Grab The Promo
Grab The Promo
Showing posts with label misi menjejak bukit berekeh. Show all posts
Showing posts with label misi menjejak bukit berekeh. Show all posts

Laksa Sedap di Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab


Baca Artikel kisah misi ke MenjejakBukit Berekeh sebelum menemukan Kedai Laksa sedap ni di http://www.ienaeliena.com/2019/07/perak-day-trip-dan-bukit-berekeh-perak.html

Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab


Pada awalnya, dari jauh kedai makan tersebut kelihatan seperti kedai makan makanan berlauk mahupun ala carte akan tetapi setibanya disana hanya terdapat laksa, mee kari , mee rebus dan nasi ayam. Jadi kami berlima membuat keputusan untuk memakan Laksa.

Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab
Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab




Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab
Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab



Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab


Laksa disini di panggil laksa buyung. Terdapat tiga jenis pilihan laksa iaitu

  1. Laksa telur
  2. Laksa fucuk
  3. Laksa Fishcat


Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab
Laksa Telur

Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab
Laksa Fucuk

Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab
Laksa Fishcat



Ketiga-tiga laksa sememangnya sedap tapi untuk Cik iena yang pertama kali makan laksa dengan fishcat dan sayur fucuk. Cik iena lebih menggemari Laksa Buyung Fucuk dan juga laksa buyung fishcat.

Pada hari Pertama Cik iena cuba Laksa Buyung Fucuk , manakala pada hari berikutnya Cik iena cuba Laksa Buyung fucuk dan Laksa Buyung Fishcat. Memang licin Cik iena makan sebab tersangat sedap. Di Kuala Lumpur Cik iena tak jumpa lagi laksa sesedap ini.


Harga pula amat berbaloi. Mengikut perkiraan Cik iena berdasarkan pengiraan pakcik kedai seperti dalam gambar di bawah . Harga nya adalah

Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab
Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab


  1. Laksa Telur  RM3.50 semangkok
  2. Laksa fucuk RM4.00 Semangkok
  3. Laksa Fishcat RM4.00 Semangkok
  4. ABC RM 3 semangkok
  5. Air Bandung Ais RM1.70 Segelas
  6. Limau Ais RM1.70  Segelas
  7. Limau suam RM1.20 Segelas




Jumlah keseluruhan untuk 5 orang makan RM 28.30 .
Purata seorang makan RM 5.66 . Tersangat murah dan berbaloi. Puas hati dengan kuantiti dan harga yang murah.

Ini merupakan kali kedua Cik iena makan laksa buyung kalau tak silap. Sebelum ni Cik iena pernah makan di area Taiping tapi dah lama sangat. Kali ni makan di Sungai Siput , Perak. Alhamdulillah laksa disini sememangnya sangat sedap dan memenuhi citarasa kami berlima sampaikan sebelum pulang ke kuala lumpur juga kami singgah dsini untuk makan.


 Gambar hari pertama di Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab




Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab
Khusyuk makan laksa sedap

Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab
Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab terbaik

Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab
Sedap tak terkata Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab

Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab
Sedap giler Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab

Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab
Khusyuk menikmati laksa sedap dan abc sedap sampai tak perasan kene candit

Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab
Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab



Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab
Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab



Gambar hari kedua di Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab


Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab
ABC juga antara menu yang sedap di Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab. Anda juga boleh cuba ABC ni. Highly recommended

Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab
Cendol di Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab kurang sedapbagi Cik iena. Tapi bolehlah ada rasa juga.


Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab
Menu sedap di Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab, cendol terkeluar carta sebab tak menepati citarasa tun empunya blog :)

Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab
Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab

Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab
Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab

Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab
Inilah pengalas perut kami untuk pulang ke Kuala Lumpur. Balik straight takde berhenti makan mana-mana. Mujur portion laksa ni memang banyak. Kenyang sampai malam.

Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab
Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab

Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab
Sedap yang teramat Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab

Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab
Takde orang nak ambilkan gambar, nak suruh orang lain kang kene bahan. Budak jakun mana lah dari tadi asyik bergambar haha.. jadi kita selfie je



Kepada anda diluar sana yang nak makan Laksa Buyung yang sedap boleh lah ke sini ya.  Cik iena jamin sedap. Tiada seorang pun antara kami berlima yang cakap tak sedap. Semuanya cakap laksa ni sedap sampaikan sebelum pulang ke Kuala Lumpur kami singgah makan laksa sekali lagi ke sini.

Untuk pengetahuan kedai ini buka jam 2 petang hingga 7 malam. Kalau hujung minggu kedai ni memang ramai orang. Harga yang ditawarkan juga murah dan sangat berbaloi. 


Lokasi kedai adalah di Taman Orkid, Sungai Siput(U). Terletak ditepi jalan besar.

Artikel berkaitan http://www.ienaeliena.com/search/label/misi%20menjejak%20bukit%20berekeh

 

Top things to do in Ipoh

  1. Lost World of Tambun Ticket in Ipoh 
  2. Kampar White Water Rafting Adventure  
  3. Tempurung Cave Exploration 
  4. The Haven Resort with Full Board (Quality Breakfast, Lunch & Dinner) or Spa Packages Staycation Experience in Ipoh (Exclusive)   
  5. Lost World of Tambun 2D1N Glamping/Floating Chalet with Theme Park Access (2 Days) Experience in Ipoh 
  6. The Banjaran Hotsprings Retreat Day Pass in Ipoh
  7.  Exclusive Staycation 2D1N Full Board Glamping Experience with Gopeng Glamping Park 
  8. River Tubing and Waterfall Abseiling Experience in Gopeng, Perak  
  9. White Water Rafting with Caving Experience in Gopeng 
  10. White Water Rafting Experience in Sungkai River  
  11. Frenzy Hippo Water Park
  12. Fishing Experience at Temenggor Lake in Perak 
  13. Rafflesia Trekking Experience in Ipoh 
  14. Kandu Cave Exploration  
  15. Taiping and Orang Utan Island Day Tour from Ipoh
  16. Explore Royal Belum State Park Day Tour  


 

 


Perak Day Trip dan Bukit Berekeh

Baru-baru ini Cik iena dan rakan-rakan telah selamat mendaki puncak Bukit Berekeh, Sungai Siput, Perak. Beberapa jam sebelum memulakan pendakian kami sempat berjalan-jalan di sepanjang perjalanan menuju ke  sungai siput termasuk di kawasan Ipoh.

Memandangkan bukan selalu kami ke luar dari Kota Kuala Lumpur maka kami aturkan misi pendakian ini dipenuhi dengan aktiviti yang menarik untuk di ingati. Kami cuma berada di perak pada hari sabtu dan ahad. Kami bergerak dari Kuala Lumpur pada 13 Julai 2019 selepas waktu subuh dan tiba di Kuala Lumpur lebih kurang jam 11 malam selepas Cik iena selesai menghantar pulang kesemua rakan yang turut serta dalam misi pendakian ini.

Untuk mengetahui tentang misi pendakian bukit berekeh Cik iena dan rakan-rakan boleh baca di

Antara tempat menarik yang menjadi pilihan kami untuk dikunjungi adalah Kellie's Castle, Tasik Cermin, Hainanese Chicken RIce Ipoh, Gunung Lang, dan Taman Jepun.


Berikut Cik iena kongsikan serba sedikit pengalaman dan gambar sepanjang perjalanan kami di tempat-tempat yang dinyatakan diatas.


Kellie's Castle, Batu Gajah Perak


Kellie's Castle adalah sebuah istana kota yang terletak di tepi jalan Simpang Pulai ke Batu Gajah, Negeri Perak.


Kellie's Castle, batu Gajah Perak
Kellie's Castle, batu Gajah Perak



Sejarah Kisah Pembinaan Dan Misteri Kellie’s Castle


Pada kurun ke 19 , Batu Gajah terkenal sebagai kawasan pengeluaran bijih timah serta getah yang utama di negeri Perak dan Tanah Melayu. Disebabkan itu, ramai usahawan dari eropah yang datang ke kawasan ini untuk melabur dan membuka ladang-ladang serta lombong bijih timah disini. Diantara orang eropah yang datang untuk mencuba nasib menjadi taikun perladangan getah di Batu Gajah ini ialah William Kellie Smith.

Baca Selanjutnya di https://www.orangperak.com/disebalik-kisah-pembinaan-dan-misteri-kellies-castle.html

Kellie's Castle, batu Gajah Perak
Kellie's Castle, batu Gajah Perak

Kellie Castle Entrance Fee


Untuk memasuki banggunan ini anda permu membayar RM5 untuk dewasa dan RM 3 untuk kanak-kanak bagi warganegara Malaysia manakala bagi foreigner adalah RM10 untuk dewasa dan RM 9 untuk kanak-kanak.

Kellie's Castle, batu Gajah Perak
Kellie's Castle Parking : RM2


Jika anda parking didalam kawasan pengurusan Kelly's castle anda perlu membayar parking RM2 pada penjaga parking yanga akan datang kutip duit setibanya anda di tempat parking . Terdapat satu lagi parking yang agak jauh. Cik iena rasa parking ini mungkin percuma.


Gambar disekitar  Kellie's Castle, batu Gajah Perak




Kellie's Castle, batu Gajah Perak
Kellie's Castle, batu Gajah Perak


Kellie's Castle, batu Gajah Perak
Kellie's Castle, batu Gajah Perak


Kellie's Castle, batu Gajah Perak
Kellie's Castle, batu Gajah Perak


Kellie's Castle, batu Gajah Perak
Kellie's Castle, batu Gajah Perak



Kellie's Castle, batu Gajah Perak
Kellie's Castle, batu Gajah Perak

Kellie's Castle, batu Gajah Perak
Kellie's Castle, batu Gajah Perak
Kellie's Castle, batu Gajah Perak
Kellie's Castle, batu Gajah Perak


Lihat banyak lagi gambar menarik Kellie Castle di http://www.ienaeliena.com/2019/07/kellies-castle-batu-gajah-perak.html





Tasik Cermin, Gunung Rapat Ipoh


Taisk Cermin merupakan tempat yang sangat menarik dan wajib dilawati jika anda ke Ipoh,Perak .
 Ia merupakan sebuah tasik yang sangat cantik dan tersorok disebalik gunung atau bukit yang tinggi.  Lokasinya agak tersembunyi dan anda perlu melalui terowong untuk sampai ke Tasik Cermin.

Tasik Cermin, Gunung Rapat Ipoh



Disebabkan lokasi yang agak tersembunyi maka tidak hairan penduduk Perak sendiri tidak mengetahui akan tempat yang cantik ini. Cik iena pula tau akan kewujudan Tasik Cermin setelah menonton FIlem Pinjamkan Hatiku yang dilakonkan oleh Ayda Jebat dan Shaheizy Sam.


Tasik Cermin, Gunung Rapat Ipoh
Tasik Cermin, Gunung Rapat Ipoh

Tasik Cermin, Gunung Rapat Ipoh
Tasik Cermin, Gunung Rapat Ipoh

Agak lama juga kami disini menikmati anugerah ciptaan Allah yang terindah. Berikut Cik iena kongsikan gambar sepanjang berada di tasik Cermin.

Tasik Cermin, Gunung Rapat Ipoh
Tasik Cermin, Gunung Rapat Ipoh


Tasik Cermin, Gunung Rapat Ipoh
Tasik Cermin, Gunung Rapat Ipoh





Cik iena akan kongsikan sepanjang perjalanan Cik iena ke Tasik Cermin untuk rujukan pembaca pada artikel lain. Pada awalnya kami agak ragu-ragu kerana tiada trek untuk ke Tasik Cermin. Terdapat kawasan Kuari disini dan kami hanya  berjalan mengikut naluri hati pada ketika itu.

Kami hanya ingat untuk sampai ke Tasik cermin perlu melalui terowong. Jadi kami jalan menuju kearah bukit berbatu seperti gua. Baca selanjutnya mengenai perjalanan Cik iena dan rakan-rakan ke Tasik Cermin dan banyak lagi gambar  di http://www.ienaeliena.com/2019/07/tasik-cermin-gunung-rapat-ipoh.html


Tasik Cermin, Gunung Rapat Ipoh
Tasik Cermin, Gunung Rapat Ipoh

Tasik Cermin, Gunung Rapat Ipoh
Tasik Cermin, Gunung Rapat Ipoh






Ipoh Hainan Chicken Rice


Ipoh Hainan Chicken Rice
Ipoh Hainan Chicken Rice


Setelah puas bergambar sambil menikmati keindahan tasik Cermin, kami ke Ipoh Hainan Chicken Rice untuk makan tengah hari. Ini juga merupakan antara sebab Daniel memlilih untuk Hiking di Perak kerana beliau ingin makan Hananese Chicken Rice disini yang dikhabarkan sedap. Malanya Daniel tak dapat ikut.

Ipoh Hainan Chicken Rice
Ipoh Hainan Chicken Rice


Ipoh Hainan Chicken Rice


Ipoh Hainan Chicken Rice
Ipoh Hainan Chicken Rice

Ipoh Hainan Chicken Rice
Ipoh Hainan Chicken Rice

Secara keseluruhannya makanan di sini sedap. Hananese Chicken Rice di sini boleh dikatagorikan sedap dan highly recommenden oleh Cik iena dan air Kedondong asamboi disini sememangnya anda wajib cuba kerana sangat lazat, pekat berasa. Berbeza dengan air kedondong di tempat lain.

Ipoh Hainan Chicken Rice
Kedondong asam boi tersedap di Ipoh Hainan Chicken Rice




Ipoh Hainan Chicken Rice
Ipoh Hainan Chicken Rice


Ipoh Hainan Chicken Rice
Ipoh Hainan Chicken Rice




Walaubagaimanapun Nasi Ayam Hainanese yang tersedap diantara yang sedap pernah Cik iena makan adalah di Sepiring Mid  Valley Megamall.

Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh


Taman Rekreasi Gunung Lang yang terletak hanya lima kilometer dari bandar Ipoh  dan ianya telah menjadi satu tarikan terbaru buat orang ramai berekreasi santai bersama keluarga.

Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh
Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh

Gunung Lang telah dijadikan kawasan rekreasi oleh Majlis Bandaraya Ipoh yang dilengkapi dengan tiga buah tasik buatan dari bekas lombong bijih timah menerusi peruntukan sebanyak RM8.4 juta, malah ia kemudian dibangunkan melalui fasa pertama dan kedua sebagai taman rekreasi awam sepenuhnya pada 1999 di bawah Rancangan Malaysia ke Tujuh (RMK-7) oleh Jabatan Landskap Negara.

Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh
Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh


Dipintu masuk Taman Rekreasi Gunung Lang ini juga, pengunjung berpeluang menikmati percikan air dari air terjun buatan yang merupakan air terjun buatan manusia tertinggi di Malaysia. Malangnya semasa katibaan kami disana air terjun buatan ini tidak berfungsi kerana kami tiba sekitar jam 3.30 petang. Jadi tidak cantik untuk bergambar kerana kelihatan kering.



Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh
Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh




Kami cuma bergambar dibahagian belakang air terjun buatan dimana terdapat tasik yang cantik untuk kami bergambar. Jika sebelum ini Cik iena kesini, cik iena akan naik bot untuk seberang tasik kerana ada taman yang cantik di seberang sana. Malangnya hari tersebut Cik iena tidak berbuat sedemikian kerana kami kesuntukan masa untuk ke destinasi seterusnya iaitu Taman Jepun.


Untuk pengetahuan waktunya untuk air terjun ini beroperasi  adalah pada
Isnin-Jumaat
  • (10 pagi-12 tengah hari)
  • (4 petang-6 petang) 
Sabtu/Ahad/cuti umum
  • (9 pagi-11 pagi)
  • (1 petang-3 petang) 
  •  (5 Petang-7 Malam) 
Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh
Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh


Jadi kepada anda diluar sana yang ingin melihat air terjun buatan di Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh anda perlu peka pada waktu beroperasi air terjun supaya anda tidak terlepas dari merakamkan gambar pemandangan indah air terjun buatan ini.

Gambar Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh






Taman Jepun di Perak.


Taman Jepun ini terletak di Taman Dr . Seenivasagam . Sebelum ini Cik iena waze taman jepun sampai ke tempat lain. Jadi jika anda ingin ke sini sila waze Taman Dr . Seenivasagam. Walaubagaimanapun adalah dinasihatkan untuk tidak memasukkan taman ini di dalam itinerary percutian anda kerana ianya akan menghampakan anda sepertimana ianya menghampakan Cik iena dan kawan-kawan.  Taman ini sudah tidak lagi cantik seperti sebelum ini.



Taman Jepun Ipoh
Taman Jepun Ipoh



Maka dengan itu agak kurang Cik iena bergambar kerana rasa terkilan dengan suasana taman yang tidak seperti di jepun seperti yang digembar gemburkan. Katagori taman biasa-biasa sahaja.

Taman Jepun Ipoh
Taman Jepun Ipoh



Setelah bersiar-siar di Taman jepun sambil makan buah , kami meneruskan perjalanan pulang ke Homestay yang terletak di Taman Orkid, Sungai Siput Perak. Sebelum itu kami makan terlebih dahulu di kedai makan berhampiran homestay.


Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab


Pada awalnya, dari jauh kedai makan tersebut kelihatan seperti kedai makan makanan berlauk mahupun ala carte akan tetapi setibanya disana hanya terdapat laksa, mee kari , mee rebus dan nasi ayam. Jadi kami berlima membuat keputusan untuk memakan Laksa.

Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab
Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab


Laksa disini di panggil laksa buyung. Terdapat tiga jenis pilihan laksa iaitu

  1. Laksa telur
  2. Laksa fucuk
  3. Laksa Fishcat


Alhamdulillah laksa disini sememangnya sangat sedap dan memenuhi citarasa kami berlima sampaikan sebelum pulang ke kuala lumpur juga kami singgah dsini untuk makan.


Lokasi kedai adalah di Taman Orkid Sungai Siput. Terletak ditepi jalan besar.

Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab

Lihat lebih banyak gambar Laksa Sedap di artikel http://www.ienaeliena.com/2019/07/laksa-sedap-di-laksa-buyung-emas-aka-laksa-wahab.html


Selepas makan kami ke Homestay, bersihkan diri dan berehat. Tengah malam Adik Cik iena dan rakannya seta zai bangun untuk sediakan sarapan kami untuk misi menjejak Bukit berekeh. Lebih kurang jam 1.30 pagi kami bertolak ke tempat berkumpul misi menjejak bukit berekeh di Masjid Bawong.


Baca selanjunya misi menjejak Bukit Berekeh , Sungai Siput, Perak  di http://www.ienaeliena.com/2019/07/mendaki-bukit-berekeh-di-sungai-siput.html




Artikel berkaitan http://www.ienaeliena.com/search/label/misi%20menjejak%20bukit%20berekeh



Secara keseluruhannya kos perbelanjaan percutian 2 hari 1 malam kami walaupun tiada bermalam sangat sebab hiking adalah RM  138.02 seorang termasuk kos guider bukit berekeh.

Boleh refer gambar dibawah untuk rujukan pengiraan kos.


Kos Perak Day Trip dan Bukit Berekeh
Kos Perak Day Trip dan Bukit Berekeh

Special kan kami punya kos pengiraan ni. Dikira by my sister. Deqnor. Katanya ada cikgu dalam trip ni kene buat elok-elok haha..

Top things to do in Ipoh

  1. Lost World of Tambun Ticket in Ipoh 
  2. Kampar White Water Rafting Adventure  
  3. Tempurung Cave Exploration 
  4. The Haven Resort with Full Board (Quality Breakfast, Lunch & Dinner) or Spa Packages Staycation Experience in Ipoh (Exclusive)   
  5. Lost World of Tambun 2D1N Glamping/Floating Chalet with Theme Park Access (2 Days) Experience in Ipoh 
  6. The Banjaran Hotsprings Retreat Day Pass in Ipoh
  7.  Exclusive Staycation 2D1N Full Board Glamping Experience with Gopeng Glamping Park 
  8. River Tubing and Waterfall Abseiling Experience in Gopeng, Perak  
  9. White Water Rafting with Caving Experience in Gopeng 
  10. White Water Rafting Experience in Sungkai River  
  11. Frenzy Hippo Water Park
  12. Fishing Experience at Temenggor Lake in Perak 
  13. Rafflesia Trekking Experience in Ipoh 
  14. Kandu Cave Exploration  
  15. Taiping and Orang Utan Island Day Tour from Ipoh
  16. Explore Royal Belum State Park Day Tour  


 



Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve