Grab The Promo
Grab The Promo

Day 3 at Pulau Pinang:The Penang Butterfly Farm, Jalan Teluk Bahang, Pulau Pinang



 
 
Hari Ketiga di Pulau pinang (jumaat-19/09/2014)
Mengikut perancangan,
Destinasi pertama hari ke tiga adalah kek lok si atau pun lebih dikenali dengan pagoda.
  Member cik iena nak cari tempat shopping dekat kek lok si tetapi malangnya kami tak jumpa..
maka nya plan berubah kepada taman rama rama..
Tiket untuk dewasa RM 18
 
 

tiket utk 2 dewasa 2 kanak2 RM46

 
 
okies 
jom tengok gambar
 
 
 
 















































Wokies
sila jangan muntah darah bile cik iena dah mula keluarkan monopod
selfie, wefie je lah kerja nye















6





































































Selesai bersiar siar di taman ram rama,

Kami singgah solat then cari kedai makan,
lapar wooo

Hajat asal Nak cari char kuey teow dekat tanjung bungah
yang dalam program supper @ tv9 by kaka tu

Tapi Malangnya tak jumpa
Jumpa kedai makan melayu ni
Nasi berlauk
ok lah kan









 kedai ni terletak dekat atas bukit, seberang jalan dekat masjid tanjung bungah.
Lupa pulak apa nama masjid tu.
masjid tu tepi pantai je
kalau tak silap masjid terapung orang panggil

Makanan kat sini semua nya sedap2
terutama SAYUR
haa pencita sayur amek gambo sayur je la









nyum2
menarikkan sayur dia haha







Selesai makan.
cik iena pun balik ke apartment.
Berehat.
Konon nya malam nak ke night market.
Tapi......

Tuggu next entry
(^_~)
 





Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com

CABARAN 30 HARI | DAY 23 : PEKERJAAN YANG ANDA INGIN SELAIN KERJA ANDA SEKARANG


 
Assalammualaikum, selamat bekerja cik iena
Saat dan ketika ini masih di office, bekerja selepas seminggu bercuti sakan
(^_~)
Task untuk hari ke 23
PEKERJAAN YANG ANDA INGIN SELAIN KERJA ANDA SEKARANG
Actually PROGRAMMER bukan lah cita cita cik iena masa sekolah dulu.
Masa zaman persekolahan dulu cik iena nak jadi fashion designer.
Siap ambil subjek tambahan lagi, pendidikan seni..
semata mata nak mengejar cita2
Tetapi apakan daya ayah tidak merestui
Terpaksa lah sambung belajar ikut jurusan yang ayah pilih yang ayah carikan.
Walaupun dah dapat tawaran untuk belajar fashion design
T______T
Pssttttt : comel kan fashion designer cik iena atas tu..masa ni ade fashion show dekat sungai wang KL.





Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com

CABARAN 30 HARI | DAY 22 : DESTINASI PERCUTIAN IMPIAN


 
 
Assalammualaikum,
Selamat bekerja cik iena
setelah 1 week bercuti.

At this time masih di office, kerja kerja kerja 
(^_~)
Task cabaran 30 hari kelabbloggerbenashaari hari ini
DESTINASI PERCUTIAN IMPIAN
macam lebih kurang tajuk semalam je
if semalam cik iena cakap tempat yang cik iena ingin pergi 
dan tak pernah pergi adalah PARIS kan,
so di sini lah sambungan nya
 
DESTINASI PERCUTIAN IMPIAN
nak ke Eiffel Tower
 
selain pada tu kalau da sampai Paris tu nak ke
Arc de triomphe,Musee du louvre,Le Marais et la Place des Vosges and chateau de versailles
Okies
cik iena takleh story banyak sebab tengah buat kerja lagi di office..
akibat cuti seminggu
haha


daaaaaaaaaaaa
 





Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com

BERKELAH DITEPI JALAN -TAYAR PECAH


Cuti cuti malaysia 5D4N di pulau pinang dah tamat.
Dalam perjalanan pulang ke kl, tayar kereta pecah.
Alhamdulillah pecah dah sampai kl.


Dalam pukul 8.30 mlm sampai depan hukm,
berhenti tengok kereta,
Tayar belakang pecah Sebelah kanan..

then ade la benda takde utk tukar tayar tu
cik iena tak tau lah piring ape yg abg gs cakap haha..

call member..
member tak angkat..
call lah sesiapa yg boleh tolong

akhirnyaaaa

terima kasih banyak2
riana n nuzul


Tengah tunggu riana n nuzul..
perasan pulak tayar kereta belakang sebelah kiri pun macam dah nak rosak..

maka nya dua2 tayar kene tukar..

perasan tak cik iena pegang kayu tu..
haha alkisah nye

ada mamat berhenti nak tolong
then dia cakap rumah dia dekat ..dia balik tengok barang dulu..
nanti datang..

cik iena tengok dia macam mencurigakan
sebab dia tengok semua barang2 yang kami keluarkan dalam bonet
nak keluar kan tayar spear..
Kene keluarkan semua barang kan..

ada dua beg laptop
so pikiran mula lah fikir yang bukan2

takot3 dia bawak geng nak samun ke..

tak pa kalau kita
berhati2 kan
so cik iena guna kayu pedang samurai tu as protection lah

pesan kat budak2 kalau kakngaj lari ikut kakngah..
siap tunjuk kat mana patot lari


Alhamdulillan lah riana n nuzul sampai dulu..






Dalam pukul 11.22 pm
selesai tuka tayar kereta abg gs..
tayar satu lagi pinjam tayar spear nuzul

Alhamdulillah..
thanks sangat2 nuzul n riana..

abg gs n family balik..
riana n nuzul tolong hantar cik iena balik

kenangan betul malam ni
macam2 perasaan ada..
haha

okiess nak tido
esok kerja
seminggu cuti kan
Menghadap la esok

officemate wassap tadi bagi tau  jangan sambung cuti pulak haha
Dia suruh tido lena2 malam ni

esok menghadap lah

lalalallalaaa

Ya Allah permudahkanlah segala urusanku esok dan hari2 mendatang..

nite all






Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com
Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve