Losyen Pembersih muka yang lembut serta berkesan, bebas sabun dan larut air. Mampu membersihkan kotoran persekitaran serta kesan solekan dari kulit muka dengan sempurna tanpa meninggalkan saki-baki dan menghasilkan kulit yang rasa halus dan licin bak sutera.
Ini adalah salah satu diantara produk cosmoderm yang cik iena dah lama guna . Cik iena juga gunakan untuk remove make up cik iena . Pada yang make up nipis sangat sesuai gunakan cleansing milk ni sebagai make up remover. Nak guna make up remover pun boleh. tapi biasanya cik iena guna cleansing milk je untuk remove daily make up . Kalau bermekap la. Biasanya cik iena tak make up pun pergi kerja tapi tetap guna cleansing milk ni sebab ianya sangat best. Melembut kan kulit kita macam kulit baby okay .
Cara guna dia mudah saja, sebelum korang nak cuci muka atau mandi tu, korang apply kat muka, usap-usap sampai rata. Kalau cik iena, cik iena suka massage lama-lama tapi awas ya cara massage muka harus betul supaya kulit muka tidak kendur ahaaa. Nak tau cara nya nanti cik iena tunjuk tapi yang pasti cara massage tu urutan keatas. Kemudian ambil kapas dan lap kan. Korang akan lihat daki-daki kotoran dekat kapas tersebut.
Selepas itu boleh lah cuci muka seperti biasa. Masa ni korang akan rasa kulit korang akan lembut. Kalau cik iena pergi facial pun akak yang buat facial akan tanya macam mana kulit lembut, pakai apa. Ahhaaa nak kulit lembut kene rajin lah banyak step. Kebiasaannya produk lain takde cleansing milk ni. Currently Skin care produk cik iena memang bukan cosmoderm, almaklumlah keroje nya mereview produk :) Tapi cik iena tetap akan pakai cleansing milk sebab dia awesome sangat haha. Ntah la dari dulu suka sangat pakai (^_~) . Setakat ni cik iena tak guna lagi cleansing milk dari brand lain :)
Kulit akan lembut macam kulit baby.Kalau tak percaya boleh cuba. Tapi jangan lah cuba sekali nak terus gebus gebas. Cuba pakai sebotol dua dulu ke. Apa-apa pun kesan akan ikut kesesuaian kulit. Untuk kulit cik iena memang menggebukan kulit. Kulit lembut toing toing . Bintik-bintik hitam yang keras kat hiding tu pun hilang ;)
Cosmoderm Gentle Q10 Cleansing Milk |
Kalau nak beli online boleh beli di www.cosmoderm.com.my
Harga RM 27.90
Boleh juga beli di farmasi
:
Nukilan,
|