Sebelum ini keluarga kakak ke taman tema Air di Bangi dan anak-anaknya bercerita pada adik bongsu . Macam biasalah budak-budak bila dengar dia pun rasa nak pergi. Dia tanya bila nak bawa Arif mandi Kolam ?. Kebiasaannya Cik iena bawa bercuti di Hotel yang ada Swimming Pool dan biarkan dia mandi di Pool.
Kali ni dia request taman tema macam anak buah dia pergi. Maka dengan itu Cik iena bawa Arif ke Sunway Lagoon . Suka tak terkata dia. Bersemangat je masa kakngah jemput dia dari Kampung. Kami tiba di Sunway Lagooon sewal jam 9.40 pagi tapi kaunter sudah pun penuh. Jadi kepada anda di luar sana di nasihatkan datang lebih awal pada yang masih belum membeli tiket.
Untuk pengetahuan anda Promosi yang sangat mendapat sambutan sekarang adalah Buy 3 Free 3 Sunway Lagoon Theme Park Ticket di mana anda membeli 3 Tiket Dewasa dan anda akan mendapat 3 tiket dewasa lagi secara percuma. Untuk mengetahui lebih lengkap teruskan membaca okay :)
Sebelum itu Cik iena kongsikan apa yang menarik di Sunway Lagoon.
Sunway Lagoon Attraction
Untuk pengetahuan anda terdapat banyak tempat menarik di Sunway Lagoon . Antaranya adalah
- Nickelodeon Lost Lagoon
- Sunway Lagoon Water Park
- Sunway Lagoon Amusement Park
- Sunway Lagoon Wildlife Park
- Sunway Lagoon Scream Park
- Pedestrian Suspension Bridge di Sunway Lagoon Amusement Park .
- Spongebon Splash , Splish Splash dan Primeval di Nickelodeon Lagoon.
- Surf Beach di Sunway Lagoon Waterpark
- Sunway Lagoon Wildlife Park
Sangat banyak tempat yang Cik iena tak sempat terokai sebenarnya . Memandangkan Cik iena datang bersama adik yang berusia 6 tahun seharusnya Cik iena mengalah untuk memenuhi kehendak Si Bongsu terlebih dahulu. Jadi Cik iena tak sempat nak jalan kesemua tempat di Sunway Lagoon.
Insya Allah jika ada rezeki Cik iena akan datang sekali lagi bersama teman pula supaya Cik iena dapat Explore semua tempat di sini.
Sebelum Cik iena kongsikan gambar-gambar bersama keluarga sepanjang berada di Sunway Lagoon baru baru ini, Cik iena kongsikan terlebih dahulu tempat-tempat menarik yang ada di Sunway Lagoon.
Nickelodeon Lost Lagoon
Kunjungi Nickelodeon Lost Lagoon dan anda pasti terpesona dengan tempat yang dikelilingi oleh hutan hujan semulajadi yang subur.
Pengembaraan anda pasti menarik semasa anda menerokai kawasan fantasi ini yang penuh dengan permainan air yang besar dan taman permainan air.
Terdapat juga laluan berjalan kaki berkanopi dan laluan melayari serta terdapat air terjun yang indah dan tapak perkhemahan rekreasi.
Terletak di tengah-tengah 10 ekar hutan hujan tropika yang rimbun dengan lebih daripada 12 rides dan atraksi yang menarik dan menyeronokkan serta mesra keluarga dan sesuai untuk semua peringkat umur.
Antara tempat yang menarik di Nickelodeon Lost Lagoon adalah
- SpongeBob Splash Adventure
- Monsoon 360
- Jungle Fury
- Kubarango
- Splish Splash
- Primeval
- Hippo Valley
- Wonder Steps
- Explorer’s Campsite
- Explorers’ Trail
Show And Activity
Slime Time!
Time: Daily 4:00pm
Location: SpongeBob Splash Adventure
Nickelodeon Characters Meet & Greet
SpongeBob & Patrick
Time: 12:00pm – 12:20pm5:30pm – 5:50pm
TMNT And Asia’s First Shellraiser
Time: 12:30pm – 12:50pm4:40pm – 5:00pm
Dora the Explorer & Boots
Time: 2:00pm – 2:20pmSunway Lagoon Water Park
Rasai pengalaman yang lebih mencabar dari the Waters of Africa di Sunway Lagoon! Rasai putaran di the loops of the African Pythons, atau anda boleh juga berlumba bersama rakan-rakan anda dalam adrenalin-pumping ride head . Anda juga boleh melakukan pendakian Cameroon, turun 15 meter kemudian menembak kembali 8 meter untuk keseronokan yang berpanjangan.
Antara tempat yang menarik di Sunway Lagoon Water Park adalah
- Vuvuzela
- Little Zimbabwe
- Waterplexx 5D
- Surf Beach
- Surf Pool
- African Phyton
- Congo Challenge
- Cameroon Climb
- Giant Tipping Bucket
- Kalahari Kids
- Lake Kariba
- Wave Pool
- Zamberi River and victoria Falls
Show And Activity
Waves of Fun
Time: Daily 4:00pmLocation: Surf Beach
Surfing
Time: 6:30pm – 7:00pmLocation: Surf Pool
Sunway Lagoon Amusement Park
Selain mandi-manda anda juga boleh Pergi ke Sunway Lagoon Amusement Park untuk pengembaraan yang hebat. Lihat pemandangan indah keseluruhan kawasan Sunway Lagoon di Malaysia’s Longest Pedestrian Suspension Bridge (Jambatan Suspensi Pedalaman Terpanjang Malaysia).
Selain itu anda juga boleh melihat dunia terbalik apabila anda berputar 360 darjah pada Tomahawk dan Revenge Pirate.
Antara tempat yang menarik di Sunway Lagoon Amusement Park adalah
Non-Stop Fun And Games :-
- Carousel
- Captain Kids’ Candyland
- Fun World
World Of Adventure :-
- Pirate’s Revenge
- Pedestrian Suspension Bridge
- Lost City of Gold Scream Coaster
It’s The Wild, Wild West! :-
- Butch Cassidy Trail
- Colorado Splash
- Grand Canyon River Rapids
Sunway Lagoon Wildlife Park
Merupakan Malaysia's Zoo yang terdapat di Sunway Lagoon di mana anda dapat melihat lebih daripada 150 spesies haiwan dari seluruh dunia di Taman Hidupan Liar Sunway Lagoon atau Sunway Lagoon Wildlife Park.
Tarikan zoo yang interaktif sepenuhnya, dari perjalanan pembelajaran melalui Wildlife Encounters yang unik.Selain daripada itu anda juga akan di hiburkan oleh bintang-bintang dan haiwan yang berbakat di Teater Hidupan Liar .
Anda juga berpeluang memberi makan dengan sendiri kepada haiwan tertentu di the Pet Village atau Kampung Pet. Terdapat pelbagai aktiviti pendidikan dan aktiviti menarik yang lain untuk anda sekeluarga di sini.
Antara tempat yang menarik di Sunway Lagoon Wildlife Park adalah :-
- Tiger Land
- Enchanting Exhibits
- Wild Encounters
- The White Lion Kingdom
- Aviary
- Bird Savannah
- Jungle Trail
- Koi Pond
- Lake
- New Word Monkey
- Tree Top Terrace
- Pet Village
- Rimba
- Multi Animal Show
Wildlife Multi-animal Show
Time: 3:00pm to 3:15pm
Location: Wildlife Theatre
Sunway Lagoon Extreme Park
Extreme Park sangat sesuai untuk anda penggemar aktiviti lasak. Jangan lupa rasakan pengembaraan udara dengan menaiki Flying Fox terpanjang di Malaysia dan melompat ke tahap yang lebih hebat dan extreme dengan Jump Bungee. Selain itu boleh juga menaiki Go Kart atau ATV untuk memeriahkan lagi lawatan anda kesini.
Antara tempat yang menarik di Sunway Lagoon Extreme Park adalah :-
A Rush Of Adrenalin
- Bungee Jump
- G-Force X
- Go Kart
Awesome Alternative Action
- Paintball Target Shooting
- Pedal Boating
- Archery
- ATV
- Beach Volley Ball
- Bungee Trampoline
- Flying Fox
- Kayak
Sunway Lagoon Scream Park
Antara tempat menarik yang berada di Sunway Lagoon Scream Park adalah :-
- Ghostbusters Adventure-Live!
- Nights Of Fright
Pengalaman Bersama Keluarga di Sunway Lagoon Theme Park
Sudah pastinya ini pengalaman yang sangat menyeronokkan untuk Cik iena dan keluarga terutamanya adik bongsu kerana sememangnya dia berharap dapat ke Taman Tema Air selepas melihat nak buah nya pergi ke Taman Tema air dan menceritakan tentang keseronokan di sana.
Sepanjang di Sunway Lagon sebenarnya Cik iena banyak habiskan pergi tempat yang sesuai untuk kanak-kanak. Almaklumlah CIk iena bawa adik bongsu. Jadi tak berkesempatan untuk main game atau masuk rumah hantu.
Kebanyakan tempat yang cik iena pergi adalah yang mesra kanak-kanak seperti Spongebon Splash , Splish Splash dan Primeval di Nickelodeon Lagoon, Surf Beach di Sunway Lagoon Waterpark dan Sunway Lagoon Wildlife Park .
Tapi Pedestrian Suspension Bridge di Sunway Lagoon Amusement Park , mak dan adik bongsu tak ikut sebab tinggi nak mendaki tangga dan jambatan nya juga sangat panjang. Jadi masa ni mak dan adik tunggu di tempat lain.
Menarik kan? Walaupun Cik iena tak dapat explore semua tempat tetap seronok. Mungkin untuk masa akan datang Cik iena akan datang bersama raka-rakan supaya Cik iena dapat kunjungi semua tempat menarik di sini.
Kepada anda yang berminat untuk ke Sunway Lagoon , Cik iena kongsikan juga senarai harga beserta promosi semasa yang ada di bawah :)
Harga Tiket Sunway Lagoon | Sunway LagoonTicket Price
- Dewasa (13 tahun dan keatas) : RM170
- Kanak-Kanak (12 tahun kebawah) : RM140
- Warga Emas (60 tahun keatas) : RM140
Pay-Per-Ride (Single Ride)
- Bungee Jump : RM 138 (RM 80 for MyKad holders)
- G-Force X : RM 64 (RM 32 for MyKad holders)
- Go Kart : Single Seater – RM 22 per ride, Double Seater – RM 27 per ride
Pay-Per-Ride (Combo Ride)
- Bungee Jump & G-Force X Combo : RM 160 (RM 101 for MyKad holders)
Equipment Rental
- Double tube RM10 (deposit) RM16 (Rental) RM26 (Total Inclusive 6% gst)
- Surfboard RM20 (deposit) RM32 (Rental) RM52 (Total Inclusive 6% gst)
- Wheel Chair RM50 (deposit) RM20 (Rental) RM70 (Total Inclusive 6% gst)
- Motorised Wheel Chair RM150 (deposit) RM30 (Rental) RM180 (Total Inclusive 6% gst)
- Stroller RM50 (deposit) RM20 (Rental) RM70 (Total Inclusive 6% gst)
Locker Rental
- Multiple time usage : RM 22 (Total Inclusive 6% gst)
- Luggage : RM 43 (Total Inclusive 6% gst)
Untuk maklumat lanjut mengenai harga sila rujuk https://sunwaylagoon.com/pricing/
BEAT THE QUEUE with Sunway Lagoon’s Quack Xpress!
Quack Xpress adalah pas ekspres yang membolehkan anda mengakses lorong express khusus supaya anda boleh melangkau barisan dan menikmati lebih banyak perjalanan dan tarikan.
Untuk Maklumat lanjut mengenai Quack Xpress sila rujuk http://sunwaylagoon.com/quack-xpress/
PROMOSI SUNWAY LAGOON
Buy 3 Free 3
Menarik bukan ? Beli 3 tiket dewasa yang berjumlah RM510 dan anda akan mendapat 3 Tiket Dewasa Percuma. Promosi Ini Hanya Sah Sehingga 31 Disember 2017
Sah untuk kesemua akses kecuali pay-per-ride activities: Bungee Jump, G-Force X and Go Kart
Quacktastic Tuesday
Tiket beharga RM60 untuk dewasa, kanak-kanak dan warga emas untuk kesemua akses kecuali pay-per-ride activities: Bungee Jump, G-Force X and Go Kart.
N/P: RM65 per person and promotion ends 31 Dec 2017.
Quacktastic Dates: 2 Jan 2018 | 6 Feb 2018 | 6 Mar 2018 | 3 Apr 2018 | 8 May 2018 | 5 June 2018 | 3 July 2018 | 7 Aug 2018 | 4 Sept 2018 | 2 Oct 2018 | 13 Nov 2018
Quacktastic Tuesday COMBO
Tiket beharga RM100 untuk dewasa, kanak-kanak dan warga emas untuk kesemua akses kecuali pay-per-ride activities: Bungee Jump, G-Force X and Go Kart
N/P: RM105 per person and promotion ends 31 Dec 2017.
Quacktastic Dates: 2 Jan 2018 | 6 Feb 2018 | 6 Mar 2018 | 3 Apr 2018 | 8 May 2018 | 5 June 2018 | 3 July 2018 | 7 Aug 2018 | 4 Sept 2018 | 2 Oct 2018 | 13 Nov 2018
Untuk melihat lebih banyak promosi terkini sila layari https://sunwaylagoon.com/promotions/
Waktu Beroperasi Sunway Lagoon | sunway lagoon opening hours
Waktu beroperasi bagi Theme park dan water park adalah dari jam 10 pagi sehingga 6 Petang . Setiap Hari.
Manakala Waktu operasi bagi Nickelodeon Lost Lagoon pula adalah :
- Weekdays: 11:00am till 6:00pm
- Weekends: 10:00am till 6:00pm
Kadar Parking Sunway Lagoon.
Semasa Cik iena datang ke sini Cik iena parking dalam Sunway Pyramid Mall je . Maximum per day RM12 untuk weekday dan weekend RM15.
Jadi memandangkan Cik iena datang pada hari ahad Cik iena bayar parking RM15 :)
Untuk Maklumat Lanjut Layari :
Website : https://sunwaylagoon.com
Facebook : https://www.facebook.com/SunwayLagoonMalaysia/
Twitter : https://twitter.com/SunwayLagoonMY
Instagram : https://www.instagram.com/sunwaylagoonmalaysia/
Youtube : https://www.youtube.com/channel/UCGND8axTQQrSKZjxa2jymLw
Lokasi : No 3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, | Bandar Sunway, Petaling Jaya 47500, Malaysia
Theme park tel: +603 5639 0000
Fax: +603 5639 0050
Email: ask_lagoon@sunway.com.my
Theme Park Operation Hours
Open Daily: 10:00am till 6:00pmNickelodeon Lost Lagoon Operation Hours
Weekdays: 11:00am till 6:00pmWeekends: 10:00am till 6:00pm