Selepas memperbaharui Insurans kereta, langkah seterusnya adalah
renew roadtax. Sekiranya anda masih belum renew insurans kereta anda
tidak boleh renew roadtax. Jadi Berikut Cik iena kongsikan cara renew
roadtax secara online melalui MYeg.
Jika sebelum sebelum ini
kereta yang pertama Cikiena gunakan servis Myeg untuk renew insurans
sekali roadtax. Diakan buatkan sekali. Tapi setelah Cik iena buat
pengiraan. Renew insurans sendiri lebih murah. Jadi cik iena prefer
renew insurans kereta sendiri. Anda boleh rujuk CARA RENEW INSURANS KERETA ONLINE.
Selepas itu anda boleh teruskan renew roadtax kereta seperti yang Cik iena tunjukkan dibawah. KLIK UNTUK RENEW ROADTAX.
Masuk ke website myeg atau klik pautan yang Cik iena nyatakan. Login akaun anda dan pilih MYROADTAX. Sekiranya masih belum ada akaun myeg anda perlu daftar terlebih dahulu.
Kemudian pilih jabatan pengangkutan jalan
Kemudian pilih perbaharui cukai jalan
kemudian pilih Pembaharuan Cukai Jalan Kereta
isi maklumat yang diperlukan
Pilih cara pembayaran dan teruskan pembayaran
selepas bayar akan keluar resit pembayaran
anda juga boleh tengok summary di akaun myeg anda
Dah selesai. Senang je. Memandangkan Cik iena pilih collection method delivery ke rumah. jadi Cik iena hanya perlu tunggu di rumah sahaja.. nanti mereka akan posroadtax dekat alamat. Kos penghantaran cuma RM6 sahaja. Servic charge myeg cuma RM2.75 . Kalau ambil pakej sekali insurans kereta dia jadi lagi mahal dari yang cik iena renew insurans sendiri.
Dalam musim pandemik ni sememangnya menggunakan perkhidmatan online
lebih mudah dan selamat. Seperti Biasa Cik iena renew insurans kereta
dan juga roadtax kereta secara dalam talian sahaja kerana ianya agak
mudah dan lebih murah jika menggunakan agent.
Tahun lepas juga Cik
iena ada kongsikan artikel cara renew insurans kereta secara online. Tujuan
asal untuk rujukan Cik iena lah. Ternyata ianya sangat membantu Cik
iena. Setahun sekali renew bukan ingat sangat. Kalau dah di tulis dalam
arikel boleh rujuk. Tambahan pula Cik iena selalu jadi rujukan keluarga
macam mana nak renew insurans kereta online.
We will reimburse you with the value of your car at the time of total loss or theft. *The amount stated is the maximum amount.
Agreed Value
We will reimburse you with the total amount in case of total loss or theft.
Cik iena pilih agreed value sebab ni yang dia recomended..value dia boleh tukar ikut bajet kite..iena biar default je
Kemudian update info kereta dan personal details
Update juga bank akaun untuk future claim. Mesti nama akaun pemilik kereta
Sebelum proceed jangan lupa update second driver jika ada.Leyaklah nama keluarga, suami,isteri
iena ambil windscreen coverage
Windscreen
ni kalau taknak ambil pun takpe.Untuk pengetahuan windscreen ni untuk
cermin depan kereta kita. Biasakita bawa kereta ada risiko batu-batu
lori jatuh ke. kalau pecah boleh claim, atau bila accident pecah boleh
claim. Amount berapa kita nak pilih tu terpulang. Ikut jenis kereta
sebenarnya. Kalau kereta mahal lagi mahal lah kan. Kalau kereta iena
murah je . Kalau ikutkan jumlah default value dia letak RM800 tapi
memandangkan tengah sengkek ni, dah masa untuk major service kereta ni
pula, datang serentak.So Iena buat minimum value je RM400 . lagi pun
setakat ni tak pernah pecah lagi. Harap-harap tak pecah lah.
Kalau takde budget kalau tak ambil pun takpe, cuma kalau berlaku apa-apa cermin pecah, insuranse tak cover lah.
tanda bahagian declaration
pilih payment options
jangan lupa disabled pop up blocker, kemudian tekan retry.Nanti akan buakak online banking
selesai bayar kene tunggu kat page ni
selesai
page tu generate semua dokumen keluar page ni dan anda boleh download
all document dan simpan ya. Doc ni juga akan di beri dalam email.
Untuk
Pengetahuan, sebelum ini Cik iena memang ambil isnurans yang sama jadi
ada email reminder. Jika Cik iena klik dari email reminder jumlah sum
kena bayar lebih tinggi. Rasanya ini untuk komisyen merek. Jadi Cik iena
cuba buang referal parameter dalam url dan yes jumlah perlu dibayar
lebih siket. Betul lah teori tu. So boleh klik link yang Cik iena kongsi
di awal artikel.
Gambar
dibawah Cik iena kongsi perbezaannya. Walaupun sedikit ianya
mempengaruhi keadaan keewangan juga kan. Selagi boleh jimat dengan ciri
ciri yang sama why not kan.
Haa mudah je kan nak renew insurans kereta. Tapi
lepas tu jangan lupa renew roadtax pula. Biasa kalau kita renew dengan
agen mereka akan buat sekali renew roadtax. Tapi harga akan jadi lagi
mahal lah. Kalau kita buat sendiri lebih mudah. Untuk Renew roadtax kereta boleh klik CARA RENEW ROADTAX ONLINE
Umumnya masyarakat kita dan juga minuman kafein memang tidak dapat dipisahkan. Ramai dikalangan masyarakat kita yang mengamalkan minuman berkafein sewaktu bersarapan sebelum memulakan sesuatu pekerjaan. Kita sedia maklum kandungan kafein ini mampu membuat mata kita bertahan dan tidak merasa mengantuk.
Malahan golongan pelajar juga merupakan antara golongan yang kerap mengambil kafein kerana perlu berjaga malam untuk mengulangkaji pelajaran. Sama juga seperti Cik iena di zaman belajar dahulu. Cik iena mula mengambil kafein sewaktu belajar di IPT kerana ingin berjaga malam untuk ulang kaji pelajaran dan ianya sudah menjadi kebiasaaan bagi Cik iena tambahan lagi kerja sebagai programmer ada kalanya perlu berjaga malam.
Jadi minuman kafein sememangnya banyak membantu. Namun harus anda ingat juga bahaya jika mengambil kafein terlalu banyak dalam sehari. Cukup sekali sahaja anda minum kafein dalam sehari tau. Istimewe buat penggmar kafein seperti Cik iena khususnya kini NESCAFÉ® telah menjenamakan Semula Minuman Kopi Tempatan kepada Edisi Kopitiam dan menambah dua variasi baharu iaitu NESCAFÉ® Kopi-C dan NESCAFÉ® Kopi Cham.
KOPI CHAM DAN KOPI-C DUA VARIASI BARU NESCAFE EDISI KOPITIAM
NESCAFÉ® telah menjenamakan Semula Minuman Kopi Tempatan kepada Edisi Kopitiam. Dua Variasi Baharu Diperkenalkan adalah NESCAFÉ® Kopi-C dan NESCAFÉ® Kopi Cham.
Buat anda penggemar kopi di Malaysia, adakah seharusnya mencuba sesuatu yang baharu dari NESCAFÉ® Edisi kopitiam ini yang menjenamakan semula rangkaian minuman kopi tempatannya.
NESCAFÉ® Kopi Cham merupakan kombinasi teh dan kopi, manakala NESCAFÉ® Kopi-C pula adalah adunan kopi dan susu yang lebih halus. Kedua-dua perisa ini telah diiktiraf sebagai minuman yang paling digemari di kopitiam tempatan.
NESCAFÉ® Kopi-C
NESCAFÉ® Kopi Cham
Diinspirasikan oleh hiasan dalaman kopitiam Malaysia, rekaan baharu tin dalam edisi ini mencerminkan simbol nostalgia yang bertumpukan kepada warisan. Klasik namun trendy, NESCAFÉ® berikhtiar untuk mengembalikan kenangan silam buat rakyat Malaysia agar warisan ini dapat terus dipelihara dan dibanggakan.
“Di NESCAFÉ® Sedia-Untuk-Diminum, kami berusaha untuk memastikan keselesaan dan keterangkuman rakyat Malaysia apabila menikmati minuman kopi tempatan kegemaran mereka pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Berdasarkan permintaan yang semakin meningkat untuk perisa kopi tempatan dan populariti Kopitiam, kami memperkenalkan NESCAFÉ® Kopi-C dan NESCAFÉ® Kopi Cham, bersama-sama keseluruhan produk kopi tempatan yang telah dijenamakan semula dalam Edisi Kopitiam ini,”
Dengan rasa yang telah sekian lama dikenali dan disayangi oleh semua rakyat Malaysia, NESCAFÉ® menyasarkan untuk merealisasikan konsep tersebut dengan memperkenalkan gaya kontemporari untuk penggemar kopi tegar tanpa mengkompromikan keasliannya.
Untuk pengetahuan, penjenamaan semula rangkaian kopi tempatan sedia ada di bawah Edisi NESCAFÉ® Kopitiam ini terdiri daripada
NESCAFÉ® Tarik
NESCAFÉ® Tarik Kaw
NESCAFÉ® Kopi-O
NESCAFÉ® White Coffee
NESCAFÉ® Ice
Edisi NESCAFÉ® Kopitiam ini boleh didapati di seluruh negara di kedai-kedai yang turut serta dan juga di platform perniagaan online seperti Lazada dan Shopee.
Jom Nikmati Detik Kopitiam Anda, di mana sahaja anda berada dengan NESCAFÉ Kopitiam!
Kopi Merupakan antara minuman paling digemari kerana ia dapat mengurangkan rasa mengantuk. Tahukah anda kopi sebenarnya mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan tubuh badan. Malah, kopi adalah minuman yang selamat untuk diminum setiap hari. Namun sebagai langkah yang selamat, minumlah sekadar yang perlu iaitu satu atau dua cawan sehari sahaja.
AIK CHEONG IT’S SIX PACK
Di Malaysia terdapat pelbagai jenis kopi segera yang berada di pasaran. Mungkin ada sesetengah yang Anda pernah cuba dan mungkin juga belum. Antara jenama kopi yang dikenali di Malaysia adalah Aik Cheong Coffee.
Berikut Cik iena kongsikan mengenai Aik Cheong Coffee dan beberapa jenis
produk Aik Cheong Coffee yang telah Cik iena cuba sendiri keenakannya.
AIK CHEONG COFFEE
Aik
Cheong merupakan Jenama kopi yang dikenali ramai di Malaysi. Aik Cheong
telah menjangkau usia 66 tahun yang mana ianya telah ditubuhkan pada
tahun 1955. Jenama ini menawarkan air yang segar, sihat dan berkualiti
kepada pelanggan. Mempunyai pelbagai rangkaian produk minuman segera
yang popular dari Kopi-O, “White Coffee”, Teh Susu, Minuman Coklat Malt,
Minuman Bijiran dan lain-lain.
AIK CHEONG IT’S SIX PACK
Aik Cheong Coffee sentiasa menekankan “nikmati kopi sebenar di rumah”
dan dengan inisiatif kuat dalam mengembangkan produk. Selepas kejayaan minuman panas cawan segera
yang dikenali IT’S Coffee series kini Aik Cheong Coffee hadir dengan keluaran baru iaitu It's Six Pack series.
Sebelum Cik iena kongsikan mengenai It's Six Pack series, Cik iena kongsikan terlebih dahulu versi awal It's Six Pack series iaitu IT'S More Than Just Series dan juga salah satu produk Aik Cheong Coffee yang menjadi kegemaran Cik iena juga iaitu IT’S Granola.
AIK CHEONG IT’S MORE THAN JUST SERIES
AIK CHEONG IT’S MORE THAN JUST SERIES
IT'S More Than Just Series merupakan minuman panas cawan
segera .IT'S More Than Just Series atau IT’S Coffee series ini sememangnya
sangat catchy dan membuat mata mata terpaku dan terpukau dengan
pembungkusannya yang memilih rona warna yang terang. Pemilihan warna
yang terang ini membuatkan IT’S Coffee series ini menjadi lebih menarik.
AIK CHEONG IT’S MORE THAN JUST SERIES
Ianya juga sangat mudah disediakan dan sangat sesuai untuk
anda yang sibuk seperti Cik iena khususnya. Dalam kesibukan bekerja
dengan IT’S Cup series, dapatlah Cik iena menikmati aneka IT’S Cup
series yang sedap dengan kepelbagaian perasa yang ada.
IT’S Cup series atau IT'S More Than Just Series ini terdiri daripada 6 perasa iaitu
Long Black (Extra Shot)
Flat White (Extra Shot)
Cappuccino (Choco Toppings)
Matcha Latte (Nata De Coco)
Teh Tarik (Gula Melaka)
Chocolate (Mashmallow)
AIK CHEONG IT’S MORE THAN JUST SERIES
AIK CHEONG IT’S GRANOLA
Granola
adalah salah satu makanan sihat yang baik untuk diet .Ianya merupakan
sejenis makanan yang terdiri dari beberapa komponen, seperti oat,
kacang-kacangan, biji-bijian, dan buah-buahan kering. Granola merupakan
makanan tinggi fiber dan juga merupakan sumber protein. Sangat sesuai
dimakan ketika sarapan mahupun ketika minum petang.
AIK CHEONG IT’S GRANOLA
Aik Cheong juga menawarkan It's Granola yang terdiri dari dua jenis granola yang pastinya akan membuat anda suka akan
campuran dua jenis granola yang ditawarkan. Tambahan lagi Granola ini tidak mengandungi artificial flavour ataupun gula tambahan, ianya adalah berasaskan kandungan semulajadi. Dua jenis granola
dari Aik Cheong tersebut adalah It's granola berries cup 50g dan it's granola mix
fruits and nuts 50g.
IT'S GRANOLA MIX FRUITS AND NUTS
IT'S GRANOLA BERRIES
AIK CHEONG IT’S GRANOLA
AIK CHEONG IT’S SIX PACK
It's Six Pack series merupakan keluaran terbaru Aik Cheong dimana ianya berkonsepkan “Family-styled boxed” . Tt's sixpax series mengekalkan konsep nikmati kopi sebenar di rumah . Ianya juga merupakan lanjutan dari IT’S Cup series atau IT'S More Than Just Series. It's Cup series hanya menawarkan 1 hidangan minuman segera manakala It's Six Pack serie ini lanjutan dari It's cup yang mana ianya menawarkan 6 hidangan minuman segera dalam 1 box yang sangat cantik , menarik dan eksklusif. Pembungkusannya juga sesuai untuk di jadikan hadiah buat teman mahu keluraga tercinta.
Terdapat empat pilihan untuk It's SixPack series iaitu
IT’S SIX PACK Chocolate Marshmallow
IT’S SIX PACK Cappuccino Choco Topping
IT’S SIX PACK Teh Tarik Gula Melaka
IT’S SIX PACK White Coffee Salted Gula Melaka
1. AIK CHEONG IT’S SIX PACK Chocolate Marshmallow
AIK CHEONG IT’S SIX PACK Chocolate Marshmallow
Chocolate sering dikaitan dengan penurunan tekanan kerana ia mengandungii enzim dalam rasa coklat yang mampu membuat anda berasa tenang. Bagi menampilkan kelainan dan rasa unik menggoda, Marshmallow ditambah bagi memberi rasa kemanisan yang lebih sekata. Dalam cawan bewarna merah jambu ini pasti membuatkan anda lebih relax dan santai menikmati minuman coklat panas ini.
AIK CHEONG IT’S SIX PACK Chocolate Marshmallow
IT’S SIX PACK Chocolate Marshmallow mengandungi
Chocolate Premix 40g x 6 sachets
Marshmallow 3g x 6 sachets
Brown Sugar 5g x 12 sachets
2. AIK CHEONG IT’S SIX PACK Cappuccino Choco Topping
AIK CHEONG IT’S SIX PACK Cappuccino Choco Topping
Masa untuk tea time dan anda boleh berehat sebentar dengan secawan Cappuccino Choco Topping dalam cawan menarik bewarna biru. Ia juga mudah untuk disediakan dengan tambah air panas dan ia sedia untuk dinikmati selang waktu rehat seketika.
IT’S SIX PACK Cappuccino Choco Topping mengandungi
Cappuccino Premix 25g x 6 sachets
Choco Toppings 0.5g x 6 sachets
Brown Sugar 5g x 12 sachets
3. AIK CHEONG IT’S SIX PACK Teh Tarik Gula Melaka
Jika anda beristirehat minum dengan raan-rakan apa yang anda sering pesan untuk minum mestilah secawan Teh Tarik bukan?. Ia bagaikan satu nostalgik kepada suasana santai dan berborak yang lebih panjang. Kali ini Teh Tarik Aik Cheong menggunakan Gula Melaka sebagai ganti kepada gula konvensional atau susu pekat. Jadi tak salah nikmati Teh Tarik sihat ini dengan cara mudah dalam cawan menarik bewarna coklat ini.
IT’S SIX PACK Teh Tarik Gula Melaka mengandungi
Teh Tarik Premix 40g x 6 sachets
Nata De Coco 32g x 6 pcs
4. AIK CHEONG IT’S SIX PACK White Coffee Salted Gula Melaka
AIK CHEONG IT’S SIX PACK White Coffee Salted Gula Melaka
White coffee salted gula melaka merupakan campuran kopi Arabica, liberica dan Bobusta yang diadunkan dengan Salted Gula Melaka (gula asal Melaka). Campuran kopi istimewa ini pasti akan membuat anda mengimbau kenangan kisah dongeng keluarga dan anak-anak yang sedang berlarian di perkampungan kembali menjelma ketika anda sedang menghirup campuran kopi ini.
AIK CHEONG IT’S SIX PACK White Coffee Salted Gula Melaka
IT’S SIX PACK White Coffee Salted Gula Melaka
White coffee premix 30g x 6 sachets
Freeze dried coffee 1g x 6 sachets
Untuk pengetahuan anda, sekiranya anda membeli Aik Cheong It's Six Pack series Sempena perayaan hari Raya ini , anda akan dapat percuma 1 set sampul raya (angpow) bagi setiap box.
Baiklah, nak tengok macam mana rupa air ni boleh tonton video dibawah Cik iena bancuh semua air It's Sixpax series.
Dalam musim pandemicCovid-19 yang melanda satu dunia ini. Antara industi yang terkesan teruk adalah industri pelancongan. Terdapat juga banyak hotel yang terpaksa ditutup disebabkan pandemic ini. Justeru itu dalam membantu industri pelancongan negara kita, kita juga boleh membantu dari segi percutian dalam negara atau staycation.
Semasa pandemic covid-19 ini kita juga boleh pergi staycation bersama keluarga di Hotel hotel yang berdekatan dengan kita. Sekiranya aktiviti rentas negeri dibenarkan boleh lah ke negeri lain. Namun haruslah di dalam Malaysia.
Tipu lah kalau kata tak rindu nak travel. Cik iena memang rindu sangat nak travel. Tapi mungkin dalam masa terdekat semasa musim pandemic ini Cik iena nak rancang staycation di Hotel sahaja. Tak perlu keluar berjalan jalan ke tempat public. Cuma nak Self reward dengan pergi staycation berdekatan. Bermalam di hotel tenangkan fikiran. Makan makanan sedap di Hotel dan mungkin juga boleh "Work From Hotel" bila da bosan asyik "work from home" je kan.
Baiklah bagi sesiapa yang merancang untuk Staycation di Hotel pada musim pandemic Covid-19 boleh lah ikut tips staycation dibawah. Tapi jangan pergi staycation semasa PKP 3.0 ni pula ya. Tunggu PKP 3.0 habis tau. Sebelum tu kita cuma rancang dulu.
Berikut Cik ienai Kongsikan 7 tips untuk anda yang nak buat staycation atau holiday masa Covid-19 belum reda ni.
Tips Staycation di Hotel Semasa Pandemic
1. Bawa dan Gunakan Disinfectant /Sanitizers
Jangan lupa sepanjang anda berada di hotel, pastikan anda bawa hand sanitizer anda.Perkara pertama yang perlu disanitasi ialah kad bilik atau kunci yang anda dapat . Selepas dapat kunci anda juga perlu sanitasi semula ic dan kad kredit anda yang dipulangkan oleh staff front desk.
Kemudian sejurus tiba dibilik anda juga perlu sanitasi bilik anda. Walaupun pihak Hotel telah sanitasi bilik tersebut namun tak rugi jika anda membersihkannya sekali lagi. Sanitasi kawasan selalu disentuh seperti tombol pintu, suis lampu, remote tv, sehinggalah ke kawasan letak tangan di meja dan kerusi.
Sekiranya anda dapat bilik yang mana tingkap boleh dibuka. Buka ia sebentar. Beri udara segar masuk sekali-sekali.
2. Pilih Hotel Baru / Rangkaian Antarabangsa
Kebanyakan hotel baru ada ventilasi dengan standard terkini dan juga fasiliti yang baru. Ada yang dilengkapi dengan sistem penapis HEPA. Walaupun pakar tidak sepakat tentang kadar jangkitan Covid disebabkan sistem ventilasi, lebih baik untuk anda tinggal di hotel baru dari yang berusia. Seeloknya juga anda tempah hotel rangkaian antarabangsa. Hotel sebegini lazimnya serius dengan tahap kebersihan semasa Covid.
Kebiasaannya Hotel sebegini juga ada doktor yang dilantik khas oleh hotel jika ada sebarang kecemasan. Staff mereka juga lebih terlatih untuk kes yang melibatkan Covid dibandingkan dengan hotel bajet milik keluarga.
Sekiranya anda ingin bercuti di sekitar Kuala Lumpur anda banyak pilihan hotel yang menarik untuk Staycation KL. Untuk orang melaka pula anda boleh cuba bercuti di The Pines Melaka. Bagi anda yang berada ni negeri sembilan jangan lepaskan peluang bercuti di Lexis Hibiscus Port Dickson . Bolah lah pilih bilik yang ada private pool.
3. Baca Review. Elak Hotel Dengan Masalah Aircond
Antara benda perlu dititikberatkan sebelum booking hotel anda perlu membaca review hotel . Ianya sangat penting lagi lagi semasa musim pandemic Covid ni.Apa yang perlu anda elakkan adalah hotel yang mempunyai masalah aircond. Kalau anda dapati ada yang merungut tentang air aircon yang menitik, berbau atau tidak sejuk, anda boleh cari hotel lain.
Ada kemungkinan yang ianya tidak diservis dengan baik, dipenuhi habuk tebal dan berpeluang memerangkap kuman dan virus di dalam penapisnya. Anda juga perlu rajin-rajin juga untuk terus ke laman web rasmi atau FB hotel yang anda ingin menginap. Lihat samada mereka ada bercerita tentang langkah yang mereka ambil semasa Covid. Kalau tiada sebarang hebahan tentang cara mereka mensanitasi atau beradaptasi semasa Covid, pilih hotel lain.
4. Terhadkan Masa di Kawasan Sesak Hotel
Semasa berada di Hotel, kurangkan duduk lama dan bersembang kosong semasa makan di restoran hotel, jangan bersantai di lobi dan di kawasan awam hotel lain. Elakkan dari pergi gym, spa dan kolam renang walaupun ia dibuka. Tetapi kalau nak pergi juga perlu patuh sop.
5. Kurangkan Contact dengan Orang Lain
Sekiranya anda biasa menggunakan valet parking, ini masa untuk anda park kereta anda sendiri. Seeloknya juga tidak perlu ambil service housekeeping. Anda boleh beritahu pekerja front desk yang anda tidak perlukan housekeeping.Ini adalah kerana sebelum ke bilik anda, staf housekeeping telah masuk ke banyak bilik lain dan mungkin terdedah kepada virus .
Sekiranyasebelum ini anak-anak suka aktiviti pool dan biasa layan Kids Club, anda bolehlah skip aktiviti sebegini Anak anda boleh lakukan aktiviti mandi tub di dalam bilik hotel sahaja..Manakala sekiranya anda makan, lebih baik untuk anda order room service dari makan di restoran hotel kerana pada waktu ini, semua tetamu yang hadir membuka pelitup muka masing-masing. Anda tak tahu siapa sihat, siapa sakit.
6. Tandas
Sekiranya anda berada dikawasan lain di hotel jangan gunakan tandas lain di kawasan hotel. Sebaiknya gunakan tandas dibilik anda sahaja. Ini lebih selamat kerana toilet di kawasan awam hotel pasti ramai pelanggan dah guna dan kita pun tidak tau mereka bebas dari virus atau tidak.
7. Yang Penting – Jaga SOP
Ini juga sangat penting tidak kira dimana jua anda berada. jaga SOP. Jaga jarak fizikal anda bersama orang lain sekurang kurangnya 1 meter. Kerap pakai sanitizer dan jangan terlalu lama berborak dengan orang lain. Tidak kira dimana jua anda berada sila jaga SOP okay.
Kepada anda yang tidak sihat, Mohon jangan tidur di hotel kalau anda rasa kurang sihat, atau anda tinggal di dalam rumah yang ada mereka yang bergejala. Duduk di rumah adalah cara terbaik untuk anda mengelak dari dijangkiti, atau menjangkitkan orang lain dengan virus ini.
Tapi kalau anda sihat dan nak tidur di hotel sebab lemas di rumah semasa PKP, ikut saranan WHO dan 7 tips yang cik iena kongsi diatas
Iena Eliena’s Blog focuses on iena eliena life style as a part time blogger . Love to share all about her self . About her favourite foods, favourite place , about her blogging activity that she's involved in almost 12 years and also about her vacation in the country or abroad . Love to captured her selfie and share to Instagram to attract more follower.
Kindly email me for any event invitation / product review / any collaboration with your brand. You can reach me at iena(@)ienaeliena(.)com