Sentuhan Menarik ke Majlis Perkahwinan (Warisan Chanteq + Skirt dr Butik Mama + Kebaya)
Sentuhan menarik!!
menarik ke? hihi thanks to owner warisan chanteq online magazine
kerana sudi menulis tentang sentuhan cik iena yg xseberapa nie..
Menarik kan color Hitam + Merah..
actually nie mix & match je.. Kebetulan pada hari perjumpaan Finalis PEncarian Gadis Warisan,cik iena kene attend wedding member..
so kene la pakai baju yg bersesuaian kan..
Pihak Warisan chanteq online magazine dh inform kene make up utk hadiri perjumpaan tu sb ade sesi photoshoot..
Biasa nye klu photoshoot nie cik iena suke mekap tebal la jugak kn(^_~)
tapi kali nie mekap sgt simple
xde eye shadow pon..
cik iena pakai foundation + eye liner + lipstick + bulu mate palsu sahaja..
yer lorr kn cik iena nk pergi wedding kawan dlu sblm attend perjumpaan tu.. so klu g wedding member xkn nk mekap cm g photoshoot kan..
nty kang org kate OVER DARI PENGANTIN..
ouhhh x rela tau..
hihihi
so cik iena pn decide bermake up simple je..
Baju tu pulak actually bukan dress..
cik iena pakai skirt from BUTIK MAMA + kebaya lama mak masa zaman mude2 dulu..
cantek kn skirt dr Butik MAma..
cik iena suker giler skirt nie..
Baju tu baju pusaka tau
hahahha
kain dia cik iena x bley pakai sb cik iena tinggi
mak..rendah..
huhuhuuh so sb tu mix match kn dgn skirt dr Butik Mama..
Haa so gitu la citer nyer..
so xley la nk mekap lebey2..
masa g wedding illa & born amin tu pun ade member tegur
wahh iena panjang nye bulu mate...
huhu kalau xkene dtg perjumpaan tu cik iena xpakai bulu mate palsu pon..
maskara suda....
terpaksa la pakai kn.
mekap kene juge sb nk photoshoot nty xde mekap kusam..
hihihi
Dikesempatan ini cik iena nk ucap selamat pengantin baru buat sahabat2 yer..
seronok jmpe kawan2 mase kt wedding illa
tp cik iena xley stay lame sb ade hal kn..
hihi tp ape2 pun sempat juge ler amek gambar...
Jom Layanzzzz.... ehhh sblm tu nie pic dr warisan chanteq..huhuhu crop hentam2 je (^_~)
JOM LAYANZ PIC KT WEDDING MEMBER LAK
okiess sekian coretan utk hari ni..
ehh lupe plak
nie link entry about cik iena dkt warisan chanteq online magazine..
http://warisanchanteq.com.my/pentas-feminine/sentuhan-menarik-ke-majlis-perkahwinan/
okies..daaaaa..jom sambung kojer (^_~)
Doktor cari tangan tercicir
SAKIT...mangsa menerima rawatan di Hospital Gleneagles.
CARI...pegawai perubatan Hospital Gleneagles mencari tangan mangsa yang putus ditetak penyamun.
KUALA LUMPUR: Lapan jam masa diambil sekumpulan doktor Hospital Gleneagles bagi menyambung semula pergelangan tangan kiri seorang pengurus syarikat insurans yang terputus selepas ditetak seorang lelaki yang cuba menyamunnya dalam kejadian di Jalan Ampang, malam 3 Februari lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 malam itu, mangsa yang berusia 40-an dalam perjalanan untuk bertemu rakan di sebuah restoran memberhentikan keretanya sebaik tiba di tempat kejadian selepas melihat sebuah kereta Perodua Kancil dinaiki dua lelaki dan seorang wanita mengalami kerosakan dan menawarkan khidmat untuk membantu.
Bagaimanapun, sebaik berhenti dan keluar dari kereta, tiba-tiba seorang daripada lelaki terbabit yang bersenjatakan parang menyerang dan menetak pergelangan tangan kirinya hingga putus.
Mangsa sempat melarikan diri dengan masuk semula ke dalam keretanya sebelum memandu ke Hospital Gleneagles sejauh kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian dalam keadaan tangannya berlumuran darah. Pakar Trauma, Bedah dan Mikro Surgeri hospital berkenaan, Dr R Palani yang mengetuai pembedahan itu, berkata dia bersama seorang lagi doktor bersama-sama dua jururawat, seorang pembantu perubatan dan pemandu ambulans mengambil masa setengah jam untuk mencari tangan mangsa yang tertinggal di kawasan kejadian.
“Keputusan untuk mencari tangan itu dibuat Pegawai Perubatan di Jabatan Kecemasan, Dr Marry Anne yang mendesak mangsa memberitahu lokasi kejadian memandangkan kami percaya tangan itu masih boleh diselamatkan.
“Sebaik mangsa memberitahu lokasi, kami segera ke sana untuk mencari dan berjaya menemui tangan itu di atas laluan pejalan kaki kira-kira 100 meter dari tempat kejadian,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Menceritakan kejadian itu, Dr Palani berkata, sebaik menerima panggilan telefon daripada rakan setugasnya di wad kecemasan mengenai keadaan mangsa, dia bergegas ke hospital.
“Sebaik tiba, saya mendapati tangan lelaki itu ditetak dengan sekali tetakan dan percaya kejadian itu baru berlaku kerana darah masih memancut-mancut dari tangannya,” katanya.
Dia berkata, melihat keadaan itu, mereka menghubungi polis dan meminta pasukan keselamatan itu mengesan tangan mangsa yang terputus di pergelangan tangan.
Katanya, selepas lebih setengah jam menunggu, polis memaklumkan gagal mencari tangan, mangsa sekali gus memaksa mereka mencarinya sendiri.
“Keadaan gelap-gelita di kawasan itu dan petunjuk yang diberikan pesakit menyukarkan kami untuk mencari tambahan pula kami hanya berbekalkan lampu telefon bimbit,” katanya.
Menurut Dr Palani, setakat ini keadaan mangsa stabil dan masih menerima rawatan fisioterapi untuk memastikan tangan yang disambungkan itu kembali berfungsi dengan baik.
Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi, menafikan dakwaan doktor terbabit yang mengatakan pihak berkuasa tidak mengambil tindakan selepas dimaklumkan mengenai insiden berkenaan oleh pengawal keselamatan yang berada di kawasan berkenaan.
Menurutnya, kelewatan itu berlaku disebabkan maklumat yang diberikan pengawal keselamatan itu kepada pihak berkuasa tidak lengkap.
Mengulas mengenai insiden itu, Khairi berkata, disebabkan sikap mangsa yang suka menolong orang yang mengalami kesusahan, kejadian itu menimpa dirinya.
“Mangsa adalah seorang lelaki yang suka membantu jika melihat orang mengalami masalah dan dalam kejadian itu, mangsa memberhentikan kenderaannya selepas menyangkakan dua lelaki dan seorang wanita yang sedang memeriksa kereta Perodua Kancil di kawasan kejadian mengalami masalah bagi menghulurkan bantuan.
“Seorang daripada suspek yang bersenjatakan parang menyerang mangsa dan cuba menyamunnya sebelum menetak tangan mangsa,” katanya.
Khairi berkata, dalam keadaan tangannya sudah terputus, mangsa berlari masuk ke dalam kereta sebelum bergegas mendapatkan bantuan.
Ketika ditanya mengenai perkembangan kes itu, Khairi mengakui pihaknya sudah merakam percakapan mangsa selain memberitahu, pihaknya sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berkenaan.
SOURCE FROM : http://www.hmetro.com.my/
Budak Melayu Bercakap Cina Dan Korea Selepas Kemalangan
Seorang budak Melayu tingkatan 5 mempunyai kebolehan bertutur dalam bahasa Mandarin dan Korea selepas terlibat dalam kemalangan motorsikal di Besut.
Budak Melayu Bercakap Cina Dan Korea Selepas Kemalangan | Pelik tetapi benar tetapi itulah realiti kebolehan luar biasa seorangpelajar tingkatan lima dari Besut yang secara tiba-tiba boleh bertutur pelbagai bahasa selepas dia terlibat dalam kemalangan jalan raya pada jam 2 petang, 13 Januari lalu.Noraini Ismail, 17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nasiruddin Shah, Alor Lintang boleh bertutur bahasa Korea dan Mandarin dengan lancar walaupun sepanjang hayatnya tidak pernah ikuti kelas bahasa itu.
Budak ini boleh bertutur bahasa Mandarin dan Korea secara tiba-tiba.
Menurutnya, kebolehan luar biasa itu berlaku selepas empat haribudak pelik terbabit dalam kemalangan apabila motosikal yang dibonceng dirempuh oleh sebuah lori kecil berhampiran persimpangan lampu isyarat Alor Lintang ketika perjalanan pulang dari sekolah.
“Ketika kejadian saya membonceng motosikal yang ditunggang abang saya, Jefri, 18, yang tiba-tiba dilanggar sebuah lori dari arah belakang menyebabkan saya terjatuh dan terhantuk kepala atas jalan. Mujur saya pakai topi keledar,” katanya.
Sementara itu menurut bapanya, Ismail Salleh, 46, kemalangan itu menyebabkan Noraini koma selama 11 jam dan sebaik sedar dia berada di Unit Kecemasan, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan.
Kata Ismail, selepas doktor menjalankan imbasan kali pertama mendapati terdapat darah beku di bahagian belakang kepalanya. Bagaimanapun katanya, ketika dilakukan imabasan kali kedua untuk melakukan pembedahan, doktor terperanjat kerana mendapatidarah beku tidak ada lagi.
“Bagi mengesahkan perkara itu, doktor HUSM mengulangi ujian sebanyak tiga kali namun ternyata darah beku dikesan peringkat awal memang tidak ada,” katanya.
Bercakap Bahasa Korea Selepas Terjaga dari Tidur
Ismail berkata, pada jam 5 petang pada hari keempat selepas dibenarkan pulang ke rumah, sebaik Noraini terjaga daripada tidur tiba-tiba dia bercakap bahasa Korea.
Katanya, anaknya itu meminta air daripada ibunya dalam bahasa Korea namun ketika itu ibunya tidak mengetahui bahasa apakah yang dituturkan Noraini.
“Kami sekeluarga tidak faham maksudnya dan langsung tidak tahu bahasa Korea kerana ia mirip bahasa Cina tetapi selepas dia menunjukkan isyarat ingin minum air baru ibunya beri air,” katanya.
Kata Ismail, selain Korea dia juga kadang-kadang bertutur dalam bahasa Mandarin dan paling aneh lagi ketika dia berbahasa tersebut dia langsung tidak akan boleh bertutur dalam bahasa Melayu.
Pada mulanya, Ismail dan keluarga meragui maksud bahasa yang dituturkan itu betul atau tidak tetapi apabila Noraini menonton cerita Korea di televisyen, dia dapat menterjemahkan cerita tersebut dengan tepat seperti sarikata dipaparkan pada skrin televisyen yang ditutup dengan tangan oleh ahli keluarganya.
Menurut Noraini, seorang doktor pakar berbangsa Cina di HUSM yang menjalankan rawatan susulan ke budak pelik itu baru-baru ini juga menganggap kejadian dia boleh bertutur bahasa Cina juga aneh malahan kejadian itu pertama kali ditemuinya semenjak 17 tahun bertugas sebagai doktor.
“Doktor itu minta saya membaca nombor dalam bahasa Cina dan apa yang saya sebut adalah benar,” katanya.
Tidak Boleh Bercakap Loghat Kelantan
Satu lagi keanehan pada Noraini ialah dia kini bertutur bahasa baku sepenuhnya malahandia langsung tidak boleh bercakap loghat Kelantan lagi seperti pertuturan hariannya sebelum ini.
Menurutnya ibunya, Masina Daud, 48, sejak kemalangan anak keenam daripada tujuh beradik itu hanya boleh bercakap bahasa Melayu standard (baku) seperti loghat Kuala Lumpur sahaja manakala bahasa Kelantan sekarang dia boleh menyebut beberapa perkataan, seperti ‘mok’ dan ‘ayah’.
“Sebelum ini dia nak sebut perkataan mok (emak) memang langsung tidak boleh tetapi kalau perkataan Mama lancar. Saya pun hairan bagaimanana pertuturan boleh berubah,” katanya.
Dalam pada itu Noraini berkata, sejak belakangan ini dia hanya bertutur dalam bahasa Cina atau Korea sekiranya dia tidur semula selepas menunaikan solat Subuh.
“Kalau saya tidur semula selepas solat Subuh pasti apabila bangun saya tidak boleh langsung bercakap bahasa Melayu sebaliknya hanya boleh bertutur dalam bahasa Korea yang berlarutan sehingga jam 11 pagi pada hari sama sebelum boleh bertutur semula bahasa Melayu.
“Kalau saya tidak tidur selepas solat Subuh saya tidak akan bercakap korea,” katanya yang juga hairan dengan perubahan yang dialami.
Katanya, dia memahami bahasa Korea atau Cina di kaca televisyen hanya ketika dia boleh bertutur bahasa tersebut tetapi apabila ketika boleh bercakap bahasa Melayu, dia langsung tidak faham makna bahasa berkenaan.
Jalani Rawatan Alternatif
Bapanya pula agak tertekan dengan masalah yang dihidapi anaknya dan sudah beberapa kali dia membawa anaknya menjalani rawatan alternatif namun setakat ini tidak berhasil.
Kata Ismail, lebih memeritkan keadaan kerana boleh dikatakan setiap hari sama adasebelum atau selepas Maghrib, Noraini akan tiba-tiba diserang sakit kepalamenyebabkan dia terpaksa dihantar ke Hospital Besut untuk mendapat suntikan.
“Sekarang hampir setiap hari saya terpaksa membawa dia mendapat suntikan kerana Noraini tidak akan sedarkan diri jika lambat dibawa ke hospital,” katanya yang tinggal di Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di sini.
Ismail merayu orang ramai atau ahli perubatan alternatif untuk tampil membantu menyelesaikan masalah yang dihidapi anaknya kerana dia tidak berkemampuan untuk lebih kerap membawa anaknya mendapatkan rawatan. Ismail menetap di alamat 2672,Kampung Baru Gong Medang dekat Tembila dekat Kampung Raja.
sumber : http://melayukini.net
Giveaway Kznabihah Eksklusif item
Assalammualaikum
lame dah cik iena tak update blog;)
almaklumlah agak bz dgn kerja(^_~)
so today ,d subuh yg indah ini cik iena nk merajinkan diri menconteng2 di blog cik iena..
haa lame sgt dh cik iena tak join giveaway..
minggu lepas cik iena ade blogwalking dan terjumpa about this giveaway..
cik iena pun ade bertanya kpd cik bihah about this giveaway..
Dari hari ke hari nk buat post pasal giveaway nie tak terbuat2 jugak sb bz kan..
sampailah saat dan ketika ini..
nie pun cik iena xtidur..bz buat programming
auhh almaklumlah cik programmer time idea dtg nk buat prgoramming mmg tgh mlm sampai subuh..
so time2 cmnie ler berjage nk perah otak(^_~)
opss sudah2 cik iena stop membebel..
kite teruskan dgn tujuan asal ..
haa walaupun agak bz..cik iena cube jugak nk luangkan mase utk buat post about this giveaway..
wahh agak nye knp la tuh kn..
okiess jommm kiter bace about this giveaway
tapi sebelum tu nie cik iena perkenalkan cik organizer kiter..
KZNabihah.com
p/s: sila klik pada gambar diatas untuk ke blog tuan penganjur
Okies next jom kite tgk syarat2 utk join this giveaway (^_~)
|
Okies untuk giveaway ini.. item pilihan cik iena adalah Colour block pencilCut Skirt
|
Archieve
- November 2024 (1)
- October 2024 (2)
- September 2024 (2)
- August 2024 (2)
- June 2024 (2)
- May 2024 (5)
- April 2024 (3)
- March 2024 (3)
- February 2024 (1)
- January 2024 (2)
- December 2023 (4)
- October 2023 (1)
- August 2023 (1)
- July 2023 (1)
- June 2023 (5)
- May 2023 (2)
- April 2023 (4)
- March 2023 (6)
- February 2023 (1)
- January 2023 (1)
- December 2022 (2)
- November 2022 (2)
- October 2022 (1)
- August 2022 (2)
- July 2022 (2)
- June 2022 (2)
- May 2022 (2)
- April 2022 (3)
- March 2022 (1)
- December 2021 (1)
- November 2021 (2)
- October 2021 (1)
- September 2021 (2)
- August 2021 (5)
- July 2021 (3)
- June 2021 (7)
- May 2021 (8)
- April 2021 (8)
- March 2021 (5)
- February 2021 (11)
- January 2021 (11)
- December 2020 (7)
- November 2020 (5)
- October 2020 (5)
- September 2020 (9)
- August 2020 (9)
- July 2020 (7)
- June 2020 (8)
- May 2020 (9)
- April 2020 (13)
- March 2020 (8)
- February 2020 (9)
- January 2020 (9)
- December 2019 (7)
- November 2019 (7)
- October 2019 (5)
- September 2019 (7)
- August 2019 (5)
- July 2019 (10)
- June 2019 (2)
- May 2019 (9)
- April 2019 (5)
- March 2019 (3)
- February 2019 (4)
- January 2019 (4)
- December 2018 (6)
- November 2018 (7)
- October 2018 (5)
- September 2018 (4)
- August 2018 (5)
- July 2018 (4)
- June 2018 (6)
- May 2018 (13)
- April 2018 (7)
- March 2018 (10)
- February 2018 (7)
- January 2018 (13)
- December 2017 (12)
- November 2017 (7)
- October 2017 (11)
- September 2017 (15)
- August 2017 (5)
- July 2017 (10)
- June 2017 (19)
- May 2017 (14)
- April 2017 (13)
- March 2017 (14)
- February 2017 (8)
- January 2017 (11)
- December 2016 (15)
- November 2016 (14)
- October 2016 (22)
- September 2016 (20)
- August 2016 (19)
- July 2016 (11)
- June 2016 (30)
- May 2016 (16)
- April 2016 (7)
- March 2016 (18)
- February 2016 (11)
- January 2016 (9)
- December 2015 (23)
- November 2015 (26)
- October 2015 (32)
- September 2015 (29)
- August 2015 (23)
- July 2015 (14)
- June 2015 (46)
- May 2015 (30)
- April 2015 (39)
- March 2015 (56)
- February 2015 (49)
- January 2015 (35)
- December 2014 (23)
- November 2014 (26)
- October 2014 (18)
- September 2014 (56)
- August 2014 (22)
- July 2014 (19)
- June 2014 (19)
- May 2014 (3)
- January 2014 (2)
- December 2013 (15)
- November 2013 (1)
- July 2012 (6)
- June 2012 (31)
- May 2012 (87)
- April 2012 (155)
- March 2012 (104)
- February 2012 (10)
- January 2012 (10)
- December 2011 (16)
- November 2011 (18)
- October 2011 (5)
- September 2011 (7)
- August 2011 (11)
- June 2011 (9)
- May 2011 (6)
- April 2011 (7)
- March 2011 (9)
- February 2011 (5)
- January 2011 (15)
- December 2010 (14)
- November 2010 (29)
- October 2010 (30)
- September 2010 (38)
- August 2010 (42)
- July 2010 (31)
- June 2010 (32)
- May 2010 (52)
- April 2010 (65)
- March 2010 (92)
- February 2010 (89)
- January 2010 (68)
- December 2009 (33)
- November 2009 (2)