Grab The Promo
Grab The Promo
Showing posts with label dim sum. Show all posts
Showing posts with label dim sum. Show all posts

PROMOSI TAHUN BARU CINA DI DOLLY DIM SUM PAVILION


Dimsum merupakan masakan China khas Canton atau Hokkien yang dihidangkan dengan hidangan kecil. Makanan bite size yang digelar Dim Sum ini sememangnya tidak lekang untuk dikaitkan dengan hidangan masakan tradisi orang Cina. 
 
DOLLY DIM SUM PAVILION
DOLLY DIM SUM PAVILION
 
 
Ia merupakan sebuah hidangan ringkas berinti yang mempunyai rasa yang unik. Cara memasak Dim Sum pula  menggunakan teknik mengukus, mengoreng minyak penuh, malah boleh juga dibakar sehingga kulitnya ranggup dan berwarna keemasan.
 
 
DOLLY DIM SUM PAVILION
DOLLY DIM SUM PAVILION


Jika mengikut cara tradisi dan budaya orang Cina, Dim Sum lazimnya dihidang dalam bakul raga yang diperbuat daripada kayu buluh bersama secangkir teh sebagai pelengkap. Memakan Dim Sum adalah perbuatan yang merujuk kepada perbuatan berkongsi rasa gembira dan nikmat makanan bersama dengan yang tersayang.


DOLLY DIM SUM PAVILION
DOLLY DIM SUM PAVILION


Di Malaysia sendiri, hidangan Dim Sum kini dilihat semakin mendapat sambutan dari masyarakat tempatan. Dengan adanya beberapa restoran sekitar Kuala Lumpur yang menyediakan Dim Sum halal, makanan ini semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia.
 
DOLLY DIM SUM PAVILION
DOLLY DIM SUM PAVILION
 

Antara restoran hidangan Dim Sum Halal yang  boleh anda cuba adalah Dolly Dim Sum . Ianya mempunyai sebanyak tiga cawangan iaitu di Avenue K, Nu Sentral dan juga Pavilion dimana ketiga-tiga lokasi ini mempunyai dekorasi yang berbeza .


DOLLY DIM SUM PAVILION
DOLLY DIM SUM PAVILION
 
 
 
Dekorasi dalaman restoran Dolly Dim Sum amatlah sesuai untuk para peminat selfie khususnya. Ianya lebih menarik dan tampak unik. Tidak ketinggalan, kesemua makanan dan hidangan Dim Sum disediakan secara segar sejurus sahaja mendapat tempahan daripada pelanggan.  Di Pavilion, Dolly Dim Sum berkonsepkan Tradisional Kitchen atau dapur. Seperti yang anda lihat gambar diatas. Restoran ini kelihatan seakan dapur yang di penuhi barangan dapur serta bahan masakan.

 
DOLLY DIM SUM PAVILION
DOLLY DIM SUM PAVILION
 

Bersempena Tahun Baru Cina ini Dolly Dim Sum telah membuat promosi khas untuk pelanggan Dolly Dim Sum. Cik iena sendiri telah merasai keenakan makanan di Dolly Dim Sum termasuk Set Yee Sang yang terdapat di Dolly Dim Sum.



Dolly Dim Sum menyediakan hidangan di bawah termasuk  Prosperity Salmon and Happiness Jellyfish Yee Sang

1) Three Treasure Crab-filled Parcels Served with Special Scallop Sauce
2) Homemade Fish Ball with "Fatt Choy"
3) Rooster-shaped Green Bean Paste Dumplings
4) Steamed Sweet Kuih "Nian Gao" with Coconut
5) Seaweed-wrapped Glutinous Rice Rolls with Fish
6) Stir-fried Chicken in Dolly Special Sauce Topped with Green Mango

Dolly CNY Promotions


Berbelanja sebanyak RM150 keatas dan anda layak untuk menerima complimentary fortune cookies.

Berbelanja sebanyak  RM100 keatas  dan anda layak untuk menerima 10% discount voucher dalam Dolly Ang Pow packet.


Group CNY Special Set Menu


Dolly Dim Sum Menawarkan 2 jenis Set Menu beserta Yee Sang pada harga  RM60+ (Happiness) dan  RM70+ (Prosperity) untuk 6 pax dan keatas.


 
 

CNY GATHERING FOR SOCIAL MEDIA INFLUENCER



CNY GATHERING FOR SOCIAL MEDIA INFLUENCER
CNY GATHERING FOR SOCIAL MEDIA INFLUENCER
 
 
Baeklah memandangkan cik iena telah pun mencuba set yang diatas semasa sesi gathering bersama Dolly Dim Sum dan Social Media,  jadi cik iena akan kongsikan bersama rakan pembaca sekalian tentang makanan yang telah cik iena cuba. Untuk pengetahuan, ini merupakan pertama kali cik iena menjejakkan kaki di Dolly Dim Sum
 


CNY GATHERING FOR SOCIAL MEDIA INFLUENCER
CNY GATHERING FOR SOCIAL MEDIA INFLUENCER
 
 
 
Insya Allah cik iena akan kesini lagi kerana cik iena jatuh hati dengan keenakan Dim Sum yang terdapat disini . Antara yang menjadi kesukaan cik iena adalah Three Treasure Crab-filled Parcels Served with Special Scallop Sauce,  Homemade Fish Ball with "Fatt Choy" , Spicy Szechuan dumpling, Prawn Cheong fun, Stir-Fried Broccoli with scallop dan Stir-Fried Chicken in Dolly Special sauce.


Prosperity Salmon and Happiness Jellyfish Yee Sang

 
Ini merupakan antara menu yang kami cuba di Dolly Dim Sum Pavilion , Kuala Lumpur.
 
 
menu
 
 
 Okay sekarang cik iena kongsi gambar makanan nya pula ya .  Biarlah gambar berbicara :)

 
Okay gambar di bawah merupakan ikan salmon. Sememangnya cik iena tak makan ikan salmon tetapi baru-baru ini cik iena telah cuba ikan salmon yang telah di masak di salah sebuah restoran di Kuala Lumpur . Memandangkan Salmon yang dihidangkan ini Salmon mentah jadi cik iena tak berani  nak cuba makan. Menurut rakan-rakan sedap. Habis licin dua abang blogger makan tau dekat table cik iena :)



PROMOSI TAHUN BARU CINA DI DOLLY DIM SUM PAVILION
Salmon



Yee Sang ni merupakan makanan tahunan cik iena sejak bekerja di syarikat Cina. Setiap tahun pada perayaan tahun baru cina cik iena pasti akan makan Yee Sang. Yee Sang di Dolly Dim Sum agak menarik dan sedap. Cik iena suka bila makan terasa rangup rangup .


 Prosperity Salmon and Happiness Jellyfish Yee Sang
Prosperity Salmon  Yee Sang




Scallopp Cheong Fun
Scallopp Cheong Fun


Seaweed-wrapped Glutinous Rice Rolls with Fish
Three Treasure Crab-filled Parcels Served with Special Scallop Sauce


Three Treasure Crab-filled Parcels Served with Special Scallop Sauce agak menarik dan unik. Kelihatan seperti Sup Bunjut. Tapi Awas kalau nak makanThree Treasure Crab-filled Parcels Served with Special Scallop Sauce ni hati-hati sebab dia  panas tau. Hampir melecur lidah iena tau hehe.


Spicy Szechuan dumpling ni menjuarai carta hati cik iena, okay iena suka sangat makan yang ni, kalau tak silap iena namanya Spicy Szechuan dumpling lah..haha kalau tak silap lah. Cik iena refer pada menu tu nampak macam Spicy Szechuan dumpling sebab bila cik iena makan ni memang spicy. walaupun pedas cik iena boleh makan sebab dia pedas tapi sedap. Memandangkan tahap kesedapan melampau jadi rasa pedas tu cik iena tak hirau :)

Spicy Szechuan dumpling
Spicy Szechuan dumpling


Yam Croquette
Yam Croquette

Yam Croquette
Yam Croquette

Yam Croquette
Yam Croquette



Royal Golden Fried Rice
Royal Golden Fried Rice



Stir-Fried Chicken in Dolly Special sauce ini sangat istimewa dan anda perlu cuba makan. Cik iena sendiri sangat suka rasa sos istimewa dolly . Rasa sos yang terserap di dalam daging ayam tersebut membuatkan ianya sangat enak untuk dinikmati.


 Stir-Fried Chicken in Dolly Special sauce
Stir-fried Chicken in Dolly Special Sauce Topped with Green Mango

 Stir-Fried Chicken in Dolly Special sauce
Stir-Fried Chicken in Dolly Special sauce


  
Sayur merupakan makanan kegemaran cik iena , jadi sudah pasti Stir-Fried Broccoli with scallop juga menjadi kegemaran cik iena. Brokoli dan carrot yang dimasak sekejap sahaja yang  rangup sangat sedap untuk di nikmati.


 Stir-Fried Broccoli with scallop
Stir-Fried Broccoli with scallop

Manggo Delight
Manggo Delight



 Steamed Sweet Kuih "Nian Gao" with Coconut
Steamed Sweet Kuih "Nian Gao" with Coconut


Steamed Sweet Kuih "Nian Gao" with Coconut rasa sama macam kuih kaswi . Cik iena memang gemar makan kuih kaswi dan puan ibunda selalu masak kuih kaswi . Kelapa muda parut yang di gunakan membuatkan rasa kuih ini lebih enak.
Manggo Delight
Manggo Delight


Rooster Green Bean Dumplings
Rooster Green Bean Dumplings

Rooster Green Bean Dumplings
Rooster Green Bean Dumplings


Rooster Green Bean Dumplings
Rooster Green Bean Dumplings

Menarikkan makanan-makanan di Dolly Dim Sum ni. Ini pertama kali cik iena makan di Dolly Dim Sum . Selepas ni cik iena pasti akan datang lagi untuk makan makanan kesukaan cik iena . 


CAWANGAN-CAWANGAN DOLLY DIM SUM


 
 
Dolly Dim Sum Avenue K
Masa: 11.00am – 10.00pm

Alamat: Lot G9 Ground Floor, Avenue K, 156 Jalan Ampang, Kuala Lumpur, Malaysia (berhadapan KLCC)
Nombor Telefon: (+603) 2181 3830

Dolly Dim Sum Nu Sentral
Masa: 11.00am – 10.00pm

Alamat: LG, 43 NU Sentral No. 201 Jalan Tun Sambathan, 50470 Kuala Lumpur.
Nombor Telefon: (+603) 2273 1450

Dolly Dim Sum Pavilion 
Isnin hingga jumaat : 
Masa: 11.00am – 10.00pm
 
Sabtu Hingga Ahad
Masa: 10.30am – 10.00pm
 
L1, 1.102.00 Pavilion Elite, 168 Jalan Bukit Bintang,
Bukit bintang  , 55100 Kuala Lumpur
Nombor Telefon: (+603)  2110 5019
 

Email : dollydimsum@gmail.com





iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve