Kementerian Kesihatan Malaysia telah membuat cadangan supaya penjualan nasi lemak di kantin sekolah dihadkan kepada sekali sahaja seminggu. Selepas cadangan itu diketahui orang ramai, banyak organisasi dan persatuan menyuarakan pendapat mereka yang kebanyakkannya tidak setuju dengan usul tersebut.
Pertama sekali, sudah tentu perniagaan kantin dan juga pengusaha nasi lemak akan terjejas jika cadangan ini dilaksanakan. Ramai juga berpendapat bahawa nasi lemak itu bukanlah musuh utama yang perlu diperangi, tetapi kesedaran masyarakat tentang ‘pemakanan sihat’. Tetapi, persoalan yang paling utama di sini benarkah nasi lemak punca utama kenapa murid di sekolah kita mempunyai risiko yang tinggi mendapat obesiti?
...Tetapi, persoalan yang paling utama di sini benarkah nasi lemak punca utama kenapa murid di sekolah kita mempunyai risiko yang tinggi mendapat obesiti?...
Saya masih ingat dahulu zaman semasa saya masih bersekolah. Setiap pagi saya akan singgah ke kantin dan jamah dulu sebungkus nasi lemak dengan kawan-kawan sebelum sesi kelas bermula. Kadang-kadang kalau tak cukup sebungkus saya akan makan lagi sebungkus. Bila tiba waktu rehat, saya akan berlari pergi ke kantin yang sama dan makan sepinggan lagi nasi (bersama dengan rakan-rakan yang sama). Apabila tamat waktu persekolahan dan sampai ke rumah, ibu saya akan hidangkan nasi dan lauk untuk hari tersebut. Selalunya, saya sudah kenyang sebab sudah makan nasi dua kali di sekolah tapi ibu saya selalu berpesan, "Sebutir nasi itu ibarat setitik peluh petani, tak baik membazir". Disebabkan tidak mahu mengecewakan ibu saya, saya akan habiskan juga nasi itu. Sudah tentu bila tiba waktu makan malam, saya akan dihidangkan dengan nasi lagi bersama dengan hidangan lain. Begitulah selalunya rutin pemakanan saya semasa saya bersekolah. Saya juga tidak bersenam dan hanya habiskan masa dengan bermain komputer dan menonton TV. Bila saya sambung belajar di universiti, saya mula sedar mengapa saya gemuk. Saya tidak tahu langsung apa itu ‘kalori’, ‘lemak’ , ‘karbohidrat’ dan sebagainya. Saya cuma tahu yang kita perlu makan kalau lapar dan membazir makanan ialah suatu perkara yang tidak baik.
Jadi salahkah nasi?
Saya tidak ada niat untuk menuduh nasi sebagai punca kenapa saya gemuk mahupun ibu saya kerana mengingati saya supaya menghargai titik peluh petani. Tetapi, saya rasa murid-murid di sekolah pada hari ini juga mungkin mengalami dilema yang sama seperti saya dahulu. Kemungkinannya mereka tidak tahu berapa jumlah kalori di dalam sebungkus nasi lemak. Saya juga yakin kemungkinan ibubapa mereka juga tidak tahu berapa jumlahnya. Nasi lemak bukan faktor utama kenapa seseorang menjadi obese. Obesiti hanya akan berlaku apabila kita makan secara berlebihan lebih dari apa yang badan kita perlukan.
Nasi lemak bukan faktor utama kenapa seseorang menjadi obese.
Kerajaan perlu mengajar murid-murid di sekolah mengenai makanan. Satu subjek baru patut diwujudkan dan silibusnya meliputi topik-topik mengenai ‘apa itu kalori’, cara memilih makanan sihat, kepentingan senaman dan sebagainya. Kalau kita boleh ajar murid mengira, membaca, sudah tentu kita boleh ajar murid bagaimana untuk hidup dengan sihat bukan?
Akhir kata
Akhir sekali, semua pihak perlu mengambil langkah positif dalam melihat semula cara hidup dan budaya pemakanan kita. Kerajaan boleh hadkan penjualan nasi lemak di kantin tetapi nasi lemak masih tetap lagi dijual setiap hari di gerai, warung, di restoran mamak, di tepi jalan. Kalau kita boleh didik generasi muda mengenai makanan, kita tak perlu risau dan takut terhadap nasi lemak sebab ia bukanlah musuh kita, tetapi makanan tradisi kita. Musuh kita sebenarnya ialah kelalaian kita sendiri apabila kita alpa dan tidak mahu mengambil langkah untuk berubah ke arah yang lebih sihat.
pesanan buat cik iena
jgn kerap mkn nasi lemak okeyh(^_~)
sumber
Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)