Baru baru ini Cik iena ada post di instastory yang Cik iena bawa puan ibunda melawat pakcik sakit tenat di Tapah, Perak dan ada yang bertanya mengenai urusan permohonan permit pergerakan perintah kawalan pergerakan. Berikut Cik iena kongsikan langkah-langkah dan dimana anda boleh dapatkan borang berkenaan.
Bagi mana-mana individu yang ingin melakukan pergerakan rentas negeri atau daerah, anda dikehendaki mengisi Borang Permit Pergerakan PKP atau Borang Permit Pergerakan PKPB untuk mendapatkan kebenaran daripada pihak polis sebelum melakukan pergerakan. Manakala kawasan PKPD tidak dibenarkan untuk membuat pergerakan keluar atau masuk. Hanya PKP dan PKPB dibenarkan dengan syarat-syarat tertentu.
Larangan rentas daerah dan negeri adalah untuk semua kecuali untuk tujuan kecemasan, kesihatan, ekonomi, temujanji vaksin dan pasangan jarak jauh.
Bagi Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan pula perlu di mohon untuk tujuan kecemasan dan pasangan jarak jauh. Tujuan kecemasan seperti ahli keluarga terdekat sakit. Bukan sepupu atau dua pupu tiga pupu , empat pupu. Ahli keluarga terdekat seperti ibu, ayah dan adik beradik.
Untuk tujuan kesihatan, ekonomi dan janji temu vaksinasi, tidak memerlukan permit perintah kawalan pergerakan. Cuma perlukan surat janji temu bagi kesihatan dan temujanji vaksin. Manakala bagi sektor ekonomi perlu surat majikan yang disahkan miti beserta pass pekerja.
Menerusi lembaran fakta yang dikongsikan MITI, pergerakan rentas daerah atau negeri untuk tujuan kerja hanya memerlukan dua dokumen di bawah.
- Surat kebenaran MITI (atau rujuk surat kebenaran yang dikeluarkan kementerian atau agensi yang berkenaan bagi sektor tertentu); DAN
- Pas pekerja ATAU surat majikan
Langkah-langkah bagi urusan permohonan permit kebenaran pergerakan:
- Memuat turun Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) (mengikut pelaksanaan perintah pergerakan di negeri masing-masing) di Portal atau Media Sosial Rasmi PDRM;
- Mengisi borang dengan lengkap dalam dua (2) salinan beserta salinan kad pengenalan;
- Menghantar dua (2) borang yang telah lengkap di balai polis untuk proses kelulusan.
Nota : Kebenaran beberapa orang yang boleh pergi dalam satu kereta tertakluk pada SOP terkini. Semasa Cik iena mohon bertarikh 16 Mei 2021 semasa PKP 3.0 , kebenaran cuma 3 orang 1 kereta. Jadi perlukan dua salinan ked pengenalan setiap seorang untuk lampiran.
Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan
Borang kebenaran boleh dimuat turun di Facebook Polis Diraja Malaysia atau Portal Rasmi PDRM melalui pautan berikut:
1. Borang Permit Pergerakan PKP, https://www.rmp.gov.my/docs/default-source/permit-pergerakan-perintah-kawalan-pergerakan-(pkp)/borang-permit-pergerakan-perintah-kawalan-pergerakan-(pkp).jpeg
2. Borang Permit Pergerakan PKPB, https://www.rmp.gov.my/docs/default-source/Penerbitan/borang-permit-pergerakan-pkpb.pdf?sfvrsn=2
Pengalaman Mohon Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan .
Sejujurnya susah juga nak mohon permit ni mungkin kerana ramai yang menipu. Disebabkan beberapa instafamous dan golongan kayangan dapat permit rentas negeri dengan mudah dan dengan bangganya buat social media post seolah olah sedang bercuti membuatkan pihak polis perlu lebih teliti semasa proses temubual untuk mendapatkan kebenaran rentas daerah/negeri.
Mula mula Cik iena dan Deqnor tersalah pergi balai. Disebabkan rushing sampai tak perasan itu Pondok Polis Alam Damai, bukan balai Polis. Semasa di Balai Polis, pihak polis tanya ada borang atau tidak. Kami pun tiada borang sebab emergency kan memang tak prepare.
Jadi polis di pondok polis bagi dua borang untuk di isi kemudian dia tanya berapa orang nak pergi. Kami jawab 3. Kalau 3 orang boleh dia cakap tapi sediakan salinan kad pengenalan ketiga tiga untuk memudahkan urusan. Buat dua salinan. Pegawai polis di Pondok Polis Alam Damai memang baik dan peramah.
Kemudian kami keluar cari kedai photostate. Kedai tutup . Jadi terpaksa pergi pejabat Deqnor untuk photostate kad pengenalan. Mujur deknor ada kunci pejabat dan pejabat dia memang dekat kawasan rumah.
Selesai photostate kami menuju ke arah IPD Cheras yang terletak di Taman Maluri Cheras. Semasa dalam perjalanan Deqnor isi borang dahulu dan Cik iena drive. Sempat isi 1 borang je nama Deqnor. Pada awalnya kami ingatkan satu borang satu nama. Bermaksud perlu 3 borang lain lan nama.
Salah rupanya. Kedua2 borang nama yang sama. Memandangkan nama Deqnor yang dah isi di borang jadi Deqnor yang masuk ke dalam berjumpa pegawai IPD Cheras untuk dapatkan COP kebenaran.
Proses Mohon Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan di IPD Cheras
Semasa tiba di IPD Cheras mereka akan buat tapisan dulu. PEgawai pollis yang bertugas di pintu masuk akan bertanya tujuan, lihat borang yang telah di isi beserta bukti seperti gambar atau video. Kemudian mereka akan bagi pass untuk masuk ke Balai Polis. Hanya seorang yang dibenarkan masuk untuk bertemu pegawai.
Agak risau juga Cik iena sebab Deqnor tak de dalam family group so dia tak banyak info. Tapi iena dah ceritakan apa yang terjadi. Dan iena juga bagi Deqnor pegang handset iena untuk dia tunjuk bukti bukti seperti Video dan Gambar.
Selepas beberapa minit deqnor masuk dia mesej dan beritahu pegawai tak terima video atau gambar. Pegawai minta surat Hospital. Mujur deqnor bawa handset iena jadi boleh whatsapp nombor sepupu yang ada dalam group familly.
Kenangan konvoi raya ke rumah paklang pada tahun 2018 (paklang baju melayu kuning) |
Selepas tunjuk surat hospital barulah pegawai cop kebenaran untuk Permit Perintah kawalan pergerakan . Semasa temubual pegawai akan tanya sakit apa. Siapa yang sakit. Berkenaan siapa yang pergi untuk rentas daerah atau negeri dia tiada soal siasat kesemua nama tinggal di mana. Cuma dia perlu lihat nama tu betul ke tidak ada relation.
Contoh kami mohon permit untuk bawa mak berjuma abang kandung yang sakit tenat. Dalam surat hospital ada nama penuh pakcik. Bin Hassan dan dia cek nama Mak Binti Hassan. PEngesahan macam tu jelah.
Untuk tujuan kecemasan ahli keluarga sakit Pihak polis cuma benarkan 3 hari sahaja. Untuk pengetahuan anda tak perlu mohon permit sekali lagi untuk pulang kembali. Cuma guna permit sama kerana ada tarikh tertera di situ.
Di IPD Cheras kami mohon 3 nama. Cik iena, deqnor dan juga Mak.
Proses Mohon Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan di Balai Polis Batang Kali
Untuk memohon Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan di Balai Polis Batang Kali sangat susah. Untuk makluman semua di Balai polis batang kali mereka tidak terima hanya menunjukkan bukti gambar, video atau surat dalam handphone. Mereka perlukan bukti bercetak. Pada Cik iena ianya agak menyusahkan untuk tujuan emergency untuk bukti bercetak tambahan lagi semasa musim perayaan kedai tutup. Bukan semua rumah ada printer. Rumah mak dekat batang kali mana ada printer.
Sangat sedih bila mak kata tak boleh rentas negeri polis tak bagi, perlu bukti bercetak. Jadi kami masukkan nama mak sekali semasa mohon permit di IPD Cheras. Memandangkan batang kali memang lalaun jalan lama ke Perak, jadi kami cuma berhenti singgah ambil mak dan terus ke Tapah.
Cik iena kongsi berdasarkan pengalaman Cik iena. Mungkin balai polis anda boleh terima hanya tunjuk bukti di whatsapp seperti di IPD Cheras. Berbeza di Batang kali perlu Bukti Bercetak. Dari whatsapp tu anda perlu print. Kalau dah kata kecemasan sempat ke buat semua tu tambah lagi kawasan kampung, mana nak cari kedai printing. Cuti perayaan pula lagi. Memang tiada toleransi ya di Balai Polis Batang Kali.
Pengalaman Rentas Daerah Dan Negeri Kuala Lumpur - Tapah Perak
Dari rumah Cik iena di Maxim Residence Taman Len Seng Cheras, lokasi yang ada pollis seperti dinyatakan dibawah. Namun ada yang polis cek dan ada yang tidak.
- Depan EkoCheras Mall - takde berhenti cek, mungkin polis just tengok jumlah orang dalam kereta
- Masuk Highway Tanjung Malim - Takde cek
- Keluar Highway Tapah - Polis Cek Permit
- Masuk Highway Tapah - Polis Cek Permit
- Keluar Highway Tanjung Malim - Polis Tak Check- Sepatutnya Cek sebab masa kami masuk tol nampak polis cek tapi mungkin polis dah penat. Berhenti rehat sekejap. Dia ada je cuma tak tahan tengok permit. Alhamdulillah urusan dipermudah sebab iena risau juga nak balik KL kenapa exit tanjung malim. Kami exit tanjung malim sebab nak drop off mak dekat batang kali. Jadi panjang cerita pula bila dia tanya nanti. Alhamdulillah Allah tolong orang yang sangat memerlukan bantuan dia.
Semasa perjalanan ke Tapah, kami berhenti rehat di RNR Tapah sebab Cik iena dan Deqnor masih belum makan tengah hari. Selepas beli makanan kami makan di pondok rehat. Kelihatan juga pengguna lebuhraya lain makan di bonet kereta, di tepi pasu dan banyak lagi tempat selain food court namun dengan penjarakan yang selamat. Jauh sangat. Tidak berkumpul satu tempat dengan kapasiti orang yang ramai.
Untuk pengetahuan semua sekiranya anda ingin merentas daerah terlebih dahulu sila semak kawasan laluan tersebut mempunyak kawasan PKPD atau tidak. Kerana sekiranya melalui kawasan PKPD anda perlu cek ada laluan lain untuk sampai destinasi atau tidak.
Kesilapan Cik iena tak alert tentang benda ni. Setibanya di tapah nak masuk satu kawasan laluan ke rumah paklang ada khemah polis dan jalan tutup. Rupanya kawasan tu PKPD. TIada kendaeraan luar dibenarkan masuk. Pihak polis yang jaga disitu minta kami ikut jalan lain.
Yang lawak dia suruh ikut Jalan belakang pasaraya TF. Kami pergi lah pusing2 jumpa jalan ke polis tadi tapi bahagian belakang. Gelak sendiri. Tak tau nak masuk jalan mana jadi call sepupu. Sepupu keluar ke Pekan untuk ambil kami ikut jalan alternatif lain. Jalan tu memang sangat sempit dan tiada lampu jalan. Hanya boleh 1 kereta sahaja dan tebing agak curam. Kalau terserempak dengan kereta lain memang sangat bahaya kerana jalan kecil dan tebing tinggi.
Semasa pergi kami bertembung satu kereta. Sepupu terpaksa turun motor dan tolong kereta yang berselisih untuk lepas jalan sempit tu. Semasa balik pula Cik iena ikut sepupu lain keluar naik kereta. Yang ni terserempak dua kereta dan nasib baik kawasan terserempak tu ada ruang sedikit di bahu jalan.
Jadi yang nak rentas daerah atau negeri jangan lupa semak kawasan laluan ada PKPD atau tidak ya. kalau takde jalan alternatif memang tak boleh lah pergi. Pakcik iena yang sakit tu pun polis lansung tak bagi ikut laluan tu. Perlu lalu laluan alternatif apatah lagi kita yang nak datang ziarah je.
Okay sekian perkongsian Cik iena untuk pegalaman mohon permit pergerakan perintah kawalan pergerakan dan pengalaman sepanjang perjalanan. Sepanjang perjalanan Cik iena tak update apa2 pun. Cik iena update story ig pun selepas semuanya selesai. Gunakan permit untuk tujuan sebetulnya bukan salah guna permit okay :)
LET'S BREAK THE CHAIN
Sebagai seorang rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, Kita perlu beri contoh yang baik pada orang lain. Masa raya pun Cik iena memang tak keluar kawasan rumah. Cuma keluar joging di taman tingkat 7 dan keluar ke Mynews di ground floor sahaja. Memang bosan tahap dewa beraya bujang di KL, rancangan nak ajak kawan raya di rumah pun terpaksa dibatalkan sebab goverment dah umumkan tak boleh aktiviti ziarah raya.. Walaupun tengok story orang ramai pergi mall pergi ootd kat klcc kat taman tapi Cik iena dan deqnor decide untuk joging bawah rumah sahaja untuk hilangkan bosan. Keep in mind LET'S BREAK THE CHAIN, #kitajagakita .
Okay Stay Safe Guyz. Duduk Rumah Okay. Jangan keluar jika tiada keperluan :)
Update : Lebih kurang jam 7:25 petang tanggal 2021-05-18 Arwah paklang telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Innalillahiwainnailahirojiun . Al Fatihah buat Paklang.