Grab The Promo
Grab The Promo

Tukar Bateri Kereta di Carput

Aplikasi Carput dapat membantu pemandu kereta di Malaysia yang merangkumi servis hantar & pasang bateri kereta, 'jumpstart' bateri, tukar tayar pancit, penghantaran petrol dan khidmat tundaan, 365 hari setahun.

Tukar Bateri Kereta di Carput



Baru-baru ni kereta Cik iena tiba-tiba tak boleh start. Mengikut tanda-tanda icon tu menunjukkan masalah bateri. Memandangkan Cik iena sendiri sedia maklum yang bateri kereta dah lama tak tukar. Jadi memang Cik iena takde call adik lelaki tanya masalah dan apa perlu buat.

Cik iena terus google penggantian bateri kereta online. Kalau kita duduk di kampung atau dekat sedara mara boleh panggil untuk jumstary kereta bawa ke bengkel lan. Memanndangkan Cik iena duduk bujang seorang jadi Cik iena decide untuk terus booking via apps sahaja.

Sebelum ni ada je dalam group Skyawani 3 hantar message minta tolong orang jumper. Cik iena macam segan sikit. Lagipun benda boleh setel sendiri kita uruskan sendiri lebih mudah. Lainlah kalau kejadian ni terjadi masa di luar kawasan rumah mungkin Cik iena sedikit kelam kabut.

KEjadian kereta tak boleh start berlaku di parking rumah masa CIk iena nak pergi kerja hari isnin 2 Oktober. PErkara pertama CIk iena message boss request WFH sebab kereta tak boleh start. Selepas tu mesej kawan office yang patut tau juga.

Lepas tu baru Cik iena google macam mana nak tukar bateri kereta. ada tiga empat syarikat juga. Lepas kawan suggest Carput , Cik iena pun buat perbandingan harga dengan aplikasi lain. Memandangkan di Carput lebih murah dan harga dipamerkan adalah harga termasuk penghantaran, trade in bateri lama dan servis pemasangan bateri baru. Cik iena pilih CArput.

 

Sebelum Cik iena kongsi pengalaman CIk iena cerita sedikit mengenai Carput.

 

Apa itu Aplikasi Carput?


Aplikasi Carput adalah platform mudah alih yang direka khas untuk membantu pemilik kenderaan mengatasi situasi darurat semasa memandu, seperti kenderaan rosak, kehabisan bahan api, atau tayar pancit. Aplikasi ini menawarkan pelbagai ciri yang sangat berguna untuk menjadikan pengalaman memandu anda lebih selamat dan selesa.

Manfaat Utama Aplikasi Carput


Pemulihan Kenderaan Darurat

Salah satu ciri yang paling penting dalam Aplikasi Carput adalah perkhidmatan pemulihan kenderaan darurat. Jika anda mengalami masalah dengan kenderaan anda, seperti terkandas di jalan, hanya dengan beberapa ketukan pada skrin telefon anda, anda boleh membuat tempahan bantuan yang akan tiba di lokasi anda dengan segera. Ini membantu anda menjimatkan masa, wang, dan mengurangkan stres yang mungkin timbul dalam situasi darurat seperti ini.

Bahan Api Dihantar ke Anda

Aplikasi Carput juga menyediakan perkhidmatan penghantaran bahan api terus ke lokasi anda. Jika anda kehabisan bahan api atau hanya ingin mengelakkan beratur panjang di pam minyak, aplikasi ini akan membantu anda mendapatkan bahan api dengan cepat dan mudah.

Penjadualan Penyelenggaraan Berkala

Aplikasi Carput membolehkan anda menjadualkan penyelenggaraan berkala untuk kenderaan anda, termasuk servis berkala dan pertukaran minyak. Dengan sistem pemberitahuan yang terintegrasi, anda tidak perlu bimbang melepaskan jadual penyelenggaraan penting untuk kenderaan anda.

Perkhidmatan Tayar Pancit

Masalah tayar pancit adalah perkara biasa yang boleh berlaku semasa memandu. Aplikasi Carput boleh membantu anda mendapatkan perkhidmatan membaiki tayar pancit dengan cepat dan cekap, membolehkan anda meneruskan perjalanan anda dengan selamat.

Pemberitahuan dan Penjejakan Real-time

Aplikasi ini juga menyediakan ciri-ciri pemberitahuan dan penjejakan waktu sebenar, yang membolehkan anda tetap dimaklumkan tentang status bantuan yang anda pesan. Anda boleh melihat di mana bantuan anda berada dan berapa lama masa yang diperlukan untuk sampai ke lokasi anda.

Ketersediaan 24/7

Perkhidmatan Aplikasi Carput tersedia sepanjang masa, 24/7, membolehkan anda bergantung pada bantuan darurat pada bila-bila masa yang anda perlukan, malah pada waktu tengah malam atau hari perayaan sekalipun.


Kesimpulannya Aplikasi Carput adalah alat yang sangat berguna untuk pemilik kenderaan yang ingin menjaga mobiliti mereka tetap lancar dan bebas masalah. Dengan ciri-ciri seperti pemulihan kenderaan darurat, penghantaran bahan api, penjadualan penyelenggaraan berkala, dan perkhidmatan tayar pancit, Aplikasi Carput memberikan penyelesaian menyeluruh kepada masalah yang sering dihadapi oleh pemilik kenderaan. Oleh itu, jika anda ingin menjaga kenderaan anda dalam keadaan terbaik dan merasa lebih selamat semasa memandu, pertimbangkan untuk memuat turun Aplikasi Carput hari ini. Dengan begitu, anda dapat meraih ketenangan fikiran yang anda cari semasa berada di jalan.

 


Tukar Bateri Kereta di Carput


Selesai download apps dan daftar. Ikut sahaja step, masukkan maklumat kereta dan booking slot anda. Untuk kes CIk iena booking jam 1 tengah hari sebab CIk iena kira bekerja WFH. Jadi Cik iena schedule jam 1pm untuk penggantian bateri kereta.

Nanti pihak Carput akan whatsapp kita. 


Terima Kasih atas pesanan anda. sila ambil perhatian bahawa.

1-Technician akan menelefon sebelum menuju ke sana , sila angkat panggilan telefon jika tidak technician tak akan bergerak ke lokasi
2-Technician akan menyemak sebelum menukar bateri
3-Harga sudah ada dengan trade in
4-Pemasangan dan penghantaran percuma
5-Sebarang pembatalan jika juruteknik tiba di lokasi anda akan dikenakan caj perkhidmatan RM60

 

CENTURY ROADMASTER NS60
Waranti 15 bulan bermaksud dari tarikh pasang bateri jika ada masalah bateri boleh rujuk Carput. Selepas 15 bulan memang kene tukar bateri baru. So Cik iena kene ingat 2 MArch 2025 perlu tukar bateri kereta ya

Untuk kes emergency yang berada diluar rumah mungkin perlu buat dalam masa terdekat. Untuk info pembayaran dibuat selepas selesai penggantian bateri baru. Staff CArput akan hantar pautan untuk bayar. Selesai bayar pekerja yang hadir akan ambil gambar resit pembayaram kita dan resit akan di email kemudian.


Tukar Bateri Kereta di Carput



Mudah sahaja berurusan dengan Carput. Tempoh menggantikan bateri tak sampai 10 minit. Kira cik iena tengok jam cik iena mesej dia tunggu dimana dan selesai pembayaran dah tunggu lift tu tak sampai 10 minit. Sangat sekejap.

Mula mula dia akan cek bateri kereta. Just ikut arahan dia suruh start then cabut kunci. Lepas cek bateri dia tukar bateri. Lepas tukar untuk test, dia suruh once bunyi alark kereta, masukkan kunci kereta, just on tak perlu start kemudia tekan button matikan alarm kereta. Then bukak aircond and lampu .

Selesai boleh buat pembayaran. Tak samai 10 minit semua selesai. Jadi kepada anda diluar sana if ada masalah bateri boleh try Carput ok.


 CENTURY ROADMASTER NS60

Cik iena tulis artikel ini untuk rujukan Cik iena juga. Kebiasaannya segala berkaitan kereta Cik iena akan google dekat blog Cik iena dulu ada tulis apa-apa tak. Untuk kes servis kereta, tukar tayar Cik iena ada tulis. Jadi ada rujukan. Untuk kes bateri kong nampaknya masa bateri kong sebelum  ni Cik iena sangat sibuk dan tak tulis di blog. Jadi hari ini selepas selesai tukar bateri Cik iena terus tulis untuk rujukan Cik iena di masa hadapan dan juga untuk rujukan anda yang mengalami masalah sama seperti Cik iena.

Waktu Operasi Carput

Isnin Hingga Ahad jam 7 am hingga 11 pm

Jom download Carput
refferal code : 6B2XP7


Okay dekat atas Cik iena tulis takde tulis artikel mengenai tukar bateri kereta sebelum ni kan. Cari balik rupanya Cik iena cuma buat vlog. Tapi situation lain masa PKP. haha lama sangat tu tak tukar  bateri. Masa tu pun beli bateri yg mahal dekat bengkel kereta. 3 Tahun yang lepas ya haha .
Okay nanti Cik iena review bateri paling murah yg CIk iena beli ni tahan berapa lama . Sebelum ni beli yang mahal tahan 3 tahun 5 Bulan. Lupa pulak nak catiti jenama bateri haha. Kali ni catit







Dorsett Kopitiam di Dorsett Grand Subang

Dorsett kopitiam



Sempena hari kemerdekaan yang menjelang tiba pasti terdapat pelbagai sambutan yang diadakan bagi mengenang kembali saat-saat kemerdekaan negara kita yang tercina. Bagi Meraikan Hari Kebangsaan Malaysia ke-66 pada 31 Ogos 2023 dan Hari Malaysia ke-60, Dorsett Grand Subang telah melancarkan "pop-up outlet Dorsett Kopitiam" di Lobi Hotel pada 14 Ogos 2023 sehingga 16 September 2023.


Dorsett Kopitiam di Dorsett Grand Subang
Dorsett Kopitiam di Dorsett Grand Subang


"pop-up outlet Dorsett Kopitiam" ini Dianggap sebagai elemen penting dalam budaya dan sejarah Malaysia, kopitiam telah wujud sejak akhir 1800-an dan merupakan tempat berkumpul masyarakat kita pada ketika itu. Dengan adanya Dorset Kopitiam ini sememangnya ianya akan mengembalikan nostalgia ketika zaman kemerdekaan dahulu .


Dorsett Kopitiam di Dorsett Grand Subang
Dorsett Kopitiam di Dorsett Grand Subang


Nenek dan atuk anda pasti merindui zaman kegemilangan ini. Dorsett Grand Subang mengambil inisiatif ini untuk menyemarakkan lagi semarak kemerdekaat bagi mengimbau kembali nostalgia zaman-zaman kemerdekaan dengan melancarkan Dorsett Kopitiam ini.




Dorsett Kopitiam di Dorsett Grand Subang
Dorsett Kopitiam di Dorsett Grand Subang

Dorsett Kopitiam di Dorsett Grand Subang


Jom, hidupkan semula pesona kopitiam di Dorsett Grand Subang.

Dari lantai berjubin mozek kepada suasana nostalgia keseluruhan dan sudah tentu banyak makanan ‘lepak-ing’ seperti telur kampung rebus lembut, roti bakar dengan mentega dan kaya, nasi lemak bungkus, tart telur Portugis, popiah goreng, cucur udang dan karipap.

Dorsett Kopitiam di Dorsett Grand Subang
Dorsett Kopitiam di Dorsett Grand Subang

Dorsett Kopitiam di Dorsett Grand Subang
Dorsett Kopitiam di Dorsett Grand Subang

Dorsett Kopitiam di Dorsett Grand Subang
Dorsett Kopitiam di Dorsett Grand Subang

Dorsett Kopitiam di Dorsett Grand Subang
Dorsett Kopitiam di Dorsett Grand Subang

Dorsett Kopitiam di Dorsett Grand Subang
Dorsett Kopitiam di Dorsett Grand Subang


Semua item berharga RM12.80 setiap pesanan termasuk pilihan minuman Milo, Teh Tarik, Kopi Lokal atau Nescafe Tarik. Sekiranya ingin memesan Tempahan minuman A-la-carte , ianya berharga RM6 bersih setiap pesanan.

Dorsett Kopitiam di Dorsett Grand Subang
Dorsett Kopitiam di Dorsett Grand Subang


Tambah lagi menarik dan mengimbau nostalgia bila dapat makan Biskut Icing gem colorfull. Biskut yang rapuh dengan pusaran aising berwarna-warni di bahagian atas. Tak lupa juga Biskut roti kering bergula yang sesuai dengan secawan kopi panas.


Dorsett Kopitiam di Dorsett Grand Subang
Dorsett Kopitiam di Dorsett Grand Subang


Semua ini dan banyak lagi cookiesyg mengimbau zaman lalu juga akan dijual di Dorsett Kopitiam.
Tin kecil 450gm berharga RM18.00 bersih atau jika beli sebekas biskut 100 gsm pada harga RM6 bersih sahaja.


Dorsett Kopitiam di Dorsett Grand Subang
Dorsett Kopitiam di Dorsett Grand Subang


Dorsett Kopitiam dibuka dari 10.30 pagi hingga 5 petang, Isnin hingga Jumaat hingga 16 September 2023.


Dorsett Kopitiam di Dorsett Grand Subang
Dorsett Kopitiam di Dorsett Grand Subang

Dorsett Kopitiam di Dorsett Grand Subang
Dorsett Kopitiam di Dorsett Grand Subang

Afternoon Tea Set


Bukan itu sahaja terdapat juga Afternoon Tea Set yg berharga RM98 nett untuk 2 pax (Setiap hari pada 12pm to 5pm)



Afternoon Tea Set di Dorsett Grand Subang
Afternoon Tea Set di Dorsett Grand Subang


Afternoon Tea Set di Dorsett Grand Subang
Afternoon Tea Set di Dorsett Grand Subang

Afternoon Tea Set sememangnya adat Inggeris tetapi kini dengan sentuhan tempatan yang menampilkan juadah kegemaran seperti kuih talam, bingka ubi, ayam mini panggang percik, dan banyak lagi kek stan bertingkat.





Dorsett Kopitiam di Dorsett Grand Subang
Afternoon Tea Set di Dorsett Grand Subang
 

Dorsett Kopitiam di Dorsett Grand Subang
Dorsett Kopitiam di Dorsett Grand Subang

Dorsett Kopitiam di Dorsett Grand Subang
Dorsett Kopitiam di Dorsett Grand Subang

Dorsett Kopitiam di Dorsett Grand Subang
Dorsett Kopitiam di Dorsett Grand Subang


 
Untuk reservation sila hubungi 603 5031 6060 atau email bookfnb.subang@dorsetthotels.com






Cara Booking KL East Park Hiking Trail

Umum mengetahui kini KL East Park Hiking Trail telah pun dibuka kepada umum. Memandangkan untuk hiking disini memerlukan kita untuk mendaftar. ramai yang tertanya-tanya bagaimana. termasuklah Cik iena. Cik iena kongsikan cara untuk booking KL East Park Hiking ya. Untuk pengetahuan KL East Park Hiking Trail percuma kemasukan sehingga 31 Ogos 2023 . Selepas pada itu ada bayaran kemasukan dikenakan. Berapa RM masih belum diketahui.

Cara Booking KL East Park Hiking Trail

Anda perlu layari https://klepark.simedarbyproperty.com/ Kemudian pada bahagian atas kanan klik button sebelah explore dan kemudian klik Book your hike , button bewarna merah.

Cara Booking KL East Park Hiking Trail


Kemudian isi maklumat yang diperlukan, sebelum itu baca dulu terma dan syarat ya. Untuk pengetahuan kita cuma boleh booking 3 hari sebelum Hike, Cik iena booking seminggu awal jadi tak boleh. Nanti 3 hari sebelum hiking Cik iena akan booking dan sambung tulis artikel ya.


 
 
Jadi 3 hari sebelum iaitu hari khamis Cik iena booking dah penuh tinggal slot jam 2 - 4 ptg. Disebabkan petang, kami tak jadi booking sebab petang dah ada plan lain. Jadi pergi lain kali lah.
 
 
 
 
 
 
Cara Booking KL East Park Hiking Trail
 

BOOKING KALI KEDUA SETELAH KALI PERTAMA FULL SLOT

 

 
Sekali lagi Cik iena cuba booking tetap mengalami masalah yang sama, pening betul sistem mereka terlalu cepat penuh dan tak pasti berapa quota. Cik iena nak pergi 9 July 2023 . 5 July Cik iena cuba masih tak boleh perlu 3 hari sebelum. Kemudian 6 July 2023 00.30:00 cik iena booking lagi masih error sama 3 hari sebelum.
 
 
 
Booking KL East Park Hiking Trail
Already Exceed MAximum No Of Person Allowed For This Slot. Time booking 10.00 am 6 July, nk booking 9 July 11 am.

 


6 July jam 10 Cik iena booking , slot pkl 7 am da penuh, ambil yang pukul sembilan. Dapat error exceed quota .
 
 
Booking KL East Park Hiking Trail
Advance booking should be made not more than 3 day(s) from Today. Time booking 10.20 am 6 July, nk booking 9 July 11 am.

 
Cuba yang jam 11 dapat error kene booking 3 hari sebelum . Mungkin kene booking jam 11 . Sekejap lagi cik iena cuba. Secara keseluruhan Cik iena rasa sistem booking sangat tidak friendly dan sangat menyakitkan hati. TOlong maklumkan berapa quota dalam sehari untuk setiap slot boleh tak. Sebab ada yang pergi dalam kumpulan yang ramai.

Untuk pengetahuan Dalam satu booking cuma boleh 5 orang sahaja. baru booking satu da exceed quota. Terlalu istimewa sangat ke tempat ni mengannoyingkan bila nak booking hiking slot.

THANK YOU!
THANK YOU! YOUR BOOKING IS NOW PENDING APPROVAL FROM THE KL EAST PARK TEAM AND YOU WILL RECEIVE AN EMAIL ON THE APPROVAL/REJECTION. PLEASE BE INFORMED THAT THE APPROVAL/REJECTION WILL BE MADE ONLY BETWEEN 7.00 A.M. TO 5.30 P.M.


TEPAT JAM 11 IENA SUBMIT FORM, ADA DUA FORM SEBAB 8 ORANG.
SATU BUKAK DEKAT CHROME DAN SATU LAGI MOZILA DIMANA DUA-DUA FORM IENA DAH ISI DETAILS SIAP-SIAP. TEPAT JAM 11 SUBMIT

Cara Booking KL East Park Hiking Trail

*Last entry at 4:30PM
Lot 201064, Jalan Melati Kuarza 3, 53100, KL East, Kuala Lumpur
All vehicles are to be parked at the KL East Sales Gallery or the KL East Mall and visitors are required to walk to the park (5 minutes).
No vehicles are allowed to be parked by the roadside of the Park
019-300 3634

* Kindly note that we are unable to respond to text or WhatsApp messages via this number presently, only telephone calls.
Do drop us an email instead. Our sincere apologies for any inconvenience caused.


NANTI IENA UPDATE STORY BOOKING APA CERITA. SETAKAT FORM DI SUBMIT TIADA DAPAT EMAIL LAGI.

Okay selepas 17 minit Cik iena dapat email pengesahan untuk tempahan Hiking slot ni . Nanti nak masuk dan keluar perlu scan QR Code yang diberi. Ada dua QR Code berlainan.

Cara Booking KL East Park Hiking Trail

Cara Booking KL East Park Hiking Trail

NAnti Cik iena kongsi Vlog Hiking dekat sini. Terlalu cantik sangat ke sampai nak booking penuh selalu. Susah jugak lah nak booking tu . Korang perlu booking secepat yang mungkin sebab nanti slot penuh. NAnti kalau ada orang dekat sana untuk Cik iena tanya Cik iena akan tanya berapa quota untuk hiking kat sini. Dan berapa bayaran nanti bila dah mula dikenakan bayaran. Okay korang jumpa next vlog ya.

Secara kesimpulannya jika nak pergi Hiking pada  9hb ditolak 3 bersamaan 6 . maka 6Hb pada masa yang kita nak datang kita perlu booking online.  Contoh nak hiking jam 7 maka 6hb jam 7 pagidah boleh mula buat booking.Perlu booking on time kalau tidak akan penuh . Memang cepat sangat penuh. Mungkin sebab masih percuma :)


BERITA BAIK KL EAST PARK HIKING TRAIL PERCUMA SEHINGGA PENGHUJUNG 2023


BERITA BAIK KL EAST PARK HIKING TRAIL PERCUMA SEHINGGA PENGHUJUNG 2023



Emas Murah di Kedai Emas Chiang Heng

Emas merupakan perhiasan wanita yang mempunyai tarikan tersendiri. Hampir semua wanita menggemari barang kemas (Emas). Kilauan Emas menjadi daya tarik bagi kaum hawa, Lumrah wanita ingin rasa dihargai, jadi dengan berhias dengan emas, seseorang wanita itu akan rasa lebih berkeyakinan dan lebih dihargai. Tambahan pula Emas juga dikatakan lambang kekayaan seseorang. Selain menyimpan wang, Emas juga merupakan aset berharga untuk disimpan.

Emas Murah di Kedai Emas Chiang Heng



Generasi lama kita membeli barang kemas untuk dijadikan simpanan kecemasan jangka lama. Jika dalam keadaan sesak, barang kemas ini boleh dijual atau di pajak. Seperti semua sedia maklum Harga Emas akan naik dari masa ke semasa da ada kalanya juga akan turun sedikit Namun untuk jangka masa yang lama ianya pasti akan naik. Cik iena juga memilih untuk melabur dengan penyimpan Emas. Cuma Emas yang Cik iena simpan adalah berbentuk GAP. Cik iena akan beli lebih ketika Harga Emas jatuh.


Emas Murah di Kedai Emas Chiang Heng




Emas Murah di Kedai Emas Chiang Heng

Untuk anda penggemar Emas dalam bentuk perhiasan pasti akan cari Kedai Emas yang menawarkan harga yang murah jika ingin membeli Emas. Disini Cik iena ingin berkongsi tempat dimana anda boleh beli Emas pada Harga yang murah iaitu di Kedai Emas Chiang Heng.

Emas Murah di Kedai Emas Chiang Heng

Kedai Emas Chiang Heng

Kedai Emas Chiang Heng lebih dikenali di bahagian Utara Malaysia . Jika Cik iena sebut Emas Chian Heng pada saudara di Penang mesti mereka kenal. Bahkan ada juga diantara rakan cina Cik iena yang amat mengenali jenama Emas Chiang Heng ini. Kedai Emas Chiang Heng terkenal dengan "Harga Emas Terendah di seluruh Malaysia", bukan  sahaja menawarkan barang kemas emas pada harga yang paling murah dan berbaloi, malah sering  memberi pelbagai ganjaran dan tawaran istimewa kepada para pelanggannya.

Emas Murah di Kedai Emas Chiang Heng

Untuk pengetahuan, Emas Chiang Heng  melancarkan promosi setiap bulan di setiap cawangan seluruh Malaysia dengan memberi tawaran yang eksklusif kepada pelanggan. Promosi istimewa ini akan berterusan diadakan di 19 cawangan lagi di seluruh Malaysia dengan misi "Semua orang mampu memiliki emas”.


Emas Murah di Kedai Emas Chiang Heng

Emas Murah di Kedai Emas Chiang Heng

Kenapa Emas Chiang Heng menawarkan harga emas yang terendah? 
Emas Chiang Heng menawarkan harga emas yang terendah kerana mereka tidak mengeluarkan budget untuk kos pemasaran seperti kos sewa di pusat membeli-belah, kos iklan fizikal, dan sebagainya.  Oleh yang demikian mereka dapat menjimatkat kos dan menggunakan kos kos tersebut  dalam bentuk  memberikan pulangan terus kepada pelanggan dengan menawarkan harga emas yang
berpatutan.

Emas Murah di Kedai Emas Chiang Heng

Selain daripada itu Kedai Emas Chiang Heng juga menghasilkan rekaan sendiri, maka penjimatan dari kos pengedaran borong, membolehkan Emas Chiang mengawal sepenuhnya kos pembuatan dari caj harga upah hingga harga emas, maka dengan itu pelanggan  dapat membeli emas dengan harga yang paling murah dan berpatutan.

Emas Murah di Kedai Emas Chiang Heng

Jualan semula Emas pada harga tinggi


Selain daripada membeli Emas di Kedai Emas Chiang Heng, anda juga boleh menjual Emas di Kedai Emas Chiang Heng. Anda boleh mendapatkan Harga jualan semula Emas pada harga paling Tinggi di Kedai Emas Chiang Heng dengan proses pemulangan emas yang jelas dan telus serta tanpa sebarang kos tersembunyi.

Emas Murah di Kedai Emas Chiang Heng

Apa yang penting, Kedai Emas Chiang Heng menerima emas untuk dijual semula tanpa banyak syarat, termasuk perhiasan emas yang tidak mempunyai sijil emas, dan Emas Chiang Heng menerima emas
walaupun karat, pecah, dan kemek. Bahkan, Emas Chiang Heng juga menerima emas yang
telah terbakar dalam kebakaran. Ia adalah satu tawaran yang sangat ikhlas. Dengan keistimewaan yang ditawarkan ini ramai menjadikan Kedai Emas Chiang Heng sebagai tempat untuk mereka membeli dan menjual semula Emas.

Emas Murah di Kedai Emas Chiang Heng

Pertukaran tanpa syarat dalam tempoh 7 hari?

Antara perkhidmatan yang menarik perhatian pelanggan adalah di Kedai Emas Chiang Heng anda boleh melakukan penukaran tanpa syarat dalam tempoh 7 hari dari tarikh pembelian. Pasti anda tidak pernah jumpa kedai emas yang membolehkan anda membuat pertukaran tanpa syarat dalam tempoh 7 hari? Berbeza di Kedai Emas Chiang Heng, mereka membenarkan  pelanggan memulangkan atau menukar saiz perhiasan emas yang dibeli dalam tempoh 7 hari, dengan syarat tidak ada kerosakan.


Emas Murah di Kedai Emas Chiang Heng


Selain itu Emas ChiangHeng juga menawarkan perkhidmatan membaiki dengan percuma dalam tempoh 30 hari (kecuali jika perhiasan tersebut memerlukan penambahan emas) dan servis membersihkan emas
percuma seumur hidup, termasuk perkhidmatan rekaan emas menggunakan laser. Perkhidmatan-perkhidmatan selepas pembelian yang ditawarkan ini mengikat kesetiaan pelanggan Kedai Emas Chiang Heng untuk terus kekal menjadi pelanggan tetap. Bahkan hari demi hari pelanggan mereka semakin bertambah kerana servis da harga terbaik yang mereka tawarkan.

Emas Murah di Kedai Emas Chiang Heng

 

Emas Murah di Kedai Emas Chiang Heng

Emas Chiang Heng memecahkan rekod The Malaysia Book of Records

Sebagai jenama kukuh yang telah berada dalam pasaran selama 37 tahun, Emas Chiang Heng telah menerima pelbagai anugerah dan mendapat sokongan daripada pelanggan setia.  Pada tahun 2020, Emas Chiang Heng mencatatkan rekod yang membanggakan dengan 117 siaran langsung dalam satu hari, memecahkan rekod The Malaysia Book of Records. Dengan usaha yang telah dilakukan selama ini seiring dengan reputasi yang baik yang terbina. Untuk pengethuan Emas Chiang Heng kini telah membuka cawangan ke-19, simbol platform yang mempunyai kredibiliti dan keterjaminan.

Emas Murah di Kedai Emas Chiang Heng



Bagaimana Cara Jual Emas di Chian Heng?

  1. Bawa Emas ke Cawangan terdekat, Emas akan disusun mengikut jenis dan kuantiti
  2. Setiap barang kemas akan ditimbang dan direkodkan nilai berat setiap satu
  3. Barang kemas akan di cek ketulinan dan jenis Emas tersebut.
    • Emas akan dibakar untuk buang segala kekotoran dan daki baru dapat berat yang betul
  4. Kemudian akan rujuk harga trade in terkini dan akan kira hasil untuk pelanggan
  5. Selesai, anda akan dapat tunai dengan segera


    Emas Murah di Kedai Emas Chiang Heng

 


Emas Murah di Kedai Emas Chiang Heng

 

5 Tips Membeli Emas Untuk Beginner

  1. Semak Komoditi Emas Semasa (Untuk tau nilai semasa Emas di pasaran)
  2. Kenali Gred Emas - Setiap Emas ada label sendiri yang ditetapkan ketulenan.
  3. Tanya Harga - apa apa pun sebelum membeli tanya harga terlebih dahulu
    Boleh tanya
    •  Harga Emas hari ini
    • Harga Emas yang dijual mengikut berat atau harga tetap
    • Ada promosi atau diskaun ke tidak
  4. Perkhidmatan Selepas Jualan
    • Tanya ada perkhidmatan selepas jualan atau tidak kerana jika emas tidak mustahil untuk rosak jika kerap dipakai
    • Tanya servis yang ada dan berapa bayaran
  5. Perkhidmatan Jual Beli Emas
    • Sekiranya menawarkan perkhidmatan membeli Emas ianya lebih menjaminkan kita apabila kita membeli emas.



Emas Murah di Kedai Emas Chiang Heng


Untuk Maklumat Lanjut Layari Media Sosial



Facebook : www.facebook.com/ChiangHengJewellery
Instagram : @chiang_heng_jewellery
TIktok : @emaschiangheng @ChiangHengJewellery
Youtube:https://youtube.com/@chianghengjewellery3423


Emas Murah di Kedai Emas Chiang Heng

Untuk Pembelian Dalam Talian


Website : https://chiangheng.com
TikTok : https://www.tiktok.com/@chianghengjewellery
Shopee:shopee.com.my/chianghengjewellery


#ChiangHengJewellery #EmasChiangHeng #ChiangHeng #EmasAsli #Emas916 #Emas999
#HargaEmasPalingRendah #TheMalaysiaBookOfRecords #BangKemasEmas
#PajakGadaiEmas #pelaburan







Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve