Anda rasa terlalu sukar untuk berdiet? Anda sering berhenti di tengah jalan dalam berdiet?
Berikut beberapa cara mudah untuk membantu anda rasa seronok semasa berdiet:
1. Jadikan penimbang berat sebagai rakan anda.
Jika anda mahu
menurunkan berat badan,
anggaplah penimbang berat itu sebagai kawan anda, bukannya musuh.
Cuba timbang berat badan anda sekali di waktu pagi selepas anda mandi
dan sebelum anda mengenakan pakaian. Dari situ anda akan dapat melihat
bagaimana graf berat badan anda sepanjang minggu itu dan seterusnya
membandingkan dengan minggu-minggu seterusnya.
2. Tuliskan target anda di tempat yang anda mudah lihat.
Letakkan target-target yang anda tulis
di atas kertas dan letakkan di tempat-tempat yang anda sering nampak
seperti di monitor komputer, peti sejuk, di dalam dompet, ataupun di
cermin. Target itu tidaklah semestinya tentang berat badan, anda juga
boleh menulis target lain seperti 'minum air kosong secukupnya!',
'makan buah-buahan!', atau 'tidur 8 jam sehari!'. Kemudian, beritahu
rakan-rakan anda tentang target anda itu supaya mereka boleh
mengingatkan anda sekiranya anda terlupa.
3. Tulis setiap makanan yang anda makan setiap hari.
Jika anda menulis jurnal makanan yang
anda ambil setiap hari, anda dapat monitor makanan yang anda ambil
dengan lebih baik. Bukan sahaja jenis makanan dan kuantiti, anda juga
perlulah menulis berapa kalori makanan tersebut supaya anda tahu
jumlah kalori yang anda ambil untuk hari tersebut mencukupi ataupun
melebihi keperluan anda. Dengan cara ini, anda juga akan lebih
berhati-hati dalam memilih makanan setiap hari.
4. Minum air kosong secukupnya.
Mereka yang minum air kosong secukupnya
akan mengambil kalori lebih rendah berbanding mereka yang kurang minum
air. Selain air kosong, anda juga disarankan minum air yang rendah
kalori seperti teh, air limau, dan jus buah-buahan segar.
5. Ambil sarapan setiap hari.
Pengambilan sarapan dapat membantu anda
meningkatkan metabolisme seterusnya membantu membakar kalori pada
kadar optimum. Apa yang anda ambil semasa sarapan juga sangat penting.
Pilihlah makanan yang mengandungi kadar gula yang rendah dan tenaga
yang tinggi seperti oat.
6. Rancang snek anda seperti anda merancang pemakanan harian.
Ada orang yang betul-betul menjaga
makanan yang mereka ambil semasa makan tengahari dan makan malam dan
tidak menjaga kuantiti snek yang mereka ambil ketika mereka lapar.
Oleh itu, anda disarankan merancang snek yang anda ingin ambil dan
mengambil berat akan kuantiti dan kalori snek tersebut.
7. Makan malam dengan tenang.
Elakkan makan dengan cepat semasa anda
makan. Kajian membuktikan mereka yang makan dengan perlahan dan
tenang, cenderung untuk berasa kenyang dengan cepat. Oleh itu, kunyah
makanan anda perlahan-lahan dan nikmati makanan yang anda makan itu
dengan sebaiknya.
8. Jangan makan sambil membuat itu dan ini.
Jangan makan sambil menonton televisyen,
di hadapan komputer, atau semasa membaca surat khabar. Anda akan
terdorong untuk terus menyuap makanan tanpa anda sedar kuantiti
makanan yang anda telah ambil. Sebaiknya anda makan di meja makan atau
alihkan komputer anda ke tepi jika anda perlu makan di meja study
anda.
9. Pilih pencuci mulut rendah kalori.
Apabila anda inginkan makanan yang
manis, eloklah anda memilih pencuci mulut yang rendah kalori seperti
dark chocolate atau yogurt rendah lemak. Selain itu, anda juga
dicadangkan menyimpan stok 'sugar-free' chewing gum supaya anda boleh
mengunyahnya apabila anda terasa lapar di tengah-tengah malam.
10. Lakukan sehari satu push-up.
Untuk mendapatkan badan yang kuat
tidaklah bermaksud anda perlu menghabiskan masa anda di gim setiap
hari. Mulakan dengan satu push up pada setiap hari dan jadikan ia
sebagai rutin. Lama-kelamaan anda pasti akan dengan rela hati menambah
bilangan push up dalam sehari seterusnya melakukan aktiviti-aktiviti
lain setelah melihat perubahan pada badan anda.
Selamat mencuba! ;)