Istimewa buat pelanggan Miami Grill Malaysia, Miami Grill
Malaysia berbesar hati menawarkan separuh harga untuk burger di Miami
Grill Malaysia. Jika anda ternampak Banner di bawah ini di Miami Grill
Malaysia, anda harus serbu kerana anda layak mendapatkan separuh harga
untuk burger-burger yanng terdapat di Miami Grill Malaysia
Promosi burger separuh harga Miami Grill Malaysia
Jom Baca Cerita Lain Cik iena di Miami Grill Malaysia
Untuk pengetahuan semua, Miami Grill Malaysia dikendalikan oleh syarikat bumiputera Hani Maju Sdn. Bhd. Chef nya juga merupakan bumiputera Malaysia beragama Islam iaitu Chef Mohd Redzuan (ig : https://instagram.com/chefkorek/ )
Buat kali kedua cik iena hadir ke Miami Grill Malaysia tetapi kali ini cik iena di undang untuk membuat food review yang dianjurkan oleh +Hai Blogger! Official dan yang paling tidak dapat dilupakan kejutan buat cik iena untuk peraduan selfie yang telah cik iena sertai sebelum ini.
Terima kasih tidak terhingga buat pihak Miami Grill diatas penghargaan anda. Cik iena sangat hargainya. Insya Allah ,Pasti cik iena akan hadir lagi bersama kawan-kawan yang gemar mencuba burger-burger yang lain daripada yang lain.
Nyummy pelbagai burger yg lazat
Blogger manakah yang bertuah akan cik iena bawa nanti jeng jeng jeng. Rahsia. Yang pasti blogger yang suka Burger (^_~). Kenapa cik iena pilih untuk membawa rkan bloggr yang belum pernah hadir ke Miami Grill? kerana cik iena ingin berkongsi kelazatan burgur yang terdapat di sini disamping dapat membantu menghebahkan kewujudan Miami Grill Malaysia dengan rakan blogger tersebut.
Okay bercerita tentang food review kembali, jika sebelum ini cik iena mencuba chicken philly cheese burger berlainan pula kali ini di mana cik iena mencuba beef burger daripada Miami Grill. Terdapat pelbagai menu beef burger yang di hidangkan. Kebanyakan menu burger adalah daging akan tetapi anda boleh untuk menukarkan daging kepada ayam.
Untuk pengetahuan semua cik iena memang tidak makan daging lembu mahupun kambing. Tetapi kali ini cik iena mencuba burger daging yang di hidangkan kerana terlalu excited melihat rakan-rakan blogger yang lain makan dengan berseleranya membuat cik iena ingin mencuba walaupun pihak Miami Grill telah menyediakan burger ayam buat cik iena.
Pada malam tersebut cik iena telah mencuba Nacho Burger yang berharga RM 27.90 untuk double dan single RM24.90 . Burger ni ada rasa pedas-pedas yang memenuhi citarasa masyarakat melayu . Jalapenos yang terdapat pada burger tersebut membuatkan ianya rasa pedas-pedas yang mana ianya memuaskan cita rasa cik iena la. Bagi bukan penggemar daging dan yang sebetulnya yang tak makan daging. Rasa pedas itu membantu cik iena untuk membiasakan diri memakan daging. Kebiasaan nya jika memakan burgur cik iena memang tak makan burger daging. Alhamdulillah Miami Grill Berjaya membuka selera cik iena untuk memakan daging. Mungkin selepas ini untuk mendapatkan khasiat daripada daging lembu cik iena perlu datang Miami Grill Malaysia (^_~)
Okay jemput lihat video oleh +KAIO STUDIO ini. Ada video food review dari cik iena yang tentang Nacho Burger yang cik iena makan.
Selain Nacho Burger, terdapat burger lain yang harus anda cuba iaitu
Miami Grill Burger
Classic Super Burger - Single RM 18.90 - Double RM 21.90
Rodeo Burger - Single RM 28.90 - Double RM 31.90
Nacho Burger - Single RM 24.90 - Double RM 27.90
South Beach Burger - Single RM 28.90 - Double RM 31.90
Big Miami Burger - Single RM 24.90 - Double RM 27.90
South Beach Chicken Burger - Single RM 20.90 - Double RM 23.90
Harga diatas adalah harga untuk ala carte , cik iena cadangkan jika perempuan atau yang kurang makan mungkin anda perlu cuba size single dimana lapisan daging nya hanya single . Double terlalu banyak buat cik iena. Boleh share dua orang tau . Jimat jugak tu satu burger share dua orang kan.
Jika ingin lebih jimat adalah digalakkan untuk mengambil combo set dimana ia di datangkan dengan Spiral Fries or colesaw , dan air minuman ringan yang boleh di refill. Berikut merupakan Harga Bagi Set Combo . Untuk pengetahuan set kombo menggunakan Double size burger. Ahaaa kalau ikut perut cik iena, untuk dua orang makan yang seperut dengan cik iena nie, cik iena akan order satu set combo dan tambah softdrik atau side dish lain sebab burger double ni memang sangat besar portion dia. Tak mampu cik iena habiskan . Kalau anda nak bijak berbelanja lagi. Satu set memadai, air kan boleh refill. Ini untuk perut size cik iena lah yer. Kalau yang pelahap kuat makan tu ahahaha ya ampun enggak cukup . Tambah lagi burgernya memang sedap. Almaklum lah cik iena perut kecik sekali makan sikit tapi Awas, cik iena banyak makan jugak. tapi bukan sekali makan tu banyak. Cik iena makan sikit tapi kerap ahahaha. Itu lah pipi montel (^_~)
bersama rakan blogger, pieqa dan di photo boom oleh Kaio dan Nisa Kay (^_~)
ehhh siapa tu menyorok :)
bersama rakan blogger, pieka
Terima kasih di ucapka kepada +Hai Blogger! Official dan Miami Grill Malaysia Khususnya diatas jemputan ini dan diatas kejutan untuk hadiah bagi pemenang kontest selfie Miami Grill.
A photo posted by Malaysian Blogger💄👠👗👜🍴🍹 (@ienaeliena) on
Istimewa buat pelanggan Miami Grill Malaysia, Miami Grill Malaysia berbesar hati menawarkan separuh harga untuk burger di Miami Grill Malaysia. Jika anda ternampak Banner di bawah ini di Miami Grill Malaysia, anda harus serbu kerana anda layak mendapatkan separuh harga untuk burger-burger yanng terdapat di Miami Grill Malaysia
Promosi burger separuh harga Miami Grill Malaysia
Untuk pengetahuan semua, Miami Grill Malaysia dikendalikan oleh syarikat bumiputera Hani Maju Sdn. Bhd. Chef nya juga merupakan bumiputera Malaysia beragama Islam iaitu Chef Mohd Redzuan (ig : https://instagram.com/chefkorek/ )
Selepas menghadiri Majlis KFC #SehatiSejiwa Bersama Schawal , cik iena sempat menghadirkan diri ke program kerja amal bersama 1charity. Lawak betul dengan skirt kembangnya datang buat kerja amal. Sediakan makanan buat golongan yang memerlukan dan gelandangan.
Share a meal with the poor and needy by 1Charity - 10 September 2015
Walaupun agak penat menghadiri majlis KFC #SehatiSejiwa Bersama Schawal namun cik iena gagahkan jua untuk ke program kerja amal tersebut. Program ini diadakan setiap minggu pada hari khamis dan jumaat pada pukul 10 hingga 12 malam bertempat di Bank Muamalat Jalan MElaka. Pada minguu ini bersamaan hari raya aidil adha program ini tidak dijalankan kerana sukarelawan-sukarelawan pulang berhari raya. Insya Allah 1 dan 2 Oktober akan berjalan seperti biasa.
Share a meal with the poor and needy by 1Charity - 10 September 2015
Share a meal with the poor and needy by 1Charity - 10 September 2015
Sukarelawan sedang menyediakan makanan |Share a meal with the poor and needy by 1Charity - 10 September 2015
Share a meal with the poor and needy by 1Charity - 10 September 2015
Share a meal with the poor and needy by 1Charity - 10 September 2015
Kepada anda yang berminat untuk menjadi sukarelawan amatlah
dialu-alukan . Tiada syarat dikenenakan untuk menjadi sukarelawan cukup
sekadar anda turut sama hadir membantu menyediakan makanan buat golongan
yang memerlukan disamping sedikit peraturan yang perlu di patuhi untuk
menghormati golongan gelandangan dan yang seantara dengannya iaitu tidak
mengambil gambar mereka atau pun mengambil gambar suasana disana
menggunakan flash sehingga ketara maneampakkan raut wajah mereka .
Setiap mereka yang datang mengambil makanan ada masalah yang tersendiri .
Kita perlu hormat mereka supaya tidak menyebarkan gambar mereka secara
jelas.
Kepada yang berminat boleh hadir di
bank muamalat jalan melaka, belakang lrt masjid jamek aliran kelana jaya
pada pukul 10 malam, setiap hari khamis dan jumaat. Kepada yang
berminat untuk memberi sumbangan makanan juga amatlah dialu-alukan
tetapi anda dikehendaki menghubungi pihak kami terlebih dahulu supaya
tidak berlaku pembaziran makanan.
HELP THE POOR
:- Remember even the smallest of gifts like a piece of bread given to
them may be the reason Allah forgives you and enters you into
Jannah.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Siapa
saja di antara orang mukmin yang memberi makan saudaranya sesama mukmin
yang lapar, nescaya Allah akan memberinya buah-buahan syurga. Siapa
saja antara orang mukmin yang memberi minum saudaranya sesama mukmin
yang dahaga, nescaya Allah akan memberinya minuman Rahiqul Makhtum.
Baru-baru ini KFC Malaysia telah meganjurkan sebuah peraduandi Instagram bersempena Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang bertemakan #sehatisejiwa. Dimana peraduan itu telah berlangsung bermula dari 1 Ogos sehingga 3 September 2015. Peraduan ini telah menerima sambutan yang sangat menggalakkan.
KFC #SehatiSejiwa Bersama Schawal
Tanggal 10 september 2015 , bertempat di The View, Roof Top, G Tower Hotel, KL, KFC telah mengadakan satu majlis untuk meraikan para pemenang peraduan tersebut. Cik iena turut sama di jemput untuk memeriahkan majlis tersebut yang diberi nama KFC #SehatiSejiwa Bersama Schawal.
cik iena di View, Roof Top, G Tower Hotel, KL
Melalui peraduan tersebut , peserta dikehendaki mengambil gambar secara bersendirian atau berkumpulan beserta pesanan makanan yang di beli melalui KFC Delivery hotline atau laman web mengikut kreativiti memasing . Gambar yang dimuat naik perlu membawa pengertian “ Sehati Sejiwa “ bersempena dengan tema kemerdekaan tahun ini .
Pemenang kontes KFC Delivery #sehatisejiwa
Gambar para peserta yang bertanding dalam peraduan ini telah dinilai melalui gambar kretif berkaitan dengan KFC Delivery dan slogan yang terbaik. Seramai tiga pemenang utama telah memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM 1500 ( Johan ), RM 1300 ( Naib Johan ) dan RM 1000 ( Tempat Ketiga ) . Manakala 7 lagi telah mendapat hadiah saguhati berupa wang tunai sebanyak RM 200 setiap seorang .
Cik iena bersama Scha Alyahya
cik iena bersama Awal Ashaari
Pelbagai aktiviti yang menyeronokkan telah diadakan termasuk cabutan bertuah, face painting, dan juga pelbagai permainan yang menghiburkan . Sesi ramah mesra dengan selebriti jemputan iaitu pasangan suami isteri popular Scha dan Awal adalah acara yang paling meriah. Telatah Awal dan Scha sangat mencuit hati para hadirin yang hadir. Sifat ramah mereka menambahkan lagi kemeriahan majlis tersebut.
Permainan bersama artis KFC #SehatiSejiwa Bersama Schawal
Gambar bersama rakan blogger yang turut hadir di majlis KFC #SehatiSejiwa Bersama Schawal
KFC #SehatiSejiwa Bersama Schawal
Terima kasih di ucapkan kepada KFC kerana sudi menjemput cik iena dan rakan-rakan untuk memeriahkan majlis ini. Mohan jangan segan silu jemput lagi (^_~)
Iena Eliena’s Blog focuses on iena eliena life style as a part time blogger . Love to share all about her self . About her favourite foods, favourite place , about her blogging activity that she's involved in almost 12 years and also about her vacation in the country or abroad . Love to captured her selfie and share to Instagram to attract more follower.
Kindly email me for any event invitation / product review / any collaboration with your brand. You can reach me at iena(@)ienaeliena(.)com