Grab The Promo
Grab The Promo

The Joy Of Life Minuman Kolagen Sarang Burung Halal


The Joy Of Life merupakan jenama minuman berasaskan Sarang Burung dengan Kolagen (Collagen-infused bird's nest) . Minuman berkhasiat ini telah terbukti secara saintifik dapat membantu memulihara sel, sistem pernafasan dan organ dalaman tubuh. Selain daripada itu, ianya juga dapat membantu memperbaharui sel kulit agar lebih lembut, gebu berseri dan awet muda untuk jangka masa yang panjang.
The Joy Of Life Minuman Sarang Burung dengan Kolagen Halal Perasa Laici
The Joy Of Life Minuman Sarang Burung dengan Kolagen Halal Perasa Laici

 

Majlis Pelancaran Rasmi The Joy Of Life

Pada tanggal 20 Oktober 2016 bersamaan hari khamis,  Majlis pelancaran The Joy Of Life telah di adakan di Glasshouse, Seputih. Ia merupakan jenama minuman berkhasiat terbaru dalam rangkaian produk berasaskan ‘Collagen Bird’s Nest’ keluaran Ecolite Biotech Manufacturing Sdn. Bhd (Ecolite).

Majlis Pelancaran Rasmi The Joy Of Life
Majlis Pelancaran Rasmi The Joy Of Life

The Joy Of Life telah disahkan Halal oleh JAKIM. Ia didatangkan dengan 5 perisa iaitu Aloe Vera, Lychee, Longan, Kurma Merah dengan Wolfberry dan juga Perisa Asli. Setiap botol mengandungi serat Sarang Burung bersama 2500mg Kolagen, ‘Rock Sugar’ dan ‘RO Water. The Joy Of Life adalah minuman berkhasiat yang sesuai untuk dinikmati sesiapa jua kecuali kanak-kanak dibawah usia 2 tahun.

Majlis Pelancaran Rasmi The Joy Of Life
Majlis Pelancaran Rasmi The Joy Of Life
Ecolite merupakan satu-satunya pengeluar, pengilang dan peneraju utama pasaran produk-produk berasaskan Sarang Burung di Malaysia sejak sedekat yang lalu. Ecolite menternak, mengumpul dan mengilangkan sepenuhnya Sarang Burung agar kesemua proses pembuatan sentiasa terjamin dari segi kebersihan, kualiti dan khasiat setiap produk yang dikeluarkan. 



The Joy Of Life Minuman Khasiat Sarang Burung dan Kolagen Yang Halal Kini Di Pasaran 


Kurma Merah dengan Wolfberry - Kurma Merah dengan Wolfberry
Kurma Merah dengan Wolfberry - Kurma Merah dengan Wolfberry

Kurma Merah dengan Wolfberry - Aloe Vera
Kurma Merah dengan Wolfberry - Aloe Vera

The Joy Of Life Minuman Sarang Burung dengan Kolagen Halal - Perisa Asli
The Joy Of Life Minuman Sarang Burung dengan Kolagen Halal - Perisa Asli


The Joy Of Life Minuman Sarang Burung dengan Kolagen Halal - Perisa Longan
The Joy Of Life Minuman Sarang Burung dengan Kolagen Halal - Perisa Longan




Minuman khasiat Sarang Burung dengan Kolagen The Joy Of Life kini boleh dibeli di kesemua rangkaian kedai serbaneka 7 eleven dengan harga RM6.80 , dan ianya juga akan berada di farmasi-farmasi utama serta hypermarket seluruh Malaysia dalam masa yang terdekat .


Beli Ecolite bird nest Secara Online

https://store.ecolite.com.my 

Cik iena pernah beli secara online dengan harga RM 93.60 untuk 24 botol pada 9 january 2019. MEmandangkan agak sukar mendapatkannya di kedai fizikal sekarang jadi Cik iena beli secara dalam talian.

Beli Ecolite bird nest Secara Online
Beli Ecolite bird nest Secara Online


harga ecolite bird nest


Pada tahun 2020 harga Ecolite bird Nest ni sudah pun naik. Sedih pula Cik iena rasa harga dah mahal. Sebelum ni bawah RM100 boleh dapat 24 botol. Sekarang harga nya telah naik sehingga RM 124.80 tidak termasuk penghantaran.

ecolite murah
Lebih murah dari official website


Memandangkan Cik iena sejenis manusia yang suka membuat perbandingan harga jadi Cik iena telah jumpa Lazada yang lebih murah. Boleh rujuk pautan no 1 di bawah ya. Artikel ini di update untuk memudahkan Cik iena membeli Ecolite Bird Nest secara dalam talian dengan harga yang berpatutan.


Antara tempat lain yang anda boleh beli minuman sarang burung ini adalah di

  1. Semasa artikel di update harganya RM105 dan Shipping RM13 
  2. http://bit.ly/ecoliteShopee 



Untuk maklumat  lanjut 'The Joy Of Life' sila layari  

Alamat : Lot 9284 & 9285, Jalan Yong Peng, 83400 Sri Medan, Batu Pahat, Johor Darul           Takzim,Malaysia, 83400 Batu Pahat
Phone: +607-4285505
Fax: +607-4285505
Careline: 1300 888 9955
Email: thejoyoflife@ecolite.com.my 




iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Olay Miracle Boost Untuk Kulit Lebih Muda Dan Cantik


Penjagaan kulit bagi  wanita dan lelaki adalah penting dan ia dijadikan rutin setiap hari untuk mengekalkan kulit yang sihat. Olay menawarkan penyelesaian kecantikan untuk kedua-dua wanita dan lelaki terhadap faktor persekitaran dan penuaan . 

Olay Untuk Kulit Lebih Muda Dan Cantik
Olay Untuk Kulit Lebih Muda Dan Cantik

Olay telah menjadi jenama yang dipercayai selama bertahun-tahun dan menawarkan pelbagai rangkaian produk untuk mengekalkan dan membina kulit yang sihat serta kelihatan berseri dari dalam.



Olay Face Regenerist Miracle Boost 40m 

Olay Face Regenerist Miracle Boost
Olay Face Regenerist Miracle Boost
Miracle Boost ini di jual secara eksklusif hanya di Lazada Malaysia . Miracle Boost ini akan mengubah kulit anda menjadi lebih baik, ia di cipta khas untuk meningkatkan pembaharuan sel-sel kulit dan memberi 2x lebih anti-penuaan penembusan aktif ke dalam kulit.  Olay Regenerist Face Miracle Boost di rumus khas bagi memulihkan dan menyuburkan kulit anda dari dalam sehingga mampu menghasilkan kulit yang licin ,sihat dan berseri serta ianya juga menawarkan perlindungan kulit yang berpanjangan . 


Olay Face Regenerist Miracle Boost
Olay Face Regenerist Miracle Boost
Kulit anda akan kelihatan berseri , lembap dan kelihatan muda dari usia dengan bahan-bahan anti-penuaan yang boleh mempercepatkan kesan anti-penuaan untuk lebih cepat, kesan lebih ketara ianya dapat membaiki kulit anda dan menjadikan  umur kulit anda lebih muda dari usia


Olay Face Regenerist Miracle Boost
Olay Face Regenerist Miracle Boost

Review Olay Face Regenerist Miracle Boost



Olay Face Regenerist Miracle Boost
Olay Face Regenerist Miracle Boost
Di Usia cik iena yang berada di dalam kelompok 3 series ini pastinya ini merupakan antara produk penjagaan kulit yang perlu ada . Miracle Boost ini menjadikan kulit muka cik iena lebih anjal dari yang sebelumnya . Permukaan kulit menjadi licin dan lembut serta lembab. 

Kepada anda di luar sana yang ingin kan kulit yang muda dan sihat boleh la cuba Olay Face Regenerist Miracle Boost ini . 

Selain dari Olay Face Regenerist Miracle Boost terdapat banyak lagi rangkaian produk dari Olay yang banyak kebaikan dan manfaat buat kulit kita . Antaranya adalah OLAY Regenerist Advance Anti-Ageing Micro-Sculpting Cream Moisturizer . 







OLAY Regenerist Advance Anti-Ageing Micro-Sculpting Cream Moisturizer


OLAY Regenerist Advance Anti Ageing Micro Sculpting Cream Moisturize
OLAY Regenerist Advance Anti Ageing Micro Sculpting Cream Moisturize
Krim pelembab ini sangat sesuai dengan cik iena yang dah masuk lingkungan  3 series ni . Walaupun usia kita dah menjangkau 30 tapi kita tak seharusnya membiarkan wajah kita juga seperti usia tersebut. Dengan penjagaan kulit yang konsisten pasti kita akan dapat kulit yang cantik dan muda dari usia kita. Oleh itu anda boleh juga cuba OLAY Regenerist Advance Anti-Ageing Micro-Sculpting Cream Moisturizer . Krim ini sangat melembabkan kulit kita dan melambatkan proses penuaan . 

OLAY Regenerist Advance Anti Ageing Micro Sculpting Cream Moisturize
OLAY Regenerist Advance Anti Ageing Micro Sculpting Cream Moisturize

Untuk pengetahuan anda semua, kini rangkaian produk Olay boleh di dapati di Lazada Malaysia . Dapatkan Olay Face Regenerist Miracle Boost 40m (Exclusive launch on Lazada)   klik DISINI  dan dapatkan juga OLAY Regenerist Advance Anti Ageing Micro Sculpting Cream Moisturize DI SINI. Selain itu anda juga boleh lihat rangkaian produk Olay yang lain  di SINI.

Istimewa buat anda yang membeli di Lazada anda boleh dapatkan diskaun penjimatan sebanyak 15% dengan menggunakan Voucher Code “15LAPOCT30


Lazada Malaysia






If you would like to participate in reviews

like this in the future, please contact affiliate@lazada.com.my to join the Lazada Family!



iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Pentas Lawak Solo Bermula Jumaat Ini


Menjanjikan hiburan tanpa henti kepada penontonnya, Astro Warna kini tampil dengan sebuah program komedi terbaharu iaitu Lawak Solo yang bakal menemui penonton bermula 21 Oktober 2016, Jumaat ini  jam 10 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Astro Mustika HD (saluran 134). 

Pentas Lawak Solo


Program pencarian bakat solo ini dihasilkan dengan tujuan untuk mencari pelapis pelawak tunggal tanah air yang mampu menjadi penyambung kegemilangan dunia komedi solo mahupun stand-up comedy di Malaysia yang semakin mendapat tempat di hati peminat dunia lawak tempatan.

Lawak Solo juga menampilkan 10 orang peserta lelaki dari pelbagai latar belakang dan bakal berentap di pentas mingguan Lawak Solo selama lapan minggu berturut-turut bagi merebut gelaran Juara Lawak Solo musim pertama yang bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM 80,000.00.

10 nama peserta yang bakal membuat penonton tidak kering gusi bermula Jumaat ini adalah  DANIAL, MAD SABAH, NIZAM, AG HAFIZ, AARON, WAN GEGAU, KC NAZARI, DINN (Dengerous), FIKRY dan RIDZUAN.

Selain itu, Johan, Saiful Apek dan Dato’ AC Mizal antara pelawak popular yang turut terlibat dalam menjayakan program terbaharu Astro Warna ini. Siapakah yang akan berjaya mencuit hati penonton dan juri pada minggu pembukaan ini? Jom sama-sama kita saksikan Jumaat ini.






iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Bagaimana Menentukan Chia Seeds Yang Berkualiti


Chia Seeds merupakan SUPERFOODS yang memang tidak dapat di sangkalkan. Ia mengandungi  Omega-3, Karbohidrat, Protein, Fiber, Anti Oxidant dan Kalsium  di mana kesemua aspek ini merupakan makanan yang dapat membekalkan tenaga buat anda.



Chia Seeds
Cik iena mengamalkan chia seeds dan air cincau


Terdapat pelbagai jenis Chia Seeds yang berada Di Pasaran . Kita perlu lebih berhati-hati dalam memilih Chia Seeds yang berkualiti bagi mendapatkan nutrisi yang sepatutnya . Kebiasaannya jika Chia Seeds yang di makan sudah rosak , kadar nutrisinya akan berkurangan dari pada biasa. 


chia seeds
Cik iena mengamalkan chis seeds dengan air kiwi

Bagaimana Menentukan Chia Seeds Yang Berkualiti 


Untuk pengetahuan anda Chia Seeds yang bewarna Kehitaman adalah Chia Seeds yang baik . Namun anda juga perlu tahu bahawa terdapat juga chia seeds yang berwarna putih. Kebiasaannya dalam pembungkusan Chia Seeds ianya akan mengandungi 85%  Chia Seeds Hitam dan 15%  Chia Seeds Putih.

Chia Seeds yang bewarna kehitaman seperti di bawah adalah Chia Seeds yang baik kondisinya dan mempunyai nutrisi yang cukup.


Good Chia Seeds
Good Chia Seeds


 Chia Seeds yang mula bertukar dari warna Hitam ke warna perang merupakan Chia Seeds yang kurang baik kualitinya di mana kadar nutrisinya berkurangan kerana proses pengoksidaan yang dialaminya.


Low Quality Chia Seeds
Low Quality Chia Seeds

Chia Seeds yang berwarna oren atau keperang perangan merupakan Chia Seeds yang kurang baik kerana ianya telah teroksida teruk.

Di bawah merupakan contoh Chia Seeds yang sudah teroksida.

Oxidized Chia Seeds
Oxidized Chia Seeds
Kebiasaannya dalam pembungkusan Chia seeds akan ada chia seeds yang telah rosak sedikit . Dari apa yang cik iena bandingkan diatara Chia Seeds Keluaran JoyMix yang d bungkus di dalam botol lebih baik berbanding chia seeds yang di bungkus di dalam plastik.

Bagaimana Untuk Mendapatkan Chia Seeds Yang Berkualiti 


Untuk mendapatkan Chia Seeds yang berkualiti faktor utama yang perlu di titik beratkan adalah pembungkusan sesuatu Produk itu . Pembungkusan yang tidak baik akan menyebabkan Chia Seeds oxidized dengan cepat dan akan menyebabkan kandungan nutrisinya berkurangan


Chia Seeds
Chia Seeds keluaran JoyMix

Untuk pengetahuan semua Chia Seeds yang di bungkus menggunakan plastik terutamanya plastik lut sinar adalah kurang baik untuk mengekalkan nutrisi chia seeds tersebut . Sinaran cahaya yang menembusi chia seeds tersebut boleh menyebabkan chia seeds teroksida dengan cepat .

 Pembungkusan yang Baik

Pembungkusan yang baik   diperlukan untuk melindungi chia seeds dari rosak dan teroksida . Pembungkusan yang baik, boleh menghalang cahaya matahari UV yang boleh merosakkan kandungan Omega dalam Chia Seeds.
Beg plastik adalah tidak sesuai untuk  Chia Seeds kerana sinar UV boleh menembusi beg plastik tersebut.

Jadi , anda perlu memilih Chia Seeds yang di bungkus di dalam botol atau apa-apa bekas yang tidak lut sinar/lut cahaya .

APA ITU BAHAN LUT SINAR / LUT CAHAYA

Bahan lut sinar ialah bahan yang membenarkan cahaya menembusinya dengan sempurna

GOOD VS BAD CHIA SEEDS


GOOD VS BAD CHIA SEEDS


Di sini cik iena ingin berkongsi tentang Chia Seeds yang cik iena amalkan dari keluaran jenama JoyMix . Chia Seeds ini merupakan Chia Seeds yang berkualiti jika di lihat pada keadaan Chia Seeds tersebut yang kebanyakannya adalah bewarna kehitam hitaman ke arah grey dan di bungkus dengan botol  yang agak tebal yang dapat mengurangkan proses pengoksidaan chia seeds.


JOY MIX CHIA SEEDS




Merupakan Chia Seeds organik yang berkualiti tinggi serta ianya telah di sahkan Halal oleh JAKIM.
Chia Seed Organicini  adalah biji dari tanaman yang tumbuh di padang pasir, bernama Salvia Hispanica dan biasa tumbuh di Mexico yang biasanya dipakai sebagai penambah energy (energy booster).

Chia Seeds mengandungi Omega-3, Karbohidrat, Protein, Serat, Anti Oxidant dan Calcium yang sering disebut sebagai Superfood. Merupakan bijirin semula jadi tanpa diproses dan sangat bermanfaat untuk menyokong kesihatan, iaitu: mengurangkan / menyeimbangkan berat badan, menurunkan tekanan darah, mengurangkan risiko penyakit jantung, tiroid, anti-glycaemia, diabetes, acid



Mengapa Harus Mengambil Chia Seeds?


Sebelum ini , sumber Omega-3 hanya diketahui berasal dari ikan dan sayur-sayuran, di mana ikan mempunyai kemungkinan ianya akan tercemar merkuri . Omega-3 yang berasal dari sayur-sayuran pula kandungannya rendah. Pada masa ini Chia Seed adalah sumber Omega-3 tertinggi yang pernah ada dan berasal dari biji-bijian.


Chia Seeds
Chia Seeds


Nutrisi yang dikandungnya adalah sebagai berikut:


  • - 8 kali ganda jumlah sumber Omega-3 berbanding salmon,
  • - 6 kali jumlah kalsium berbanding susu,
  • - 2 kali ganda jumlah protein berbanding dengan biji-bijian lain,
  • - 6 kali jumlah potassium berbanding pisang,
  • - 3 kali jumlah antioksidan berbanding blueberry,
  • - 3 kali jumlah zat besi berbanding bayam
Dengan mengambil Chia Seed setiap hari, akan melengkapi keperluan nutrisi anda sehari-hari serta meningkatkan kesihatan anda.

Sebagai Sumber Protein

Chia adalah sumber protein yang lengkap, menyediakan semua asam amino penting dalam bentuk yang mudah dicerna. Mereka juga memiliki sumber serat (fiber) yang luar biasa.

Anti Oksidan

Memiliki anti oksidan ayng tinggi dan membuat nutrisi biji-bijian tetap stabil lebih lama. Biji Chia dapat disimpan kering selama 4-5 tahun tanpa penurunan rasa, aroma atau nilai gizi.

Chia Seed untuk Diet

Chia Seeds ini mampu menyerap air dan membentuk gel, boleh menyimpan air 9-12 kali beratnya sehingga boleh menimbulkan rasa kenyang.
Selain itu ketika ditambah ke makanan, akan penggusuran kalori dan lemak tanpa menghilangkan rasa. Dengan demikian, seseorang boleh makan satu hidangan biasa namun hanya diserap kira-kira setengah kalori yang telah dimakan.

Penyerapan Gula

Chia Seed melambatkan kesan gula pada tubuh, jika dimakan bersama-sama.
Biji tersebut boleh mencipta penghalang fizikal antara karbohidrat dan pencernaan enzim yang memusnahkan mereka dan melambatkan penukaran dari karbohidrat menjadi gula. Itu bermakna tenaga dari makanan dilepaskan terus sehingga menghasilkan daya tahan lebih. Ini jelas bermanfaat bagi penghidap diabetes pada khususnya.

Cara Penggunaan



Amalkan satu sudu Chia Seeds sehari
Amalkan satu sudu Chia Seeds sehari
  • - Chia seed yang lembut ini boleh dengan mudah dijadikan bahan untuk makanan, terutamanya sering dicampur dalam cereal, sayur-sayuran, nasi, yoghurt, roti dan bermacam-macam minuman.
  • - Cara yang paling umum untuk mengambilnya adalah dengan mencampurkannya ke air minum yang kemudian diminum seperti biasanya kita meminum air.
  • - Boleh dijadikan Jeli. Cukup tambah 8 sudu makan Chia Seed kedalam 2 gelas air. Aduk campuran tersebut dan simpan dalam peti ais dengan tempat yang tertutup rapat. Bila sudah berbentuk gel, maka boleh dimakan bila-bila masa juga. Jeli ini boleh disimpan sehingga kira-kira 3 (tiga) minggu.
  • - Chia Seeds juga boleh dimasukkan ke dalam smoothies, sos salad, puding, dll.
  • - Chia Seeds Boleh dicampur dalam jus buah,contoh jus epal. Dengan demikian kita dapat mengambil Chia Seeds dengan rasa manis yang didapat dari buah-buahan.
  • - Ditaburkan diatas buah-buahan potong yang akan kita makan.
  • - Semakin lama Chia Seeds tenggelam, semakin tinggi nutrisi yang tersedia. 
  •  
Cik iena mengamalkan chia seeds dan yougurt
Cik iena mengamalkan chia seeds dan yougurt

PENGAMBILAN CHIA SEEDS DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN


Hampir sebulan cik iena telah mengamalkan CHia Seeds dari JoyMix . Cik iena mengamalkan sebanyak Minimum 1 Sudu Setiap hari. Adakalanya cik iena akan ambil lebih kerana cik iena sangat menggemari akan rasanya yang rangup .

Selain di campurkan dalam minuman, cik iena juga memakannya seperti Quaker Oat di mana campuran susu di gantikan dengan yourgurt dan di bancuh pekat bersama Chia Seeds .

KESAN PENGAMBILAN CHIA SEEDS


Untuk cik iena kesan pengambilan yang cik iena rasai adalah perut sentasa rasa kenyang . Ianya sangat sesuai bagi anda yang sedang berdiet. Selain daripada itu Cik iena juga lebih bertenaga dari biasa jika mengamalkan pengambilan Chia Seeds ini . Berat badan cik iena juga berkurangan selepas pengambilan chia seeds.

Disamping itu sistem pencernaan cik iena juga berjalan lancar. Cik iena tidak lagi perlu memakan ubat untuk proses pencernaan cik iena. Cik iena mengalami masalah pencernaan yang boleh dikatakan teruk kerana cik iena perlu memakan ubat atau membuat detoks untuk proses pencernaan .

Jadi selepas mengamalkan Chia Seeds cik iena tidak lagi mengambil ubat untuk proses pencernaan cik iena . Lancarnya proses pencernaan ini dan kenyangnye perut cik iena membuatkan berat cik iena semakin turun dan kadar kebuncitan perut berkurangan yeayy.


DI MANA UNTUK DAPATKAN CHIA SEEDS


chia seeds

Lazada : http://bit.ly/JoyMixchiaseeds
11Street :  http://bit.ly/11streetchiaseeds
Official Website : www.joypremix.com

 Istimewa buat pembaca semua anda boleh dapatkan diskaun dengan menggunakan KOD : SEEDENA10 di laman rasmi mereka iaitu https://www.joypremix.com/products/natural-chia-seeds--2-bottles--halal--high-quality

PROMO CODE:   SEEDENA10 discount RM10 for Natural Chia Seeds (2 x 400g).  
                              *not available for Natural chia seeds (400g)

Valid  :  07.09.16 - 31.10.16








iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Krabi Hotel dan Aktiviti Menarik di Sana



Krabi adalah sebuah bandar peranginan di selat Andaman. Ia terletak di kawasan batu kapur kars, hutan belantara dan paya bakau yang menjadi rumah kepada pelbagai spesies haiwan liar dan tumbuh-tumbuhan.

Phi Phi Island
Phi Phi Island


Cuaca tropikanya yang panas dan kering sepanjang tahun menjadikan Krabi sangat sesuai untuk dikunjungi oleh pelancong-pelancong dari seluruh dunia. Lokasinya yang mudah diakses serta terdapat pelbagai fasiliti yang lengkap untuk pelancong menjadikan tempat ini sebagai destinasi pilihan yang terkenal untuk bercuti.

Bukan itu saja, negara Thailand yang semenangnya terkenal dengan makanan yang enak dan lazat serta penduduknya yang mesra dan ramah juga  telah tersenarai dalam  antara tempat yang wajib dilawati bagi mereka yang gemar mengembara!

Phi Phi Island
Phi Phi Island


Bagi anda yang teringin ke sana, anda boleh cuba lawati https://www.traveloka.com/en-my/  untuk book Krabi hotel dan flight ke sana pada harga yang sangat perpatutan.  Enjin Carian flight dan hotel  ini menawarkan pelbagai promosi menarik lebih-lebih lagi pada musim perayaan dan hujung minggu.

Ianya akan lagi menarik jika anda yang tidak mempunya kredit kad juga  boleh book kerana di sini terdapat pilihan pembayaran lain iaitu online banking service seperti maybank2u dan cimbclicks .Sekarang semuanya mudah kan. Tak perlu lagi anda mencari agensi agensi perlancongan untuk melancong. Anda boleh terus booking online. Klik Klik dunia di hujung jari sahaja. Baiklah, sekarang jom kita lihat apa antara aktiviti-aktiviti best di sanaa.

Sewa bot dan tour guide untuk explore pulau-pulau di sekitarnya


Untuk pengetahuan anda, terdapat lebih kurang 200 buah pulau di perairan sekitar Krabi. Daripada pulau kecil yang hanya terdiri dariapada batu-batu kecil hinggalah ke pulau-pulau besar yang dipenuhi dengan resort-resort untuk aktiviti pelancongan.

Kebiasaanya, bot boleh disewa dari Ao Nang beach berserta pemandu arah. Ini dapat memudahkan lagi urusan anda kerana terdapat tour guide yang akan uruskan semua hal termasuk menjelaskan mengenai tempat-tempat yang anda lawati.




Melawat Pantai Railay

Pantai Railay
Pantai Railay


Pantai ini boleh dikatakan merupakan pantai yang paling femes di sini.Tidak dinafikan bahawa pantainya yang memutih, airnya yang biru turqoise serta pemandangan gua-gua batu kapur yang sangat memukau menjadikan tempat ini sering disebut-sebut oleh pelancong. Terdapat juga beberapa hotels in Krabi yang beroperasi tidak jauh dari pantai ini. Anda juga boleh merancang bermalam di area ini kerana tempatnya sangat cantik dan indah untuk anda nikmati.



Meneroka Pulau Phi Phi



Pulau ini juga merupakan antara tempat yang paling dikenali di sini. Mungkin disebabkan sebelum ini sebuah produksi Hollywood pernah merakamkan sebuah filem di sini. Ianya terletak sejauh 45 minit perjalanan dengan bot laju dari tanah besar, pulau tropika ini sering sesak dengan pelancong.

Pulau Phi Phi
Pulau Phi Phi


Jadi jika anda ingin ke sini, adalah di sarankan agar anda datang pada awal pagi.  Kedudukan tempat  agak terasing dari tanah besar serta strukturyang bertebing curam membuatkan tempat ini tidak sesuai untuk sebarang pengangkutan kecuali bot.

Bermandi-manda di Emerald Pool

 

Emerald Pool
Emerald Pool


Air terjun yang jernih bak kristal ni dikelilingi hutan yang indah dan menakjubkan. Menjadi rumah kepada pelbagai flora dan fauna, lokasi ini sering dikunjung pelancong kerana airnya yang hangat dan menyegarkan. Terdapat banyak spesies burung termasuklah burung Pita Gurney yang pernah dikatakan pupus juga boleh dilihat di sini.

Emerald Pool & Air Terjun Hot Spring
Emerald Pool & Air Terjun Hot Spring



Menyegarkan tubuh di Klong Thom Hot Spring


Kolam air panas ini juga terletak di dalam hutan. Punca air panas di sini dikatakan daripada mata air yang berasal dari dalam kerak bumi yang asalnya merupakan lohong gunung berapi pada suatu masa dulu. Kolam ni terletak berdekatan dengan Emerald Pool, jadi kalau anda ke sini, anda boleh  melawat kedua-dua tempat ni sekali gus.


Klong Thom Hot Spring
Klong Thom Hot Spring


Mendaki Gunung Khao Khanab Nam

Tempat ni merupakan antara landmark yang terkenal di sini. Puncak gunungnya yang terletak di antara beberapa buah gua yang dipenuhi dengan stalaktit dan stalagmite menjadikan ia betul-betul sebagai salah satu keajaiban alam! Selain tu, anda juga boleh menjumpai banyak tinggalan tengkorak manusia yang dipercayai pernah mendiami gua-gua ini pada suatu masa dulu.

Gunung Khao Khanab Nam
Gunung Khao Khanab Nam


Menyelam di Koh Lanta


Terletak lebih kurang 2 jam dari Krabi, Koh Lanta mempunyai pantai sepanjang kira-kira 2 kilometer. Pulau yang tidak didiami oleh penduduk tempatan ini terdiri daripada resort-resort serta tempat yang ideal untuk diver. Kekayaan hidupan marinnya menarik perhatian penyelam-penyelam dari seluruh dunia. Walau bagaimanapun, rate tempat penginapan di sini tak la semahal atau resort-resort lain di sekitar Phi Phi Island.

Koh Lanta
Koh Lanta





Banyak kan Aktiviti yang anda boleh Lakukan Di Krabi . Isya Allah Jika ada Rezeki Cik iena dan kawan kawan nak kesana. Cuma sekarang kami agak sibuk tak dapat nak travel luar negara buat masa ni .


Sumber Gambar : Google


iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve