Grab The Promo
Grab The Promo
Showing posts with label tumor marker. Show all posts
Showing posts with label tumor marker. Show all posts

Apa Perasaan Bila Tumor Marker di Jumpai dalam Darah anda ?


Dengar sahaja Tumor Cik iena Yakin pasti akan ada rasa takot . Sama seperti Cik iena . Sejujurnya Cik iena tidak lah sekuat yang di sangka . Adakalanya rasa penat sangat menangis . Jika sebelum ni menangis sebab LELAKI, berbeza kali ini menangis di sebabkan Tumor marker di kesan dalam Darah Cik iena baru-baru ini semasa membuat Medical Checkup di PathLab Bangsar.


Apa Perasaan Bila Tumor Marker di Jumpai dalam Darah anda ?


Tidak di nafikan memang banyak kebaikannya Syarikat mewajibkan semua pekerja membuat pemeriksaan kesihatan. Syarikat Cik iena membayar untuk kesemua Pekerja yang telah bekerja melebihi setahun untuk membuat pemeriksaan kesihatan ini.



Semasa keputusan di beri kepada setiap pekerja secara individu mereka memberitahu tentang keputusan pemeriksaan kesihatan, sejujurnya Cik iena kesal kerana mereka tidak memberitahu dengan betul tentang keputusan Cik iena. Petugas yang hadir hanya menyuruh Cik iena Scan perut atau cek perut.


Cik iena beranggapan ianya mungkin kerana cik iena mengalami masalah penghadaman dan Cik iena mengalami masalah tidak boleh makan pedas secara on the spot perut akan sakit. Tapi di sebabkan dah imune , cik iena dah terbiasa  makan pedas = sakit perut itu menjadi rutin.

Kalau di ikutkan tahap kepedasan orang normal cik iena rasa tak pedas. Sebab selalu tanya orang lain pedas tak. Mereka jawab tak . Cuma cik iena ni semuanya pedas. Kalau orang lain cakap pedas, untuk iena lagi pedas gila berbpeluh-peluh makan.

Tak nak sakit perut jangan makan pedas . Jadi Cik iena melambatkan untuk pergi ke Hospital . Kerana maklumat yang di berikan oleh petugas Pathlab Bangsar tidak lengkap dan tak tau nak cakap apa la. Sepatut nya dari keputusan darah dia boleh beritahu apa masalahnya itu yang di katakan doktor yang Cik iena temui.


Tumor MArker di Jumpai dalam Darah


Doktor yang Cik iena temui juga sangat pelik kenapa tiada doktor yang guide untuk keputusan pemeriksaan kesihatan ini. Maklumat yang di sampaikan pun tidak lengkap . Akan jadi lebih bahaya Jika kita tak follow up.

Jumaat yang lepas Cik iena bertemu Doktor yang biasa merawat Cik iena dan beliau baca serta terangkan semula keputusan pemeriksaan kesihatan Cik iena dan apa langkah seterusnya yang perlu Cik iena lakukan .

Menurut Doktor terdapat Tumor Marker atau Penanda kanser yang di kesan di dalam hasil pemeriksaan darah Cik iena . Mengikut kata beliau keputusan bacaan darah untuk CA19.9 agak tinggi . Tumor marker di kesan.

Penyakit yang berkemungkinan adalah banyak kerana ianya berkaitan Pancreas . Boleh jadi ianya sejenis Kanser dan juga bukan kanser yang tidak bahaya . Untuk mengetahui jenis penyakit pemeriksaan lanjut perlu di buat di hospital.



surat REFER kepada doktor pakar Gastro di Hospital Selayang


Doktor mengeluarkan surat REFER kepada doktor pakar Gastro di Hospital Selayang .
 Jadi Hari isnin iaitu hari ini 15 Januari Cik iena ke Hospital selayang .

Pergi Hospital Selayang Untuk Rawatan  Selanjutnya


Seperti biasa soalan yang sama akan di tanya dan cik iena jawab yang sama . Pegawai perubatan di sana cakap Pihak Hospital akan call dalam masa 7 hari untuk membuat temujanji . Temujanji untuk pemeriksaan selanjutnya.

Apabila cik iena tanya apa prosuder seterusnya, beliau berkata akan masukkan kamera di dalam mulut. Ya Allah seram sangat. Cik iena takut. Lebih kurang 4 tahun yang lepas Hidung Cik iena pernah di Masukkan kamera di Klinik Pakar Hidung hospital Ampang. Ini adalah kerana masalah hidung Cik iena yang sangat kerap berdarah.

Dan darahnya sangat banyak sehingga boleh penuh kain telekung T___T. Setelah masuk kamera dan mengetahui punca . Sampai sekarang Cik iena berjaga-jaga . Urat hidung Cik iena sangat nipis berbanding orang normal . jadi walaupun selesema boleh mengakibatkan pendarahan jika Cik iena gosok hidung.

Maka dengan itu cik iena jarang gosok hidung. Doktor ajar cara garu hidung jika gatal. Sangat comel ok.. gerak-gerak kan hidung. Kelihatan agak pelik . tapi terpaksa la sebab tak nak hidung berdarah.

Dan temujanji akan datang masukkan kamera dalam mulut . Cik iena tak dapat bayangkan sakitnya. Kalau hidung sakit. Mulut apatah lagi nak masuk kamera cek perut.  Nak tak nak terpaksa juga buat sebab nak tau sakit apa


Tiada Azam Tahun 2018



Patutlah tahun 2018 cik iena berkelakuan agak pelik tiada azam baru cuma taknak orang buat cik iena sedih. Tapi kali ni bukan orang yang buat sedih. Penyakit yang buat Cik iena sedih. Sejak hari jumaat setiap malam sebelum tidur menangis .

Bila google tentang Tumor marker lagi menangis bila baca pesakit kanser pankres hanya boleh hidup 5 tahun. Sedih tau tak. Sangat sedih. Semasa artikel ini di taip pun Cik iena menangis.


Nanti bila kakngah dah tak de macam mana ?


Cik iena harap sangat Cik iena di jauhkan dari sebarang penyakit berbahaya.  Otak ni banyak sangat berfikir sampaikan terlepas cakap pada mak hari sabtu lepas  . Berborak mengenai adik lelaki yang nak kawen. Cik iena tanya lepas kawen dia duduk mana . Mak kata mungkin rumah mak (bermakna rumah cik iena) .

Cik iena kurang bersetuju Cik iena cakap kalau boleh lepas kawen suruh berdikari cari rumah sewa berdekatan mak . Sampai bila nak duduk dengan mak, sampai bila nak duduk free nanti bila kakngah dah tak de macam mana . Ya Allah sedihnya .

Secara jujurnya keluara cik iena bukan keluarga senang. Sejak kecil kami hidup susah. Cik iena ibarat anak sulung membantu keluarga bahkan rumah yang di duduki keluarga adalah rumah Cik iena . Alhamdulillah semenjak Deqnor kerja tanggungan berkurang sebab kami berdua .



Jadi perkara paling di risaukan  "BILA AKU SUDAH TIADA"

nangis



Koranggggggggg iena sedih sangat..

Makin cik iena google tentang tumor marker makin sakit kepala otak. Makin banyak yang bermain di fikiran.  Tak tau nak gambarkan perasaan ni . Hanya bertahan kerana keluarga.

Memang ada kawan bertanya tapi Maaf kalau Cik iena diam . Sebab bila cik iena cerita cik iena akan nangis dan nangis . Cukup lah korang doakan Cik iena di jauhkan dari penyakit berbahaya .

Daftar Penama KWSP


Selepas pulang dari Hospital Cik iena sempat ke KWSP untuk tambah penama . Penting tau penama ni. Anda semua da letak penama ke belum? kalau belum sebelum apa-apa buruk terjadi pada anda sila letak penama kwsp anda . Rugi mencarum KWSP tak dapat pada penama jika berlaku sesuatu pada anda.

Taktau lah kenapa jauh sangat Cik iena fikir . Cik iena tak tau lah kalau anda semua pula bagaimana kalau anda di tempat Cik iena . Jujur Cik iena takot sangat . Cik iena tak kuat . Dalam pada masa yang sama Cik iena harap sangat orang yang Cik iena anggap penting dalam hidup Cik iena yang cik iena ambil berat pasal dia dan selalu cuba buat dia ketawa . Cik iena berharap dia bertanya keadaan Cik iena.

Tapi tak, awak diam hilangkan diri. Lansung tak bertanya kabar . Andai itu takdirnya.. huwaaa ok nangis lagi..ok dah berhenti menulis.




Nota : maaf kali ni artikel tak banyak gambar.


Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve