Grab The Promo
Grab The Promo

Steamboat & Grill Sedap Di Shah Alam



Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan

Steamboat merupakan salah satu hidangan kegemaran rakyat Malaysia . Steamboat dikenali sebagai stimbot di Malaysia . Ianya merupakan masakan yang dihidangkan untuk beberapa orang sekaligus yang duduk mengelilingi periuk berisi kuah rebusan yang di kelilingi hidangan utama seperti Sayur-Sayuran dan daging yang dihidangkan berasingan di dalam piring.

Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan
Steamboat air rebusan tomyam


Steamboat juga boleh dikatakan makanan yang sihat kerana ianya direbus. Jadi ianya sangat sesuai dinikmati oleh seisi keluarga khususnya.  Selain itu sesuai juga dinikmati bersama rakan-rakan .

Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan
Aneka makanan laut yang segar




Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan
bergambar bersama rakan blogger sebelum manjamu selera

Beberapa minggu yang lepas cik iena dan rakan-rakan berkesempatan menikmati Hidangan Steamboat di Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan  Seksyen 13 Shah Alam . Apa yang istimewa disini adalah Transformasi konsep 2 dalam 1 iaitu steamboat dan Grill . Pelanggan boleh menikmati kedua-dua cara masakan iaitu steamboat dan grill secara buffet (All you Can Eat).


Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan
banyaknye makanan cik iena jadi rambang mata



Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan
Rojak buah yang menjadi kegemaran tuan empunya blog

Untuk pengetahuan Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan  pernah manjadi pilihan beberapa rancangan TV seperti JJCM dan Nasi Lemak Kopi O.

Jadi tidak hairanlah ketika cik iena kunjungi restoran ini ianya dipenuhi pengunjung. Menurut pengurus Restoran tersebut En.Yunus Restoran ini akan dipenuhi pelanggan pada hujung minggu khususnya hari sabtu malam . Jadi kepada anda yang ingin mencuba sendiri keenakan steamboat dan grill di sini anda perlu datang awal jika anda memilih untuk menikmati hidangan tersebut pada hari sabtu.

Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan Dengan Konsep 2 Dalam 1 (Steamboat + Grill)


Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan
Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan pada asalnya menyediakan masakan secara stimbot. Pengunjung  diberi 2 pilihan sup iaitu  ayam dan tomyam sebagai kuah rebusan untuk mereka nikmati bersama-sama aneka makanan laut yang segar.


Terdapat pelbagai pilihan aneka makanan laut  yang tersedia seperti udang besar, ketam, kupang, kepah, kerang, sotong, isi ikan, bamboo lala dan banyak lagi.

Pelbagai bebola, sayur-sayuran, aneka mee dan juga fucuk juga turut disediakan untuk pilihan pelanggan.


Selain dari pilihan-pilihan makanan steamboat juga pasti tidak lari dari sos-sos steamboat yang di hidangkan. Disini terdapat pelbagai pilihan sos yang di buat sendiri oleh Chef seperti Sos Cili Pedas, Sos Cili Thai, Sos Manis, Sos Bawang Putih, Sos Lada Hitam, Sos Yong Tau Foo dan macam-macam lagi.

Selain daripada hidangan makanan laut, ayam, dan daging , kambing panggang juga turut disediakan dan ianya menjadi pilihan pengunjung di Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan. Daging kambing yang di panggang menggunakan arang BBQ yang membangkitkan lagi aroma dan rasa pasti menjadi rebutan para pelanggan di tambah dengan sos istimewa resepi khas dari Chef untuk menambahkan kelazatan kambing panggang tersebut.


Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan
kambing panggang

Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan
kambing panggang



Cik iena yakin, pasti ramai yang menyukai hidangan kambing bakar ini. Secara jujurnya cik iena sememangnya tidak makan kambing kerana masalah alergi. Jadi cik iena hanya mampu melihat rakan-rakan menikmati kambing panggang tersebut.Menurut rakan cik iena rasa kambing bakar yang di hidangkan cukup rasa rempahnya dan ianya juga lembut.






Steamboat & Grill Sedap Di Shah Alam
Aneka bebola untuk pilihan

Steamboat & Grill Sedap Di Shah Alam
Aneka bebola untuk pilihan

Steamboat & Grill Sedap Di Shah Alam
Aneka makanan untuk pilihan

Di Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan , Chef yang menjadi tulang belakang Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan  adalah Chef  Shahnizam yang berpengalaman lebih dari 25 tahun dalam bidang Kulinari. Beliau telah membuat perubahan pembaharuan dengan menu perapan istimewa ayam/daging, udang, sosej, ketam, ikan dan sotong. Jenis perapan yang digunakan oleh beliau adalah campuran dari cili giling, bawang putih, lada hitam dan beberapa rempah-ratus herba yang lain bagi menaikkan lagi rasa dan bau perapan tersebut.


Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan
Diantara menu Grill yang disediakan

Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan
Diantara menu Grill yang disediakan


Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan
aneka hidangan untuk di pilih

Diantara menu Grill yang disediakan adalah seperti Chicken Mozza, Chicken Castello, The Toretto Meat, Cappucino Meat, The Krusty Crab, Super Prawn, Squidward ,Keli yolanda, Dory Drive, Patin Annabel, Pari Perry dan macam-macam lagi.



Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan
pelbagai jenis sos untuk dinikmati

Menurut pengurus , En.Yunis, Chef  Shahnizam Merupakan seorang yang Arif tentang rasa Makanan . Beliau Telah Membuat pembaharuan dengan menggunakan Masakan Stail Cina dan India didalam bahan-bahan perapannya.

Pengunjung boleh merasai sendiri Hasil perapan yang amat bersesuaian dimasak menggunakan grill yang disediakan kerana aroma rempah ratus dan bahan-bahannya menjadi lebih harum dan memikat selera apabila di grill.


Jadi tidak hairanlah Cik iena jatuh cinta dengan  menu grill yang disediakan disini . Perapan rempahnya meresap ke dalam makanan yang diperap. Rasanya pasti membuat anda juga menyukainya. Ditambah lagi dengan aroma yang memikat selera pasti membuat anda menikmati hidangan ini berulang-ulang.


Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan
aneka jenis mee untuk di pilih

Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan
Rojak buah yang menjadi kegemaran tuan empunya blog

Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan
Rojak buah yang menjadi kegemaran tuan empunya blog


Selain dari menu-menu yang dinyatakan diatas, terdapat beberapa menu yang menarik juga ditambah di dalam hidangan buffet Seperti, hirisan ikan segar  bersama sos Air Asam, Ikan Pari Assam Nyonya vang diperap  didalam kertas aluminium ,Kepak Ayam BBQ dan juga produk baru daripada  Icy Moonster sebagai pencuci mulut Dan semestinya  ianya disajikan dengan pelbagai hidangan kuih-muih tempatan, puding, aneka kek, rojak, buah-buahan , Aiskrim Yang  Menjadi kegemaran rama, dan tidak ketinggalan juga air batu campur turut disajikan sebagai pencuci mulut.


Steamboat & Grill Sedap Di Shah Alam
Aneka makanan laut yang segar


Steamboat & Grill Sedap Di Shah Alam
Aneka makanan laut yang segar

Untuk pengetahuan anda, semasa cik iena nikmati hidangan steamboat dan grill di sini, makanan laut yang di hidangkan adalah makanan laut yang segar. Cik iena merupakan  seorang yang mempunyai alahan pada makanan laut.  Sekiranya makanan laut tersebut tidak segar cik iena akan mengalami masalah gatal-gatal.

Alhamdulillah makanan laut di sini segar.Jadi cik iena tak perlu takut-takut untuk makaan makanan laut di sini.


Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan
nasi dan makanan lain turut disediakan


Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan
nasi dan makanan lain turut disediakan



Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan
sayuran segar


Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan
kek

Harga Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan



Dewasa :
  • Isnin hingga Khamis  : RM 28.90 (net) 
  • Jumaat hingga Sabtu :  RM 33.00 (net)
  • "Sunday Brunch" : RM 24.30 (net)
  • Ahad   :  RM 28.90 (net)

Kanak Kanak :
  • Isnin hingga Ahad  : RM 9.90 (net) 
Warga Emas :
  •  Isnin hingga Ahad  : RM 24.00 (net)

Waktu Perniagaan Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan

Beroperasi dari jam 5 petang sehingga  12 malam pada hari isnin sehingga sabtu dan dari 12 tengah hari sehingga 12 tengah malam pada hari ahad.


Steamboat & Grill Sedap Di Shah Alam


Untuk pengetahuan, menawarkan lebih dari 199 Jenis hidangan bagi pengunjung setiap hari  dengan ruangan mak  Steamboat BBQ Buffet D'Kayanganan yang santai, restoran ini boleh menampung sehingga 400 orang dalam satu masa iaitu seramai 180 orang dibahagian penghawa dingin dan 220 orang di bahagian ruangan terbuka . Terdapat Juga kemudahan seperti surau perempuan dan Lelaki Yang Selesa dan juga tempat letak Kereta Yang Luas

Lokasi Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan 



Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan


Sri Acapella Service Apartment
No 1, Jalan Lompat Tinggi 13/33
Seksyen 13 Shah Alam
40100 Selangor Darul Ehsan
 
Untuk Maklumat Lanjut Hubungi

012-2971091
017-6274015
03-55234979

Instagram : @dkayangansteamboat


Steamboat & Grill Sedap Di Shah Alam
Sebarang pembaziran makanan akan dikenakan RM10 untuk setiap 100 gm jadi anda sila jangan membazir okay.



Video Cik iena di Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan





Gambar di Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan Bersama Rakan Blogger





Steamboat & Grill Sedap Di Shah Alam
Bergambar bersama rakan blogger



Steamboat & Grill Sedap Di Shah Alam
bergambar bersama pengurus Restoran  En.Yunus

Steamboat & Grill Sedap Di Shah Alam
wahh khusyuk kawan cik iena menikmati keenakan hidangan di sini

Steamboat & Grill Sedap Di Shah Alam
selfie bersama rakan blogger - zira

Steamboat & Grill Sedap Di Shah Alam
selfie bersama rakan blogger -dilla

Steamboat & Grill Sedap Di Shah Alam
wefie curik-curik  pengurus Restoran  En.Yunus sedang berborak dengan rakan blogger

Steamboat & Grill Sedap Di Shah Alam
selfie bersama rakan blogger-lin

Steamboat & Grill Sedap Di Shah Alam
wefie bersama rakan blogger

Steamboat & Grill Sedap Di Shah Alam
abg long, suami kepada blogger kak long yani tak berhenti-berhenti makan okay

Steamboat & Grill Sedap Di Shah Alam
adik cik iena memerangkap personal assistant dan account manager :)




Steamboat & Grill Sedap Di Shah Alam
blogger - kaklong yani bersama anak-anak


Baiklan semua sekian coretan cik iena untuk kali ini, jemput beramai-ramai cuba sendiri merasakan keenakan hidangan Steaamboat dan Grill disini .  Terima kasih diatas layanan baik pihak Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan. Pekerja-pekerja di sini ramah :)




Steamboat & Grill Sedap Di Shah Alam
Tuan empunya blog yang suka makan :)




iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Chewies Malaysia Book Of Records di Sunway Lagoon



Tahniah Chewies kerana berjaya menyertai Malaysia Book of Records di bawah kategori Pencapaian Manusia Malaysia Book Of Records!. Cubaan menyertai Malaysia Book Of Records ini adalah satu cara Chewies untuk mendidik ibu bapa mengenai cara melindungi anak-anak dan diri kita daripada kuman dengan membina sistem imun yang kuat.Bak kata pepatah melayu mencegah lebih baik dari mengubati .Chewies  juga sesuai untuk orang dewasa 

Chewies Malaysia Book Of Records di Sunway Lagoon


 Chewies Menyertai Malaysia Book Of Records

 
 
Untuk Memastikan kanak-kanak mengambil makanan tambahan setiap hari sememangnya amat sukar tetapi baru-baru ini 1, 958 kanak-kanak bersama-sama dengan ibu bapa dan guru-guru kelihatan gembira berkumpul dan dikunyah jalan mereka ke dalam Malaysia Book Of Records dengan beberapa Gummies lazat.
 
 

Chewies Malaysia Book Of Records di Sunway Lagoon
 
 
Terdapat lebih dari 32 buah sekolah rendah di Lembah Klang yang menyertai aktiviti ini, mereka menikmati lebih 5,000 Chewies Immunolicious gummies kerana mereka cuba untuk menetapkan rekod untuk menyetai Malaysia Book Of Records Ini.
 
 
"Kanak-kanak berumur antara 5 hingga 12 tahun menertai acara ini dan ternyata mereka kelihatan  gembira mengambil bahagian dalam percubaan rekod sebagai  Chewies Immunolicious gummies yang lazat, di samping menjadi satu penggalak sistem imun," kata Ketua Pegawai Eksekutif AJ Research & Pharma (AJRP) Sdn. Bhd, Javed Ghulam Muhammad.
"Malaysia Book Of Records ini merupakan salah satu cara bagi kita untuk mendidik ibu bapa mengenai cara untuk  anak-anak mereka dan diri mereka sendiri dengan membangunkan sistem imun yang kuat kerana ia adalah lebih baik untuk mengukuhkan baris pertama badan pertahanan kemudian untuk merawat apabila ia sakit. Untuk mencapai itu, kita perlu melengkapkan rutin harian mereka dengan penggalak sistem imun, "tambah Javed.


Chewies Malaysia Book Of Records di Sunway Lagoon

Selepas mencipta rekod bersama Chewies di Amphitheather Sunway para peserta, tetamu yang terlibat  semua yang hadir diberi ganjaran menyertai aktiviti di Sunway Lagoon.Penyerahan sijil  Chewies Malaysia Book Of Records di Sunway Lagoon


chewies immuno licious



Untuk pengambilan dos , bagi kanak-kanak dua biji tablet Chewies dan untuk dewasa empat biji.Chewies juga terbukti secara klinikal selain dari meningkatkan sistem imun dengan selamat juga mengurangkan demam dan selsema.Menarikkan..lepas nie setiap rumah kena ada sebotol Chewies tau..Diluluskan GRAS dibawah peraturan US FDA dan kelulusan peraturan negara-negara lain, tanpa alahan dan bebas GMO






iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


KINOHIMITSU J'Pan Collagen Diamond 5300 Drink di Lazada


Kinohimitsu merupakan jenama yang tidak asing lagi di Jepun malahan ianya juga semakin dikenali ramai di Malaysia kerana ianya dikenali sebagai produk yang efektif untuk menganjalkan kulit khususnya.


Kinohimitsu Official Store


Jika ke Watsons, Cik iena seringkali melihat pelanggan Watsons membeli Kinohimitsu Beauty Drink . Kadangkala cik iena lihat mereka membeli dalam kuantiti yang banyak.  Cik iena teringin nak cuba namun di sebabkan banyak produk review supplement dalam simpanan cik iena jadi cik iena lupakan hasrat untuk membeli. Lagipun ianya untuk mengelakkan pembaziran :)

Apa yang pasti jika ramai yang membeli pasti ianya berkesan. Baru-baru ini cik iena telah menerima Lazada Surprise Box dimana didalamnya terdapat KINOHIMITSU J'Pan Collagen Diamond 5300 Drink yang di berikan untuk di review.

KINOHIMITSU J'Pan Collagen Diamond 5300 Drink di Lazada


Alhamdulillah akhirnya cik iena dapat juga cuba Supplement yang cik iena idam-idamkan. Hari ini merupakan hari ke dua cik iena cuba KINOHIMITSU J'Pan Collagen Diamond 5300 Drink.
Rasanya sangat sedap. Cik iena suka rasa minuman kecantikan ini . Rasa sekali pasti nak lagi .



KINOHIMITSU J'Pan Collagen Diamond 5300 Drink di Lazada


Cik iena  amalkan KINOHIMITSU J'Pan Collagen Diamond 5300 Drink ini pada waktu malam iaitu sebelum tidur. Pada minggu pertama dinasihatkan meminum satu botol sehar. Minggu berikunta pula hanya perlu mengambil satu botol dalam dua hari. Lepas ni kalau okay boleh lah cik iena beli di Lazada. Insya Allah jika ada kelapangan cik iena akan kongsikan hasilnya selepas 6 kali pengambilan selama 6 hari berturut-turut.

Okay jom kita baca serba sedikit mengenai minuman kecantikan ini.


KINOHIMITSU J'Pan Collagen Diamond 5300 Drink


Kinohimitsu J'pan Kolagen Diamond 5300 merupakan Minuman kecantikan yang dilengkapi dengan Collagen Peptide direka khas untuk kulit maturee untuk memulihkan kulit supaya kelihatan muda, daya tahan dan mencerahkan kulit.



KINOHIMITSU J'Pan Collagen Diamond 5300 Drink di Lazada
Collagen Peptide mempunyai struktur molekul shorterer dan hampir sama dengan struktur kolagen dalam kulit kita, oleh itu ia mudah diserap oleh kulit kita. Minuman yang aktif meningkatkan sintesis kolagen yang rosak serat kolagen untuk mengurangkan tanda-tanda penuaan seperti garis-garis halus, kedutan dan kekeringan

KINOHIMITSU J'Pan Collagen Diamond 5300 Drink di Lazada


Ia merupakan salah satu produk yang sangat efektif untuk mengembalikan keanjalan kulit , bukan sahaja wajah, bahkan seluruh badan anda termasuklah leher dan dada. Produk ini merupakan satu minuman kolagen yang mengandungi kadar larutan yang tinggi untuk mengembalikan kesihatan kulit  dan seterusnya menjadikan kulit lebih lembut dan mengekalkan awet muda dalam masa 6 hari sahaja.

Produk ini juga tidak mengandungi sebarang bahan kimia dan bahan tambahan , tiada gula, pengawet, pewarna, perasa. Kolagen yang dimuatkan adalah dalam bentuk cecair berlarutan tinggi (concentrated liquid) yang mana boleh mencepatkan proses penyerapan oleh badan.



KINOHIMITSU J'Pan Collagen Diamond 5300 Drink di Lazada

Untuk pengetahuan semua, kini kesemua produk KINOHIMITSU boleh dibeli secara online di Lazada. Jadi tidak perlu la anda keluar untuk membeli KINOHIMITSU. Duduk depan laptop atau komputer atau telefon pintar, Klik Klik dah sampai dirumah. Dunia di hujung jari :)



KINOHIMITSU J'Pan Collagen Diamond 5300 Drink di Lazada

Untuk melihat rangkaian produk KINOHIMITSU di Lazada sila klik Kinohimitsu Official Store

Jangan lepaskan peluang untuk membeli-belah semasa ulang tahun ke 5 Lazada . Jom Terjah http://bit.ly/lazadabday  Terdapat barangan yang menarik dan murah untuk flash sales kali ini . Janhan lupa singgah http://bit.ly/lazadabday setiap jam tau.
Kempen bermula 22 sehingga 24 March 2017.









iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve