Grab The Promo
Grab The Promo

NaViX Makanan Kesihatan Untuk Melegakan Stress Dan Meningkatkan Tenaga Zahir Dan Batin


Jika sebut mengenai stress, cik iena yakin ramai di luar sana yang mempunyai masalah ini termasuk juga cik iena. Stress boleh hadir disebabkan banyak punca. Antara yang menjadi punca adalah tekanan masalah di tempat kerja mahupun tekanan masalah-masalah peribadi dan sebagainya.


NaViX Makanan Kesihatan Untuk Melegakan Stress Dan Meningkatkan Tenaga Zahir Dan Batin

Pengertian Stress / Tekanan


Stress atau Tekanan merupakan satu reaksi negatif manusia terhadap rangsangan daripada sosial, suasana pekerjaan, ganjaran yang tidak mencukupi, gaya hidup yang terlalu mendesak dan sebagainya.

Ia meliputi reaksi negatif manusia dalam bentuk ketegangan dari segi fisik, psikis, emosi dan mental. Bentuk ketegangan ini mempengaruhi perasaan seseorang yang mengalami masalah. Malah tekanan boleh menyebabkan penurunan produktiviti, rasa sakit dan gangguan mental. Secara asasnya, stress adalah bentuk ketegangan, baik secara fisik maupun mental.

STRESS PEMBUNUH NO.1 DUNIA


Tahukan anda bahawa Stress merupakan pembunuh nombor 1 di Dunia . Mengapa ianya dikatakan sebagai pembunuh nombor satu kerana dengan masalah stress ini lah yang akan mendatangkan pelbagai masalah kesihatan yang lain pada diri anda.

Kesan untuk stress tidak dapat di lihat dalam angka masa pendek. ianya dapat dilihat dalam jangka masa panjang. Masalah Stress yang berpanjangan akan mendatangkan pelbagai penyakit dan kesan jangka panjang.


KESAN STRESS JANGKA PANJANG


  1. Serangan Jantung
  2. Stroke
  3. Kanser
  4. Jangkitan Kuman
  5. Obesiti
  6. Masalah pencernaan
  7. Kencing Manis
  8. Kegagalan Buah Pinggang
  9. Kerosakan Saraf
  10. Komplikasi Mata
  11. Gangguan Fungsi Seksual
  12. Kebimbangan
  13. Masalah Tidur
  14. Premature Aging
  15. Masalah Ingatan Dan Hilang Fokus
  16. Penyakit Alzheimer

Boleh dikatakan banyak juga kesan Stress untuk jangka masa panjang. Jadi untuk mengelakkan anda mengalami kesan jangka panjang akibat Stress ini anda terlebih dahulu perlu menangani stress.

Untuk menangani masalah stress ini anda perlu  berjumpa dengan Doktor sudah pasti. Akan tetapi kos rawatan  dan terapi bagi masalah tekanan ini juga boleh dikatakan tinggi. Jadi sebelum masalah stress anda  menjadi masalah yang tidak dapat di bendung sehinggakan memerlukan wang yang banyak untuk membiayai kos rawatan anda perlu mencegah nya dari awal.

Pepatah dulu mengatakan "MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT" . Ya semestinya sekali kenyataan ini tepat. Jadi untuk mencegah masalah stress ini anda boleh mengamalkan MAKANAN KESIHATAN TAMBAHAN .


NaViX Makanan Kesihatan Untuk Melegakan Stress Dan Meningkatkan Tenaga Zahir Dan Batin


Jarang sekali kita dengar makanan kesihatan tambahan khusus buat masalah Stress. Kini anda tidak perlu khuatir kerana terdapat produk makanan kesihatan tambahan terbaru yang mempunyai fungi untuk menghilangkan stress iaitu NaVix.


Sesi Suai Kenal Pengasas NaViX Bersama Bloggers


Baru-baru ini cik iena berkesempatan menghadiri sesi suai kenal bersama pengasas Produk NaViX iaitu Dato' Hajah Jahlilawati Abu Bakar. Beliau merupakan Founder/ President BisnesJaya Group dan juga merupakan  Pakar/ Triple MultiJutawan Network Marketing.




Cik iena bersama Dato' Hajah Jahlilawati Abu Bakar
Cik iena bersama Dato' Hajah Jahlilawati Abu Bakar

Disini cik iena telah di beri penerangan mengenai produk keluaran Beliau yang dikatakan telah banyak memberi kesan positif kepada pengunanya. Menurut Beliau lagi mereka menerima banyak feedback yang sangat baik dari pelanggan terutamanya mengenai Tenaga Batin.

Untuk pengetahuan anda  Dato' Hajah Jahlilawati Abu Bakar  merupakan MultiJutawan hasil daripada 3 perniagaan MLM  dimana perniagaan pertama yang beliau ceburi iaitu Network Marketing Score A. di ikuti Tone Excel  dan seterusnya Kangen Water dan Kini beliau mengambil keputusan untuk mengeluarkan produk di bawah jenamanya sendiri iaitu NaViX Makanan Kesihatan Untuk Melegakan Stress Dan Meningkatkan Tenaga Zahir Dan Batin.


Sesi Suai Kenal Pengasas NaViX Bersama Bloggers
Bersama rakan blogger yang turut hadir

Dato' Hajah Jahlilawati Abu Bakar Bergambar Bersama Blogger
Dato' Hajah Jahlilawati Abu Bakar Bergambar Bersama Blogger



  • Network Marketing Score A (Mencapai tahap tertinggi syarikat – Multi-Millionaire Club (MMC), dengan income tertinggi RM160 ribu sebulan.)
  • Tone Excel (Bulan pertama – Top-Sponsor No.1 syarikat Mei-2013 => Income terus 4-Angka sebulan (bagi biz sen2 pencapaian ini dikira besar).)
  • Kangen Water(Melahirkan lebih 10 orang income puluhan ribu (20 hingga 90 ribu RM) sebulan.)
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai seorang tokoh MultiJutawan yang hebat ini sila layari http://djmoment.com/founder/


NaViX Makanan Kesihatan Untuk Melegakan Stress Dan Meningkatkan Tenaga Zahir Dan Batin

Untuk itu di sini cik iena ingin kongsikan tentang apa yang cik iena tahu mengenai produk hebat keluaran Bisnes Jaya Group ini.


NaViX Makanan Kesihatan Untuk Melegakan Stress Dan Meningkatkan Tenaga Zahir Dan Batin 


NaViX merupakan singkatan daripada perkataan Natural Viagra . Ia merupakan satu produk makanan kesihatan tambahan dengan formulasi paling istimewa, paling terbaru dan paling terbaik berasaskan bahan semulajadi yang boleh membantu melegakan stress dan meningkatkan tenaga zahir dan batin.

NaViX Makanan Kesihatan Untuk Melegakan Stress Dan Meningkatkan Tenaga Zahir Dan Batin


Ciri-ciri fizikal NaViX


  • Berbentuk sachet (3g)
  • Serbuk berperisa koko
  • Koyak, kemam dan Telan
  • Mudah dibawa kemana-mana


Untuk pengetahuan NaVix adalah Nutrisi Kesihatan yang mematuhi piawaian semasa .


ciri fizikal navix


NaViX mengandungi 3 bahan utama yang diimport dan diekstrak dari luar negara. Bahan SEMULAJADI yang cukup premium! Ia bukan sebarang bahan yang boleh didapati dengan harga murah di pasaran.


3 Bahan Utama NaViX


  1. Kunyit Hitam
  2. Ashwagandha
  3. Maca

KUNYIT HITAM


Rempah yang digunakan dalam masakan. Mengandungi 'curcumin' yang memberi manfaat kepada kesihatan.



KUNYIT HITAM

Khasiat Kunyit Hitam boleh di gunakan untuk merawat penyakit BARAH dan KUSTA Boleh di gunakan untuk bahan tradisional ubat AWET MUDA Sangat bagus untuk membuang lemak dalam perut dan menguruskan badan Jika di campur herba lain boleh mengubati Demam Berdarah Satu lagi khasiat kunyit ini ialah dalam rawatan gangguan/sihir. Manfaat Kunyit Hitam ini jika di tanam pada 4 penjuru rumah boleh menjadi pendinding rumah dan Kunyit Hitam berfungsi sebagai penolak aura yang negatif.


Khasiat Kunyit Hitam dan Manfaat Kunyit Hitam :


  • Khasiat Kunyit Hitam boleh di gunakan untuk merawat penyakit BARAH dan KUSTA
  • Boleh di gunakan untuk bahan tradisional ubat AWET MUDA
  • Sangat bagus untuk membuang lemak dalam perut dan menguruskan badan
  • Jika di campur herba lain boleh mengubati Demam Berdarah
  • Satu lagi khasiat kunyit ini ialah dalam rawatan gangguan/sihir.
  • Manfaat Kunyit Hitam ini jika di tanam pada 4 penjuru rumah boleh menjadi pendinding rumah dan Kunyit Hitam berfungsi sebagai penolak aura yang negatif.

ASHWAGANDHA


Ia Merupakan Herba yang digunakan sebagai rawatan alternatif Ayurveda dan telah diamalkan sejak lebih dari 3,000 tahun.



Ashwaganda Membantu melegakan "stress" & kebimbangan, membantu membekalkan & mengekalkan tenaga, memperbaiki aliran darah, merencat pembentukan sel kanser, membantu memperbaiki sistem pertahanan badan, memperbaiki fungsi seksual, membantu memperbaiki sel saraf & mengawal aktiviti sel saraf.



