemerahan dan mengecutkan jerawat yang baru tumbuh itu adalah dengan hancurkan sebiji aspirin (ubat panadol adalah disyorkan) dan lembabkan ia dengan sedikit air. Kemudian sapu campuran tadi ke kawasan yang ditumbuhi jerawat, biarkan selama beberapa minit, kemudian bilas dengan menggunakan air bersih. Ulangi prosedur ini sehingga jerawat anda mengecut dan hilang.

5. Ubat gigi - Sebelum tidur, letakkan ubat gigi pada bahagian yang ditumbuhi jerawat, biarkan ia mengering sehingga keesokan harinya. Kemudian bilas muka anda. Ini adalah kerana ubat gigi mampu mambantu untuk menghidrasikan(mengeringkan) jerawat dan ia juga mampu untuk menyerap minyak pada wajah.

6. Minyak zaitun - Cara ini adalah cara turun temurun yang diamalkan sejak zaman nenek monyang lagi. Dan ramai juga telah bersetuju bahawa cara ini adalah berkesan. Campurkan satu sudu besar minyak zaitun dengan 4 sudu garam, kacau sebatian untuk beberapa minit, sapu pada bahagian wajah anda yang ditumbuhi jerawat, biarkan seketika, kemudian bilas wajah dengan menggunakan sabun pencuci muka.

 Sumber :




Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com

Petua Untuk Menghilangkan Kematu Di Tumit Kaki


Kehadiran kematu di tumit kaki pasti mendatangkan ketidakselesaan kepada anda .
Berikut merupakan petua untuk menghilangkan masalah kematu di kaki.

Pilihan 1 : 
Campurkan sebiji buah belimbing buluh dengan air limau nipis.Sapukan pada tempat yang berkematu.

Pilihan 2 :
Sapukan sedikit ubat gigi. Biarkan selama 5 minit. Kemudian basuh seperti biasa dengan sabun dai air biasa

****************************************

Korang ade kematu tak kat kaki ?
alhamdulillah cik iena tak de lagi









♥♥ Info Menarik ♥♥














Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

Petua Melambatkan Nasi Basi


Beras yang tidak dicuci dengan bersih cenderung untuk basi dengan lebih cepat.
Namun bukan hanya cara dibersihkan, faktor lain seperti beras itu sendiri turut menjadi faktor utama nasi cepat basi.

Terdapat petua yang dapat melambatkan nasi basi iaitu dengan menggunakan  secubit garam.
Masukkan secubit garam  kedalam beras yang dimasak.
Masakkan beras tersebut seperti biasa.

Sumber: Majalah RASA

********************************

Cik iena tak pernah cuba lagi
boleh cuba jugak nie
sb cik iena selalu masak nasi tak habis makan pastu basi
hahah yer lorhh dok bujang kan
makan pon sorang je
mesti ade lebih
tambahan pulak cik iena mmg kurang makan nasi
lebih makan sayur dari nasi
(^_~)
selalu bgn pagi konon nak wat nasi goreng
sekali basiiii daaaa
hihihi insyaallah nk cube petua nie
(^_~)

"Sebutir beras ibarat setitik peluh petani"

hihihi tetibe plak teringat iklan beras kt tv..
iklan beras cap rambutan klu tak silap
yg iklan mase raja farah kecik
hihihihi 
jangan membazir okeyhh
(^_~) 







♥♥ Info Menarik ♥♥














Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

Petua Hilangkan Bau Rebung



Untuk menghilangkan bau rebung yang kurang menyenangkan.
Cuba petua ini.

Campurkan kira-kira satu sudu teh kapur sireh ke dalam air. Biarkan beberapa minit. Selepas itu, ambil air jernih untuk mencuci rebung tersebut.

Cara ini juga menjadikan masakan rebung anda bertambah enak.

Sumber : Majalah RASA

*************************************************

Korang suka makan rebung tak?

cik iena suka makan rebung
wahhhhh sedap tau masak lemak rebung + nenas + ikan masin
slurppppppppp sedap..
rebung masak tumis air pun sedap
nyummyyy

Haaa if korang nak tau rebung nie merupakan tanaman anti kolestrol
Next  schedule entry tentang rebung jugak

ehem2 nak diet boleh lah makan sebab rebung nie mempunyai kandungan serat yang tinggi
(^_~)





♥♥ Info Menarik ♥♥














Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

Hilangkan Bau Kurang Enak Peti Ais


Isi kandungan makanan yang pelbagai dalam peti sejuk boleh menimbulkan bau kurang enak.
Walaubagaimanapun ada cara untuk mengatasi  masalah ini,iaitu dengan meletakkan hirisan buah oren di dalam peti sejuk berkenaan.

Apabila hirisan tersebut mengering,tukar kepada hirisan yang baru pula. Begitulah seterusnya.
Usah ragu ragu untuk mencuba cara ini kerana ianya bukan sahaja mudah malah menjimatkan masa.

Selain buah oren,anda boleh menggunakan kepingan roti.
Caranya sama seperti diatas(^_~)

*******************************************

Petua nie memang berkesan
cik iena pun guna petua nie
(^_~)
tapi korang kene rajin cuci peti ais jugak
jangan bertahun tak cuci peti ais
hahah letak oren sedozen pun ade bau lagi 







♥♥ Info Menarik ♥♥














Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

Petua Hilangkan Gatal-Gatal

Tepung Sagu:



Ambil sesudu makan tepung sagu dan campurkan dengan sedikit air. Titiskan cuka sebanyak empat titis. Setelah dikacau, sapukan bahan itu pada bahagian yang gatal. Lakukan setiap hari sehingga bintik-bintik gatal akibat peluh itu hilang dari tubuh anda.

Daun Kunyit;

cari daun kunyit, daun asam jawa dan daun pokok duri keman - tumbuk sehingga lumat dengan campuran sedikit garam,kemudian disapu pada tempat gatal. Insya Allah!"

Gambir;

Sekiranya ada masalah gatal pada kulit dan kelenkang, cuba petua ini. Ambil sekeping gambir, masukkan kedalam piring kecil kemudian basahkan gambir dengan sedikit air supaya ia kembang. Kemudian sapu pada bahagian gatal. Selamat Mencuba.

Garam Kasar;

Bagi menghilangkan kesan daripada gigitan nyamuk dan menghilangkan gatal-gatal pada kulit, campurkan garam dan air, jangan biarkan garam itu terlarut. Kemudian sental garam tadi di bahagian yang kena gigitan. Selepas itu, anda tidak akan terasa gatal-gatal lagi dan kesan gigitan juga hilang.

Daun Rambutan:

Daun rambutan juga boleh mengatasi masalah kulit kepala yang gatal, caranya masukkan daun rambutan dalam satu bekas yang berisi tiga gelas air, hancurkan daun rambutan , setelah itu perah dua biji limau nipis serta kacau hingga sebati. Selepas itu tapis air tadi, sapukan rata-rata biar ia menyerap pada kulit kepala. Sebaik-baiknya hendaklah amalkan dua minggu sekali.








♥♥ Info Menarik ♥♥










Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

Jus Tembikai Menegangkan Kulit


Memiliki wajah tegang merupakan dambaan setiap wanita terutamanya yang usianya kian meningkat. 


Pelbagai produk di pasaran menawarkan bantuan agar impian ini dapat dicapai. 


Dalam masa yang sama, ada kaedah atau petua yang lebih mudah untuk mengekalkannya. 


Caranya ialah dengan hanya menyediakan buah tembikai yang kemudiannya dikisar menjadi jus. 


Setelah itu, toskan dan sapukan pada wajah. Biarkan buat seketika iaitu antara 10 sehingga 15 minit sehingga ia kering dengan sendirinya. 


Petua ini digalakkan diamalkan sebanyak tiga kali dalam seminggu.


Cik iena : tak pernah cube lagi..blh la cube lepas nie
(^_~)
air yg d tos tu pn blh minum kan..
nyummyyy 






♥♥ Info Menarik ♥♥










Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

Petua memutihkan kulit muka


Ambil sebatang timun batang diparut isi dalam nya dan campur bersama 1/2 biji limau nipis bersama bedak sejuk dipakai dimuka tiap-tiap malam. Pakai sebagai masker hingga kering dan kemudian cuci dengan air bersih. Insyaallah kulit muka akan jadi putih dan jerawat pun hilang.

atau

Gunakan gel daun Lidah Buaya. Lumurkan ke muka 2 kali sehari. Setelah kering, bersihkan dengan air suam.

Petua Tambahan;

Parutkan lobak+telur kuning+air limau nipis
cara2: sebatikan dan tempek pada muka dalam setengah jam atau lebih,basuh muka dengan air bersih dan hasilnya memuaskan,lepas basuh anda akan dapat lihat 


cik iena : wahh xpernah cuba lg timun + limau nipis..
cik iena suka wat masker2 traditional nie(^_~)
Jom kite cube!!






Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

Petua Hilangkan Parut Jerawat

petua hilangkan parut jerawat



1. Mula-mula ambilkan sedikit madu dicampurkan dengan bedak sejuk. Insyaallah petua ini dapat menghilangkan jerawat yang kebanyakannya masalah ini dirasakan oleh setiap wanita.

2. Ambil sepotong ubi kayu. Kupas kulitnya. Buang kulitnya. Bersihkan. Parutkan. Perah untuk dapatkan airnya. Sapukan air perahan pada muka anda yang ada bekas jerawat. Lakukan setiap hari selama seminggu. Insya-Allah, kesannya memuaskan.

3. Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut pada waktu malam. Esoknya, cucilah dengan air suam. Amalkan 3 kali seminggu.

4. Tumbuk sepuluh helai daun sireh muda. Tempelkan pada muka terutama bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.

5. Kisar timun dan tapis airnya.Tampalkan hampas timun pada wajah yang berparut. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci dengan air suam.

6. Rajin membasuh muka dengan air suam. Beberapa kali dalam sehari.

7. Perah buah Lemon, dan amik jus nya sahaja. Lumurkan jus lemon ke muka 2 kali sehari dan minum jusnya 1 kali dalam sehari.

8. Cuba jangan stress. Ini kerana Stress seringkali menyebabkan jerawat.

9. Menggunakan daun Lidah Buaya. Ambil jel nya saja dan lumurkan ke bahagian parut sehingga kering. Kemudian bilas dengan air suam. Boleh juga jel nya dibuat jus dan diminum sekali sehari.

10. Air panas mati, Air suam. Banyakkan meminum air masak. Kerana air adalah penawar untuk segala jenis penyakit.




Selamat Mencuba (^_~)

Sumber : petuanenek

Petua Menghilangkan Jerawat Muka



Untuk menghilangkan atau menghapuskan jerawat di wajah anda, amalkan salah satu petua-petua ini..

1. Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Kemudian bilas dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.

2. Setelah muka dibersihkan, tutup muka dengan kain tuala yang lembab. Dekatkan muka ke wap nasi atau air panas selama lima minit. Ulangi beberapa minit. Kemudian pakai penyegar muka.

3. Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Kemudian cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari hingga jerawat berkurangan.

4. Jika jerawat masih sukar hilang, rebus beberapa helai daun teh warna hijau. Ketika suam, lekatkan pada jerawat dan biarkan sehingga ianya kering.

5. Tumbuk segenggam bunga melur bersama sedikit air hingga lumat. Sapukan ke muka dan biarkan kering. Kemudian cuci dengan air kelapa muda.

6. Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering, cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.

7. Rendam segenggam beras hingga kembang. Toskan airnya. Tumbuk beras ini bersama segenggam biji betik muda hingga lumat. Campurkan dengan sedikit air. Gentelkan kecil-kecil dan jemur hingga kering. Apabila hendak memakainya, bancuh dengan air dan tempelkan di muka.

8. Hancurkan beberapa helai daun pucuk jambu batu. Campurkan dengan bedak sejuk. Tempelkan di muka sebelum tidur. Amalkan setiap hari.

Selamat Mencuba (^_~)
sumber :petuanenek :)







Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

Petua Hilangkan Kedutan Di Muka



Bahan2:

Lobak merah, 1 sudu tepung jagung, 1biji kuning telur.

Cara2:

Parut halus sebiji lobak merah dan masukkan ke dalam mangkuk.

Campurkan dengan 1 sudu besar tepung jagung dan 1 biji kuning telur.

Kacau sehingga sebati.

Sapukan adunan tersebut ke seluruh muka dan leher.

Biarkan selama kira-kira 20 minit atau sehingga kering.

Akhir sekali, bersihkan muka dengan air suam dan lapkan dengan kain bersih.

Amalkan selalu agar lebih berkesan.



Sumber: Majalah Pa&Ma






Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

Petua Penjagaan Rambut

Rambut kerinting mudah kusut dan kurang menarik.

Untuk cuba meluruskan rambut cubalah petua ini:



Parut sebiji kelapa tua, ambil santan perahan pertama menggunakan segelas air suam. Campurkan santan dengan perahan air limau nipis, kemudian simpan dalam peti sejuk. Gunakan santan ini sebagai krim rambut. Sapukan ke rambut dengan cermat kemudian cuci sehingga bersih. Cuba selama seminggu dan lihat hasilnya.



Hapuskan Kutu

Ambil sebiji buah nona, dibasuh dan ditumbuk hingga halus. Campurkan dengan sedikit air. Kamudian sapu ramuan ini di kepala. Tutup dengan tuala suam dan biarkan selama 15-20 minit. Bilas.



Yogurt lembutkan rambut

Masukkan dua sudu besar susu tepung dalam cawan. Bancuh dengan air suam lebih kurang 60 celsius. Kacau dan perahkan air limau nipis. Kacau lagi dan simpan dalam peti sejuk lebih kurang 6 jam. Apabila pekat bolehlah dilumurkan pada rambut anda. Biarkan selama sejam dan bilas. Amalkan selalu, insyaAllah rambut akan semakin lembut dan mudah diurus.



Mengelak Keguguran Rambut

Petua 1 :

Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu. Insyaallah anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.


Petua 2 :

Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kulit kepala seeloknya pada waktu malam. Amalan ini juga dapat mencegah kelemumur.



Petua 3 :

Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan-lahan. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat rambut dgn getah. 
Selamat mencuba..








Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

PETUA PENJAGAAN MATA

Dalam merawat bahagian mata, terdapat berbagai petua atau amalan orang zaman dahulu yang boleh diamalkan hingga kini. Selain murah, bahan-bahannya juga mudah diperolehi antaranya:

TimunLetakkan hirisan timun di mata dengan keadaan mata tertutup. Lakukan selama 10 minit setiap hari. Waktu paling berkesan bermula pada sebelah pagi atau ketika mata berada dalam keadaan tekanan.

Uncang Teh
Sejukkan dahulu uncang teh yang telah digunakan, kemudian letakkan pada mata selama lebih kurang 10 minit.

Uncang 'Chamomile'Uncang 'chamomile' juga banyak khasiatnya. Gunakan seperti uncang teh tadi, lekap di mata dan biarkan selama 10 minit.

Lobak MerahAmalkan makan lobak merah atau lebih elok 'baby carrot' untuk menghasilkan mata yang sihat dan terang

Ais KetulTuamkan ais di bahagian bawah mata yang bengkak. Langkah ini baik untuk mengurangkan bengkak di bawah mata selain menyegarkan mata yang penat

Kapas & Penyegar KulitBasahkan kapas dengan penyegar kulit wajah dan lekapkan di mata. Lakukan setiap malam agar mata sentiasa segar selepas bangun dari tidur.





Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

Urutan Wajah Mampu Mencantikkan Kulit

Kelebihan Urutan Wajah

  • Mengurangkan kedutan di muka
  • Membuatkan kulit muka lebih berseri
  • Menggalakkan Pengaliran Darah
  • Merupakan rawatan antipenuaan yang berkesan

Click pd gambar utk besarkan






Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

Petua Awet Muda



Muka anda biasanya akan berminyak selepas bangun tidur.
Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah.
Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi 3 kali.
Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.
Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. 
Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.
Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.
Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.
Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum tiga teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.
Setelah itu lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.
Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.
Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan.
Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat
Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supaya diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.
Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air.
Minumlah setelah setengah jam selepas makan.
Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.
Amalkan solat tahajud.
Sentiasa tenang dan bersikap positif.
Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.
Maafkan semua orang sebelum tidur.

sumber

JanGaN LuPa cLicK piC CoMeL
CiK iEnA kat sebelah nie
sELePaS BaCe Blog Post ciK iEna Yer (^_~)
heheh owh terperasan sudaa
comel kerh!!
hahah cik boy pren kate comel pon da cukup


<------ click okeyh
Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve