Assalammualaikum..
ouhh ketinggalan nye cik iena nie..punyer la tunggu dpn TV..
rupe2 nyer citer BFF dh bertukar siaran..
Minggu lepas ingatkan dia tukar ke ari selasa mlm sb ari ahad tu ade konsert Jom Heboh..
arini tgu2 pn xde..
rupenye dh tukar waktu siaran der...
10.30 mlm setiap hari selasa..
BFF… Teman Tapi Mesra(SINOPSIS)
Sahabat yang setia sentiasa bersama kita samada dalam keadaan senang atau susah. Semangat setia kawan yang ikhlas ini merupakan dorongan kepada kita untuk berdepan dengan pelbagai hidup. Apabila usia kita semakin matang dan memerlukan seorang teman hidup, apakah persahabatan itu akan kekal atau menjadi teman tapi mesra selama-lamanya?
Terbaru di TV3, “BFF…Teman Tapi Mesra” terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd mengisahkan persahabatan Iskandar dan Shahidah yang terjalin sejak zaman kanak-kanak. Iskandar telah mengahwini Shahidah hanya untuk membebaskan sahabat karibnya daripada kongkongan ibu bapa yang tidak merestui cita-cita Shahidah.
BFF…Teman Tapi Mesra diarahkan Amy Maziah dan hasil nukilan skrip oleh Maizura Mohd Ederis. Drama bersiri selama 8 episod ini membariskan bakat-bakat muda seperti Sari Yanti, Munif Isa, Irfan Roslan dan Syatilla Melvin.
Iskandar (Munif Isa) dan Shahidah (Sari Yanti) berkawan baik sejak zaman kanak-kanak. Mereka saling memahami dan sering berkongsi masalah. Masing-masing merupakan sumber kekuatan untuk mengharungi pelbagai masalah dalam hidup.
Selepas tamat SPM, Iskandar sudah diterima sebagai pelatih juruterbang manakala Shahidah terpaksa menurut kehendak ayahnya untuk belajar di universiti tempatan. Jauh di lubuk hati, Shahidah masih menyimpan cita-citanya untuk menjadi seorang pereka fesyen yang berjaya di ibu kota.
Iskandar yang sudah menjadi seorang juruterbang bersimpati melihat kawan baiknya hidup dalam tekanan akibat kongkongan ibu bapanya. Lantas, dia terfikir hendak membebaskan Shahidah dengan cara melamarnya sebagai isteri. Demi kebebasan dan minat yang membara terhadap kerjaya yang diimpikan, Shahidah menerima lamaran Iskandar walaupun cinta tidak pernah hadir dalam hubungan mereka.
Iskandar dan Shahidah berhijrah ke Kuala Lumpur. Mereka tinggal berasingan dan merahsiakan status mereka daripada orang sekeliling. Iskandar meneruskan kerjayanya sebagai juruterbang manakala Shahidah memohon kerja dengan pereka fesyen yang menjadi idolanya, Elaira.