Grab The Promo
Grab The Promo

kHasiaT,mAnFaAt DaN PeTuA --> LiMaU NiPiS


Hari nie cik iena nak kongsikan tentang kelebihan dan manfaat limau nipis. Limau nie nampak jer kecik tapi banyak betul khasiatnya kepada tubuh badan kita. Banyak sebenarnya petua yang berasaskan atau menggunakan limau nipis. Kalau tak percaya, sila baca entry sehingga habis.


Opss sblm tu nie info utk limau nipis yg cik iena jmp kt wikipedia.org
Limau nipis (nama botani: Citrus aurantifolia) merupkan sejenis tumbuhan yang buahnya dijadikan air minuman dan juga dicampur dalam masakan. Limau nipis dipercayai berasal dari India dan Myanmar atau Asia Tenggara. Kini ia ditanam hampir di seluruh kawasan tropika dan subtropika.
Buahnya terkenal sejenis perisa yang penting dalam masakan Melayu seperti mee rebus, mee bandung, dan lain-lain. Pokoknya pula adalah lebih kurang 5 m tinggi.
Limau nipis juga boleh dijadikan air yang menyegarkan untuk diminum semasa hari panas terik. Ia turut dicampurkan kepada air teh o bagi menambahkan kelazatan.
Okies jum teruskan bace khasiat2 limau nipis nie






                       


Petua Kempiskan Perut 


Orang yang banyak lemak dengan perut buncit memang sesuai amalkan petua ini. 
Caranya cukup mudah okay.  Minum air teh tanpa gula kemudian perahkan limau nipis harus diminum setiap hari. Kalau nak lebih berkesan, minumlah air tu bila sudah suam sikit. 




Petua untuk rambut wangi dan hilangkan kelemumur.


Hiriskan beberapa biji limau nipis. Kemudian gosokkan limau tersebut keseluruh kepala. Biarkan beberapa minit barulah dicuci hingga bersih. Ia bukan sahaja dapat mewangikan rambut, hilangkan kelemumur malah dapat dipercayai dapat menghilangkan rasa pening kepala. 


Petua hilangkan bau kaki
Biasanya kaki kita berbau bila kasut yang dipakai dah lama tak dibasuh @ pakai kasut yang bertutup. So untuk elakkan daripada kaki kita berbau, gunakan limau nipis, potongkan ia dan gosoklah pada kaki. Digalakkan untuk lakukan ia setiap petang selepas menanggalkan kasut. 


Petua untuk Demam 


Petiklah 2-4 genggam daun limau nipis. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya dengan membasuh kain pada air rebusan dan diperas, lalu ditempelkan pada dahi pesakit.




Petua untuk Batuk.


Ambil air limau nipis satu sudu teh. Campur dengan kicap manis. Minumlah tiga kali sehari. Cara lain untuk mengubati batuk ialah dengan memanggang limau nipis sebentar di atas api. Biarkan sebentar hingga menjadi suam-suam kuku, belah buah limau nipis tersebut, lalu langsung perah ke dalam mulut hingga mengalir ke tekak. Resipi ini baik juga untuk menyembuhkan


Petua untuk selesema
Menghentikan kebiasaan merokok.. Hisaplah sehiris limau nipis. Rasanya yang masam segar membuat anda terangsang untuk minum air putih. Lakukan beberapa kali sehari. Cara ini selain mengurangi keinginan untuk merokok, juga membantu membersihkan nikotin yang sudah terdapat pada gigi dan mulut.


Petua untuk Bau ketiak yang tak sedap
Siapkan limau nipis yang dicampur kapur sirih. Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Lakukan pagi dan petang.
Petua untuk Mengatasi masalah jeragat dan pigmentasi 


seketul ubi kayu dan seketul carrot di parut halus,campur sedikit perahan limau ipis dan digaul rata.sapukan pd muka dan dibiarkan kering.kemudian cuci dgn air suam dan air sejuk




Petua untuk mengelak muka sembab dan wajah menjadi berseri.


Beras 1/2 kili,3biji limau nipis diambil airnya,beras d basuh bersih dan tos dan dicampurkn dgn jus perahan liau nipis..goreng kering tanpa minyak dgn api perlahan sehingga hitam..sejukkn dan kisar halus..bancuh dgn air tapisan atau jus limau nipis..(kepekatan mcm tepung goreng pisang)..ratakan pd muka dan tunggu sehingga kering..bilas dgn air suam dan sejuk




kHasiaT,mAnFaAt DaN PeTuA --> LiMaU NiPiS




Kalau nak tahu banyak lagi petua menggunakan limau nipis, bolehlah klik sini



MaJLiS mLm BeRiNai AjOsH


Mlm nie majlis berinai sepupu lelaki cik iena..
tahniah ajosh..hihihi ko kawen dlu nmpk nye..
opss cik iena n ajosh sebayer lorrr...
tp dh smp jodoh dia dlu kn..
sepupu sebelah mak n ayah yg sebaya dgn cik iena adlh lelaki..
dan sepupu kedua2 belah pihak dh pun berkahwin..
ngeh2 yg umor 26 tinggal cik iena sorang je lorh
aiyaaaaaa

hahahha
patut nye udah kawen sb nye cik iena pnah bertunang tp malangnya jodoh x panjang..ujung tahun lepas putus tunang lorh..
so takes time sket nk cari pengganti..
insyaallah if xde aral thn dpn kawen la kot..
hahhaha doa2 kn la yer:)

jum layan pic d sekitar majlis (^_~)






Sekian...
jom titunnnnnnn

PANAS! --> KERAJAAN MALAYSIA AKAN HARAMKAN PEMAKAIAN TUDUNG DI IPTA & IPTS TERMASUK SEKOLAH.

PANAS! --> KERAJAAN MALAYSIA AKAN

HARAMKAN PEMAKAIAN TUDUNG DI IPTA & IPTS

TERMASUK SEKOLAH.





Pihak menteri juga sudah mengeluarkan notis bagi

pengharaman pemakaian tudung ini di semua

IPTA dan IPTS dan juga akan menghantarnotis ini

ke sekolah-sekolah. Pihak menteri juga telah

menyenaraikan beberapa jenis tudung yang haram

dipakai sewaktu berada di dalam sekolah ataupun

kawasan kampus antara jenis...
tudung yang tidak boleh dipakai ialah : -



|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

V

1. TUDUNG SAJI.

2. TUDUNG PERIUK.

3. TUDUNG TERMOS.

4. TUDUNG TEMPAYAN.


(wakakaka..Why So Serious?...snyum dulu ♥ )





nota : cik iena weng2 suda (^_~)
gurau2 senda:)





Air kencing anda berdarah ?

Pernahkah anda melihat kandungan air kencing anda mengandungi darah?Sekiranya hal ini  berlaku kepada anda,apakah yang sepatutnya anda lakukan?Pada artikel kali ini cik iena nak share apakah yang sepatutnya dilakukan sekiranya air kencing kita mengandungi darah.
Apakah yang patut anda lakukan sekiranya air kencing saya mengandungi darah?
Kehadiran darah di dalam air kencing dinamakan sebagai hematuria.Secara umumnya,hematuria ini terdapat 2 jenis.Jenis  yang pertama ialah masalah di mana anda tidak dapat melihat kehadiran darah di dalam kandungan air kencing dengan mata kasar.Ianya  dapat dikesan hanya apabila dilihat menggunakan mikroskop.Hematuria jenis ini dipanggil sebagai microscopic hematuria.
Jenis yang kedua pula ialah anda dapat melihat dengan jelas air kencing anda berwarna merah.Keadaan yang kedua ini pula dinamakan gross hematuria.Ini bermakna yang anda dapat melihat kehadiran darah di dalam air kencing hanya dengan melihat melalui mata kasar.
Selalunya apabila berlakunya keadaan ini,persoalan yang sering muncul ialah “Apakah yang patut saya lakukan jika air kencing saya mengandungi darah?” atau “Haruskah saya bimbang sekiranya air kencing saya mengandungi darah?”Mengapa perkara ini menjadikan kita risau dan bimbang?Ini kerana kebiasaannya kita tidak akan melihat darah apabila kita membuang air kecil.
Hematuria sebenarnya lebih kepada tanda bagi masalah kesihatan anda dan ianya mendasari penyakit yang anda hidapi.Perkara terbaik yang harus anda lakukan ialah segeralah berjumpa dengan doktor  sekiranya anda melihat darah di dalam air kencing.Ini penting kerana ianya dapat membantu menyembuhkan penyakit yang anda hidapi.
Apakah penyebabnya?
Ada banyak sebab terjadinya hematuria.Sesetengahnya tidaklah begitu serius.Bagi sesetengah orang,darah di dalam air kencing boleh hilang dengan sendirinya.Tetapi tidak kepada sesetengah individu yang lain di mana ianya memerlukan rawatan perubatan.Antara penyebab berlakunya hematuria kepada seseorang ialah:
  • Jangkitan pada saluran kencing.Keadaan ini lebih banyak berlaku kepada golongan wanita.Walau bagaimanapun ia juga boleh berlaku kepada kaum lelaki.Jangkitan saluran kencing ini berlaku apabila mikroorganisma seperti bakteria memasuki saluran kencing anda dan mereka akan berkembang biak di sana di mana ianya akan menyebabkan berlakunya keradangan pada saluran kencing dinamakan uretritis.Kadang-kadang bakteria ini akan merebak ke organ-organ kencing lain seperti pundi kencing,ureter atau ia juga boleh menyebabkan jangkitan pada buah pinggang(http : //buahpinggangsihat . com/2010/10/penjagaan-buah-pinggang/langkah-terbaik-melindungi-buah-pinggang-anda/).
  • Batu dalam buah pinggang atau pundi kencing.Beberapa zat di  dalam urin anda, terutamanya bila ia berkumpul,boleh membentuk batu kristal kecil. Kadang-kadang,batu kristal ini dapat menjadi lebih besar bila berada dalam jangka masa yang lama di dalam buah pinggang atau pundi kencing anda.Batu yang terbentuk pada struktur saluran kencing yang lebih kecil boleh menyebabkan rasa sakit dan hematuria.
  • Kanser. Dalam beberapa kes,adanya darah di dalam air kencing mungkin menjadi tanda bahawa terdapatnya sel kenser di dalam salah satu organ perkencingan anda.Namun,sebaiknya berjumpalah dengan doktor kerana merekalah yang akan menentukan adakah hematuria anda disebabkan oleh kanser atau tidak.
  • Ubat-ubatan. Sesetengah ubat boleh menyebabkan berlakunya hematuria terjadi, seperti aspirin, heparin dan antiobiotik tertentu.
  • Senaman. Kadang-kadang,hematuria juga boleh disebabkan dengan melakukan senaman yang berat.Ahli-ahli perubatan juga masih tidak mengetahui mengapa senaman boleh menyebabkan hematuria. Sesetengah dari mereka percaya ianya berlaku mungkin kerana berlaku kecederaan pada pundi kencing.
Dalam beberapa kes hematuria, penyebab yang sebenarnya tidak dapat dijumpai.
Diagnosis
Doktor anda mungkin akan bertanya tentang masalah-masalah yang anda hadapi  dan akan melakukan pemeriksaan fizikal secara menyeluruh. Kadang-kadang,mereka juga akan mencadangkan kepada anda beberapa bentuk ujian dan prosuder untuk mencari penyebab masalah anda dan juga untuk mengubati penyakit lain yang mungkin anda hidapi. Contoh ujian yang mungkin akan dicadangkan ialah menganalisa sampel air kencing dan juga ujian pengimejan, seperti computerized tomography (CT) scan atau magnetic resonance imaging (MRI), dan cystoscopy.





Rawatan
Rawatan yang boleh diambil untuk mengatasi masalah hematuria bergantung kepada penyebabnya. Contohnya, jika hematuria disebabkan oleh jangkitan pada saluran kencing, doktor akan memberikan ubat antibiotik.Tetapi jika tidak ada masalah kesihatan yang serius dijumpai,mungkin tidak ada rawatan yang khusus diperlukan.Walau bagaimanapun doktor mungkin masih akan mencadangkan agar anda melakukan rawatan susulan untuk memastikan masalah hematuria anda sudah sembuh sepenuhnya.


Source From http: // buahpinggangsihat . com




Khasiat Madu Tualang

Madu merupakan supplement yang terbaik untuk menjaga kesihatan dan memberi khasiat kepada pengamalnya. InsyAllah amalan meminum madu tualang asli dapat mencegah daripada pelbagai penyakit seperti berikut:

  • Batuk

  • Batuk Kering
  • Darah Tinggi
  • Asma
  • Alahan
  • Barah
  • Buasir
  • Gastrik
  • Haid
  • Jerawat
  • Letih
  • Lendir Kahak
  • Lemah Jantung
  • Mata
  • Pening
  • Penyeri Muka
  • Resdung
  • Sakit Kepala
  • Rambut Gugur
  • Sakit Pinggang
  • Sakit Sendi
  • Sukat Tidur
Selain daripada itu terdapat pelbagai khasiat yang boleh diperolehi daripada madu tualang yang asli:

  • Madu lebah dapat menambahkan stamina dan membekalkan tenaga
  • Madu lebah boleh dijadikan sebagai sumber tenaga
  • Madu lebah dapat meningkatkan metabolisme tubuh
  • Madu lebah mengandungi agen antioksidan yang boleh mengurangkan aktiviti yang memusnahkan sel
  • Madu lebah dapat melancarkan peredaran darah
  • Madu lebah dapat melancarkan sistem pencernaan
  • Madu lebah dapat meningkatkan semangat seksual atau tenaga batin
  • Madu lebah juga digunakan sebagai mengubati luka-luka
  • Madu lebah sesuai untuk kecantikan dan menjadikan kulit lebih licin dan halus
Antimicrobial : Madu lebah berupaya bertindak sebagai bahan pengawet. Penyelidikan ilmiah menunjukkan madu lebah dapat mengawetkan buah-buahan dan sayuran daripada enzim yang boleh mengakibatkan ianya berubah kecoklatan dan rosak. Aktiviti antibakteria yang terdapat pada madu lebah ini adalah disebabkan kewujudan hidrogen hidroksida (agen pembunuh bakteria) dan organik antibakteria.



Antioxidants : Madu lebah mengandungi pelbagai fitokimia ‘phytochemicals’ seperti asid organik, vitamin dan enzim yang sememangnya merupakan sumber diet yang penting bagi proses antioksida. Jumlah dan jenis antioksida adalah bergantung kepada kekuatan saripati madu lebah itu sendiri dan sumber bunganya. Biasanya, lebih gelap warna madu lebah menunjukkan lebih tinggi kandungan antioksida berbanding madu yang berwarna agak cerah (kekuningan). Antioksida dalam madu lebah mampu menghapuskan bahan-bahan radikal yang menjadi penyebab utama kepada penyakit-penyakit kronik.



Enzymes : Enzim memainkan peranan penting dalam madu lebah yang menjadikannya sangat penting untuk pengubatan dan makanan yang berkhasiat tinggi. Sebagai contoh, glucose oxidase berfungsi menukar glucose kepada gluconolactone yang menghasilkan asid gluconic dan hidrogen peroksida.



Pro-Biotic : Campuran madu lebah bersama yogurt dan produk tenusu lain akan meningkatkan lagi aktiviti, pertumbuhan dan kegalakkan bakteria baik, bifidobacteria untuk melawan bakteria jahat bagi keseimbangan usus yang sihat.



Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve