Bukit Besi Alam Damai, Cheras merupakan antara destinasi mendaki bagi penduduk penduduk sekitar Cheras . Jarang kita dengar nama bukit ini. Cik iena sendiri tau apabila hantar adik bekerja di Alam Damai dan selalu nampak orang keluar dari celah celah semak. Maka dengan itu adik bertanya pada rakan kerjanya disitu. Sebab itu lah kami tau lokasi ni.
Untuk pengetahuan Bukit Besi Alam Damai , Cheras ini tidak lah tinggi namun masih terdapat trek yang agak curam untuk didaki. Mempunyai ketinggian setinggi 955 Kaki sahaja iaitu 291 meter. Bagi anda yang ingin mendaki disini anda bolah waze OCBC Bank Cheras, Alam Damai.
Anda boleh parking di kawasan OCBC Bank Cheras, Alam Damai dan kemudian anda perlu melintas jalan untuk memulakan pendakian. Jalan masuk adalah sebelum traffic light. Maaf Cik iena tak banyak a mbil gambar trek. Tapi anda boleh rujuk vlog cik iena. Memalui vlog tersebut anda akan nampak dengan jelas dimana jalan masuk untuk ke Bukit Besi Alam Damai Cheras. (VLOG di hujung artikel)
Pengalaman Hiking di Bukit Besi Alam Damai Cheras
Bukit Besi Alam Damai Cheras |
Walaupun ianya tidak tinggi namun Cik iena dan rakan-rakan enjoy pendakian disini. Ianya memberikan pengalaman yang indah bersama teman-teman. Selain dapat menyihatkan badan pastinya dapat lagi mengeratkan persahabatan gituh. Cik iena memang suka keluar hiking bawa rakan rakan pejabat.
Bukit Besi Alam Damai Cheras |
Walaupun di pejabat memang dah ada aktiviti bersama rakan pejabat tetapi tetap nak ajak mereka. Memang life Cik iena banyak dengan kawan pejabat . Mereka ibarat keluarga kedua. Kami mula hiking pada jal 8.45 am dan tiba di pit stop pertama lebih kurang 15 minit. Disini terdapat khemah yang hikers dirikan.
Gambar pistop pertama di Bukit Besi Alam Damai Cheras |
Sebelum sampai di pit stop pertama, anda akan nampak tangki air. Jalan menuju ke tangki air dan kemudian anda ikut jalan ke kiri. Anda perju jalan sedikit dan kemudian akan sampai ke pit stop untuk view yang pertama. Disini anda akan dapat menikmati pemandangan sekitar Cheras.
Gambar pistop pertama di Bukit Besi Alam Damai Cheras |
Gambar pistop pertama di Bukit Besi Alam Damai Cheras |
Gambar pistop pertama di Bukit Besi Alam Damai Cheras |
Gambar pistop pertama di Bukit Besi Alam Damai Cheras |
Bermula dari pitstop pertama ini anda akan nampak dua laluan tetapi sebenarnya ada 3 laluan untuk sampai keatas cuma laluan satu lagi tersorok di laluan sebelah kanan. Kiranya anda perlu masuk laluan kanan terlebih dahulu bila sampai atas sikit akan ada lagi pecahan jalan. Jalan yang terus anda nampak adalah jalan bukit bertali untuk didaki dan ianya boleh dikatakan curam. Jalan yang mudah ada di sebelah kanan namun semasa naik agak sukar untuk kita nampak jalan ini. Masa turun kami terlalu jalan ini dan ianya sangat mudah.
Bukit Besi Alam Damai Cheras |
Bukit Besi Alam Damai Cheras |
Laluan lain adalah di sebelah kiri dari pit stop pertama. Dari lokasi pit stop laluan kiri nampak lebih mudah dan mendatar serta mempunyai banyak pokok pokok kecil untuk menghalang pandangan mata anda dari nampak view tinggi yang agak menggayatkan seperti di laluan sebelah kanan.
Kesimpulannya dua-dua laluan ini ada canarannya yang tersendiri. Anda tetap perlu berhati-hati walau dimanapun laluan yang anda pilih. Sekiranya anda cuai anda boleh terjatuh lagi lagi jika cuaca sebelumnya hujan. Jalan agak licin. Jadi apa apa jua jalan yang anda pilih pastikan berhati hati okay.
Bukit Besi Alam Damai Cheras |
Dari pitstop pertama untuk sampai atas memakan masa lebih kurang 15 minit menjadikan keseluruhannya 30 minit. Tapi jika anda pergi weekday atau masa orang tak ramai mungkin akan lebih awal sampai kerana masa Cik iena naik banyak bertembung dengan hikers lain. Jadi kemi perlu berhenti dan beri laluan.
Bukit Besi Alam Damai Cheras |
Bukit Besi Alam Damai Cheras |
Bukit Besi Alam Damai Cheras |
Bukit Besi Alam Damai Cheras |
Bukit Besi Alam Damai Cheras |
Bukit Besi Alam Damai Cheras |
Bukit Besi Alam Damai Cheras |
Bukit Besi Alam Damai Cheras |
Bukit Besi Alam Damai Cheras |
Bukit Besi Alam Damai Cheras |
Untuk lihat trek anda boleh lihat full vlog Cik iena untuk rujukan. Secara keseluruhannya cik iena dapat katakan treknya sangat mudah . Newbie pun boleh pergi. Jadi kalau anda yang baru mula belajar hiking, anda tak perlu risau.trek nya sangat mudah. Nak bawa budak kecil pun boleh. Cik iena pun nampak ada yang bawa budak umur setahun ke dua tahun. Mereka dukung anak mereka berganti ganti.
Bukit Besi Alam Damai Cheras |
Bukit Besi Alam Damai Cheras |
Ouh ya untuk pengetahuan, shawl iena pakai dari MySportsHijabIstimewa untuk my reader and instagram follower ada special 1 month discount
10% off storewide kat MySportsHijab
From now until 31/10/2020
Click link to order:
Bit.ly/ShopMysportshijab
Enter Discount code waktu checkout:
MSHxIena
Bukit Besi Alam Damai Cheras |
Untuk yang sebelum ni ada bertanya kasut yang Cik iena pakai boleh dapatkan di https://t.productlink.io/a62e0j.Kalau buka guna phone jika ada apps link akan terus ke apps tapi tak dapat buka page ni . Link akan ke main page . So buka guna laptop atau pun bila link buka apps zalora boleh search Nike Air VaporMax Flyknit 3 Sneakers . Untuk lebih banyak pilihan warna boleh klik https://t.productlink.io/a62e1a
Nike Air VaporMax Flyknit 3 Sneakers . Tapi iena punya warna dia da habis.. tali iena hijau striking dan logo nike kale silver |
Okay sebelum Cik iena kongsi vlog mendaki Bukit Besi Alam Damai Cheras Cik iena perkenalkan rakan rakan yang turut sama mendaki pada hari tersebut. Mereka merupakan rakan yang selalu ikut Cik iena hiking. Cik iena memang selalu hiking tapi jarang jarang Cik iena kongsi di Blog mahupun youtube atau instagram feed. Kebiasaannya Cik iena hanya post insta story.
Rakan Rakan Hiking Bukit Besi Alam Damai Cheras 26 September 2020
More picture at https://web.facebook.com/media/set/?vanity=ienaelienadotcom&set=a.1252206881795771
Vlog Mendaki Bukit Besi Alam Damai, Cheras
Untuk mendaki di sini ada boleh parking di kawasan berdekatan OCBC Bank Cheras.
OCBC Bank Cheras, Alam Damai
1, 3, 5 & 7, Jalan Damai Niaga 1, Alam Damai, 56000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala
Selepas mendaki disini kami pergi makan di WARUNG SIMPLE 2 - Damai Perdana. Nasi kukus disini memang highly recomended. Sedap sangat.
WARUNG SIMPLE 2 - Damai Perdana
23, Jln Damai Perdana 6/1F, Bandar Damai Perdana, 56000 Kuala Lumpur, Selangor
014-227 4343