Ayam Panggang Sedap Di Restoran RasaMas |
Restoran RasaMas menawarkan variasi hidangan mengikut cita rasa pelanggan terutamanya menu ayam panggang yang sentiasa menjadi pilihan ramai. Restoran ini menyediakan ayam panggang dalam dua rasa yang berbeza dan rasanya juga tidak pedas , justeru itu ianya sangat ideal untuk dinikmati oleh kanak-kanak.
ayam panggang Black Pepper |
Bagi mereka yang menggemari selera ala Barat, ayam panggang Black Pepper bakal memenuhi memenuhi citarasa anda. Ayam ini diperap dengan herba dan ramuan berkhasiat mengikut jangka masa tertentu sebelum dipanggang pada suhu kawalan agar ia dimasak sempurna.
Ayam Panggang Percik |
Ayam Panggang Percik pula khusus buat pelanggan yang mempunyai cita rasa Asia dan menggemari rasa herba pada hidangan tersebut. Menariknya, menu ini turut mendapat undian ramai di kalangan blogger ketika sesi Food Review yang telah berlansung baru-baru ini.
Ayam Panggang Percik Menjuarai Carta Hati Blogger :) |
Mee Kari |
Selain daripada itu, para pelanggan juga berpeluang memesan menu tambahan lain yang ditawarkan di Restoran RasaMas ini. Antaranya hidangan Asam Laksa dan Mee KAri yang memikat selera. Pes asli yang direneh dengan didihan terkawal membuatkan setiap titisan kuah itu amat menyelerakan.
Asam Laksa |
Latarbelakang Restoran RasaMas
Merupakan restoran di Malaysia yang pertama menjual Roasters dengan gabungan hidangan Asia dan hidangan barat. Nama Rasa Gourmet Restaurants ditukar kepada Rasa Ayamas Restoran pada tahun 2003 untuk mengukuhkan hubungannya dengan syarikat induk iaitu Ayamas Food Corporation Sdn Bhd Untuk naik bersama nama baik jenama Ayamas yang dipercayai.
Rasa Ayamas Restoran yang pertama memulakan operasi adalah pada Mei 2003 di Sunway Pyramid. Perubahan nama restoran juga berfungsi untuk meluaskan menu tempatan dan menawarkan hidangan Tempatan / Asia. Ia juga disasarkan untuk di pasarkan ke pasaran luar negara dan dikenali sebagai jenama Malaysia . Maka ia di namakan Rasamas .
Pada Bulan Jun 2016, Rasamas mempunyai 9 cawangan di seluruh negara iaitu di Lembah Klang sebanyak 4 cawangan, di sebelah Utarasebanyak 2 cawangan dan di Pantai Timur sebanyak 3 cawangan.
Cawangan-cawangan Restoran RasaMas
BLOGGERS GATHERING WITH RASAMAS RESTAURANT
Baru-baru ini cik iena telah turut sama memeriahkan majlis gathering blogger dan RasaMas . Majlis ini di adakan di Restoran RasaMas yang bertempat di KPJ Tawakal.
Restoran RasaMas KPJ Tawakal |
Bahagian Hadapan Restoran RasaMas KPJ Tawakal |
Antara menu yang menjadi kesukaan cik iena adalah Ayam Panggang Percik , Mee Kari dan Coklat kek dgn aiskrim vanilla
Untuk Maklumat Lanjut Layari Atau Hubungi
Website : www.rasamas.com.my
Facebook : RasaMas
Nukilan,
|