Di dalam al Quran, terakam indah firman Allah yang bermaksud,
"Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon Kurma dan Delima”.
(Surah Ar Rahman : Ayat 68)
Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga.
Delima (POMEGRANATE) merupakan tanaman buah-buahan yang berasal dari Iran. Namun ia sudah tersebar di daerah Mediteranian. Malah kebelakangan ini juga ia sudah mudah ditemui di Asia Tenggara . Tanaman ini mudah tumbuh di hampir semua iklim, namun ianya lebih subur di dataran rendah sehingga ketinggian 1.000 m dari paras laut.Ia juga boleh tumbuh subur di tanah gembur kering.
Terdapat tiga jenis delima, iaitu delima putih,delima merah dan delima ungu. Namun yang paling dikenal sebagai ubat adalah delima merah. Sejak dahulu kala, delima sememangnya sudah dimanfaatkan sebagai minuman segar dan menjadi ubat penyembuh pelbagai penyakit. Seluruh bahagian tumbuhan delima ini boleh dimanfaatkan sebagai ubat. Mulai dari kulit kayu, kulit akar, kulit buah, daun, biji dan bunganya. Untuk penggunaan kulit akar, biasanya dikeringkan dahulu. Sementara pengolahan kulit buah bolehdigunakan secara segar atau setelah dikeringkan.
Khasiat delima ini memang luar biasa banyaknya. Kulit buah delima digunakan untuk pengubatan sakit perut, masalah membuang air besar yang mengandung darah dan lendir (disentri), diarea kronis, perdarahan seperti buasir berdarah, muntah darah, batuk darah, perdarahan rahim, perdarahan rektum, prolaps rektum, radang tenggorok, radang telinga, dan keputihan (leukorea).
Kulit akar dan kulit kayu digunakan untuk masalah cacing, terutama cacing pita(taeniasis), batuk, diarea. Manakala bunga pokok delima digunakan untuk penyembuhan radang gusi,perdarahan dan bronkhitis.
Buahnya boleh juga dimanfaatkan suntuk menurun berat badan, masalah cacing,sariawan, tenggorokan sakit, suara parau, tekanan darah tinggi , sering kencing,rematik (artritis), perut kembung. Biji-bijinya juga dipakai sebagai ubat penurun demam, batuk, keracunan dan masalah cacing.
Berdasarkan penelitian, kulit akarnya yang banyak menyimpan senyawa-senyawa alkaloid, antara lain pelletierin. Senyawa ini berguna untuk pengubatan masalah cacing. Sementara tumbukan buah atau seduhannya berguna untuk menghentikan cirit birit atau disentri. Air rebusan bunganya boleh dijadikan alternatif pereda sakit gigi.
Selain alkaloid, dalam kulit akar, kulit batang dan buah, terkandung zat penyamak. Zat ini berkhasiat untuk mengecilkan puri-puri, antiseptik dan hemostatik yang baik untuk keputihan.
Jus buah delima pula dipercayai mampu mengurangkan penyakit jantung dan penumpukan lemak. Selain itu, delima mengandung antioksidan yang luar biasa tinggi. Oleh disebabkan itu, ia juga boleh dimanfaatkan untuk menangkis serangan radikal bebas. Segelas jus buah delima mengandungi asam citric, asam malat, glukosa, fruktosa, maltosa, vitamin A dan C, mineral (kalsium, fosforus, zat besi,magnesium, natrium dan kalium) dan tanin. Manfaat lain, oleh kerana kandungan alkaloid pelletierine yang terdapat dalam delima ini menyebabkan kelumpuhan cacing pita,cacing gelang dan cacing kremi. Kulit buah dan kulit kayu juga digunakan untuk pengubatan .
Dari sudut kesihatan dan kecantikan, buah delima diakui kaya dengan anti oksida. Kandungan gula di dalamnya mampu bertindak sebagai bahan skrub untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati. Hasilnya kulit akan kelihatan segar dan muda selalu.Istimewa untuk kaum hawa anda juga boleh mencuba untuk membuat skrub biji delima sendiri di rumah.
Bahan-bahan skrub biji delima
½ cawan biji delima
½ cawan gula putih
2 sudu besar minyak (boleh gunakan minyak zaitun, sayuran, avokado atau bunga matahari).
2 titik pati minyak (pilihan)
Cara-cara membuat skrub biji delima
Di dalam mangkuk kecil, gaul biji delima dan gula. Tekan bahan-bahan tersebut menggunakan bahagian belakang sudu. campurkan minyak dan kacau rata.
Biji-biji delima akan mengeluarkan haruman segar apabila dihancurkan tetapi tidak salah jika anda ingin tambah pati minyak haruman kegemaran.
Urut bahan skrub tadi pada kulit perlahan-lahan. Resipi ini cukup untuk urutan keseluruhan badan. Lebihan skrub boleh disimpan dalam bekas kedap udara di dalam peti sejuk untuk tempoh sebulan.
Selain untuk kecantikan, delima juga enak jika dicampurkan dalam teh yang mempunyai khasiat unik untuk kesihatan. Buah delima sememangnya dikenali untuk membantu kardiovaskular dan mendapatkan tekanan darah yang seimbang. Ia juga mengandungi sumber vitamin menakjubkan.
Teh delima boleh dibuat dengan menggabungkan jusnya dan teh segar yang dibuat sendiri di rumah.
Cuci bersih biji-biji delima dan tapis sebelum dikisar sehingga hancur. Berhati-hati kerana kesan delima sukar untuk dihilangkan.
Tapis bahan tersebut sehingga mendapatkan jusnya. Untuk mendapatkan rasa segar dan melegakan cuba campur jus delima ke dalam teh chamomile. Anda juga boleh cuba mengabungkan jus tersebut dengan pudina atau ekstrak serai.
Keluarkan uncang teh atau tapis minuman tersebut sebelum diminum. Terpulang kepada anda untuk mencampur sebanyak mana jus delima ke dalam minuman. Ia bergantung juga kepada teh yang anda pilih.Sebiji buah delima berukuran sedang boleh menghasilkan setengah gelas jus delima.
Seandainya Anda ingin menyimpan jus untuk pemakaian jangka panjang, bolehdisimpan dengan proses tertentu. Caranya, jus dibekukan dan disimpan dalam bekas kedap udara. Jus boleh disimpan di dalam peti ais dan boleh bertahansampai beberapa minggu.
Walaubagaimanapun pada masa kini jus delima telah mula dipasarkan dan mendapat sambutan hangat kerana kepelbagaian khasiat yg terdapat pada jus delima tersebut.Terdapat syarikat yang mengeluarkan jus delima organic yang di import dari turkey,di mana buah delima yang digunakan untuk menghasikan perahan jus asli ini bebas dari menggunakan sebarang bahan kimia yang boleh memudaratkan dan member kesan yang buruk pada kesihatan.Jus Delima ini juga merupakan perahan jus delima yang asli dan tiada unsur-unsur bahan tambahan yang lain.
Secara kesimpulannya memang tidak dapat dinafikan bahawa “raja buah yang sebenarnya adalah DELIMA dan bukannya DURIAN” kerana kepelbagaian khasiat yang terdapat pada DELIMA .Khasiat-khasiat yang terdapat pada sephon pokok delima daripada akar,batang.pokok,bunga sehingga ke buah dan biji delima sangat banyak dan member kebaikan kepada kesihatan kita.
http://www.facebook.com/deliciouslyorganic
Kandungan : 100% Jus Delima Asli (Organic)
tidak dibuat daripada ekstrak atau pekatan, tidak dicampur dengan bahan pengawet, bahan tambahan, pewarna, tiada gula yang ditambah dan tidak ada air yang ditambah dalam prosespembuatan berteknologi tinggi.
Isipadu : 1000ml per botol (RM 89.00)
Penggunaan : cukup sekadar (15-30)ml setiap kali
Pantang: tiada pantang larangan
Saiz hidangan 154 gram delima
Water: 124.69 g Calories: 105 Protein: 1.46 g Carbohydrates: 26.44 g Fiber: 0.9 g Sugars: 25.52 g Total Fat:0.46 g Saturated Fat: 0.059 g Monounsaturated Fat: 0.071 g Polyunsaturated Fat: 0.097 g Cholesterol: 0 mgCalcium: 5 mg Iron: 0.46 mg Magnesium: 5 mg Phosphorus: 12 mg Potassium: 399 mg Sodium: 5 mg Zinc:0.18 mg Vitamin C: 9.4 mg Thiamin: 0.046 mg Riboflavin: 0.046 mg Niacin: 0.462 mg Pantothenic Acid: 0.918 mg Vitamin B6: 0.162 mg Vitamin B12: 0 mcg Folate: 9 mcg Vitamin A: 166 IU Vitamin E: 0.92 mg Vitamin K:7.1 mcg Phytosterols: 26 mg beta Carotene: 62 mcg beta Cryptoxanthin: 0 mcg Lycopene: 0 mcg Lutein and Zeaxanthin: 0 mcg
Hubungi : En.Nahri ((+60)19 979 7070)
Sumber maklumat:
USDA National Nutrient Database for Standard Reference
|