Steamboat merupakan salah satu hidangan kegemaran rakyat Malaysia . Steamboat dikenali sebagai stimbot di Malaysia . Ianya merupakan masakan yang dihidangkan untuk beberapa orang sekaligus yang duduk mengelilingi periuk berisi kuah rebusan yang di kelilingi hidangan utama seperti Sayur-Sayuran dan daging yang dihidangkan berasingan di dalam piring.
Steamboat juga boleh dikatakan makanan yang sihat kerana ianya direbus. Jadi ianya sangat sesuai dinikmati oleh seisi keluarga khususnya. Selain itu sesuai juga dinikmati bersama rakan-rakan .
Aneka makanan laut yang segar |
Beberapa minggu yang lepas cik iena dan rakan-rakan berkesempatan menikmati Hidangan Steamboat di Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan Seksyen 13 Shah Alam . Apa yang istimewa disini adalah Transformasi konsep 2 dalam 1 iaitu steamboat dan Grill . Pelanggan boleh menikmati kedua-dua cara masakan iaitu steamboat dan grill secara buffet (All you Can Eat).
Untuk pengetahuan Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan pernah manjadi pilihan beberapa rancangan TV seperti JJCM dan Nasi Lemak Kopi O.
Jadi tidak hairanlah ketika cik iena kunjungi restoran ini ianya dipenuhi pengunjung. Menurut pengurus Restoran tersebut En.Yunus Restoran ini akan dipenuhi pelanggan pada hujung minggu khususnya hari sabtu malam . Jadi kepada anda yang ingin mencuba sendiri keenakan steamboat dan grill di sini anda perlu datang awal jika anda memilih untuk menikmati hidangan tersebut pada hari sabtu.
Jadi tidak hairanlah ketika cik iena kunjungi restoran ini ianya dipenuhi pengunjung. Menurut pengurus Restoran tersebut En.Yunus Restoran ini akan dipenuhi pelanggan pada hujung minggu khususnya hari sabtu malam . Jadi kepada anda yang ingin mencuba sendiri keenakan steamboat dan grill di sini anda perlu datang awal jika anda memilih untuk menikmati hidangan tersebut pada hari sabtu.
Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan Dengan Konsep 2 Dalam 1 (Steamboat + Grill)
Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan pada asalnya menyediakan masakan secara stimbot. Pengunjung diberi 2 pilihan sup iaitu ayam dan tomyam sebagai kuah rebusan untuk mereka nikmati bersama-sama aneka makanan laut yang segar.
Terdapat pelbagai pilihan aneka makanan laut yang tersedia seperti udang besar, ketam, kupang, kepah, kerang, sotong, isi ikan, bamboo lala dan banyak lagi.
Pelbagai bebola, sayur-sayuran, aneka mee dan juga fucuk juga turut disediakan untuk pilihan pelanggan.
Pelbagai bebola, sayur-sayuran, aneka mee dan juga fucuk juga turut disediakan untuk pilihan pelanggan.
Selain dari pilihan-pilihan makanan steamboat juga pasti tidak lari dari sos-sos steamboat yang di hidangkan. Disini terdapat pelbagai pilihan sos yang di buat sendiri oleh Chef seperti Sos Cili Pedas, Sos Cili Thai, Sos Manis, Sos Bawang Putih, Sos Lada Hitam, Sos Yong Tau Foo dan macam-macam lagi.
Selain daripada hidangan makanan laut, ayam, dan daging , kambing panggang juga turut disediakan dan ianya menjadi pilihan pengunjung di Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan. Daging kambing yang di panggang menggunakan arang BBQ yang membangkitkan lagi aroma dan rasa pasti menjadi rebutan para pelanggan di tambah dengan sos istimewa resepi khas dari Chef untuk menambahkan kelazatan kambing panggang tersebut.
kambing panggang |
kambing panggang |
Cik iena yakin, pasti ramai yang menyukai hidangan kambing bakar ini. Secara jujurnya cik iena sememangnya tidak makan kambing kerana masalah alergi. Jadi cik iena hanya mampu melihat rakan-rakan menikmati kambing panggang tersebut.Menurut rakan cik iena rasa kambing bakar yang di hidangkan cukup rasa rempahnya dan ianya juga lembut.
Aneka bebola untuk pilihan |
Aneka bebola untuk pilihan |
Aneka makanan untuk pilihan |
Di Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan , Chef yang menjadi tulang belakang Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan adalah Chef Shahnizam yang berpengalaman lebih dari 25 tahun dalam bidang Kulinari. Beliau telah membuat perubahan pembaharuan dengan menu perapan istimewa ayam/daging, udang, sosej, ketam, ikan dan sotong. Jenis perapan yang digunakan oleh beliau adalah campuran dari cili giling, bawang putih, lada hitam dan beberapa rempah-ratus herba yang lain bagi menaikkan lagi rasa dan bau perapan tersebut.
Diantara menu Grill yang disediakan adalah seperti Chicken Mozza, Chicken Castello, The Toretto Meat, Cappucino Meat, The Krusty Crab, Super Prawn, Squidward ,Keli yolanda, Dory Drive, Patin Annabel, Pari Perry dan macam-macam lagi.
Menurut pengurus , En.Yunis, Chef Shahnizam Merupakan seorang yang Arif tentang rasa Makanan . Beliau Telah Membuat pembaharuan dengan menggunakan Masakan Stail Cina dan India didalam bahan-bahan perapannya.
Pengunjung boleh merasai sendiri Hasil perapan yang amat bersesuaian dimasak menggunakan grill yang disediakan kerana aroma rempah ratus dan bahan-bahannya menjadi lebih harum dan memikat selera apabila di grill.
Jadi tidak hairanlah Cik iena jatuh cinta dengan menu grill yang disediakan disini . Perapan rempahnya meresap ke dalam makanan yang diperap. Rasanya pasti membuat anda juga menyukainya. Ditambah lagi dengan aroma yang memikat selera pasti membuat anda menikmati hidangan ini berulang-ulang.
aneka jenis mee untuk di pilih |
Rojak buah yang menjadi kegemaran tuan empunya blog |
Rojak buah yang menjadi kegemaran tuan empunya blog |
Selain dari menu-menu yang dinyatakan diatas, terdapat beberapa menu yang menarik juga ditambah di dalam hidangan buffet Seperti, hirisan ikan segar bersama sos Air Asam, Ikan Pari Assam Nyonya vang diperap didalam kertas aluminium ,Kepak Ayam BBQ dan juga produk baru daripada Icy Moonster sebagai pencuci mulut Dan semestinya ianya disajikan dengan pelbagai hidangan kuih-muih tempatan, puding, aneka kek, rojak, buah-buahan , Aiskrim Yang Menjadi kegemaran rama, dan tidak ketinggalan juga air batu campur turut disajikan sebagai pencuci mulut.
Aneka makanan laut yang segar |
Aneka makanan laut yang segar |
Untuk pengetahuan anda, semasa cik iena nikmati hidangan steamboat dan grill di sini, makanan laut yang di hidangkan adalah makanan laut yang segar. Cik iena merupakan seorang yang mempunyai alahan pada makanan laut. Sekiranya makanan laut tersebut tidak segar cik iena akan mengalami masalah gatal-gatal.
Alhamdulillah makanan laut di sini segar.Jadi cik iena tak perlu takut-takut untuk makaan makanan laut di sini.
Harga Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan
Dewasa :
- Isnin hingga Khamis : RM 28.90 (net)
- Jumaat hingga Sabtu : RM 33.00 (net)
- "Sunday Brunch" : RM 24.30 (net)
- Ahad : RM 28.90 (net)
Kanak Kanak :
- Isnin hingga Ahad : RM 9.90 (net)
Warga Emas :
- Isnin hingga Ahad : RM 24.00 (net)
Waktu Perniagaan Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan
Beroperasi dari jam 5 petang sehingga 12 malam pada hari isnin sehingga sabtu dan dari 12 tengah hari sehingga 12 tengah malam pada hari ahad.
Untuk pengetahuan, menawarkan lebih dari 199 Jenis hidangan bagi pengunjung setiap hari dengan ruangan mak Steamboat BBQ Buffet D'Kayanganan yang santai, restoran ini boleh menampung sehingga 400 orang dalam satu masa iaitu seramai 180 orang dibahagian penghawa dingin dan 220 orang di bahagian ruangan terbuka . Terdapat Juga kemudahan seperti surau perempuan dan Lelaki Yang Selesa dan juga tempat letak Kereta Yang Luas
Lokasi Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan
Sri Acapella Service Apartment
No 1, Jalan Lompat Tinggi 13/33
Seksyen 13 Shah Alam
40100 Selangor Darul Ehsan
Untuk Maklumat Lanjut Hubungi
012-2971091
017-6274015
03-55234979
Facebook : D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet
Instagram : @dkayangansteamboat
Sebarang pembaziran makanan akan dikenakan RM10 untuk setiap 100 gm jadi anda sila jangan membazir okay. |
Video Cik iena di Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan
Gambar di Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan Bersama Rakan Blogger
Bergambar bersama rakan blogger |
bergambar bersama pengurus Restoran En.Yunus |
wahh khusyuk kawan cik iena menikmati keenakan hidangan di sini |
selfie bersama rakan blogger - zira |
selfie bersama rakan blogger -dilla |
wefie curik-curik pengurus Restoran En.Yunus sedang berborak dengan rakan blogger |
selfie bersama rakan blogger-lin |
wefie bersama rakan blogger |
abg long, suami kepada blogger kak long yani tak berhenti-berhenti makan okay |
adik cik iena memerangkap personal assistant dan account manager :) |
blogger - kaklong yani bersama anak-anak |
Baiklan semua sekian coretan cik iena untuk kali ini, jemput beramai-ramai cuba sendiri merasakan keenakan hidangan Steaamboat dan Grill disini . Terima kasih diatas layanan baik pihak Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan. Pekerja-pekerja di sini ramah :)
Tuan empunya blog yang suka makan :) |
Nukilan,
|