The Lemuni merupakan antara Kedai Makan yang dikenali di Janda Baik, Pahang. Kedai makan yang menawarkan menu kampung dengan dekorasi suasana kampung yang cukup indah dan tenang. Walaubagaimanapun harga makanan ini boleh dikatakan mahal dan portion nya juga sangat sedikit.
Bergambar bersama rakan |
Sedang mengambil ulam ulaman dan sambal untuk set lunch |
Pada sebelah pagi menu yang ditawarkan adalah menu buffet berharga RM45 per pax. Tengah hari pula menu set. Tiada pilihan ala carte untuk waktu pagi mahupun tengah hari. Menu ala carte hanya bermula jam 4 petang keatas.
Maaf semasa keberadaan disini Cik iena tak sempat ambil gambar banyak kerana sibuk berborak bersama rakan-rakan dan ada diantara rakan-rakan yang terkesima dengan harga jadi Cik iena tak sampai hati nak beria pergi sekitar kawasan ini untuk ambil gambar. Nanti nampak macam Cik iena seorang je enjoy pergi tempat ni. Walaupun hati memberontak rontak nak pusing pusing ambil gambar kan haha
The Lemuni , Janda Baik Pahang |
The Lemuni , Janda Baik Pahang |
The Lemuni , Janda Baik Pahang |
Pintu masuk The Lemuni , Janda Baik Pahang |
Dari segi price Cik iena ok sahaja asalkan tempat tu meet my criteria. Banyak tempat Cantik untuk bergambar. Tapi memandangkan Cik iena datang bersama rakan -rakan dan bukan semuanya sama citarasa. Jadi Cik iena tidak lah beriya pergi ambil gambar di kawasan sekitar.
Jadi hanya ini sahaja gambar yang ada. Tapi memang tempat ni susasana sangat cantik lagi lagi makan di bawah rumah tu. Kampung Vibes sangat tau. Boleh tonton reel cik iena untuk lihat makanan yang kami pesan.
Cik iena cuma ambil gambar menu untuk makan tengah hari untuk rujukan. Untuk menu lain tak ambil. Kalau owner kedai panggil suruh review baru kene ambil semua gambar menu. Tapi memandangkan Cik iena datangsendiri makan dengan kawan kawan CIk iena ambil yang berkaitan sahaja.
Berikut untuk harga makanan sebagai rujukan anda juga ok
HArga Makanan The Lemuni , Janda Baik Pahang |
HArga Makanan The Lemuni , Janda Baik Pahang |
HArga Makanan The Lemuni , Janda Baik Pahang |
Jumlah harga kami makan 13 pax versi order berjimat RM413 . Ambil set 4 pax tu dua set kemudian tambah nasi putih dan tambah 1 jug air teh o. Sebab air yang dia bagi tak cukup menampung 13 pax sebab order 8 pax kan. Cik iena ingatkan ya portion makanan disini sangat sedikit. Jadi sebenarnya apa yang kami order sangat tidak cukup untuk 13 pax. Kemudain tambah dua telur dadar. Jadi kalau dia tulis 4 Pax. Ianya sekadar cukup untuk mengalas perut 4 pax tanpa lebihan makanan. Kalau yang makan tu jenis suka makan bertambah. Ianya sangat tidak mencukupi.Sangat berbeza portion makanan kedai lain yang agak banyak untuk harga macam ni. Sampai KL memasing cari makan lagi sebab lapar. Terpaksa makan sikit dekat The Lemuni sebab portion sikit tak seperti kedai lain yang kebiasaannya order untuk 4 pax akan ade lebihan makanan jadi boleh ambil 4 pax makan untuk 5 atau 6 pax. Sangat berbeza tau. SKIT. Banyak kali highlight ni haha. Jangan cakap cik iena tak Habaq naaaaaa.
Info dibawah yang cik iena dapat dari instagram @thelemuni pada november 2023
Buffet Sarapan
Jumaat, Sabtu & Ahad sahaja
Makan Tengahari
Khamis, Jumaat, Sabtu, Ahad & Isnin.
Buffet Hi Tea
Jumaat, Sabtu & Ahad sahaja
TUTUP
Selasa & Rabu
𝑭𝒐𝒓 𝒓𝒆𝒔𝒆𝒓𝒗𝒂𝒕𝒊𝒐𝒏, 𝒑𝒍𝒆𝒂𝒔𝒆 𝒇𝒊𝒍𝒍 𝒖𝒑 𝒎𝒆𝒏𝒖 𝒇𝒐𝒓𝒎 𝒊𝒏 𝒕𝒉𝒊𝒔 𝒍𝒊𝒏𝒌👇
https://wasep.me/the-lemuni