Grab The Promo
Grab The Promo

Frangipani Shampoo dari Lemongrass House syampu kelemumur terbaik


Rambut merupakan mahkota bagi wanita. Cik iena yakin pasti ada dikalangan wanita diluarsana khususnya yamng memakai tudung mengalami masalah kelemumur yang teruk. Begitu juga dengan cik iena. Sejujurnya sejak tahun lepas selepas cik iena membuat rawatan rambut di sebuah saloon. Rambut cik iena didatangi masalah kelemumur yang sangat teruk. Mungkin kerana produk yang di gunakan oleh saloon tersebut tidak sesuai dengan cik iena.


Kelemumur Hilang dengan Syampu Natural dan Organik dari Lemongrass House




Selepas daripada itu cik iena telah mencuba pelbagai jenis syampu . Ada diantaranya yang tidak memberi kesan lansung dan juga ada yang memberi kesan tetapi memakan masa dua ke tiga bulan untuk menampakkan hasil. Kemudian sekiranya berhenti ia akan datang lagi.

Frangipani Shampoo | Syampu Natural dan Organik dari Lemongrass House  


Baru-baru ini cik iena telah mencuba syampu natural dan organik dari Lemongrass House iaitu Frangipani Shampoo.

Review Frangipani Shampoo Lemongrass House


Syampu ini sememangnya sangat cik iena gemari kerana ia berhasil menghilangkan masalah kelemumur cik iena yang sangat teruk dalam masa dua ke tiga hari sahaja.

Dalam tempoh dua ketiga hari penggunaan kelemumur lansung tiada di rambut cik iena. Rakan cik iena sendiri tegur perubahan cik iena. Jika sebelum ini cik iena ke surau di pejabat untuk solat apabila cik iena menguruskan rambut, akan kelihatan kelemumur yang banyak jatuh pada baju , lagi-lagi jika cik iena memakai baju bewarna hitam atau gelap.


Frangipani Shampoo Lemongrass House
Frangipani Shampoo Lemongrass House

Sejujurnya sangat tidak selesa. Sudah pasti rasa gatal yang teramat. Alhamdulillah selepas menggunakan frangipani shampoo ini kelemumur hilang hampir 100% dan kegatalan pada kulit kepala serta masalah rambut gugur berkurangan. Mungkin sekiranya cik iena teruskan penggunaan masalah kulit kepala gatal dan rambut gugur juga boleh pulih :)


Jadi kepada anda diluar sana yang masih tercari-cari syampu untuk masalah kelemumur anda boleh cuba frangipani shampoo dari lemongrass house ini. Tidak salah mencuba bukan? selagi kita tidak cuba kita tidak tahu akan hasillnya tambahan pula setiap orang akan mempunyai kesan yang berbeza. jadi berikhtiar lah. Cuba sampai jumpa syampu yang sesuai.

Harga  Frangipani Shampoo 120ml RM40 

 Lemongrass House


Selain daripada syampu terdapat banyak lagi produk keluaran Lemongrass House . Selain syampu, ntara yang cik iena cuba adalah  Thai Bergamot Soap Bar, Royal Lotus Conditioner dan Mandarin Orange Shower Gel . Untuk pengetahuan kesemua produk Lemongrass House adalah natural dan organik.


Pelbagai Pilihan Syampu di Lemongrass House
Pelbagai Pilihan Syampu di Lemongrass House

Pelbagai Pilihan Syampu di Lemongrass House
Pelbagai Pilihan Syampu di Lemongrass House

Pelbagai Pilihan Perapi di Lemongrass House
Pelbagai Pilihan Perapi di Lemongrass House

Pelbagai Pilihan Perapi di Lemongrass House
Pelbagai Pilihan Perapi di Lemongrass House

Untuk lebih banyak gambar lihat di Lemongrass House Malaysia

Pelbagai Pilihan Shampoo dan Conditioner

Di lemongrass house bukan sahaja syampu, conditioner juga ada di jual sekali. Terdapat pelbagai jenis pilihan shampoo dan juga conditioner .Sejujurnya cik iena juga agak rambang mata membuat pilihan.. Cik iena telah dibantu oleh jurujual kecantikan disitu untuk memilih shampoo dan conditioner yang sesuai.


Kelemumur Hilang dengan Syampu Natural dan Organik dari Lemongrass House
terlalu banyak pilihan syampu dan perapi, cik iena pun rambang mata


Review Royal Lotus Conditioner Lemongrass House

Royal Lotus Conditioner Lemongrass House
Royal Lotus Conditioner Lemongrass House


Tidak lengkap syampu tanpa conditioner bukan? Maka dengan itu cik iena telah dicadangkan oleh jurujual kecantikan untuk menggunakan Royal Lotus Conditioner . Cik iena juga suka akan conditoner ini kerana haruman yang bertahan lama. Kenapa cik iena katakan haruman tahan lama kerana beberapa hari yang lepas cik iena sangat sibuk dan cik iena tidak sempat syampu rambut selama tiga hari. Tetapi rambut cik iena masih berbau harum seperti baru di cuci :)

Royal Lotus Conditioner dan fangipani shampoo  Lemongrass House
Royal Lotus Conditioner dan fangipani shampoo  Lemongrass House

Harga Royal Lotus Conditioner 120ml RM40


Review Thai Bergamot Soap Bar Lemongrass House


Thai Bergamot Soap Bar Lemongrass House
Thai Bergamot Soap Bar Lemongrass House


Sabun ini sesuai digunakan untuk mandian mahupun untuk membersihkan wajah. Cik iena juga menggunakannya untuk membersihkan wajah. Selepas mencuci wajah dengan sabun ini kulit akan rasa  bersih . Segala kekotoran akan hilang.




Thai Bergamot Soap Bar Lemongrass House
Thai Bergamot Soap Bar Lemongrass House

Cik iena suka sabun ini kerana minyak-minyak pada muka hilang serta solekan mudah dibersihkan tanpa menggunakan make up remover. Kebiasaannya cik iena akan menggunakan make up remover terlebih dahulu sebelum mencuci muka. Dengan sabun ini solekan anda mudah untuk di bersihkan. Selain itu ianya juga mempunyai buih yang banyak serta haruman yang menenangkan.

Tekstur Thai Bergamot Soap Bar
Tekstur Thai Bergamot Soap Bar

Apa yang cik iena perhatikan juga sabun ini  tidak mudah cair seperti sabun yang lain sekiranya di terkena air di dalam bilik air.  Sabun ini juga tahan lama . Untuk penjimatan potong sabun seperti yang cik iena lakukan.

Harga Thai Bergamot Soap Bar 200g RM40

Review Mandarin Orange Shower Gel Lemongrass House

 Mandarin Orange Shower Gel Lemongrass House
 Mandarin Orange Shower Gel Lemongrass House


Haruman Mandarine orange ini unisex sesuai untuk perempuan dan juga lelaki. Haruman mandarine orange ini sememangnya akan memberikan ketenangan ketika anda membuat sapuan pada tubuh anda. Kulit anta juga akan lembut dengan menggunakan mandian ini.

 Mandarin Orange Shower Gel Lemongrass House
 Mandarin Orange Shower Gel Lemongrass House

Harga Mandarin Orange Shower Gel 120ml RM40 

Selepas mencuba empat produk dari Lemongrass house sememangnya cik iena akui produk ini sangat bagus. Cik iena difahamkan oleh boss cik iena juga Lemongrass House merupakan jenama yang terkenal di Thailand. Pusat urutan yang bagus juga adalah lemongrass house.

Alkisah yang membuat boss bercerita adalah , hari ini cik iena dan rakan-rakan pejabat akan bercuti ke Bangkok, Thailand. Sewaktu sesi perbincangan , rakan pejabat ingin mencari pusat urutan yang memberikan perkidmatan yang terbaik dan boss cik iena bersuara mengatakan Lemongrass House. Cik iena tersenyum sendiri dan di dalam hati berkata  "patutlah produk ni berkesan dan ok rupanya produk ni agak polular dan menjadi pilihan boss cik iena yang cerewet di Thailand"




Lemongrass House


Wokay istimewa buat pembaca Blog cik iena  anda boleh dapatkan Butterfly Pea Hair Conditioner 60ml secara PERCUMA dengan pembelian RM100 dan ke atas untuk pembelian di kedai.Disamping itu anda juga layak menerima diskaun 5% tanpa pembelian minimum.  
  
  
Gunakan Kod promosi:  eliena-lgh.  
Kod promosi sah sehingga 30hb. Sept.



VIDEO REVIEW LEMONGRASS HOUSE

Jemput tonton cik iena membebel mengnai produk lemongrass house yang awesome ni (^_~)


 


Disini juga  cik iena ingin kongsikan serba sedikit mengenai Lemongrass House :)


Pengasas Lemongrass House - Dari Filem ke Aromaterapi


Kelemumur Hilang dengan Syampu Natural dan Organik dari Lemongrass House
Diasaskan oleh Bobby dan  Palita Duchowny, Lemongrass House merupakan pembekal dan penyedia produk spa buatan tangan terkemuka untuk hotel dan pusat spa bertaraf dunia.   Lemongrass House  terkenal sejak bertahun-tahun dari segi integriti, kreativiti dan kualiti.

Bobby dilahirkan di Malibu, Amerika Syarikat. Pada tahun 1996, dia datang ke Thailand untuk tugasan filem, dan akhirnya dia jatuh cinta dengan Thailand,. Beliau telah memutuskan untuk menetap terus di Thailand. Beliau juga telah membangunkan kepakaran dalam pengekstrakan minyak tumbuhan tulen, dan telah lanjutan itu, beliau telah diberi ilham untuk mencipta satu jenama yang berasaskan dan berakar umbikan sumber alam di mana produk-produknya menggunakan bahan-bahan tulen yang diperoleh daripada sumber alam yang kekal.

Dengan menggunakan “”Neem Oil” sebagai racun serangga semula jadi, Bobby dan Palita menghasilkannya di dapur apartmen mereka di Bangkok dan menjualnya di Chatuchak Weekend Market di Bangkok.

Dari Chatuchak Market ke Pengiktirafan Antarabangsa



Kelemumur Hilang dengan Syampu Natural dan Organik dari Lemongrass House
Tuah datang bergolek kepada mereka apabila UNICEF Thailand telah membuat tempahan produk yang besar untuk racun semburan nyamuk semulajadi mereka. Selepas itu, sebagaimana yang mereka katakan, adalah sejarah sehinggalah kejayaan mereka hari ini. Lemongrass House semenjak itu telah dipaparkan dan di war warkan sebagai "Yang Terbaik di Asia" dalam majalah TIME, Conde Nast Traveler dan The New York Times.

 

 

Pembekal kepada Hotel dan Spa Bertaraf 5 dan 6 Bintang

Kelemumur Hilang dengan Syampu Natural dan Organik dari Lemongrass House
antara haruman diffuser yang menjadi kegemaran cik iena

Dengan latar belakang dalam aromaterapi yang diperolehi di Amerika Syarikat, rangkaian produk Lemongrass House telah berkembang dengan pesat sekali. Dari gerai yang ringkas di Chatuchak Weekend Market, Lemongrass House kini mempunyai 40 cawangan runcit di 11 buah negara. Produk kami diedarkan di 55 negara di seluruh dunia, di lebih 480 hotel dan spa bertaraf 5 dan 6 bintang. 

100% Produk Semulajadi dan Mesra Alam



Lemongrass House
Lemongrass House pada masa ini menghasilkan lebih 1,200 produk spa dan penjagaan badan, kesemuanya buatan tangan, pada kuantiti satu kilogram pada satu-satu masa. Produk-produk dihasilkan di outlet utama kami di Phuket, Thailand. Kesemua produk dibuat menggunakan minyak pati dan bebas daripada parabens, sulfat, pewarna, minyak wangi, dan tidak pernah diuji ke atas haiwan.

Lemongrass House mempunyai komitmen yang tinggi kepada alam sekitar, di mana ia boleh dilihat dalam setiap aspek syarikat kami. Hanya bahan-bahan segar dan yang paling asli (bebas bahan kimia) digunakan dalam produk kami. Premis kedai kami direkabentuk dengan latar belakang kayu asli dan rak. Bahan-bahan pembungkusan produk-produk kami diperbuat daripada bahan kitar semula 100%.

 

Pemenang Anugerah Produk Spa Buatan Tangan Telah Tiba Malaysia


Dengan lebih daripada 20 tahun pengalaman dan penyelidikan saintifik dalam aromaterapi, jenama Thailand terkenal di peringkat antarabangsa ini telah tiba di Malaysia, diedarkan secara eksklusif oleh Little Empire Sdn Bhd di Kuala Lumpur.

Lemongrass House


Menempatkan pelbagai minyak pati, mandi & badan, penjagaan muka, penjagaan rambut, kanak-kanak & penjagaan bayi, penjagaan haiwan peliharaan, aromaterapi rumah, teh herba dan racun penghalau serangga semulajadi, Lemongrass House disebut-sebut sebagai produk buatan tangan spa yang ulung dan terbaik untuk mereka yang ingin melibatkan diri dalam aromaterapi.

Lemongrass House Malaysia terletak di F102B, Tingkat 1, Pusat Beli Belah 1 Utama Old Wing, dibuka pada November 2016.


Antara Produk Lain di Lemongrass House


Lemongrass House
pelbagai pilihan shower gel


Lemongrass House
pelbagai pilihan diffuser

Lemongrass House
pelbagai pilihan hand soap

Lemongrass House
Baby massage oil

Lemongrass House
Body mAssage


Lemongrass House
Towel cologne

Lemongrass House
soap bar


Lemongrass House
Tea

Lemongrass House
herbal compress



Lemongrass House
body butter

Lemongrass House
Toning face mask




 Menarik bukan? terdapat banyak lagi produk keluaran lemongrass house, cik iena tak sempat ambil semua . Untuk lebih banyak gambar lihat di  Lemongrass House Malaysia



Kepada anda di luar sana yang ingin  mencari rakan kongsi spa atau menjual produl lemongrass house di seluruh Malaysia.  anda boleh hubungi mereka di talian  013-333 6807 untuk maklumat lanjut.

Untuk Maklumat Lanjut :




Nota Blog : Cik iena harap cik iena jumpa Produk Lemongrass House di Pratunam atau Platinum Bangkok . Tahun sebelum ni cik iena ke Chatuchak tapi tahun ni takde dalam itinerary. Agak sedikit sedih la sebab cik eina suka shopping di chatucak . Sekiranya jumpa cik iena akan beli lagi sebab produk ni memang bagus :)






iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


A2A FIRST MY MERDEKA WATER INFLATABLE DAY | RUNNING MAN VERSI MALAYSIA


Bulan Ogos dan September merupakan bulan-bulan bersejarah untuk negara Malaysia yang tercinta. Ogos merupakan bulan kemerdekaan, manakala September pula merupakan Hari Malaysia. Negara  kita mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, manakala Penubuhan Malaysia pula ialah pada 16 September 1963. Ini bermakna pada tahun ini kita menyambut hari kemerdekaan negara ke-60 dan Hari Malaysia yang ke-54. Sabah dan Sarawak pula merdeka pada hari penubuhan Malaysia.
 
 
 
 
A2A FIRST MY MERDEKA WATER INFLATABLE DAY
 


Justeru itu, kedua-dua bulan ini dianggap sebagai bulan sambutan kemerdekaan. Terdapat pelbagai aktiviti yang dianjurkan tidak kira dari sektor kerjaan mahupun swasta sempena memperingati bulan kemerdekaan ini.Antara aktiviti kemerdekaan yang menarik hati cik iena adalah A2A First MY Merdeka Water Inflatable Day.   

A2A FIRST MY MERDEKA WATER INFLATABLE DAY

 
Bersempena Sambutan Kemerdekaan Ke-60 yang bakal menjelma, A2A Global Network Sdn Bhd buat julung-julung kalinya  menganjurkan A2A First MY Merdeka Water Inflatable Day yang akan diadakan pada 1-3 September 2017 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan, Wilayah Persekutuan dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam
 
 

Acara ini dianjurkan bersama oleh A2A Global Network, Malaysia Inflatable Challenge, Persatuan Belia Prihatin Malaysia, Majlis Belia Wilayah Persekutuan dan Ikatan Badan Badan NGO Belia & Sukan.
Siri baru "dynamic inflatable obstacle" ini direka untuk orang dewasa dan juga kanak-kanak dari semua peringkat umur  kerana peralatan "inflatable" ini direka penuh dengan keselamatan untuk menjaga keselamatan pengguna.

Ciri-ciri keselamatan peralatan Water Inflatable sesuai untuk semua peringkat umur

 Ciri-ciri keselamatan peralatan Water Inflatable sesuai untuk semua peringkat umur

 
 
Selain daripada itu aktiviti ini juga tidak mempunyai had umur. Orang dewasa, kanak-kanak pelbagai peringkat umur mahupun warga emas yang sihat boleh bermain bersama dalam persekitaran yang selamat dan menyeronokkan.
 
A2A FIRST MY MERDEKA WATER INFLATABLE DAY
 

Salah satu dari misi acara ini adalah untuk mempromosikan aktiviti gaya hidup sihat di kalangan kanak-kanak dengan aktiviti yang menyeronokkan dalam skala yang besar. Antara aktiviti menarik yang anda perlu cuba di A2A First MY Merdeka Water Inflatable Day adalah seperti Lari Man Battle, pertandingan mewarna, pertunjukan silap mata, persembahan nyanyian dan tarian, vendor makanan dan minuman, Live Band (Le'Lagoo) dan banyak lagi. Selain daripada itu bagi memeriahkan dan bagi memberi semangat pada peserta , peserta berpeluang memenangi  hadiah cabutan bertuah.
 


RUNNING MAN VERSI MALAYSIA
 

 
 

Harga Tiket  A2A First MY Merdeka Water Inflatable Day


Harga Tiket  A2A First MY Merdeka Water Inflatable Day
Harga Tiket  A2A First MY Merdeka Water Inflatable Day
 
 

 
 

A2A FIRST MY MERDEKA WATER INFLATABLE CHALLENGE

 
Berikut merupakan sebahagian dari gambar aktiviti di acara tersebut. Anda yang meminati rancangan Running Man semestinya akan menggemari aktiviti seperti ini . Jadi jangan lepaskan peluang  ini untuk menyertainya di negara anda sendiri . Jika di Korea ianya "Running Man" , di Malaysia ianya di panggil "Lari Man" .

 
A2A FIRST MY MERDEKA WATER INFLATABLE CHALLENGE
A2A FIRST MY MERDEKA WATER INFLATABLE CHALLENGE




A2A FIRST MY MERDEKA WATER INFLATABLE CHALLENGE
A2A FIRST MY MERDEKA WATER INFLATABLE CHALLENGE




A2A FIRST MY MERDEKA WATER INFLATABLE CHALLENGE
A2A FIRST MY MERDEKA WATER INFLATABLE CHALLENGE




A2A FIRST MY MERDEKA WATER INFLATABLE CHALLENGE
A2A FIRST MY MERDEKA WATER INFLATABLE CHALLENGE




A2A FIRST MY MERDEKA WATER INFLATABLE CHALLENGE
A2A FIRST MY MERDEKA WATER INFLATABLE CHALLENGE




A2A FIRST MY MERDEKA WATER INFLATABLE CHALLENGE
A2A FIRST MY MERDEKA WATER INFLATABLE CHALLENGE



A2A FIRST MY MERDEKA WATER INFLATABLE CHALLENGE
 

Menarik bukan ? ala-ala Runing Man gituh (^_~). Cik iena memang suka aktiviti seperti ini. Bukan senang aktiviti seperti ini di lansungkan secara besar-besaran di Malaysia. Untuk Lebih banyak gambar sila lihat di A2A FIRST MY MERDEKA WATER INFLATABLE CHALLENGE

 
Kepada anda yang berminat untuk menyertai acara ini, sebarang urusan berkenaan dengan pembelian tiket sila hubungi talian +603-7931 9808 atau +6013-997 1133 Atau anda boleh mendaftar secara online atau dalam talian di https://goo.gl/forms/3rlRVuYMaiJMoHnh2
 
 
 
 
A2A FIRST MY MERDEKA WATER INFLATABLE DAY

 
 
 
Untuk maklumat lanjut mengenai  A2A First MY Merdeka Water Inflatable Day  ini sila layari http://waterinflatable.a2a.network/?Culture=ms-MY
 
 







iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Gincu Serbaguna 3 in 1 | Lip stick , Shading & Blusher | G9SKIN FIRST LIP STICK




Gincu Serbaguna 3 in 1 | Lip stick , Shading & Blusher | G9SKIN FIRST LIP STICK


Gincu atau lip stick pastinya sinonim dengan kaum wanita. Tidak kiralah remaja, dewasa mahupun yang berusia. Warna gincu atau lip stick juga boleh melambangkan keperibadian seseorang secara umum. Ianya hampir sama kebiasaan atau kecenderungan seseorang memilih pakaian seharian. Ada yang gemar bergaya kasual, ada yang gemar bergaya vintage.

Gincu Serbaguna 3 in 1 | Lip stick , Shading & Blusher | G9SKIN FIRST LIP STICK


Cik iena gemar warna terang seperti pink merah, sama juga dalah pemilihan warna baju cik iena seorang yang gemar warna striking yang membuatkan cik iena lebih menonjol di khalayak ramai. Warna block juga menjadi pilihan cik iena dalam mengenakan mix and match pakaian.


Gincu Serbaguna 3 in 1 | Lip stick , Shading & Blusher | G9SKIN FIRST LIP STICK


Pilihan warna ini dibuat di sebabkan cita rasa peribadi anda . Begitu juga dengan warna lipstik. Warna lipstik seseorang menggambarkan keperibadian anda pada umumnya dan bagaimana orang melihat anda.Pilihan di tangan anda untuk tampil lebih menarik.



Gincu Serbaguna 3 in 1 | Lip stick , Shading & Blusher | G9SKIN FIRST LIP STICK


Anda pula suka kan warna apa ?

Okay di sini cik iena ingin berkongsi tentang lipstick yang cik iena baru cuba dimana cik iena merasakan ianya perlu di kongsi bersama kaum hawa di luar sana kerana kualiti tekstur dan warna serta haruman yang sangat menarik dan menawan hati cik iena. Ia merupan lipstik dari jenama tidak asing lagi di Korea iaitu G9SKIN.


G9SKIN FIRST LIP STICK


Gincu Serbaguna 3 in 1 | Lip stick , Shading & Blusher | G9SKIN FIRST LIP STICK

Ianya hadir dengan 5 variasi warna terang yang pasti memukau mata yang melihat  . Sangat sesuai untuk wanita yang berani menampilkan kelainan dengan mengenakan warna yang terang pada bibir meraka . Apa yang istimewanya Lipstick ini taha lama serta tekstur lipstick yang lembut mudah untuk di aplikasikan.

Sapuan pertama cukup pekat warnanya dan ianya lembab ketika diaplikasikan pada bibir.
Selain di gunakan sebagai gincu atau lipstick ianya juga boleh digunakan sebagai asas solekan. Iaitu Blusher based dan juga shadding .

 5 Variasi Warna G9Skin First Lip Stick Yang Memukau



Variasi Warna G9Skin First Lip Stick Yang Memukau

  1. #01 Midnight Red G9Skin First Lip Stick
  2. #02 Dry Rose G9Skin First Lip Stick
  3. #03 Dazzling Pink G9Skin First Lip Stick
  4. #04 Peach Brown G9Skin First Lip Stick
  5. #05 Vintage Red G9Skin First Lip Stick



Lipstik 3 Kegunaan , Lip stick , Shading dan Blusher 


Cik iena sendiri telah mencuba dan cik iena sangat suka pada hasilnya . Tekstur lembut lembab pada lipstick tersebut membuatkan ianya mudah untuk diaplikasikan sebagai lipstick mahupun blusher dan shading. Sangat mudah untuk blend warnanya di permukaan wajah.

Gincu Serbaguna 3 in 1 | Lip stick , Shading & Blusher | G9SKIN FIRST LIP STICK


Untuk itu cik iena sertakan juga video tutorial untuk menggunakan G9SKIN FIRST LIP STICK sebagai lipstick, blusher based dan juga shadding.


Video Review  Gincu Serbaguna 3 in 1 | Lip stick , Shading Dan Blusher | G9SKIN FIRST LIP STICK






Video Facebook Live Review G9Skin First Lip Stick



REVIEW G9SKIN FIRST LIP STICK



Secara keseluruhannya cik iena sangat menyukai warna, tekstur serta bau dan juga yang penting ianya tahan lama . Sekiranya ada warna baru yang keluar dari lipstick keluaran jenama ini , jenama ini pasti menjadi pilihan cik iena kerana kualiti lipstick yang sangat tiptop dan sesuai dengan cik iena.




Gincu Serbaguna 3 in 1 | Lip stick , Shading & Blusher | G9SKIN FIRST LIP STICK






Gambar Menggunakan  G9SKIN FIRST LIP STICK



#02 Dry Rose G9Skin First Lip Stick


Gincu Serbaguna 3 in 1 | Lip stick , Shading & Blusher | G9SKIN FIRST LIP STICK
#02 Dry Rose G9Skin First Lip Stick

Gincu Serbaguna 3 in 1 | Lip stick , Shading & Blusher | G9SKIN FIRST LIP STICK



Gincu Serbaguna 3 in 1 | Lip stick , Shading & Blusher | G9SKIN FIRST LIP STICK



#01 Midnight Red G9Skin First Lip Stick 















Cantikkan warna lip stick ni, pada yang berminat boleh beli di website yang cik iena nyatakan di bawah ataupun boleh juga beli produk G9SKIN di lazada. Sila Klik http://bit.ly/G9skin

Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari 


Website : www.vline.com.m
Facebook: @G9skinMY
Instagram: @g9skin_malaysia






iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Syampu Shurah Ariana Khusus Buat Wanita Berhijab


Rambut merupakan mahkota wanita. Penjagaan rambut perlu di titikberatkan terutama buat wanita yang berhijab. Memilih syampu yang sesuai dengan jenis rambut adalah penting untuk memastikan rambut dan kulit kepala kekal sihat.


 Syampu Shurah Ariana


Bagi wanita yang berhijab yang memerlukan mereka menutup rambut sepanjang hari dalam keadaan cuaca panas dan lembap ianya akan mengakibatkan rambut mudah berminyak dan juga akan mengakibatkan kelemumur. Selain daripada itu, ia menyebabkan rasa tidak selesa, rambut mudah berbau dan ini boleh mengurangkan keyakinan diri.


Jadi amatlah penting bagi wanita berhijab khususnya dalam pemilihan Syampu yang sesuai bagi menjaga kesihatan, kebersihan dan kesegaran rambut . Di sini Cik iena ingin berkongsi tentag  Syampu terbaru keluaran Shurah Malaysia iaitu Rangkaian Syampu Shurah Ariana yang hadir dengan empat variasi syampu yang sesuai untuk wanita berhijab.


 Syampu Shurah Ariana



Syampu Shurah Ariana


Syampu Shurah Ariana telah diperkenalkan untuk membantu dalam penjagaan rambut wanita terutamanya wanita berhijab. Ia diperkaya dengan bahan aktif semulajadi DANDRILYS yang mampu mengurangkan kelemumur dan ia lebih efisyen berbanding molekul anti-kelemumur terkenal, Zinc Pyrithione (ZPT). Ia berupaya mengurangkan kerengsaan, ketidakselesaan akibat kegatalan dan mengawal pengeluaran minyak pada kulit kepala. Selain itu, bahan aktif Farnesol dan aroma wangian yang disertakan dengan teknologi pengurangan bau akan membuatkan rambut kekal harum dan segar sepanjang hari. 



 Syampu Shurah Ariana


Rangkaian Syampu Shurah Ariana baharu ini hadir dalam empat set berbeza untuk menangani pelbagai masalah rambut khususnya rambut wanita berhijab.


Syampu Lembut Dan Licin atau Smooth & Silky Hair (Botol Pink)

 


  • Ia dirumus  dengan pati buah tin dan delima yang membantu melembutkan rambut dan membersihkan kulit kepala dari kesan minyak serta kekotoran. 
  •  Kandungan bahan antioksidan yang tinggi memelihara kesihatan kulit kepala walaupun berhijab sepanjang hari.

 

Syampu Anti Kelemumur atau Anti Dandruff (Botol Hijau)

 



  • Ia diformulasi dengan bahan aktif Octopirox dan Menthol  di mana ianya dapat mengurangkan masalah kelemumur melalui pengawalan minyak berlebihan.
  • Ia juga dapat mengoptimumkan tahap sebum serta melindungi dari unsur-unsur luar. Kandungan menthol di dalam syampu ini juga membuatkan kulit kepala dan rambut anda kekal sihat, menawan dan segar sepanjang hari.


Syampu Rambut Kering &  Rosak atau Dry & Damaged Hair (Botol Oren)

 



  • Ia diadun menggunakan ekstrak minyak Argan, minyak Jojoba, Vitamin A, B5 dan E yang berupaya membekalkan nutrisi mencukupi untuk mengatasi masalah rambut kering, gugur dan bercabang sekaligus menjadikan rambut lebih lembut, subur dan bermaya. 
  • Kandungan Vitamin A yang akan memberi kelembapan berkekalan kepada kulit rambut. 
  • Kandungan Vitamin B5 juga menguatkan akar rambut supaya tidak mudah gugur, membantu mengawal kerosakan rambut akibat terdedah kepada panas dan mengurangkan masalah rambut bercabang. Kandungan Vitamin E pula mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas dan membekalkan nutrisi yang mencukupi bagi mengatasi masalah rambut kering, gugur dan bercabang sekaligus menjadikan rambut anda tampil lebih lembut, subur dan bermaya.

 

 

Syampu Kawalan Rambut Gugur atau Hair Fall Control (Botol Biru)

 



  • Ia diperkaya dengan protein dan minyak zaitun untuk menguatkan, memperbaiki serta melindungi rambut agar sentiasa lembut dan sihat. 
  • Kandungan minyak zaitun membantu mengawal kesan anti radang pada kulit kepala. Bahan anti oksidan pula menyubur dan menguatkan akar rambut serta mengurangkan kelemumur. 


Menarik bukan ? Sememangnya rangkaian Syampu Shurah Ariana ini perlu di cuba terutama buat anda yang berhijab seperti cik iena.  Melihat pada rekaan botolnya sahaja cukup buat cik iena tertawan belum lagi fungsi serta kelebihan syampu ni. Cik iena yakin pasti ramai juga yang tertarik dengan warna botal syampu ini yang menceriakan hati setiap mata yang melihat. Ianya melambangkan keceriaan yang ada dalam warna warni kehidupan kita :)


Untuk pengetahuan ianya boleh didapati di pasaraya dan farmasi utama seluruh negara pada harga :

  • RM12.30 untuk 330ml 
  • RM7.90 untuk 170ml

Untuk maklumat lanjut mengenai produk Shurah dan rangkaian Shurah Pencerah, silalayari:

Kepada anda yang ingin membuat pembelian secara online atau dalam talian anda boleh membeli di http://www.jetaine.com/shop/







iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve