Berikut Cik iena kongsikan Resepi Tomyam Ala Thai Sedap. Cik iena sememangnya penggemar tomyam. Jadi Cik iena akan cuba pelbagai tomyam paste dan cara memasak tomyam. Now Cik iena nak kongsikan respi tomyam yang cik iena dah olah dan yang selalu cik iena masak di rumah dengan menggunakan tomyam paste favourite cik iena.
Bahan Bahan Tomyam
- 6 Ekor Udang
- 4 Ekor sotong
- Sedikit Isi Ayam
- Sebiji Bawang Holand
- 5 Ulas Bawang Putih
- Bunga Kubis
- Lobak Merah
- Cendawan
- 2 Biji Tomato
- 10 Helai Daun limau purut
Bahan bahan Tomyam Ala Thai |
Bahan Hiris Dan ketuk
- 3 Batang Serai
- Halia ( lebih kurang sebesar ibujari perempuan x 2)
- Lengkuas (Lebih kurang sama banyak dengan halia)
- 4 rumpun Akar Daun ketumbar
- 3 Biji Cili Api merah (kalau suka pedas boleh tambah lagi)
akar daun ketumbar, halia,lengkuas dan serai . Akar daun ketumbar perlu dibersihkan kemudian ketuk sedikit untuk dapatkan extra aroma dan rasa. Halia,lengkuas dan serai di hiris dan kemudian diketuk sedikit juga untuk mendapatkat extra aroma dan rasa |
- 2 Sudu Besar Tomyam paste jenama Peace
- 2 Sudu Besar Thai Cili Paste
- 2 Sudu Besar Sos ikan thai
- 1 Biji jus perahan Limau nipis
- Setengah Cawan Susu cair (75ml)
- 5 Cawan air (750ml)
- Daun ketumbar dihiris
Dua sudu besar tomya m paste dan dua sudu besar thai chili paste |
2 sudu besar sos ikan dan 1 biji air perahan limau nipis |
Untuk pengetahuan cawan yang cik iena guna Cik iena dah sukat jumlah kandungannya untuk 1 cawan adalah 150ml
Sudu besar yang Cik iena guna pula lebih besar dari sudu biasa kita jumpa dekat kedai makan. Boleh rujuk gambar dibawah. Sudu besar yang paling kanan. Dua sudu lagi sebelah kiri. Standard size dekat kedai makan biasa kita jumpa. Kesimpulannya anda boleh je lebih atau kurangkan paste ikut citarasa masing masing. Cik iena cuma bagi kuantiti anggaran. Sebab bukan semua orang biasa masak dan tau banyak mana nak guna untuk memasak.
Tomyam paste Sedap
Sebelum Cik iena kongsikan cara memasak Cik iena kongsikan terlebih dahulu tomyam paste yang Cik iena gunakan. TOmyam paste ni memang highly recomended tau. Memang sedap. Cik iena sekali cuba dah suka tomyam paste ni kerana ianya sememangnya sedap.
Peace Brand Thai Tom Yum Paste
Peace Brand Thai Tom Yum Paste |
Jenama Peace ni merupakan jenama dari thailand dan anda tak perlu risau kerana ianya halal. Selepas Cik iena google tentang jenama ini. Ada blogger yang tulis mengatakan bahawa jenama ini adalah jenama yang selalu kedai makan gunakan. Patutlah sedap.
Selain dari memasak cara yang Cik iena guna selalu. Cik iena juga pernah cuba masak tanpa guna bawang,serai,cili api memang sedap. Cik iena pernah masak tanpa bawang , serai, daun limau purut,cili,lengkuas,halia. Rasa nya sedap juga boleh tahan. Cik iena cuma gunakan tomyam paste,cili paste, susu cair, sos ikan dan air perahan limau dan kemudian bahan isi seperti sayur dan seafood. Tetap sedap walaupun tanpa bahan asas yang cik iena sebut tadi.
Untuk pengetahuan anda lagi tomyam paste ini dah sedia masam, tak perlu tambah asam jawa tetapi Cik iena guna jus perahan limau nipis kerana aroma dan rasa jus limau nipis itu memang sedap. Kalau tak percaya boleh cuba bezakan. Lepas padam api semua baru letak jus perahan limau nipis. Limau nipis tau bukan limau kasturi atau lemon.
Sekiranya anda ingin membeli secara online boleh beli di Tomyam Paste
Maepranom Brand Chili In Oil For Tom Yum
Maepranom Brand Chili In Oil For Tom Yum |
Maepranom juga merupakan jenama dari Thailand. Jenama ni memang Cik iena tau sering diguna di kedai kedai makan. Cik iena sendiri pernah lihat . Sebelum ni masa pergi rantau panjang kelantan pun Cik iena banyak nampak jenama ni dan orang orang yang menjual memang cakap ini jenama yang kedai makan selalu guna. Kalau tak silap ada tomyam paste dan chili paste. tapi Cik iena tak jumpa tomyam paste. Cik iena jumpa Chili paste je sebab tu Cik iena cuba beli tomyam brand peace diatas.
Untukpengetahuan chili paste ni tak pedas, jadi anda perlu tambah cili api seperti yang cik iena nyatakan dalam bahan-bahan tomyam diatas.Untuk tahap kepedasan Cik iena, Cik iena cuma perlu tambah 3 biji cili api merah. Sekiranya anda suka pedas perlu tambah lebih. Level kepedasan Cik iena memang kurang pedas ya. Orang lain kata tak pedas, bagi iena dah pedas.
Untuk jenama ini juga ianya adalah halal.
Sekiranya anda ingin membeli secara online boleh beli di Thai Chili Paste
Cara Masak Tomyam ala Thai
Memandangkan bahannya sangat banyak jadi kalau cik iena tulis panjang. jadi Anda boleh rujuk video cara masak yang telah Cik iena rakamkan. Cuma Cik iena nak ingatkan sukatan air boleh ditambah tetapi perlu tambah tomyam paste ,thai chili paste ,sos ikan dan perahan limau nipis.
Untuk pengetahuan Cik iena tinggal berdua sahaja dengan adik jadi kuantiti masakan ni untuk dua orang makan tapi kami boleh makan dua kali iaitu tengah hari dan juga malam. Kadang kadang ada lebih sekali makan untuk keesokan hari. Ouh ya tomyam ni kalau dibiar semalaman ianya lagi sedap tapi jangan lupa letak dalam peti ais sebab ade kandungan susu cair takut basi.
Jadi kesimpulannya kuantiti resepi ini untuk 5 orang makan. Untuk kandungan bahan bahan ni Cik iena tak menggunakan garam kerana cik iena telah gunakan sos ikan. Sos ikan sendiri dah masin dan Cik iena biasanya makan dengan spagethi jadi kuah tak perlu masin sangat. Jika anda makan dengan nasi perlu tambah sedikit garam.