Grab The Promo
Grab The Promo

ESCAPE Shots – Merdeka Video Contest




Tanggal 31 Ogos merupakan detik keramat bagi negara Malaysia, sempena meraikan ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke 57 ,Celcom Escape telah menganjurkan satu pertandingan video merdeka yang mana ianya boleh disertai oleh semua rakyat Malaysia atau yang bergelar penduduk tetap Malaysia.
Bagi memeriahkan lagi sambutan kemerdekaan pada tahun ini , Celcom Escape mengalu alukan anda semua untuk menyertai pertandingan video merdeka ini.
Pertandingan ini dinamakan Escape Shots iaitu pertandingan video pendek yang bertemakan
 "Disini Lahirnya Sebuah Cinta" .

Apa yang perlu anda tunjukkan dalam video ini adalah tentang  semangat patriotik kita sebagai rakyat Malaysia. Mungkin anda boleh menujukkan tentang keunikan Malaysia, mengapakah anda rasa bertuah  dan bangga menjadi rakyat Malaysia.
Maksimum masa untuk video ini adalah selama 3 minit, jika kurang daripada 3 minit pun sudah memadai asalkan video anda dapat menunjukkan rasa kecintaan anda kepada Negara tercinta kita iaitu Malaysia.

Macam menarik kan ?
Kebiasaan nya kita hanya melihat iklan iklan di television , di Youtube dan kita hanya memberi komentar-komentar tak kiralah positif atau negative. Apakata kali ni kita sahut cabaran Celcom Escape untuk buat video pendek mengenai semangat patriotic,semangat kemerdekaan  dan tunjukkan pada dunia anda mampu lakukannya. Haa jangan pandai komen je tak best la tak menarik la . Sekarang masa untuk anda tonjolkan bakat terpendam anda. Lagi lagi kepada “keybord warrior”.
Mudah je, record video menggunakan handphone pun boleh . Asalkan isi yang nak di tonjolkan tu dapat difahami umum dan member  kesan yang mendalam buat rakyat Malaysia (^_~)
Tema yang dipilih untuk pertandingan video ini adalah
"Disini Lahirnya Sebuah Cinta"


Macam menarik je moment ni kan "Disini Lahirnya Sebuah Cinta"
rumah kayu/papan , rumah lama tu melambangkan warisan (^_~)
[gambar photoshoot cik iena pada Aidilfitri 2011- ops lelaki tu model je bukan pakwe]


"Disini Lahirnya Sebuah Cinta"
Ini merupakan rangkap pertama yg dipetik dari lirik lagu Warisan oleh  Allayarham Sudirman  Haji Arshad

LIRIK LAGU WARISAN
Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang 
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini


Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan



Jika dihayati, lagu ini cukup mendalam maknanya dan lagu ini juga amat menyentuh jiwa .
Setiap baris kata kata membawa banyak makna yang tersurat dan tersirat.

Teringat zaman photoshoot dulu
Nak throwback
Lirik ni

“Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini”
Mcm sesuai je dengan gambar photoshoot cik iena yang nie





                        OK ok berhenti berangan, hehe salah satu cara nak cari idea jugak nie (^_~)


 

Okay jom kita tengok dengan lebih dalam lagi apa yang diperlukan untuk menyertai pertandingan ini


Pertandingan Video Merdeka : ESCAPE Shots

Untuk menyertai pertandingan ini , anda hanya perlu buktikan rasa cinta anda yang mendalam buat Negara kita Malaysia dengan menghasilkan  video pendek selama 3 minit (maksimum) dengan bertemakan "Disini Lahirnya Sebuah Cinta".

 Dimana anda dikehendaki menggunakan lagu “Warisan”  sama ada yang dinyanyikan oleh   Allayarham Sudirman  Haji Arshad atau yang dinyanyikan semula oleh Narmi atau mungkin jika anda mempunyai bakat dalam bidang nyanyian, mungkin anda boleh menyanyikan semula lagu tersebut .

Anda tidak perlu memasukan keseluruhan lagu “Warisan” di dalam video tersebut. Cukup sekadar beberapa bahagian didalam lagu tersebut  yang diselitak di dalam video tersebut.
Jadi apa lagi yang anda tunggu Sertainya sekarang dan anda boleh memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM157,000.

Tarikh akhir  untuk anda menghantar video adalah pada 9 September 2014.



Cara Menyertai Pertandingan Video Merdeka : ESCAPE Shots

  1.   Daftar di http://www.celcomescape.com/escapeshots sertakan nama, email dan no telefon anda.
  2.    Muat turun lagu “Warisan” di https://www.dropbox.com/s/25hrdiddrcbntnn/0294%20ESC%20Narmi-Warisan-CleanVersion-VerB.mp3 dimana anda  dikehendaki  menggunakan mana-mana bahagian dalam lagu ini untuk video anda.
  3.   Hantar video penyertaan anda 
     
    Terdapat dua cara untuk menghantar video
    1.       Penyerahan Online
    Anda dibenarkan mengupload video ke dalam laman Youtube . Kemudian , anda perlu mengisi borang dengan menyertakan apa yang diminta di dalam borang tersebut . Sila klik sini *Borang Penyerahan Online*

    2.       Pengeposan DVD
    1. Anda perlu mengisi *Borang Penyerahan Online* terlebih dahulu.
    2. Cetak (print) borang tersebut dan disertakan bersama-sama DVD dalam bentuk AVI, MP4 atau format H.264 .
    3. Hantar DVD dan borang yang telah dicetak itu ke alamat ini :
    Aras 21, Menara Celcom,
    82, Jalan Raja Muda Abdul Aziz,
    50300 Kuala Lumpur.
     


Peringatan!
Subtitle dalam bahasa Inggeris (English) perlu disertakan dalam video jika video anda dalam versi bahasa-bahasa lain dan pastikan video anda tidak melebihi 3 minit .
Pastikan anda mengkhatamkan dahulu Terma Dan Syarat menyertai contest ini . Nak tahu kenapa ? Anda akan kerugian besar yang tidak disangka-sangka sekiranya anda kalah dalam pertandingan ini hanya kerana disebabkan oleh satu kesalahan kecil . Tak percaya ? Sila baca sekarang .


Mudah bukan.

Hadiah yang ditawarkan kepada pemenang :-

·         Tempat pertama – RM 57,000
·         Tempat Kedua – RM 30,000
·         7 Hadiah Saguhati – RM 10,000


Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari http://www.celcomescape.com/escapeshots




“Warisan” cover by Narmi

Untuk pengetahuan anda,
Selain menggunakan lagu “Warisan” dari Allayarham Sudirman Haji Arshad, anda boleh menggunakan lagu “Warisan” cover by Narmi.



Beliau menyanyikan semula lagu ini sebagai tanda peringatan kepada Allayarham Sudirman Haji  Arshad dimana  beliau mendapat ilham daripada barisan  pertama lagu tersebut iaitu  “Disini Lahirnya Sebuah Cinta”
Beliau berharap ianya juga mampu memberikan inspirasi
Kepada peminat-peminatnya dan juga rakyat Malaysia untuk menyertai Pertandingan  Video Merdeka : ESCAPE Shots dan memenangi wang tunai  sebanyak RM 157,000
Untuk maklumat  lanjut anda boleh layari www.celcomESCAPE.com




Pssttttttttttt
Tuan empunya blog pun akan join this video contest.
Insya Allah  the video will be upload before or on 9 September 2014.







Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com

CABARAN 30 HARI | DAY 3 : SESUATU YANG MENGUATKAN ANDA


Di dunia ni, semua org pasti akan ada masalah.
akan ada saat sedih yg perlu ditempuhi.
Apa yang menguatkan cik iena di saat2 cik iena kesedihan or ditimpa masalah,
Tentulah buah hati pengarang jantung cik iena
nehh

Kalau dia takde meroyan la cik iena
haha
yela cik iena kan duduk bujang 
jauh dari family
T______T

dengan henset ni la cik iena akan 
call atau message org2 tertentu untuk 
share masalah cik iena.
Update blogpost ni pun pakai henset ni la
hehe

Cik iena nie klu ade tgh sedih
mmg cik iena perlukan seseorang utk dgr luahan cik iena.
biasa nya cik iena akan luahkan pada sahabat2 terdekat Dan pada adik perempuan cik iena.
Kebiasaan nye cik iena takkan luahkan dekat mak n abah..
sebab cik iena taknak dorang susah hati.
Mereka lah kekuatan cik iena.
Cik iena x nak mak n abah sedih.
biarlah cik iena sendiri tanggung penderitaan ni.
Kalau mak n abah sedih
cik iena lg sedih

cik iena tanamkan dalam diri
cik iena perlu kuat utk teruskan hidup
untuk terus bantu keluarga
kalau cik iena takde siapa nk tolong mereka

Teringat kate2 adek.
"kakngah ko jgn kawen dlu sampai aku dpt kerja yg stabil"
Hehe tergelak2 jgak la bile adek ckp cmtu..
haishh nk kawen kne tgu adek keje dlu la cmnie
ade betulnya..
kalau cik iena kawen kalau dapat suami yg memahami
yg izinkan kita bantu keluarga
Alhamdulillah
kalau dpt yg tak izinkan
acanerrrr

cik iena ni lahir dari keluarga yg serba kekurangan
tapi Alhamdulillah
berkat usaha gigih mak abah memberikan didikan secukupnya
kini cik iena berjaya 
Terima kasih mak.n abah
jasa mak n abah tidak ternilai buat kakngah
   
Alhamdulillah di usia muda  seawal 22 thn
cik iena dh pn beli sebuah rumah utk family
walaupun hanya rumah kos rendah
ye la mude lg kot  time tu mana mampu beli umah mahai2
Now agak tua siket
(^_~)

Selebihnya
Sesuatu yang menguat kan cik iena dan semua org adalah
sujud pada yg esa
 memohon diberikan kekuatan untuk menempuh segala dugaan yang mendatang.

Allah takkan menguji di luar kemampuan kita





Haha 
sebenarnye tak de idea nk tulis ape

mcm berat je cabaran tuk hari  ke tiga

Cukup la tu kot
payah pulak taip pakai henset
malas nak bukak lappy
haha
oOkiess daaaaaa
Cik iena nk bersiap g keroje


Psttttt : cantek kan cover phone note ii cik iena
cik iena beli kat korea..
ouhhj rindu nye kat korea




.::CABARAN 30 HARI::.















Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com

CABARAN 30 HARI | DAY 2 : 5 CARA MEMENANGI HATI ANDA


Woww cabaran hari ini,
Cara memenangi hati cik iena 
(^_~)
Milik Siapakah hati ini jeng jeng jeng
 
 
.::Yang Pertama ::.
 
Kuat amalan agamanya dan menjaga solat fardhu.
 
.::Yang Kedua ::.
 
Bertanggungjawab terhadap keluarga dan ibu bapanya.
 
.::Yang Ketiga ::.

Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak-ansur. Pertuturan yang sopan, melambangkan peribadi dan hati yang mulia.
 
.::Yang Keempat ::.

Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan
 
.::Yang Kelima ::.
 
Tidak merokok.
 
 
Wokiess setel sudah 
nak 5 cara je kan
ke Lima2 diatas yg the most important yg perlu ada pada seseorang lelaki tuh kalau nak memenangi hati cik iena
(^_~)

Secara Jujurnya Ke Lima2 yg disebutkan diatas
ada pada seseorang yg cik iena suke
TAPIIIIIIIIII
dia tak tau pon
hahaha
Cik iena perempuan
hanya mampu berdoa
lalallalalalala
 
Kalau lah dia blogger
then dia sahut cabaran nie
dapat la cik iena tau cara2 nak memenangi hati dia
TETAPI malangnya dia bukan blogger 
T____T
 
Okies nk jiwang2 jap
Awak Awak
Lagu uTk Awak
Semoga Allah Dgr Doa Saye
(^_~)
 

Pstttttt gambar diatas gambar cik iena jadi model je
huhu cik iena belom kawen lg
 
 



.::CABARAN 30 HARI::.
















Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com

Cabaran 30 Hari | Day 1 : Gambar Terbaru Anda Dan 5 Fakta Tentang Diri Anda

Assalamualaikum. 
Hari ni cik iena tertarik dgn cabaran 30 hari yang rakan2 blogger join.
Tq Syukri bg cik iena info (^_~)
Okies today cik iena nak sahut cabaran seperti rakan2 blogger yang lain.
Untuk hari yang pertama cabaran ini, cik iena nak kongsikan 5 fakta tentang diri cik iena
 
 
5 FAKTA TENTANG DIRI
5 FAKTA TENTANG DIRI
 
 5 fakta tentang diri cik iena
 
 
  1. Cik iena nie kecik je org nya, kalau tgk gambar kat fb nmpk mcm bam bam. Tapi sebenarnya muka sahaja yang bam bam.Tak tau la kenapa muka ni beso sangat.Kawan2 panggil cik iena tweety dulu2 sb kepala besar badan kecik mcm carton tweety bird (^_~). Kalau photoshoot kt butik pun if photoshoot baju kurung, owner butik kene asingkan baju size S atau XS tapi kain nye size M , sebab cik iena kurus tinggi .
  2. Cik iena tak suka make up pergi kerja tapi if weekend cik iena akan keluar ber make up (^_~)
  3. Cik iena suka makan sayur  dan tak makan daging lembu 
  4. Cik iena kurang gemar lelaki merokok sb cik iena ade asma (sb tu smp skrg takde pakwe sb nk cari pakwe yg tak merokok haha)
  5. Cik iena nie susah nak jatuh hati kat seseorang , tapi kalau sekali dah suka cik iena akan setia and cik iena akan usaha untuk dapatkan ape yang cik iena nak tapi apa2 pun Allah maha berkuasa.Jika dia tidak mengizinkan cik iena terpaksa redha. 

 Nie gambar terbaru cik iena
gambar smlm mase shoot video pendek tuk celcom escape




Okies, selesai sudah cabaran pada hari yang pertama. Nantikan cabaran pada hari yang kedua pulak. 
 
.::CABARAN 30 HARI::.











 





Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com

Done: Passport renewal at Jabatan Imigresen Malaysia UTC plaza rakyat


Yeayy akhirnya setelah hampir 6 jam, passport siap  2.52 pm
Kurang 3 minit..sejam selepas pembayaran.
Tak sampai sejam la utk tgu passport siap..
yang lamanya nk queue utk ambil number
and nk tgu number giliran dipanggil.
siap blh balik rumah lg.
Alhamdulillah 6 jam je
last week member cik iena pergi
10 jam kate nye
huh lagi la lama kan..





okies nk story, td cik iena balik rumah siap makan n tido lg tau
dtg utc balik,
Sampai dalam pkl 1 .
Number masih jauh lagi
ade 30 number lg
my number 1182
Current number 1152

Lama jugak tu 30 number kan
sambil2 layan cerita 
rindu awak 200%
Hehe siap download tuk tgk kt phone lg

Hurmm awak awak awak
kite rindu awak 500 %
Tapi kenapa awak sombong
T_______T
kite tunggu awak msg tp awak x msg kite pon
kite sedey tau
kite nk cakap kite rindu awak
tp kite malu
hehe
Smg Allah dgr doa saya
hari ni awak pergi melaka kan
take care tau

hehe moody kejap
lalalala

Eyhh
sambung gedik la
nak selfie





Hehe
selepas 40 minit nombor cik iena d panggil
yeayy
1182 kaunter 7

AlhAlhamdulillah laju je staff de key in data
Yg tgu lama tu org ramai kot
sb servis dorang ok je 
key in data kejap
cek cap jari
amek gambar
sign form
dh siap

haaaa
skrg x yah amek gambo kat lua dah tau
datang tadah muka je
hahaha



Haaa
canggih kan kan

Kejap je kt sini

selepas check document n sign
kene tunggu giliran tuk bayar plak



dalam pkl 1.55 pm
nombor cik iena dipanggil yeayy



Okies da bayar dia tulis td kene tunggu dlm sejam
baru passport siap..
cik iena tny ngam2 sejam ke?
Hehe sejam ++ la de cKp
okies need to wait lg
nk g oversea kan kan kan



Cik iena taip blogpost ni pn
masa menunggu giliran tuk amek pasaport yg dh siap.
Gunakan masa sebaik nye yeayy
pastuh kan batri phone low
powerbank pn da abes.. 
guna dr pg td kan lalalalaa
hehe kene off kejap..
nty jap g dh siap on balik 
sambung update






 Okay sambung balik
tp kt rumah la
td bateri habis
balik charge phone
then terlelap
haha ngantukssss
weekend jela blh tdo puas2 kn


tak sampai sejam pun tgu passport siap
kurang 3 minit sejam
ok la tu kan

hehe selama tempoh menunggu tu 
cik iena tulis blogpost ni la
alahaiii payah nye la update blog
guna henset
mmg kene bnyk sbar
dekat sejam menaip nye haha

nahhh da ciap

sebelah kanan yg lama
yg da renew yg blah kiri





passport baru 
gambar black n white je


Klu yg lama comey sket ade warna




Pstttttttt
nmpk tak beza passport lama n baru selain black n white color




Wokiesss
nak magrib da

mlm ni nk jahit manik yeayy
celebrate merdeka kt umh sensorang je
T_______T






Queue for number : Passport renewal at Jabatan Imigresen Malaysia UTC plaza rakyat


Assalamualaikum..selamat pagi yeayy
Today cik iena pergi renew passport. Nasib la kat UTC sabtu ahad bukak kan.
kalau nak pergi hari biasa rugi cuti je hehe..
Last week member renew passport kt sini dia cakap 10 jam..
wohooooo lame nyeeee

Hope tak lama la mcm yg member ckp kan
cik iena sampai sini pkl 9
sb member ckp utc bukak pkl 9
haha sekali tgk situ 
Pkl 8.30 la
ok.xpe 
kite beratur je dlu




Panjang la jugak kan.. cik iena baris kedua
kene pusing okeyh 
hehe

tp dgr cerita akak yg queue tu de pergi
utc sentul lagi ramai dr kt sini
tu dia dtg sini

takpe2 sabar cik iena
nak pergi oversea kan
haha




Wokies
setelah 42 minit queue dpt la nombor
org tu kate dtg dlm masa 2 jam sengah ke tiga jam

so cik iena balik umah la

Pergi makan dlu then nak g bayar bil2
nie pun update blog time dlm lrt nk balik 
hehe
bosan Sensorang
(^_~)

Ok tuan tanah nak gedik selfie



Hehe gedik sangat
ok nak makan dlu
nanti sambung story Ye
dlm kul 12 sengah ke 1 cmtu cik iena kene g utc balik
hope tak lama la
(^_~)



Jemput makan
hahaha
tak jamah lg nie
nak update blog nye pasai
pstttt cik iena mmg suka sayur
bukan diet eyh
Sape kenal cik iena tau la mcm mane cik iena makan
sayur yg utama

daaaaaa









Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com

Travel Log : Check in at HYUNDAI RESIDENCE Chungmuro 5(o)-ga, Jung-gu, Seoul, South Korea --> Myeongdong

                                                                         

Sambung story smlm yeay 
Dari airport ke tempat penginapan kami naik Subway je.
 1st Subway: Incheon Airport Station to Seoul Station
2nd Subway: Seoul Station to Dongdaemun Cultural Park Station (Exit 6)
Walking distance 15 minutes to the west, then arrive to destinaion
Hyundai Residence Hotel
Gather at lobby for check in process Yeayy
Tapi masa ni takde gambar la
Cik iena jejak kaki kat korea terus demam
Mood bergambar kurang
Hensem tak mamat korea kat atas
(^_~)
 
 
Ni lah tempat cik iena beli sarapan, 7 eleven

eyhh bergambar dpn signboard hotel, tp ni bukan masa check in





Wokeyhh lepas check In
kami pergi jalan2 dekat  Myeongdong
jalan2 cari makan
(^_~)







Dari Chungmuro  ke  Myeongdong
kami jalan kaki je
cuaca pulak hujan renyai
sejuk woo



Time ni blh la nk bergambar sb tak bawak beg yg beso beso
haha masa nak check in tadi
beg punye lah beso kan
mmg tak boley la nk pegang henset amek gambar
Nasib lah ramai hero2 nak tolong angkat beg time naik turun tangga

Setiba nya di Myeongdong
fist sekali cari tempat makan yg halal
Lama jugak lah carik
Akhirnya jumpa






Pstttttt ini first time cik iena makan kimchi
and this is my first meal setibanya di korea
Errrr pedas gile kimchi nye

kat korea dia serve air masak je tau,  mmg order makan ape2 pn dia akan bagi air masak
tapi kalau korang nk request air lain boleh je
Patut lah kulit org korea chantek2
dorang banyak minum air masak
(^_~)

Okies sampai sini je utk hari ini
next update
hari yang sama
pergi Gyeongbokgung pulak
Nak tau ape ade kat Gyeongbokgung
tunggu eyhhh
kat situ banyak siket gambar
(^_~)
 
 
 Nota : korangg yang pic mamat korea kat atas tuh, haha bukan lah mmat korea pon, masa upload kt fb ckp mamat korea sume percaya. Maap maap, tu officemate cik iena. Tapi dia bukan org Malaysia lah. Dia org German. Kalau nk borak ngan dia sila jangan cakap bahasa melayu dia tak paham.But now dia dah belajar sikit2.
 
Prev Travel Log :  http://www.ienaeliena.com/2014/08/travel-log-arriving-at-incheon.html
 





Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com
Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve