Gincu atau lip stick pastinya sinonim dengan kaum wanita. Tidak kiralah remaja, dewasa mahupun yang berusia. Warna gincu atau lip stick juga boleh melambangkan keperibadian seseorang secara umum. Ianya hampir sama kebiasaan atau kecenderungan seseorang memilih pakaian seharian. Ada yang gemar bergaya kasual, ada yang gemar bergaya vintage.
Cik iena gemar warna terang seperti pink merah, sama juga dalah pemilihan warna baju cik iena seorang yang gemar warna striking yang membuatkan cik iena lebih menonjol di khalayak ramai. Warna block juga menjadi pilihan cik iena dalam mengenakan mix and match pakaian.
Pilihan warna ini dibuat di sebabkan cita rasa peribadi anda . Begitu juga dengan warna lipstik. Warna lipstik seseorang menggambarkan keperibadian anda pada umumnya dan bagaimana orang melihat anda.Pilihan di tangan anda untuk tampil lebih menarik.
Anda pula suka kan warna apa ?
Okay di sini cik iena ingin berkongsi tentang lipstick yang cik iena baru cuba dimana cik iena merasakan ianya perlu di kongsi bersama kaum hawa di luar sana kerana kualiti tekstur dan warna serta haruman yang sangat menarik dan menawan hati cik iena. Ia merupan lipstik dari jenama tidak asing lagi di Korea iaitu G9SKIN.
G9SKIN FIRST LIP STICK
Ianya hadir dengan 5 variasi warna terang yang pasti memukau mata yang melihat . Sangat sesuai untuk wanita yang berani menampilkan kelainan dengan mengenakan warna yang terang pada bibir meraka . Apa yang istimewanya Lipstick ini taha lama serta tekstur lipstick yang lembut mudah untuk di aplikasikan.
Sapuan pertama cukup pekat warnanya dan ianya lembab ketika diaplikasikan pada bibir.
Selain di gunakan sebagai gincu atau lipstick ianya juga boleh digunakan sebagai asas solekan. Iaitu Blusher based dan juga shadding .
5 Variasi Warna G9Skin First Lip Stick Yang Memukau
- #01 Midnight Red G9Skin First Lip Stick
- #02 Dry Rose G9Skin First Lip Stick
- #03 Dazzling Pink G9Skin First Lip Stick
- #04 Peach Brown G9Skin First Lip Stick
- #05 Vintage Red G9Skin First Lip Stick
Lipstik 3 Kegunaan , Lip stick , Shading dan Blusher
Cik iena sendiri telah mencuba dan cik iena sangat suka pada hasilnya . Tekstur lembut lembab pada lipstick tersebut membuatkan ianya mudah untuk diaplikasikan sebagai lipstick mahupun blusher dan shading. Sangat mudah untuk blend warnanya di permukaan wajah.
Untuk itu cik iena sertakan juga video tutorial untuk menggunakan G9SKIN FIRST LIP STICK sebagai lipstick, blusher based dan juga shadding.
Video Review Gincu Serbaguna 3 in 1 | Lip stick , Shading Dan Blusher | G9SKIN FIRST LIP STICK
Video Facebook Live Review G9Skin First Lip Stick
REVIEW G9SKIN FIRST LIP STICK
Secara keseluruhannya cik iena sangat menyukai warna, tekstur serta bau dan juga yang penting ianya tahan lama . Sekiranya ada warna baru yang keluar dari lipstick keluaran jenama ini , jenama ini pasti menjadi pilihan cik iena kerana kualiti lipstick yang sangat tiptop dan sesuai dengan cik iena.
Gambar Menggunakan G9SKIN FIRST LIP STICK
#02 Dry Rose G9Skin First Lip Stick
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari
Website : www.vline.com.m
Nukilan,
|