Maca


Tumbuhan yang berasal dari negara Peru yang tumbuh di altitude tinggi (>11 ribu kaki). Akar Maca diamalkan sejak 2 ribu tahun dulu sebagai nutrisi yang merangsang tenaga, stamina & kesuburan. Mengandungi 13 - 16% protein, 8.5% serat, 19 asid amino, vit A, B1, B2, B3, C, D & mineral.

Maca ini juga mempunyai khasiat-khasiat yang membantu tubuh badan kita. Antaranya:





Bahan Lain NaVix


  1. Guarana
  2. Cocoa Powder
  3. Epimedium
  4. Stevia


Guarana


  • Caffeine semulajadi
  • Membantu meransang tenaga
  • Membantu memperbaiki stamina
  • Membantu memperbaiki Sistem penghadaman


Cocoa Powder


  • Kesan antioksida yang tinggi
  • Membantu memperbaiki aliran darah
  • Mambantu mengawal kolestrol LDL


Epimedium ( Horny Goat Weed)


  • Meningkatkan kemahuan seksual
  • Membantu masalah mati pucuk yang tidak serious
  • Memiliki kesan anti-penuaan
  • Menguatkan otot


Stevia


  • Sebagai pengganti gula
  • Tiada kalori



3 Manfaat Umum NaViX


  • Melegakan Stress
  • Meningkatkan Tenaga
  • Sumber antioksida

3 Manfaat Khusus NaViX (meningkatkan fungsi seksual)


  • Prestasi
  • Syahwat (Libido)
  • Kesuburan

Manfaat ini adalah manfaat Natural Viagra.


Gambar Produk NaViX  



NaViX

NaViX

NaViX


NaViX



Harga Produk NaViX  





Harga Produk NaViX

NaViX di Jual Pada Harga RM  298   dan Harga Promosi adalah RM 248

Review Produk NaViX


Sudah pasti lah tiada review dari cik iena. Cik iena cuma ingin kongsikan kebaikan produk ini , mana tau anda di luar sana mengalami masalah yang memerlukan anda untuk mengambil produk makanan kesihatan tambahan ini .


Review Produk NaViX


Tidak salah untuk mencuba bukan . Kalau cik iena lelaki cik iena dah cuba dah Malangnya cik iena adalah wanita . Walaubagaimanapun di faham kan wanita juga boleh amalkan untuk menghilangkan stress cuma cik iena rasa cik iena masih mampu mengawal masalah tekanan cik iena .

NaViX Makanan Kesihatan Untuk Melegakan Stress Dan Meningkatkan Tenaga Zahir Dan Batin



Jadi produk ini cik iena telah beri pada sahabat lelaki cik iena . Produk ini sebenarnya boleh di makan samada yang bujang ataupun berkahwin. Tapi lebih bagus untuk yang sudah berumah tangga kerana ianya meruapakan Viagra semulajadi yang menggunakan bahan-bahan semulajadi tanpa bahan larangan dan ianya merupakan produk yang mematuhi piawaian semasa.


Review Spontan Dari Reef


Jemput tonton Video review spontan dari salah seorang rakan blogger cik iena . Cik iena rakam video semasa beliau sedang mencuba NaViX .



Testimoni NaViX


Testimoni NaViX



Untuk mengetahui  lebih lanjut tentang produk Produk NaViX serta testimoni produk sila baca di http://djmoment.com/navix/ 


Website :  djmoment.com
FAcebook : https://www.facebook.com/djmomentofficialhq/










BETADINE DAILY FEMININE WASH TURNS PINK IN OCTOBER


BETADINE DAILY FEMININE WASH TURNS PINK IN OCTOBER


Bersempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara . BETADINE telah menganjurkan KEMPEN  BETADINE DAILY FEMININE WASH TURNS PINK IN OCTOBER .


Kempen ini bertujuan untuk mengatasi masalah kanser payudara dan menyelamatkan nyawa dengan pengesanan awal.Kempen ini akan direalisasikan dengan  setiap penjualan  dua botol Betadine Daily Feminine Wash 100ml   yang dijual di Watsons, sebanyak RM1 akan didermakan Kepada MAKNA dengan mensasarkan jumlah  derma sebanyak RM 7,000 untuk MAKNA.


Pada tahun ini, Betadine® Feminine Wash menyokong Majlis Kanser Kebangsaan Malaysia (MAKNA) untuk mengatasi masalah ini dan membantu lebih ramai wanita Malaysia mengetahui lebih banyak tentang pencegahan kanser.

BETADINE DAILY FEMININE WASH TURNS PINK IN OCTOBER


Salah satu cara untuk mencegah timbulnya kanser ialah menjaga kesihatan anda, kerana pencegahan awal menyelamatkan nyawa. Setiap usaha tunggal, tidak kira berapa kecil, boleh membuat perbezaan besar.



Hidup secara sihat bukan hanya tentang apa yang anda makan dan bagaimana anda hidup  ianya juga mengenai memastikan kebersihan peribadi anda kekal dalam bentuk tiptop.



Vagina adalah rumah kepada bakteria sihat yang dikenali sebagai Lactobacillus. Ia merupakan  organisma bermanfaat untuk memberi perlindungan persekitaran mikro persekitaran Vagina. Di bawah persekitaran yang sihat, bakteria baik dalam persekitaran kawasan intim dapat membantu mengekalkan keseimbangan pH yang optimum, sambil menghalang organisma yang tidak mesra daripada membiak di kawasan vagina.

BETADINE DAILY FEMININE WASH TURNS PINK IN OCTOBER

Dalam memastikan mikroorganisma berfaedah ini mempunyai tahap populasi yang sihat, prebiotik atau kuman yang baik memainkan peranan penting. Kebanyakan orang tahu bahawa prebiotik adalah baik untuk sistem pencernaan, tetapi pada hakikatnya, mereka juga boleh memberi manfaat kepada bahagian lain badan kita, seperti kawasan intim.



Ini amat penting untuk kebersihan diri wanita, kerana prebiotik membantu untuk mengisi organisma yang berfaedah ini di kawasan persekitaran mikro intim, dengan itu dapat membantu dalam melindungi terhadap ketidakselesaan feminin akibat ketidakseimbangan pH. Dengan prebiotik, flora normal persekitaran mikro vagina boleh dipulihkan untuk membantu mengekalkan kesihatan vagina.


BETADINE DAILY FEMININE WASH TURNS PINK IN OCTOBER



Organisma yang berfaedah (Lactobacilli)


  • Membantu mengekalkan PH normal bagi vagina iaitu pH 3.8-4.2
  • Menghalang pertumbuhan organisma yang tidak mesra
  • Mengekalkan vagina dalam keseimbangan yang sihat


Organisma yang tidak mesra (Lain-lain: Bakteria / Kulat / Protozoa / Virus)


  • Peningkatan Organisma tidak mesra ini boleh membawa kepada jangkitan di kawasan intim
  • Boleh menyebabkan jangkitan dan mengganggu pH vagina
  • Mewujudkan persekitaran mikro kawasan intim yang tidak menyenangkan dengan mengusir organisma yang bermanfaat


Secara Idealnya, kawasan intim wanita seharusnya mempunyai tahap pH 3.8 - 4.2. Ini bermakna bahawa pada pH 9-10, kebanyakan pembersih dan pembersih badan yang terdapat di pasaran boleh mengganggu keseimbangan pH kawasan intim, yang boleh mengakibatkan jangkitan yang disebabkan oleh pertumbuhan organisma yang tidak mesra. Air dikatakan selamat untuk membersihkan kawasan intim tetapi  ia tidak  mencukupi untuk menjaga kebersihan dan kesihatan kawasan intim anda.


BETADINE DAILY FEMININE WASH TURNS PINK IN OCTOBER


Selama lebih dari 50 tahun, pengguna telah mempercayai jenama Betadine®, nama keluarga yang menawarkan produk antiseptik yang inovatif dan perlindungan terhadap jangkitan. Ia Direka secara eksklusif untuk keperluan kebersihan feminin, Betadine® Tri-Care ™ Daily Feminine Wash Foam menggabungkan warisan lama jenama Betadine® dengan faedah-faedah prebiotik untuk menyediakan perlindungan harian dan penyenggaraan baki pH kawasan intim anda.



BETADINE DAILY FEMININE WASH TURNS PINK IN OCTOBER

Diformulakan tanpa sebarang bahan kimia yang keras, Daily Feminine Wash Foam  Betadine® Tri-Care ™ mengandungi bahan semulajadi seperti:


Immortelle


Immortelle - antioksidan semula jadi yang membantu meningkatkan tahap kelembapan semula jadi kulit
Deoplex


Deoplex - ekstrak semulajadi yang memberikan penekanan bau yang berkesan
Syricalm


Syricalm - bahan aktif semulajadi yang menenangkan kulit, mengurangkan kemerahan dan mengurangkan kerengsaan.




Pencuci kawasan intim ini di dalam bentuk buih yang mudah dan mewah, Betadine® Tri-Care ™ Daily Feminine Wash Foam adalah sabun, paraben dan bebas colourant, hypoallergenic dan dermatologically-tested. Perumusan lembut juga menjadikannya sempurna untuk kegunaan harian.



REVIEW  Betadine® Tri-Care ™ Daily Feminine Wash Foam


BETADINE DAILY FEMININE WASH TURNS PINK IN OCTOBER

Cik iena telah pun mencuba dan cik iena suka feminine wash jenama ini kerana ia terus menghasilkan busa atau buih. Maksudnya tak perlu gosok-gosok menghasilkan buih. Pum je dari botol memang keluar buih lembut halus. Buih ini tidak mempunyai bau dan juga tidak melekit .

Tidak seperti feminine wash lain ada yang mempunyai efek rasa sejuk, fresh  tapi feminine wash ini tiada rasa sebegitu. Sama aseperti mencuci dengan air biasa cuma ianya mengandungi buih lembut dan halus.


Sertai Betadine® dan #breakthesilence terhadap kanser payudara


Sertai Betadine® dan #breakthesilence terhadap kanser payudara





Anda juga boleh menyertai Betadine® Feminine Care dalam usahanya untuk mengumpulkan dana untuk MAKNA untuk mewujudkan lebih banyak kesedaran kanser payudara pada bulan Oktober ini!

Hanya beli dua botol Betamine® Tri-Care ™ Daily Feminine Wash 100ml Foam di farmasi Watsons sepanjang bulan Oktober. Bagi setiap dua botol yang dibeli, RM1 akan disumbangkan kepada MAKNA.

Dua (2) unit 100ml Betadine® Tri-Care ™  Hanya terdapat di Watsons dengan harga RM 29.90.







Untuk Malumat Lanjut sila Layari http://myfemcare.com.my/. 


Istimewa Buat pembaca ienaeliena.com , 5 komen pertama "I Love Betadine
akan menerima Betadine Feminine Wash 50ml dari Betadine :)








Final Malam Gala VEST 2017


PROGRAM KEUSAHAWANAN UNIVERSITI telah berakhir dengan gilang gemilang pada Final Malam Gala VEST 2017 baru-baru ini pada 15 OKtober 2017 yang bertempat di Perkarangan Luar Dewan Dektar, UKM Bangi. Majlis ini  dimeriahkan lagi dengan kehadiran yang amat berhormat, Perdana Menteri Malaysia YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak dan ianya juga diserikan dengan kehadiran selebriti seperti Dato Dr Mohd Izhar, Heliza Helmi , Fizo Omar , Mawar Karim, Wany Hasrita, Faizal Ismail (Host)  serta Tetamu terhormat seperti Naib Canselor setiap universiti, usahawan dan pelajar.


Final Malam Gala VEST 2017



PROGRAM KEUSAHAWANAN UNIVERSITI ini merupakan program yang dinanti-nantikan dikalangan peserta terutamanya. Pelbagai aktiviti telah dijalankan  pada malam  tersebut antaranya adalah Business Pitching Top 10 Finalis, Pocket Talk, Bengkel Fotografi, gameshow, Cabutan Bertuah, Battle Of Busker, Foodtruckpreneur, Jam Fit Bersama Kevin Zahri.


Untuk pengetahuan, pertandingan PROGRAM KEUSAHAWANAN UNIVERSITI atau lebih dikenali dengan singkatan VEST ini bertujuan untuk mencungkil, membentuk dan melahirkan usahawan mahasiswa yang holistik.


PROGRAM KEUSAHAWANAN UNIVERSITI  ini bermula dengan seramai 1,696 mahasiswa daripada  23 IPT seluruh negara bersama 273 idea perniagaan yang telah melalui 3 saringan dalam tempoh 6 bulan dengan pelbagai latihan perniagaan secara intensif,  3 idea perniagaan terbaik yang ke peringkat akhir berpeluang membuat Business Pitching dihadapan yang amat berhormat, Perdana Menteri Malaysia YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak.





Aktiviti-Business Pitching daripada Top 3 peserta Varsity Entrepeneurship Skill  & Talent (VEST)





Gambar dibawah meruapan antara Top 3 peserta Varsity Entrepeneurship Skill  & Talent (VEST) yang sedang membuat Business Pitching dihadapan yang amat berhormat, Perdana Menteri Malaysia YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak.



Aktiviti-Business Pitching daripada Top 3 peserta Varsity Entrepeneurship Skill  & Talent (VEST)
Yang amat berhormat, Perdana Menteri Malaysia YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak  dan VVIP sedang mendengar business pitching dari Top 3 peserta Varsity Entrepeneurship Skill  & Talent (VEST 2017)

Aktiviti-Business Pitching daripada Top 3 peserta Varsity Entrepeneurship Skill  & Talent (VEST)
Aktiviti-Business Pitching daripada Top 3 peserta Varsity Entrepeneurship Skill & Talent (VEST)

Aktiviti-Business Pitching daripada Top 3 peserta Varsity Entrepeneurship Skill  & Talent (VEST)
Aktiviti-Business Pitching daripada Top 3 peserta Varsity Entrepeneurship Skill  & Talent (VEST)
Aktiviti-Business Pitching daripada Top 3 peserta Varsity Entrepeneurship Skill & Talent (VEST)

Aktiviti-Business Pitching daripada Top 3 peserta Varsity Entrepeneurship Skill  & Talent (VEST)






PEMENANG PROGRAM KEUSAHAWANAN UNIVERSITI  VEST 2017



1) SolviePro(Universiti Teknologi Petronas) –RM25,000
   -membuat aplikasi untuk mencari kerja kosong
2) Serdang Cendol(Universiti Putra Malaysia)-RM15,000
3)Fast 2 Print (Universiti Kebangsaan Malaysia)-RM10,000-Kedai Photostat 24 jam




PEMENANG PROGRAM KEUSAHAWANAN UNIVERSITI  VEST 2017
SolviePro(Universiti Teknologi Petronas) –RM25,000


Pertandingan PROGRAM KEUSAHAWANAN UNIVERSITI  atau lebih dikenali dengan singkatan VEST 2017 telah menobatkan Teknologi Petronas (UTP) sebagai juara. Idea perniagaan dengan membangunkan aplikasi berkonsep Uber namun khusus untuk pasaran dunia pekerjaan dari kumpulan SOLVIEPRO telah melayakkan mereka pulang dengan wang tunai RM25,000.




PEMENANG PROGRAM KEUSAHAWANAN UNIVERSITI  VEST 2017
Serdang Cendol(Universiti Putra Malaysia)-RM15,000




Tempat kedua pula di milik oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui SERDANG CENDOL yang berwawasan memperkenalkan makanan warisan itu ke peringkat lebih tinggi bersama inovasi mudah dinikmati serta lebih sihat dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM15,000




PEMENANG PROGRAM KEUSAHAWANAN UNIVERSITI  VEST 2017
Fast 2 Print (Universiti Kebangsaan Malaysia)-RM10,000-Kedai Photostat 24   

Manakala Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) diwakili oleh FAST2PRINT membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000 di tempat ketiga dengan perniagaan mesin percetakan automatik seperti Auto Teller Machine (ATM) dengan operasi 24jam yang memudahkan urusan sesiapa sahaja tanpa kira waktu.



Live Update- Pertaruhan idea keusahawanan Top 10 peserta VEST kini sudahh bermula.









Untuk Maklumat lanjut sila layari


Untuk perkembangan terkini mengenai program ini sila layari

 Facebook : VEST Malaysia
Instagram : @vest_malaysia

 
 


          

Amante Wellness Beauty | Signature Warm Oil Therapy


Urutan sudah lama menjadi kaedah rawatan banyak masyarakat di dunia, termasuk Melayu dan kini semakin diterima di negara Barat malah kemahiran mengurut kini boleh dijadikan sumber pendapatan lumayan jika bersungguh-sungguh.


Amante Wellness Beauty | Signature Warm Oil Therapy




URUTAN UNTUK SIHAT DALAMAN DAN LUARAN


Rawatan melalui urutan boleh digunakan sebagai alternatif dunia perubatan bagi merawat pelbagai jenis penyakit, sama ada penyakit baru, lama, ringan mahupun kronik.



Amante Wellness Beauty | Signature Warm Oil Therapy


Kebiasanya kita kaitkan urut dengan masalah terseliuh, lenguh badan atau salah urat tetapi tahukah anda  rawatan melalui urutan juga boleh membetulkan perjalanan darah malah ada yang berupaya memulihkan kemampuan seksual sama ada lelaki atau wanita.

Tahukan anda bahawa urutan juga mampu menjadikan kita sentiasa kelihatan awet muda. Apabila perjalanan darah dalam badan lancar sedikit sebanyak ianya membantu kita untuk mendapatkan kulit tubuh dan wajah yang cantik dan tidak bermasalah. Jadi sangatlah bagus untuk kita melakukan urutan sekurang-kurangya sekali sebulan :)


Beberapa minggu yang lepas cik iena telah ke  Amante Wellness Beauty Cawangan Mont Kiara  selepas cik iena ke Karnival HPPNK. Keputusan untuk ke Amante sememangnya sangat tepat. Dari awal pagi cik iena keluar sehingga lebih kurang jam 3 petang cik iena berjalan-jalan mengunjungi booth-booth di karnival tersebut atas urusan kerja. Terasa sangat lega selepas mendapatkan urutan dari amante.


Kunjungan cik iena ke Amante Wellness Beauty  kali ini adalah untuk mendapatkan rawatan Signature Warm Oil Therapy .




Amante Signature Warm Oil Therapy




Amante Wellness Beauty | Signature Warm Oil Therapy
batu di paaskan sebelum di letak pada tubuh dan di urut pada tubuh

Amante Signature Warm Oil Therapy adalah rawatan yang direka  dengan menggunakan terapi batu panas (hot stone) dan minyak aromatherapy essential oils. Secara keseluruhan, rawatan ini dapat membantu untuk meningkatkan kesejahteraan dalaman tubuh badan kita.

Rawatan akan dimulakan dengan memanaskan batu terlebih dahulu kemudian akan di letakkan di badan  serta badan juga di urut menggunakan batu tersebut bagi tujuan untuk  melancarkan rangsangan aliran darah .

Rawatan ni dilakukan selama 90 minit tau dan  ianya mampu membuat anda berasa sangat tenang dan badan berasa ringan.

Pengalaman melakukan Signature Warm Oil Therapy


Pengalaman cik iena melakukan rawatan batu panas ini sememangnya sangat mengujakan. Cik iena yang sangat penat pulang dari urusan kerja di Karnival HPPNK di MAEPS Serdang terus berasa segar dan sihat.

Amante Wellness Beauty | Signature Warm Oil Therapy
batu yang digunakan untuk mengurut badan cik iena

Rawatan menggunakan batu panas ini sememangnya baru untuk cik iena .  Ini merupakan pertama kali cik iena melakukan rawatan batu panas ini.Sewaktu batu panas di letakkan  di atas badan, terasa sangat relaxing seperti cik iena bertungku jika mengalami senggugut yang teruk.

Perasaan yang sangat tenang. Walaupun kepenatan baru lepas balik dari event, namun selepas mendapatkan rawatan ini kaki yang sakit di sebabkan banyak berjalan di karnival tersebut  pun rasa tak sakit.  Terasa lega sangat apabila satu badan di urut.


Amante Wellness Beauty | Signature Warm Oil Therapy
ruang bilik rawatan cik iena ketika melakukan signature warm oil therapy

Ouh lupa cik iena nak beritahu , untuk makluman seperti biasa, Sebelum memulakan rawatan , cik iena di kehendaki membuka pakaian dan hanya menggunakan seluar dalam pakai buang yang di berikan sahaja. Bermakna tiada seutas benang melainkan seluar dalam pakai buang tersebut. Haa ini merupakan pengalaman kedua cik iena perlu bukak baju semuanya jadi sudah kurang kekok la jika di bandingkan sebelum ini.


Amante Wellness Beauty | Signature Warm Oil Therapy


Selepas rawatan cik iena di hidangkan Teh Halia. Memang lega sangat lepas dapat berurut minum pula lagi teh halia. Memang jawapannya macam nagalah cik iena sendawa buang angin. Takpe sendawa sihat (^_~) Perasaan lega yang sukar di gambarkan. hahaha yang ni orang badan banyak angi je tau.

Dan maka dengan itu sepanjang malam cik iena ekkkkkkkkk ekkkkkkkkkkk macam naga tapi rasa sangat best dan lega :)

 Juruterapi Kecantikan Yang Peramah Dan Cekap

Amante Wellness Beauty | Signature Warm Oil Therapy

 Di Amante Wellness Beauty , juruterapi kecantikan mereka sangat cekap dan profesional serta sangat peramah membuat cik iena tidak berasa segan dan sangat selesa dengan rawatan tersebut. Pelbagai tips dan info di berikan semasa sesi rawatan.




Kebaikan Amante Signature Warm Oil Therapy


  1. Mengurangkan tekanan
  2. Membuang toksin dalam badan
  3. Menggalakan penyembuhan
  4. Mengurangkan kemurungan
  5. Meningkatkan kualiti tidur
  6. Melancarkan peredaran darah
  7. Melegakan kesakitan dan ketegangan otot
  8. Mengurangkan sakit belakang, leher dan bahu
  9. Menenangkan jiwa dan sistem tubuh badan

Jadi kepada anda di luar cik iena sarankan anda untuk dapatkan rawatan batu panas ini kerana ianya mampu melancarkan perjalanan darah, menenagkan minda dan membuang angin di badan serta menghilankan rasa lenguh-lenguh.

Kepada yang berminat untuk mendapatkan rawatan ini, anda boleh dapatkan rawatan di Amante Spa . Selain daripada Amante Signature Warm Oil Therapy terdapat beberapa lagi rawatan seperti yang tertera di dalam poster di bawah  dan cik iena juga telah mencuba salah satu daripadanya iaitu Tummy or Thigh Shaper Firming Treatment 


Senarai Rawatan di Amante Wellness Beauty



Senarai Rawatan di Amante Wellness Beauty
sila klik pada gambar untuk melihat Senarai Rawatan di Amante Wellness Beauty




PROMOSI BUY 1 GET 1 FREE RM59 ONLY






Menarik bukan promosi ni Buy 1 RM59 Signature Warm Oil Therapy Get 1 Free Dark Circle Eye Treatment  . Untuk pengetahuan  harga asal adalah RM296 . Jadi jangan lepaskan peluang ini tau. Cik iena berhasrat nak bawa puan ibunda merasa rawatan ini pula . Sekali sekala bawa puan ibunda pula merasa. Ehh yang pasti dengan cik iena sekalli la. Harap cik iena dapat quota 100 customer pertama yeayy . Nak rasa Dark Circle Eye Treatment pula sebab cik iena memang mengalami masalah ni.




Amante Wellness Beauty cawangan Mont Kiara @ Solaris


Amante Wellness Beauty cawangan Mont Kiara @ Solaris
Amante Wellness Beauty cawangan Mont Kiara @ Solaris


Merupakan salah satu cawangan Amante Wellness Beauty . Ianya terletak berhampiran Mont Kiara . Keadaan susun atur yang simple tapi cantik dan menenangkan pasti membuat anda rasa selesa mendapatkan rawatan di sini.

Amante Wellness Beauty cawangan Mont Kiara @ Solaris
Amante Wellness Beauty cawangan Mont Kiara @ Solaris


Amante Wellness Beauty cawangan Mont Kiara @ Solaris
Amante Wellness Beauty cawangan Mont Kiara @ Solaris

Amante Wellness Beauty cawangan Mont Kiara @ Solaris
Amante Wellness Beauty cawangan Mont Kiara @ Solaris

Amante Wellness Beauty cawangan Mont Kiara @ Solaris
Amante Wellness Beauty cawangan Mont Kiara @ Solaris




Amante Wellness Beauty cawangan Mont Kiara @ Solaris
Amante Wellness Beauty cawangan Mont Kiara @ Solaris

Amante Wellness Beauty cawangan Mont Kiara @ Solaris







CONTEST GIVEAWAY!


Untuk pengetahuan cik iena akan memberikan Amante Complimentary Gift Card worth RM236 kepada sepuluh (10) followers bertuah. Contest ni cik iena adakan di fanpage cik iena . Haa jangan lupa like fanpage cik iena tau . https://www.facebook.com/ienaelienadotcom


Anda hanya perlu :

  • Like Amante Wellness Beauty
  • Jawab soalan mudah dan  tag 2 kawan di bahagian komen
  • Jangan lupa hashtag #Amanteienaeliena di komen

Soalan :

Amante Signature Warm Oil Therapy merupakan gabungan _______ dan _______

a. Rubber , aromatherapy essential oil
b. Hot stone , aromatherapy essential oil
c. Lymphatic tool, aromatherapy essential oil
d. Hot stone, massage oil

Nota tambahan :

  • Semua peserta haruslah memastikan Facebook mereka di set secara umum / Public bagi mengesahkan penglibatan mereka
  • Semua peserta perlu berusia 21 tahun dan ke atas.
  • Pemenang akan diberitahu melalui Facebook cik iena dalam tempoh 2 minggu
  • Pihak Amante akan memilih secara rawak 10 Pemenang Bertuah yang bakal memenangi baucer rawatan Amante Wellness Beauty bernilai RM236








Untuk Maklumat Lanjut mengenai Amante Wellness Beauty :

Mont Kiara @ Solaris

Alamat : 1st and 2nd floor
No.17-1, Jalan Solaris 4,
Kuala Lumpur.
Tel No: 03 – 6203 0221
Operation hours : (Selasa – Ahad) 11am – 9pm Cuti Hari Isnin

Website : https://www.amante.my/
Facebook : Amante Wellness Beauty
Instagram : @amantewellnessbeauty 


 

Cawangan-Cawangan Amante Wellness Beauty



Bangsar @ Telawi

28A-1, 1st Flr, Jalan Telawi,
Bangsar, Kuala Lumpur.
Tel No: 03 - 2287 9089
11.00am - 09.00pm

Kepong @ Metro Perdana

61A, Jln Metro Perdana Barat 2,
Taman Usahawan, Kepong Utara,
Kuala Lumpur.
Tel No: 03 - 6259 0884
10.00am - 08.00pm

USJ Taipan

Alamat : USJ Taipan Outlet
1st Floor, No.14, Jalan USJ 10/1,
47620 UEP Subang Jaya, Selangor.
(Atas Guardian)
Contact number : 03-5879 9954
Operation hours : (Selasa – Ahad) 10am – 8pm Cuti Hari Isnin

PJ @ Aman Suria

No. C-G-5, Jalan PJU 1/45,
Aman Suria, 47100
Petaling Jaya,
Selangor.
Tel : 03 - 7803 4664
11.00am - 09.00pm


PJ @ Jaya One

Lot 007 & 009,Level P1
The School @ Jaya One,
72A, Jalan Universiti, 46200
Petaling Jaya,Selangor.
Tel No: 03 - 7492 0476 / 012 – 678 3722
11.00am - 09.00pm

Puchong @ Bandar Puteri

1st Flr, No 22-1,
Jalan Puteri 1/2.
Tel No: 03 – 8062 2652
11.00am - 09.00pm

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve