Memiliki sebuah rumah adalah impian setiap individu terutamanya
buat mereka yang telah berkeluarga. Selain daripada faktor rekabentuk
rumah serta saiz mahupun harga, faktor kemudahan dipersekitaran juga
amat dititikberatkan dalam pemilihan sebuah rumah. Jadi disini Cik iena
ingin kongsikan 5 Sebab Kenapa anda Perlu Beli Perumahan di Tiara
Sendayan.
Sebahagian landscape di Tiara Sendayan
5 Sebab Kenapa Perlu Beli Perumahan di Tiara Sendayan
Sebahagian landscape di Tiara Sendayan
1. Rekabentuk dan harga berpatutan berdasarkan pasaran masa kini
Rekabentuk
rumah yang selesa, moden beserta kawasan persekitaran
yang jauh dari kesibukan kota dan menawarkan persekitaran tenang
serta damai dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan di Tiara Sendayan
disamping ianya dijual pada harga berpatutan berdasarkan suasana pasaran
masa kini.
2. Pelbagai Fasiliti dan kemudahan
Perumahan
di Tiara Sendayan ini dilengkapi gelanggang futsal dan bola keranjang,
taman permainan kanak-kanak, trek joging serta rumah pokok. Lokasi di
sini juga turut mempunyai unsur air serta kawasan lapang yang pasti akan
menggamit perhatian anda sekeluarga untuk beriadah dan bersantai.
Pemandangan menarik di tepi tasik ditambah fasiliti serba indah juga
sesuai dijadikan lokasi fotografi.
Sebahagian landscape di Tiara Sendayan
Kemudahan
seperti taman rekreasi yang tersedia seperti Sendayan Green Park yang
mempunya pelbagai aktiviti riadah dapat dilakukan, Bandar
Sri Sendayan membolehkan penduduk Tiara Sendayan mendapat akses mudah
kepada pelbagai fasiliti utama berhampiran seperti kemudahan pendidikan
awam dan persendirian, kemudahan penjagaan kesihatan awam, club house,
kompleks membeli belah, kemudahan rekreasi awam dan banyak lagi.
Selain
itu, terdapat kemudahan rumah kelab d’Tempat Country Club yang mempunya
pelbagai aktiviti seperti kolam renang saiz olimpik, spa, gim, kedai
makan & sebagainya. Pembeli projek perumahan Tiara Sendayan akan
mendapat complimentary keahlian rumah kelab ini selama 5 terma.Bukan itu
sahaja, terdapat X-Park Sendayan yang merupakan akitiviti luar terbesar
di NS dengan tarikan lebih 18 aktiviti untuk semua peringkat umur
seperti go-kart, paint ball,dan pelbagai lagi yang menjadi faktor Tiara
Sendayan menjadi rebutan buat pembeli.
3. Sistem
perhubungan jalan yang bagus.
Sistem
perhubungan jalan bagi kawasan ini juga sangat baik, di mana penduduk
mempunyai akses jaringan seperti Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan KLIA
Linkage. Selain itu, kedudukannya yang terletak bersebelahan dengan
Bandar Sri Sendayan membolehkan penduduk Tiara Sendayan akses mudah
kepada pelbagai fasiliti utama berhampiran, seperti
D’Tempat Country Club
Sekolah Kebangsaan Sendayan
Sekolah Menengah Kebangsaan Sendayan
Klinik Kesihatan Sendayan
Masjid Sri Sendayan
Kesemua
lokasi dinyatakan berada pada jarak tujuh kilometer atau kurang dari
Tiara Sendayan.Bukan itu sahaja, Tiara Sendayan ini juga dikatakan
terletak di kawasan yang begitu strategik iaitu berada di Malaysia
Vision Valley & semestinya akan meningkatkan nilai asset pembeli.
4. Projek penjualan terbaik Matrix Concepts.
Tiara
Sendayan merupakan projek perumahan di negeri Sembilan di bawah pemaju
Matrix Concepts Holdings Berhad. Pencapaian projek di Tiara Sendayan
amat mengagumkan. Terdapat hampir 13 projek yang habis dijual dalam
tempoh 3 tahun dan sambutan yang diterima daripada pembeli amat
menggalakkan. Tidak hairanlah Matrix Concepts Holdings Berhad berjaya
merangkul pelbagai anugerah berprestij termasuk
The Edge Excellent Award 2022 (TEPEA)
The Edge Billion Ringgit Club 2022
The Malaysia Developer Awards 2022 (Top 10 for Market Capitalisation of RM 1 Billion and above)
Dan banyak lagi.
Selain
daripada memenangi pelbagai pencapaian, faktor lain yang membuatkan
Tiara Sendayan merupakan projek penjualan terbaik adalah kerana Tiara
Sendayan telah berjaya membina dan menyerahkan lebih 2,000 kunci kepada
pemilik Tiara Sendayan. Ini pastinya akan memberi kepercayaan kepada
pembeli akan datang untuk memiliki Tiara Sendayan dan menjadi sebahagian
dari komuniti Tiara Sendayan.
Sebahagian landscape di Tiara Sendayan
5. 12 Ekar Central Park Lengkap di Bina untuk Aktiviti Beriadah
Dengan
rekabentuk landskap yang menghijau serta dilengkapi dengan kemudahan
pelbagai gaya hidup, Perumahan di Tiara Sendayan hanya jarak berjalan kaki dengan Central Park
seluas 12 ekar bersama pemandangan tasik yang tersergam indah. Pelbagai
kemudahan rekreasi yang disediakan seperti gelanggang futsal,
gelanggang bola keranjang, gimnasium / stesen parcourse, function area
(yoga, taichi dan aerobik), teres tempat duduk, kawasan permainan
kanak-kanak & kanak-kanak kecil, trek jogging, laluan refleksologi
dan banyak lagi.
Kesemua penduduk di sini akan dapat menikmati
gaya hidup yang sihat dengan segala kemudahan yang terdapat di Tiara
sendayan ini.
Sebahagian landscape di Tiara Sendayan
Tiara Sendayan bakal melancarkan kediaman 2-tingkat bermula dari RM538,888
Untuk
pengetahuan anda, Tiara Sendayan bakal melancarkan kediaman 2-tingkat
bermula dari RM538,888. Kediaman ini mempunyai 4 bilik tidur dan 3
bilik air. Berkeluasan 2000 kaki persegi (20’ x 70’) . Kediaman ini sesuai untuk mereka yang berkeluarga dan mencari rumah yang luas serta selesa untuk didiami.
Jom
Rebut peluang untuk memiliki dan menjadi sebahagian komuni Tiara
Sendayan dengan menghubungi 1800-88-2688 atau layari laman web http://www.tiarasendayan.com/. Anda juga boleh ikuti laman sosial
mereka untuk mengetahui perkembangan atau promosi terkini mengenai
Perumahan di Tiara Sendayan.
Haruman mandian boleh dijadikan terapi untuk diri bagi menyegarkan minda dan badan. Ianya juga boleh meningkatkan aura positif pada diri. Kini terdapat pelbagai haruman mandian dalam pasaran . Dalam pada ribuan jenama baru mandian yang tumbuh dipasaran terdapat juga jenama legend yang masih mengekalkan produk mandian keluarannya yang pernah menjadi bualan suatu ketika dahulu.
Sabun Mandi Legend Parrot Botanicals Kini Dengan Haruman Baru
Cik iena kongsikan sabun legend yang pernah menjadi kesukaan Cik iena semasa kecil. Pertama kali Cik iena bau sabun ni memang membuatka perasaan Cik iena terkenangkan zaman kecil kecil. Haruman yang pernah Cik iena kenali suatu ketika dulu.
Wangi sangat bau mandian ni tau, menusuk kekalbu gitu :)
Parrot Botanicals
Sebelum ini ianya dikenali dengan nama Popinjay. Untuk kalangan orang orang lama pasti kenal akan bau sabun ini dan juga pembungkusan sabun buku bewarna hijau. Bukan orang orang lama orang orang tua, golongan kanak kanak yang membesar masa zaman Cik iena pun pasti akan kenal sabun ni.
Masih ingat lagi tak packaging ni? dulu dikenali dengan nama sabun parrot atau popinjay
Kini Popinjay dikenali dengan nama baru iaitu Parrot Botanicals. Hadir
dengan beberapa variasi wangian yang pasti membuatkan anda bertambah
jatuh hati akan wangiannya. Istimewanya lagi sabun ini keharumannya
bertahan sehingga 8 jam. Masih sama seperti dahulu.
Untuk pengetahuan Parrot Botanicals merupakan produk keluaran Thailand yang sudah lebih 70 tahun bertapak dalam industri produk kecantikan dan penjagaan diri. Juga dikenali dengan nama "PArrot Soap" yang merupakan sabun berkualiti tinggi serta menggunakan haruman bunga yang menyenangkan dan bau herba Thai yang sememngya kita tau sangat bagus dalam dunia SPA..
3 Variasi Parrot Botanicals
3 Variasi Parrot Botanicals
Thai Botanical & Herbs
Thai Botanical & Herbs
- Haruman 'legend' yang mempersona - Gabungan unik dari botani Thai yang membuatkan kulit rasa segar dan harum berpanjangan sehingga 8 jam
tekstur krim mandian lembut harum memikat
Busa yang banyak dan harum memikat serta melembab dan melembutkan
White Thanaka
White Thanaka
- Membuatkan kulit lebih segar dan berseri dengan "White Thanaka" - Haruman berpanjangan sehingga 8 jam
tekstur krim mandian lembut harum memikat
Busa yang banyak dan harum memikat serta melembab dan melembutkan
White Sakura
-Haruman segar dengan "White Sakura" yang membuatkan kulit berseri secara semulajadi dengan ketahanan sehingga 8 jam
Tekstur krim mandian yang lembut harum memikat
Busa yang banyak dan harum memikat serta melembab dan melembutkan
Bagi katagori Parrot Botanical terdapat beberapa lagi haruman yang masih tiada dipasaran Malaysia. yang ni Cik iena tak pasti kenapa hanya 3 haruman dari koleksi Parrot Botanical yang dijual di pasaran Malaysia. Antara Haruman lain yang available di pasaran Thailand adalah Lily Peach Cool, Botanical Cooling & Thai White Jasmine.
5 Variasi Wangian Parrot Botanicals Nokkaew Bar
5 Variasi Wangian Parrot Botanicals Nokkaew Bar
Thai Botanical & Herbs
Thai Botanical & Herbs
- Pilihan No. 1 yang paling laris di Thailand - Haruman unik botanical Thai dengan gabungan minyak bunga cengkih dan juga minyak Citronella
White Thanaka
White Thanaka
- Haruman menyegarkan dengan "White Thanaka" - Untuk kulit cerah berseri dan haruman berpanjangan
Thai White Jasmine
Thai White Jasmine
- Haruman asli dari "Thai Jasmine" - Manjakan kulit dengan gabungan dari ekstrak asam jawa
Sweet Pink Rose
Sweet Pink Rose
- Haruman sensasi yang romantik inspirasi dari bunga mawar - Serlahkan keserian kulit dengan haruman mawar dan juga gabungan aloe vera
White Sakura
White Sakura
- Haruman segar "White Sakura" - Membuatkan kulit berseri kemerahan secara semulajadi (natural pinkish skin)
Soap bar ini mempunyai busa yang sangat halus berbanding krim mandian Parrot Botanicals. Secara jujurnya dari kelembutan busa bila dah cuba yang sabun versi asal ni. Cik iena lebih suka busa halus dari sabun ini. Kedua dua jenis sabun mempunyai busa yang banyak namun sabun berbentuk bar ini lebih halus busa nya.
Busa yang lebih halus membuatkan Cik iena jatuh cinta dengan kelembutan busanya ditambah dengan haruman memikat hati
Bagi katagori Parrot Botanicals Nokkaew Bar terdapat beberapa lagi haruman yang masih tiada dipasaran Malaysia.
yang ni Cik iena tak pasti kenapa hanya 5 haruman dari koleksi Parrot Botanicals Nokkaew Bar yang dijual di pasaran Malaysia. Antara Haruman lain yang
available di pasaran Thailand adalah Frangipani, Scented Wood, Floral & Lily Peach Cool.
Haa macam mana? menarikkan tengok haruman terbaru Sabun legend ni. Meriah tengok warna packaging yang striking dengan pelbagai warna menarik hati. Kalau anda berminat nak dapatkan nak throwback zaman masa kecil kecil dahulu boleh la dapatkan produk mandian terbaru ni. Boleh dapatkan produk mandian Parrot Botanicals ni di pasaraya ataupun yang suka shopping online beli di Shopee >> https://shope.ee/A9h5mrR86q
Kampar merupakan salah satu daerah yang terletak di Negeri Perak Darul Ridzuan, Malaysia. Terletak sekitar 40 km dari bandar Ipoh dan 16 km dari pekan tapah. Kawasan di sekitar kampar adalah dalam lingkungan 10-20 batu persegi.
Kampar terletak dalam lingkungan Lembah Kinta, kedudukannya seperti dalam kawah di penghujung barat kaki Gunung Bujang Melaka yang disaliri oleh Sungai Keranji dan Sungai Kampar yang terdiri dari tanah lanar yang kaya dengan logam-logam timah.
Sungai-sungai tersebut memendapkan tanah-tanah dan batu-batu kecil kelikir yang mengandungi logam-logam timah di tebing dan dasarnya, proses ini telah berlaku berjuta-juta tahun dahulu, menjadikan kawasan tersebut kaya dengan longgokan bijih timah.
Kampar telah membangun sebagai pusat pentadbiran Daerah Kecil Gopeng dan Kampar telah menjadi pusat perniagaan dan kewangan yang menjadi tumpuan penduduk sekitarnya. Berbagai-bagai kemudahan dan infrastruktur telah disalurkan oleh pihak kerajaan untuk penduduk Kampar seperti Hospital, sekolah, bekalan air, elektrik dan sebagainya.
Baru-baru ini Cik iena berkesempatan ke Kampar bersama rakan rakan selama 4 Hari 3 Malam. Percutian bersama rakan kali ini memberikan memori yang cukup indah dan teramat sukar untuk dilupakan. Memandangkan terlalu banyak memori yang indah dan banyak gambar serta video sepanjang berada di Kampar. jadi Cik iena tulis Artikel dan juga vlog di youtube untuk kenang kenangan dan juga untuk rujukan pembaca jika ingin ke Kampar.
Berikut Cik iena kongsikan 13 tempat menarik yang cik iena lawati semasa bercuti di Kampar Perak baru baru ini.
13 Tempat Menarik di Kampar Perak
Gua Tempurung
Water Rafting di Jeram Sungai Kampar (Riverbug)
HOGA, Gaharu Tea Valley Gopeng
Muzium Gopeng
Paip Besar Gopeng
Iqa Corner Restaurant Nasi Wanggey Malim Nawar
Gua Kandu
Muzium Perlombong Bijih Timah Kinta
Menara Jam Kampar
Arca Mendulang Kampar
Disney Avenue Agacia Land Kampar
West Lake of Kampar
Ilham Seni@Kampar
Gua Tempurung
Tempat Menarik di Kampar Perak - Gua Tempurung
Gua Tempurung merupakan sebuah gua batu kapur yang terletak di Gopeng, Perak, Malaysia. Nama gua ini diambil sempena bentuknya seperti tempurung kelapa. Ia merupakan salah satu gua batu kapur terbesar di Semenanjung Malaysia dengan ketinggian gua 578 meter dan berusia lebih 400 juta tahun serta panjang nya juga mencapai 1.9 km dan dipercayai telah wujud sejak 8000 SM lagi.
Tempat Menarik di Kampar Perak - Gua Tempurung
Tempat Menarik di Kampar Perak - Gua Tempurung
Gua Tempurung terdiri daripada 5 kubah besar yang silingnya menyerupai tempurung kelapa, dengan setiap kubah mempunyai bentuk stalagmit & stalaktit yang berbeza. Selain itu, setiap kubah berbeza dari segi suhu, aras air, dan kandungan batu kapur dan marmar.
Tempat Menarik di Kampar Perak - Gua Tempurung
Tempat Menarik di Kampar Perak - Gua Tempurung
Khazanah alam ini menawarkan pelbagai aktiviti seperti meredah sungai dalam gua, tapak perkhemahan & lain-lain. Untuk pengetahuan Gua Tempurung juga telah tersenarai dalam salah satu Geotapak Geopark Lembah Kinta.
Tempat Menarik di Kampar Perak - Gua Tempurung
Ini merupakan pengalaman pertama Cik iena memasuki Gua Tempurung. Sememangnya ia merupakan pengalaman yang sangat Istimewa dan sukar untuk di lupakan. Perjalanan selama 4 jam meneroka Gua Tempurung memang seronok.
Untuk pengetahuan Cik iena dan rakan rakan masuk gua tempurung stage ke 4 yang mengambil masa lebih kurang 4 jam.Memandangkan kami ada aktiviti tengah hari jadi kami perlu skip sedikit beberapa tempat.
Tempat Menarik di Kampar Perak - Gua Tempurung
Untuk info terdapat 4 pakej iaitu 2 kering atau dry dan 2 lagi laluan wet atau basah. Jadi, anda akan berjalan, mendaki dan menurun tangga dalam gua, Ada laluan yang memerlukan anda untuk merangkak, mengengsot, mengecilkan badan supaya muat untuk melalui celahan batu dan ada juga kawasan yang anda perlu slide atau menggelungsur. Nanti Cik iena akan kongsikan pengalaman penuh Cik iena menerokai Gua tempurung dalam artikel lain.
Tempat Menarik di Kampar Perak - Gua Tempurung
Tempat Menarik di Kampar Perak - Gua Tempurung
Tapi Cik iena juga dah upload vlog, boleh tonton di bawah
GUA TEMPURUNG RIVER ADVENTURE VLOG
Alamat: Pusat Pelancongan Gua Tempurung, 31600 Gopeng, Perak Beli Pakej Online di : https://bit.ly/gua-tempurung
Water Rafting di Jeram Sungai Kampar
Tempat Menarik di Kampar Perak - Water Rafting Di Jeram Sungai Kampar
White water rafting merupakan antara aktiviti wajib anda cuba jika anda menjejakkan kaki di Kampar t Pada asalnya cik iena juga takut takut untuk cuba . Ini merupakan pengalaman pertama Cik iena menyertai aktiviti white water rafting ini.
Tempat Menarik di Kampar Perak - Water Rafting Di Jeram Sungai Kampar
Walaupun anda tidak pandai berenang seperti Cik iena. Anda boleh sertai aktiviti ini kerana mereka menyediakan khidmat Guider yang berpengalaman.
Untuk aktiviti ini kami memilih Riverbug . Utk pengetahuan Riverbug berpengalan lebih 10 tahun dalam mengendalikan aktiviti sukan air. Servis yang mereka tawarkan memang terbaik. Dengan jujurnya iena maklumkan pada Guider kami iaitu En. Razi bahawa Cik iena memang tak pandai berenang dan perlukan orang guide takot terlupa apa yang disampaikan semasa briefing.Sebelum memulakan aktiviti ini, akan ada sesi penerangan terlebih dahulu mengenai command command yang akan digunakan.
Tempat Menarik di Kampar Perak - Water Rafting Di Jeram Sungai Kampar
Tempat Menarik di Kampar Perak - Water Rafting Di Jeram Sungai Kampar
Utk pengetahuan jeram kampar adalah salah satu kawasan geografi yang menakjubkan dan terkenal di lawasan Geopark Lembah Kinta. Di sepanjang 5 km jeram ni terdapat 14 buah jeram yg dilabelkan dgn tahap 1 hingga 3. Selain daripada kita melalui laluan mencabar ini kita juga akan dapat nikmati keindahan hutan yang subur dan tenang. Sekiranya bertuah anda akan dapat melihat rama-rama rajah brooke yang hinggap di celahan batu.
Tempat Menarik di Kampar Perak - Water Rafting Di Jeram Sungai Kampar
Tempat Menarik di Kampar Perak - Water Rafting Di Jeram Sungai Kampar
Untuk pengalaman penuh Cik iena disini Cik iena akan ceritakan dalam artikel berlainan . Cik iena teruskan untuk lokasi menarik seterusnya di Kampar, Perak.
Tempat Menarik di Kampar Perak - HOGA, Gaharu Tea Valley Gopeng
HOGA, Gaharu Tea Valley Gopeng terletak 3KM dari Pekan Gopeng. Mula beroperasi pada tahun 2010, ladang dengan keluasan 300 ekar ini ditanam dengan lebih 200,000 pohon pokok Gaharu jenis hibrid. Dikacukkan dengan 12 jenis spesies Gaharu yang dikenali sebagai HOGA (Holistic Gaharu) dan ianya telah diiktiraf oleh MyIPO dengan Idikasi Geografi Gaharu Gopeng.
Ice cream gaharu di Hoga Cafe
Kemasukan ke HOGA, Gaharu Tea Valley Gopeng adalah percuma .Menariknya disini anda boleh menaiki Van yang disediakan untuk melawat tempat-tempat menarik dengan hanya bayaran RM10 dewasa dan RM5 kanak-kanak.
. Stesen pertama dimulakan dengan Menara HOGA di mana anda akan dapat menikmati pemandangan keseluruhan ladang yang sangat menakjubkan dan pasti membuatkan anda tertaut hati akan keindahan pemandangan disini.
Tempat Menarik di Kampar Perak - HOGA, Gaharu Tea Valley Gopeng
Stesen seterusnya adalah Hugging Park. Di sini anda berpeluang untuk mendekati dan memeluk pokok Gaharu. "Orang Cina percaya dengan memeluk pokok gaharu, ia akan membawa tuah kepada si pemeluk. Mereka percaya bahawa bau wangi pokok gaharu adalah bau dari syurga dan akan membawa mereka lebih dekat kepada tuhan.
Tempat Menarik di Kampar Perak - HOGA, Gaharu Tea Valley Gopeng
Tempat Menarik di Kampar Perak - HOGA, Gaharu Tea Valley Gopeng
Stesen yang terakhir adalah Lover’s Park. Mengapa dinamakan Lover’s Park kerana disini terdapat dua pokok besar yang melekat antara satu sama lain seakan sepasang kekasih sedang berpelukan.
Tempat Menarik di Kampar Perak - HOGA, Gaharu Tea Valley Gopeng
Tempat Menarik di Kampar Perak - HOGA, Gaharu Tea Valley Gopeng
Tempat Menarik di Kampar Perak - HOGA, Gaharu Tea Valley Gopeng
Tempat Menarik di Kampar Perak - HOGA, Gaharu Tea Valley Gopeng
Selain itu HOGA outlet juga menawarkan pelbagai produk-produk inovatif berasaskan Gaharu merangkumi siri penjagaan kesihatan, makanan, minumam, kayu Gaharu, kosmetik dan sebagainya
Tempat Menarik di Kampar Perak - HOGA, Gaharu Tea Valley Gopeng
Tempat Menarik di Kampar Perak - HOGA, Gaharu Tea Valley Gopeng
Tempat Menarik di Kampar Perak - HOGA, Gaharu Tea Valley Gopeng
VLOG HOGA GAHARU TEA VALLEY
HOGA, Gaharu Tea Valley Gopeng Address: Jalan Sungai Itek, 31600 Gopeng, Perak Waktu Operasi : Isnin - Ahad : 9am - 6pm Tutup : Selasa (Kecuali Public Holiday) website: www.hoga.my
Gaharu Tea Valley admission is 🌟FREE🌟 🌟OPTIONAL Van Ride Tour🌟 is available Adult: RM10/pax Children (5-12 years old): RM5/pax
Muzium Gopeng secara rasminya dibuka pada 2009 . Ianya menjadi lokasi wajib berkunjung jika ke Gopeng, Perak. Muzium ini diusahakan oleh keluarga yang berasal dari Gopeng. Ianya berada di deretan kedai kayu lama . Jika sekali lalu pasti anda tidak akan perasan akan kewujudan Muzium ini.
Tempat Menarik di Kampar Perak - muzium gopeng
Untuk pengetahuan, sebelum ini Muzium ini adalah sebuah kandang kuda pada zaman penjajah dahulu. Muzium ini merupakan sebuah muzium kecil tetapi kaya dengan sejarah masa silam Gopeng dan kebanyakan barangan didalam muzium ini ada kaitannya dengan aktiviti perlombongan bijih timah. Tiada bayaran masuk dikenakan di sini oleh itu Cik iena amat syorkan kepada anda semua yang ke Gopeng untuk singgah ke Muzium ini bersama bersama generasi sekarang bagi mengingatkan mereka tentang sejarah di Gopeng.
Untuk pengetahuan, pameran di sini kebanyakkan adalah barangan antik berusia 100 tahun lalu yang dipamerkan secara terbuka tanpa gelas kaca. Barangan antik disini didapati daripada masyarakat setempat yang menyimpannya.
Selain daripada barangan antik yang memenuhi Muzium Gopeng ini, ada juga kenyataan sejarah yang dipamerkan di muzium ini. Anda boleh nampak melalui susunan gambar sejarah perubahan dari tahun ke tahun pekan Gopeng.
Antara barangan yang terdapat disini adalah perabot, perhiasan dan seramik Cina, radio lama, jam, lampu dan banyak lagi barangan antik. Di sini terdapat pelbagai koleksi barangan antik yang pernah digunakan oleh generasi terdahulu di Pekan Gopeng terutama peralatan yang digunakan bagi memproses biji timah & getah
Menurut Mr Phang See Kong atau lebih mesra sengan panggilan Cikgu Phang, salah seorang founder Muzium Gopeng, suatu ketika dahulu orang lama panggil Gopeng sebagai Mopeng iaitu nama sepena dengan seorang pengusaha biji timah yang membuka pekan ini. Kemudian kerajaan negeri menukarkannya dengan nama Gopeng bagi mengkomersial kan tempat ini.
VLOG MUZIUM GOPENG PERAK
Muzium Gopeng
Alamat : 47-49, Jln Eu Kong, Pekan Gopeng, 31600 Gopeng, Perak Waktu Operasi : Sabtu- Ahad 10am - 4 pm * Notes: Bagi pelawat dari sekolah dan kumpulan kebudayaan, sila buat temujanji dengan menghubungi talian 016-5421287 (Mr Phang See Kong)
Paip Besar Gopeng
Tempat Menarik di Kampar Perak - PAIP BESAR GOPENG
Paip Besar Gopeng merupakan lokasi bersejarah yang perlu anda kunjungi. Kewujudan Paip Besar Gopeng ini adalah berkaitan dengan sejarah perlombongan biji timah . Sekiranya anda melalui jalan utama Ipoh ke Kampar, anda akan nampak satu paip besar ditepi jalan. Itu adalah hanya sebahagian paip yang digunakan untuk menyambung saluran air dari Ulu Geruntum dan Ulu Gerah ke kawasan perlombongan biji timah di Gopeng. Paip ini dipasang pada tahun 1908 dan mengalami penambahan dari satu paip kepada dua paip kerana permintaan perusahaan biji timah yang meningkat sejak tahun 1919.
Panjang kesuluruhan paip ini suatu ketika dahulu adalah lebih kurang 15km dan berdiameter 30inchi. Pada tahun 2010 batang paip dan penyokongnya telah dirobohkan kerana struktur asal sudah tidak kukuh dan membahayakan pengguna jalan raya di situ. Maka kini ianya tinggal sejarah separuh sahaja paip itu yang dikekalkan bagi mengingati tentang sejarah besar di Gopeng dalam perusahaan biji timah.
VLOG PAIP BESAR GOPENG
Alamat : Taman Gopeng Baru, 31600 Gopeng, Perak
Iqa Corner Restaurant Nasi Wanggey Malim Nawar
Tempat Menarik di Kampar Perak - PAIP BESAR GOPENGIqa Corner Restaurant Nasi Wanggey Malim Nawar
.
Untuk pengetahuan, di Gopeng popular dengan Nasi Wanggey atau Nasi Kandar. Kedai ini sememangnya mempunyai pelanggan tetap yang ramai. Boleh dikatakan Iqa Corner Restaurant Nasi Wanggey Malim Nawar merupakan kedai makan yang viral di Kampar, Perak. Semasa kehadiran Cik iena pun kelihatan sangat ramai pelanggan yang beratur untuk membeli makanan
Tempat Menarik di Kampar Perak - PAIP BESAR GOPENGIqa Corner Restaurant Nasi Wanggey Malim Nawar
Iqa Corner Restaurant Nasi Wanggey Malim Nawar popular dengan Nasi Wanggey yang kuahnya memang pekat. likat serta berasa dan pelbagai pilihan dengan lauk pauk lain yang sedap. Kalau makan pakai tangan tu memang padu melekat bau kari dia tau.Untuk Nasi Wanggey ni cik iena tersangat suka sotong berempah dia memang meletup padu rasa dia. Walaupun alergik cik iena makan jugak sebab sedap sangat dan tak pernah rasa sesedap ini dekat KL. Rasa rempah dia memang padu melekat dekat sotong tu. Ayam goreng berempah memang sedap juicy terasa perapan ayam. Selain Nasi Wanggey, Kari Kepala Ikan juga menjadi pilihan pelanggan pelanggan disini.
Menurut Kak Ge iaitu pemilik restoran ini mereka memang dapatkan bekalan kepala ikan setiap hari untuk mengekalkan kesegaran dan memastikan rasanya kekal enak. Selain daripada itu, menu-menu lain di sini yang sentiasa menjadi pilihan pelanggan adalah Mee Kari, Laksa, Mee Rebus,Nasi Briyani, Nasi minyak dan macam-macam lagi.
Cik iena juga sempat cuba Mee Kari, Laksa, Mee Rebus memang sedap tapi semuanya pedas okay . Pedas pedas sedap orang cakap.Kuah Laksa dia sangat pekat dan pedas berdesup.
Nasi Minyak Ayam Malbari jugak sangat sedap untuk anda cuba, walaubagaimanapun menu ini hanya ada pada hari jumaat dan ahad sahaja. Terharu sangat Kak Ge sanggup sediakan menu istimewa ini untuk kami walaupun kami datang pada hari sabtu.
Kalau nak cuba Nasi Beriyani pula adalah pada hari Khamis.
Iqa Corner Restaurant Nasi Wanggey Malim Nawar
Waktu Operasi : 8.30 pagi hingga 6.30 petang dan tutup pada hari Sabtu Alamat : LC 299, Pekan Baru, 31700 Malim Nawar, Perak
Gua Kandu
Gua Kandu merupakan sebuah gua batu kapur yang popular untuk diterokai yang terletak di Gopeng, Lembah Kinta, Perak. Berusia lebih dari 400 juta tahun lamaya. Ianya dikatakan gua dimana pernah menjadi tempat Komunis Malaya berkumpul dan merancang strategi mereka pada suatu masa dahulu. Sekiranya anda berkesempatan meneroka GUA KANDU ini, anda pasti berpeluang untuk melihat kesan-kesan peninggalan komunis dalam bentuk penulisan dan lambang bintang di dinding-dinding gua.
Tempat Menarik di Kampar Perak - Gua Kandu
Tempat Menarik di Kampar Perak - Gua Kandu
Tapi Cik iena sekadar datang depan Gua kandu sahaja kerana jadual kami terlalu padat pada hari tersebut.
Alamat : Jln Dato' Marzuki, Kampung Gunung Panjang, 31600 Gopeng, Perak
Muzium Perlombong Bijih Timah Kinta (Kinta Tin Mining)
Muzium Perlombong Bijih Timah Kinta merupakan muzium terbesar di Malaysia yang bertemakan perlombongan bijih timah. Ianya dibuka oleh Tan Sri Hew See Tong yang juga merupakan bekas tauke lombong bijih timah. Ianya merupakan Lokasi bersejarah yang anda patut kunjungi bersama keluarga mahupun teman.
Tempat Menarik di Kampar Perak - Muzium Perlombong Bijih Timah Kinta (Kinta Tin Mining)
Muzium ini mempamerkan replika aktiviti melombong , 4 Model perlombongan dengan pelbagai era yang dibina oleh pakar Lombong. Selain itu disini juga dipamerkan ratusan gambar lama perlombongan , replika palong, koleksi miniral dan bijih, koleksi dokumen, statistik dan atlag geologi.
Musem ini nampak sangat menarik dan terperinci sebaik sahaja anda melangkah masuk ke dalamnya. Dibahagian luar ada diletakkan Papan tanda Kongsi, yang menunjukkan seolah - olah ini ialah rumah kongsi yang mana menempatkan pekerja - pekerja pelombong bijih dan ada ditunjukkan replika palong dan cara perlombongan cara lama.
Menariknya lagi muzium ini menggunakan patung yang menunjukkan cara melombong bijih pada zaman dahulu.Disini ditunjukkan pelbagai informasi tentang perlombongan bijih timah secara menyeluruh dari zaman kedatangan pekerja yang diambil dari Cina dengan menggunakan cara lama untuk melombong hinggalah ke zaman terakhir yang menggunakan kapal korek.
Di Muzium ini memang terlalu banyak sejarah, info dan juga penemuan yang akan dapat anda terokai. Percaya atau tidak, asalnya seekor gajah yang menemukan bijih timah di Perak, namanya Larut. Dari situlah bermulanya segalanya..
Harga Tiket :
Dewasa RM5 (18 thn keatas)
Kanak-kanak RM2 (6-17thn)
Alamat : Lot 126026, Jalan Batu Karang, Taman Bandar Baru, 31900 Kampar, Perak Waktu Operasi : Isnin- Ahad 9am–5pm Phone : 012-288 8530
Menara Jam Kampar
Antara Lokasi bersejarah lain yang anda harus kunjungi adalah Menara jam Kampar yang terletak di persimpangan jalan gopeng dan jalan stesen (sebelum masuk ke pusat bandar Kampar) berhampiran ibu pejabat polis Kampar. Menara ini mempunyai reka bentuk segitiga dan mempunyai jam disetiap permukaannya.
Tempat Menarik di Kampar Perak - Menara Jam Kampar
Pada tahun 1960 Jawatankuasa Kampar Merdeka dan disokong oleh jawatankuasa Semua Komuniti Kampar telah mencadangkan untuk mendirikan Menara Kemerdekaan di Pekan Kampar. Pembinaan menara jam tersebut telah siap dalam tempoh 2 bulan pada tahun 1961. Walaubagaimanapun , jam dipasang pada tahun 1962 dan menara jam tersebut telah dirasmi pada 10 Jun 1962 oleh Tuan Chee Heong Chee @ Chee Ng JP, Presiden MCA Kampar.
Alamat : persimpangan jalan gopeng dan jalan stesen
Arca Mendulang Kampar
Arca mendulang Kampar merupakan lokasi bersejarah di Kampar. Ianya sebagai memperingati kegiatan industri perlombongan yang menyumbang & meningkatkan ekonomi di negeri Perak.
Bandar Kampar adalah lokasi yang dipilih untuk didirikan sebuah arca sebagai lakaran sejarah bertemakan MENDULANG.
Tempat Bersejarah di Kampar Perak - Arca Mendulang Kampar
Tempat Bersejarah di Kampar Perak - Arca Mendulang Kampar
Walaubagaimanapun agak sukar untuk anda bergambar disini pastinya kerana ianya terletak di tengah tengah bulatan Muhibbah . Lokasi Arca mendulang berdekatan menara jam kampar jadi jika anda ke Menara Jam kampar anda boleh singgah disini .
Alamat : Bulatan Muhibbah ( Hadapan Ibu Pejabat Polis Kampar)
Disney Avenue Agacia Land Kampar
Disney Avenue Agacia Land Kampar atau Bandar Agacia merupakan kawasan bandar baru di Kampar yang semuanya diinspirasikan dari gaya Amerika. Berkonsepkan Disney dengan kombinasi pelbagai warna pastel.
Tempat Menarik di Kampar Perak - Disney Avenue Agacia Land Kampar
Tempat Menarik di Kampar Perak - Disney Avenue Agacia Land Kampar
Dibangungkan dengan unit unit kedai 3 tingkat, yang terdiri daripada 3 deretan banggunan yang masing masing mempunyai perincian yang berbeza dengan tema Inggeris seolah olah berada di Bandar Eropah.
Tarikan utama disini adalah menjadi tempat untuk bergambar kerana banggunannya yang cantik dan unik sangat sesuai untuk bergambar. Pada setiap hari sabtu jam 6 petang disini erdapat aktiviti pasar malam di sepanjang jalan di Bandar Agacia
Alamat : 50, Castle Avenue, 31900 Kampar, Perak
West Lake of Kampar
Merupakan kawasan riadah yang dilengkapi dengan komposisi landskap dan rekreasi . Mempunyai tarikan seperti jambatan kayu dan waterfront bagi aktiviti memancing .
Kawasan ini juga sentiasa menjadi tarikan untuk jurugambar jurugambar tidak kira amatur atau profesional untuk bergambar berlatarbelakangkan tasik dan pergunungan yang menghijau.
Sejujurnya Cik iena sangat suka bersiar siar disini menghirup udara segar . Melihat permandangan indah tasik dan juga kawasan bukit bukau , gunung. Memang menenagkan minda jika bersiar siar di tasik ini ditambah dengan jambatan kayu yang cantik.
Alamat : Taman Bandar Barat Kampar
Ilham Seni@Kampar
Ilham Seni@Kampar merupakan projek Mural yang telah digerakkan sejak tahun lalu. Ianya merupakan kesinambungan daripada program Jom Warnakan Bandar@Kampar pada tahun 2018.
Mural yang menghiasi dinding bangunan lama di Jalan Gopeng-Kampar ini merupakan satu lagi tarikan terbaharu buat pengunjung di Kampar. Ianya Bukan sahaja tertumpu kepada keunikan mural, malah setiap karya di situ turut dilengkapi dengan imbasan kod quick response (QR), yang menceritakan makna di sebalik hasil seni itu.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi, mural itu bertujuan untuk menceriakan semula lorong-lorong belakang yang seakan terbiar sebelum ini. Selain itu katanya, kehadiran lukisan dan warna terang di lorong tersebut diharap mampu melestari dan menghidupkan kawasan pekan lama.
Idea Ilham Seni@Kampar ini tercetus susulan daripada kesinambungan program Jom Warnakan Bandar@Kampar 2.0 oleh Majlis Daerah Kampar sejak tahun 2018.
Untuk pengetahuan mural berkenaan bermotifkan tradisi, budaya, sejarah dan alam semula jadi disini disiapkan sepenuhnya oleh pelukis tempatan melalui kerjasama Persatuan Pelukis Perak. Sekiranya anda ke Kampar, ini merupakan lokasi wajib anda kunjungi sekiranya anda seorang yang suka bergambar seperti Cik iena khususnya.
Antara Mural yang dapat anda lihat disini adalah
BLOK A
1. Heritage House Gopeng 2. Lompat Getah 3. Tarikh Upeh 4. Durian 5. Itik 6. Kampar (Tulisan) 7. Kelamai 8. Disney Avenue Agacia Land
BLOK B 1. Air Terjun Batu Berangkai 2. Berakit di Jeram Sungai Kampar 3. Ladang Teh Gaharu 4. Kapal Korek 5. Kampar (Love)
BLOK C 1. Sungai Salu 2. Peta Kampar 3. Gua Tempurung 4. Rafflesia 5. Burung Heron 6. Ikan Raja
BLOK D 1. Bunga Cassia Biflora 2. Mendulang 3. Waterfall Abseiling 4. Paip Besar Gopeng
Alamat ; 1, Bahagian Belakang, Jln Gopeng, Kampung Batu Berangkai, 31900 Kampar, Perak
Menarik bukan tempat-tempat yang Cik iena kunjungi semasa berada di Kampar, Perak. Sekiranya anda dan juga rakan mahupun keluarga berkunjung ke Kampar jangan lupa untuk singgah lokasi lokasi menarik dan bersejarah diatas.
Untuk lihat update Cik iena mengenai percutian di Kampar Perak di Instagram boleh lihat di tanda pagar #ienaelienaxbeyoutifulkampar/
Iena Eliena’s Blog focuses on iena eliena life style as a part time blogger . Love to share all about her self . About her favourite foods, favourite place , about her blogging activity that she's involved in almost 12 years and also about her vacation in the country or abroad . Love to captured her selfie and share to Instagram to attract more follower.
Kindly email me for any event invitation / product review / any collaboration with your brand. You can reach me at iena(@)ienaeliena(.)com