Grab The Promo
Grab The Promo
Showing posts with label food nutrition. Show all posts
Showing posts with label food nutrition. Show all posts

Khasiat Sayuran dan Ulaman

KHASIAT SAYUR-SAYURAN

Dalam dunia moden, semua orang sibuk mengejar masa hingga kerapkali kesihatan diri kurang dititikberatkan. Tapi cukupkah dengan mengambil puluhan biji pil vitamin dalam pelbagai bentuk dan warna setiap hari? Kononnya sebagai pelengkap sajian yang dapat menampung kekurangan vitamin dan zat-zat dalam badan. Sedarkah kita sumber vitamin dan zat semulajadi yang terkandung di dalam sayur-sayuran tidak kurang banyaknya berbanding pil-pil tersebut? Telah terbukti sayuran berdaun hijau seperti cekur manis, kangkung dan kailan mengandungi kandungan Vitamin A yang tinggi. Vitamin C pula banyak didapati di dalam lobak merah dan pucuk ubi.

Sayur-sayuran boleh disediakan dalam pelbagai cara. Namun begitu, cara yang terbaik adalah dengan memasaknya dalam jangkamasa yang pendek agar dapat mengekalkan sumber vitamin dan zat-zat yang terkandung didalamnya. Lebih menarik lagi, kini sayur-sayuran boleh juga didapati dalam bentuk jus. Ini bermakna kita akan dapat menikmati khasiat sayur-sayuran bila meminum jusnya.

KHASIAT ULAM-ULAMAN

Selain buah-buahan dan sayur-sayuran, ulam juga merupakan sumber utama Vitamin A, Vitamin C, Asid folik, serat dan zat galian. Kajian saintifik membuktikan serat dapat membantu melancarkan sistem penghazaman, mengurangkan lemak dan seterusnya merendahkan kadar kolestrol dalam badan. Ulam-ulaman kini juga didapati dalam bentuk jus seperti jus peria, jus pegaga, jus tomato dan Iain-lain jus ulam.

Peluang untuk menikmati khasiat ulam-ulaman terbuka luas dengan meminum jus-jus ulam ini. Dengan ini mudah kita menambahkan Vitamin A, C dan zat-zat galian dalam tabiat pemakanan serta mengimbangkan diet kita dengan baik. Orang tua-tua juga mendakwa berjenis-jenis penyakit dapat disembuhkan termasuk kencing manis, darah tinggi danl ain-lain penyakit merbahaya. Bukti-bukti menunjukkan bahawa ulam juga adalah sumber awet muda. Ulam senang didapati kerana biasanya tumbuh liar atau boleh di tanam tanpa memerlukan penjagaan rapi dan tanah yang luas. Kekal cara hidup sihat, hindarkan diri dari penyakit dan jimatkan belanja dengan mengamalkan tabiat memakan ulam.

SOurce From http://fazlisyam.com

Khasiat Buah Tunjuk Langit

skrg nie kat opis makcik cleaner kt opis ni dtg..

cm bese lah makcik nie mmg rajin berborak..

kene la layan jgak kan..org tua..kang kate sombong pulak

hehe..bagus gak makcik nie bg info pasal buah tunjuk langit..

mule2 iena iya iya kn jer lahh..

owhh yer ker..owhhh ahhhh..

cmtu jela

pastu dia asyik bercerita pasal buah tu bagus ..

siap nk bwak opis bg iena try lagi..

hehe

klu nk suh try tu takot le jgak..

search kt Dr Google dlu

so jumpa lah pasal buah nie..

haha trus update blog...

copy paste je..lallaaaaaa

jom bace

 



Buah Swietenia Macrophyllae yang lebih dikenali sebagai buah tunjuk langit telah mendapat perhatian di mata dunia sejak kebelakangan ini seteleah banyak kajian bioteknologi yang dijalankan menemui pelbagai kebaikan yang boleh diperoleh daripada buah tersebut. Pakar-pakar saintis bioteknologi berpendapat bahawa biji dari buah Tunjuk Langit mengandungi banyak khasiat herba semulajadi yang boleh dijadikan penawar bagi membantu dan meningkatkan sistem pengedaran darah di dalam tubuh manusia.

Biji Tunjuk Langit mempunyai keistimewaan yang sukar diperoleh daripada mana-mana tumbuhan herba di seluruh dunia. Ia megadunig kandungan tertinggi tiga komposit aktif utama iaitu ‘Flavonooids’, ‘Saponins’ dan ‘Bitter Alkaloid’. Di samping itu, ia juga mengandungi pelbagai nutrisi semulajadi yang dapat mengekalkan tahap kesihatan tubuh badan dan meningkatkan tenaga keseluruhan badan manusia seperti protein, mineral, pelbagai vitamin, karbohidrat dan sebagainya.







Fakta nutrisi buah Tunjuk langit:

  • protein
  • vitamin b1
  • zat besi
  • vitamin d
  • asid folik
  • karbohidrat
  • vitamin a
  • fiber diet
  • potassium
  • vitamin e
  • kalsium
  • vitamin b6
  • magnesium
  • sodium
  • vitamin b3


Posted by Picasa






Flavonoids semakin terkenal di kalangan para saintis dunia dengan keupayaanya meninggikan dan meningkatkan taraf kesihatan manusia. ia terdapat di dalam pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan ginseng, coklat dan tongkat ali. bahan flavonoids yang semulajadi terdapat dalam biji tunjuk mengandungi bahan enzim semulajadi yang dapat merangsang pembukaan pembuluh darah bagi melancarkan perjalanan darah ke seluruh badan serta membekalkan nutrisi dan oksigen lalu bertindak sebagai enzim anti-pengoksidaan.

Fungsi2 utama flavonoids:

  • mengurangkan tahap gula dalam darah
  • menyeimbangi kandungan gula dalam darah
  • memperbaiki kelancaran peredaran darah
  • menyingkirkan radikal bebas dalam tubuh badan
  • memperbesar dan menguatkan keanjalan saluran darah
  • mengurangkan kandungan kolestrol yang tidak baik di dalam darah



Credit to : http://cangkirbiru.blogspot.com






JIKA RAJIN..SILA KLICK..

INFO: Khasiat Minum Air::



---------- Forwarded message ----------

From: My friend

Date: 2010/1/28

Subject: INFO: Khasiat Minum Air::

To: all reader

Lepas ni kalo ngantuk jer..minum air berbyk... 

 KHASIAT TABIAT MINUM AIR

MENGANTUKNYA! Setiap kali selepas makan tengah hari mesti mengantuk.      

 Kadangkala rasa tidak larat hendak buka mata. Rasanya bukan sebab tidak   

 cukup tidur sebab tiap-tiap malam aku tidur nyenyak,” rungut seorang rakan

 yang beberapa kali tersengguk-sengguk depan komputer.                     

                                                                           

 Sememangnya, mengantuk selepas makan bukan disebabkan kurang tidur,        

 sebaliknya ia menandakan kita dahaga dan badan tidak cukup air. Ramai     

 tersilap menafsirkan keperluan badan terhadap air dengan rasa lapar.      

                                                                           

 Dahaga bukan petanda terbaik untuk memberitahu badan memerlukan air kerana

 sensitiviti terhadap dahaga semakin berkurang apabila umur meningkat,     

 terutama pada orang tua. Badan kita hanya boleh mengawal keseimbangan air 

 hingga satu peringkat tertentu.                                            

                                                                           

 Paras garam akan meningkat apabila simpanan air dalam badan berkurang.    

 Otak akan mengesan perubahan keseimbangan ini dan memberi isyarat kepada  

 buah pinggang untuk mengurangkan kehilangan air serta mencetuskan rasa    

 dahaga.                                                                   

                                                                            

 Bagaimanapun, cetusan rasa dahaga ini berlaku lewat. Biasanya apabila kita

 berasa dahaga, badan sudah kehilangan kira-kira dua cawan cecair badan.   

 Kehilangan ini boleh menimbulkan pelbagai implikasi.                      

                                                                           

 Air adalah unsur penting dalam badan. Badan lelaki membabitkan 65 peratus 

 air dan 55 peratus bagi wanita. Air bertindak sebagai pelarut, penyejuk,   

 pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh badan.                    

                                                                           

 Kandungan air dalam badan setiap orang adalah berbeza mengikut kandungan  

 lemak masing-masing. Secara umumnya, jumlah peratusan air dalam badan     

 orang yang tidak banyak lemak adalah lebih tinggi. Kira-kira 70 peratus   

 berat otak, 75 peratus berat jantung, 90 peratus berat paru-paru dan 82   

 peratus kandungan darah membabitkan air.                                   

                                                                           

 Badan mengalami kehilangan air sepanjang masa iaitu hampir 80 peratus     

 sehari, walaupun kita tidak aktif. Kehilangan ini berlaku melalui air      

 kencing, najis, peluh dan pernafasan. Setiap kali menghembuskan nafas,    

 kita kehilangan air dalam bentuk wap. Jika dikumpulkan, kita mungkin boleh

 dapat satu atau dua gelas air yang hilang melalui pernafasan.             

                                                                            

 Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya    

 lapan gelas atau satu liter air setiap hari. Sumber air bukan hanya       

 daripada air minuman kerana ia juga ada dalam makanan, buah-buahan dan    

 sayur-sayuran.                                                            

                                                                           

 Berapa banyak air yang kita perlukan?                                     

                                                                           

 Secara umumnya setiap orang memerlukan sekurang-kurangnya lapan gelas air 

 atau satu liter air sehari. Namun, jumlah ini berbeza antara setiap       

 individu, aktiviti dilakukan dan cuaca tempat tinggal. Tentu saja jika    

 kita melakukan senaman pada hari panas, kita kehilangan lebih banyak air  

 melalui peluh.                                                             

                                                                           

 Air yang keluar ini perlu diganti segera, sama ada ketika atau selepas    

 bersenam, untuk mengelak masalah kekeringan. Kehilangan banyak air         

 menyebabkan tekanan darah turun mendadak, bekalan oksigen ke otak menurun 

 dan jika terlalu serius, ia boleh membawa maut.                           

                                                                           

 Jika terlalu banyak minum, tidakkah akan berlaku keracunan air? Memang    

 boleh, tetapi ia jarang berlaku. Sebenarnya sukar bagi orang sihat        

 mengalami keracunan air. Ia biasanya berlaku pada bayi. Malah, individu   

 yang alami masalah berat badan berlebihan perlu minum lebih banyak air,   

 iaitu segelas bagi setiap 11 kilogram melebihi berat badan unggul.        

                                                                           

 Mereka yang bercita-cita mengurangkan berat badan juga digalakkan minum    

 banyak air. Kekurangan air merendahkan kadar metabolisma dan badan tidak  

 boleh memecah dan menggunakan lemak dengan berkesan. Akibatnya, proses    

 menurunkan berat badan menjadi lebih sukar.                               

                                                                            

 Masalah retensi air atau ketidakbolehan badan mengeluarkan air dari pundi 

 kencing menjadi lebih buruk jika kita tidak mendapat cukup air. Ada       

 kalanya masalah ini boleh diatasi dengan minum lebih banyak air untuk     

 menggalakkan pembuangan air berlebihan.                                   

                                                                           

 Oleh kerana kebanyakan zat makanan larut dalam air, mungkin ada yang risau

 ia dibuang melalui air kencing. Jangan risau. Masalah ini tidak berlaku   

 kerana buah pinggang kita mempunyai sistem penapisan yang cerdik. Hanya   

 bahan tidak berguna dibuang. Semua khasiat makanan diserap ketika dalam   

 usus dan dimasukkan ke dalam darah untuk diagihkan ke seluruh badan.      

                                                                           

 Sebenarnya ramai mengalami masalah kekurangan air tanpa disedari. Malah,  

 ramai juga berkata tidak mahu kerap berulang ke tandas sebagai alasan     

 untuk tidak minum banyak air. Tindakan ini sebenarnya meracun diri kerana 

 tanpa air yang cukup, badan sukar mengeluarkan bahan toksik dan boleh      

 berkumpul membentuk batu karang.                                          

                                                                           

 Tanpa air yang cukup juga, nutrien daripada makanan tidak dapat diagihkan 

 dengan baik dan menyebabkan lebih banyak lemak terkumpul dalam badan.     

 Bentuk dan saiz otot turut berubah. Paling malang , jika kekurangan air   

 meningkatkan paras bahan toksik hingga membahayakan nyawa.                

                                                                            

 Kesan kekurangan cecair                                                   

 Kajian menunjukkan kehilangan dua peratus cecair badan boleh menyebabkan: 

                                                                            

 Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek)                                

 Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah                                 

 Sukar memberi tumpuan terhadap perkara dilakukan terutama pada skrin      

 komputer atau bahan bacaan bercetak                                       

 Tekanan darah menurun                                                     

 Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurang menyebabkan rasa mengantuk   

 Lesu pada waktu siang                                                      

 Sakit belakang                                                            

 Dehidrasi                                                                 

 Sakit kepala                                                              

 Memperlahankan kadar metabolisma                                          

 Meningkatkan risiko kanser usus, pundi kencing dan payu dara              

 Sendi dan otot mengalami kekeringan                                       

 Menyukarkan penyingkiran bahan toksik                                     

 Meningkatkan keinginan untuk makan                                        

 Darah menjadi pekat                                                        

 Mudah keliru.                                                             

 Degupan jantung meningkat                                                 

 Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan  

kebaikan daun saderi

Cendawan Shiitake turunkan tahap kolesterol

Cendawan shiitake memang banyak khasiatnya. Malah disebabkan kebaikan dan nilainya untuk kesihatan maka sejak bertahun lamanya cendawan yang turut dikenali dengan nama Lenthula Edodes ini telah dianggap sebagai simbol panjang umur di Asia.
..

Menurut cerita, berkurun lama dahulu masyarakat bangsawan dan kenamaan Jepun telah menganggap bahawa cendawan shiitake sebagai afrodisiak atau pembangkit syahwat. Bukan itu sahaja, sejarah mengatakan bahawa maharaja China telah memakan cendawan shiitake bagi melewatkan proses penuaan.
..

Cendawan Shiitake dikatakan berasal dari Asia timur namun kini cendawan shiitake boleh diperolehi di mana-mana sahaja. Terdapat cerita bagaimana bermulanya pengambilan cendawan shiitake sebagai makanan. Dikatakan cendawan ini pada mulanya telah dipersembahkan kepada Maharaja Jepun bernama Maharaja Chuai oleh sekumpulan penduduk asli yang dikenali sebagai Kyusuyu pada tahun 200.
....

Walau bagaimanapun nilai pemakanan dan perubatan cendawan ini sebenarnya telah diketahui oleh bangsa China lebih lama lagi daripada insiden tersebut. Di China, cendawan shiitake dikenali sebagai Hoang-mo.
....

Cendawan Shiitake teramat popular di Jepun sehingga dikatakan mereka mengambil kebanyakan sumber protein daripada cendawan ini. Seperti juga cendawan lain, cendawan shiitake berwarna coklat dan mempunyai kepala berukuran kira-kira dua hingga empat inci diameter. Walaupun ada yang menganggap cendawan shiitake sebagai sayuran namun sebenarnya cendawan shiitake adalah sejenis kulat yang tidak ada akar, daun, bunga atau biji.

..

Terdapat pelbagai khasiat dan nilai perubatan cendawan shiitake. Antaranya, pelbagai asid amino, banyak vitamin dan mineral seperti vitamin A,B,B12,C,D dan niasin. Kajian telah mendapati bahawa kebaikan cendawan shiitake adalah disebabkan bahan aktif lentinan yang terdapat di dalamnya. .


..

Antara nilai perubatan cendawan shiitake adalah kebolehannya untuk memberi tenaga kepada system imun, menguatkan kebolehan sistem imun bagi menentang jangkitan dan penyakit. Malah dikatakan lentinan menunjukkan daya efektif yang tinggi daripada sesetengah ubat terutamanya bagi menentang influenza dan penyakit lain.

..

Lentinan yang juga secara teknikalnya dikelaskan sebagai polysaccharide juga dikatakan telah menunjukkan aktiviti anti-kanser di dalamnya. Cara lentinan bertindak adalah sama ada bagi menghenti atau memperlahankan pertumbuhan tumor. Malah boleh dikatakan cendawan shiitake ini mampu digunakan sebagai terapi imun untuk kanser paru-paru, usus, serviks dan payudara serta dipercayai mampu merencatkan semula sel kanser daripada merebak.

..

Kandungan antioksidan tinggi

Dalam kajian yang telah dilakukan terhadap haiwan mendapati bahawa komponen aktif dalam cendawan shiitake yang telah dikenali sebagai eritadenine dikatakan telah menurunkan tahap kolesterol. Walaupun apabila haiwan ujian ini diberikan pemakanan yang kaya protein methionine –asid amino yang dikatakan sebagai sebagai pembentukan kolesterol, eritadenine dikatakan tetap mampu menurunkan tahap tahap plasma kolesterol. Kesimpulannya, lebih banyak eritadenine diberikan maka lebih banyak tahap kolesterol dikurangkan.

..

Antioksidan berkuasa yang dikenali sebagai L-ergothioneine juga telah ditemui dalam cendawan. Melalui kajian yang telah dipersembahkan semasa American Chemical Society 2005 di Washington D.C. para penyelidik mendedahkan cendawan mengandungi kandungan sejat L-ergothioneine yang tinggi daripada sumber pemakanan lain. Bukan itu sahaja, L-ergothioneine tidak musnah apabila cendawan ini dimasak sebelum dimakan.

....

Terdapat pelbagai cara cendawan shiitake boleh digunakan sebelum dimakan. Namun begitu tidak semua boleh memakan cendawan shiitake. Dikatakan bahawa mereka yang menderita kanser pundi kencing tidak boleh mengambil cendawan shiitake dalam bentuk mentah dan kasar.

..

Apa yang pasti, sungguhpun cendawan shiitake dikatakan mempunyai pelbagai khasiat dan kebaikan tapi penggunaannya perlulah mendapat nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari. -mingguan wanita

 

CREDIT TO http://cendawanglobal.blogspot.com
Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve