Grab The Promo
Grab The Promo

Behind The Scenes : Fashion Show Sentuhan Bussaina @ Sungei Wang Plaza 14 October 2014


Hai, Assalammualaikum,
Lama rasanya cik iena tak update blog. Okay ini cerita yang dah bertangguh.
Selasa yang lepas lepas, cik iena ada fashion show untuk butik Sentuhan Bussaina dimana fashion show tersebut telah diadakan di sungei wang plaza.

Fashion show ini berlansung pada waktu malam lebih kurang jam 8 malam.
Pada waktu kejadian cik iena tak sempat nak ambil gambar guna handphone sendiri.
Cik iena sibuk mencantiks kan diri dan mencantiks kan model laen.

Alkisahnya petang tu hujan lebat dan jalan jammed teruk, make up artist sampai lambat.
Maka ya cik iena make up sendiri dan bantu rakan2 yang lain untuk make up.


















Alhamdulillah walaupun make up artist sampai lewat, majlis tetap berjalan dengan lancar nya.
Berbekalkan barang make up cik iena yang tak seberapa ni telah me make up kan 10 org model.
Eh tapi bukan cik iena make up sorang,
Semua tolong menolong antara satu sama lain.
Ini lah kelebihan team kami (^_~)

Untuk yang nak jadi model diluar sana , anda perlu ada barang make up dan anda perlu ada basic make up untuk mengatasi masalah seperti ini berlaku. Sekiranya make up artist datang lambat atau tidak hadir. Sebarang kemungkinan akan berlaku tetapi majlis tetap perlu dijalankan seperti biasa.
"Nak ke korang catwalk tapi muka pucat takde make up, pasti taknak kan kan"
So korang perlu ada basic semua tu. Bukan mudah nak jadi Model okeyh .



Okies jom layan gambar yang cik iena ambil dari kawan2. Gambar dari photographer tak dapat semua lagi. Kalau dah dapat nanti cik iena update .

















Okies, setakat ini dulu ya
Pada yang berminat dengan baju butik sentuhan bussaina boleh lah dtg
No 2A, Jln. Selaseh 18
Tmn. Selaseh (fasa 2)
68100 Batu Caves, Selangor.








Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com

Fitting Baju For Fashion Show Butik Sentuhan Bussaina


Ini kisah semalam semasa tuan empunya blog pergi fitting baju untuk fashion show.Ada yang ingat cik iena sudah menerima lamaran and hendak berkahwin.
Eh jangan salah sangka, fitting baju untuk fashion show bukan untuk kawen tau. Ye la baru2 ni ade berita mengejut someone melamar.Ehem2
Buat masa nie cik iena masih belum memutuskan apa2 keputusan.
Secara jujurnya amat sukar hati ini untuk menerima kehadiran seorang lelaki dalam hidup selain ahli keluarga.
Almaklumlah cik iena pernah kecewa teruk. Maka nya cik iena masih belum ada keputusan kepada persoalan itu.
Solat Istikarah dulu,Biarlah masa menentukan segalanya.Semoga Allah memberikan petunjuk buat cik iena.


Sebenarnya buat masa ni cik iena tak terfikir soal kawen lagi, masih belum bersedia nak menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri.Besar tanggungjawab tu. Walaupun umur makin lanjut tapi Alhamdulillah cik iena masih tidak mendapat desakan dari keluarga.
Makanya cik iena nak terus membina kerjaya cik iena.
Kalau ada desakan keluarga baru cik iena fikirkan (^_~)


Okay jom tengok gambar semasa fitting baju semalam


Kita wefie dulu sebelum fitting baju ye kawan2






Eh macam sesuai pulak inner tudung cik iena dengan baju ni

Mula-mula cik iena kene pakai baju lain
tapi cik iena ni kecik sangat
baju tu besar

Makanya kak yat 
owner butik pengantin suruh cik iena pakai baju ni
baju ni saiz patung dia kata

hehe badan kiter saiz patung je rupenye
pinggang cik iena 26 je
Dalam gambar mmg cik iena nampak chuby
tapi reality kurus je
(^_~)
pipi jer terlebeh tembam

















Selesai fitting baju and rehearsal cik iena sempat lah bergambar dengan rakan model lebih kurang 4 tahun yang lepas.
Suatu ketika dulu kami selalu photoshoot sama2.
Akhirnya jumpa jugak bff model kita Dya ina.





Selepas fitting baju and rehearsal, kami singgah makan. Tuan empunya butik belanja makan .
Alhamdulillah terima kasih kak yat
Nie gambar cik iena dengan tuan empunya butik . Kak Hayat Bussaina 




Selesai makan tengah hari , cik iena and kawan2 pergi Palace of the golden horses hotel
Jom mandi
 (^_~)




Okay, sekian untuk hari ini . Seperti biasa hari isnin memang banyak kerja kat office ni.
Selamat bekerja kawan2.






Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com

Segmen 12 Jam Bloglist #11 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan November dan Disember 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 13 Oktober 2014, iaitu tepat jam 11.15 pagi sehingga 11.15 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #11 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Oktober 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...





Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com

Kenapa Saya Nak Bercuti Di Busan?



Jawapan kepada persoalan diatas tentulah kerana Korea adalah sebuah Negara yang tersangat menarik untuk dilawati, suasana yang damai dan tenang dapat memberikan anda ketenangan jiwa.
Sekiranya anda telah menjejakkan kaki ke Korea sudah pastinya anda berasa lebih teruja untuk pergi ke Korea buat kali kedua dan seterus nya.

Pada tahun lepas , tuan empunya blog telah pun menjejakkan kaki ke bandar pertama terbesar di Korea iaitu Seol . Disebabkan faktor kekangan masa dan terdapat banyak tempat menarik untuk dilawati. Percutian tuan empunya blog hanya terhad di sekitar bandar Seol.

Maka dengan itu dengan ada nya   Cabaran Winter In Busan Blooggers Majalah Libur bersama Man Raja Lawak Anjuran Bloogers Dot Com dan Majalah Libur tuan empunya blog amat berharap agar dapat peluang kedua untuk bercuti di bandar kedua terbesar di korea selatan iaitu BUSAN.


Jikalau anda ingin mengetahui tempat tempat menarik di Busan, anda boleh membaca tugasan pertama bagi cabaran ini - APA YANG MENARIK DI BUSAN?

Pasti ramai blogger blogger yang menyertai cabaran ini, tuan empunya blog pun ingin mencuba nasib. Insya Allah jika ada rezeki pasti tuan empunya blog dapat menjejakkan kaki buat kali kedua di Korea. Terasa rindu dihati dengan ketenangan dan keindahan di Korea.

Kepada yang menjangkakan untuk melihat awek awek comel di Korea, secara jujurnya awek awek korea tidak lah semua nya cantik cantik seperti didalam cerita cerita korea yang anda lihat. Tetapi kulit mereka sangat cantik jika dibandingkan dengan kulit orang Malaysia ni. Putih gebu gituw.
Ini adalah kerana faktor cuaca disana. Selama 6 hari tuan empunya blog berada di Korea, perubahan pada diri yang dapat tuan empunya blog rasakan adalah Kulit tuan empunya blog menjadi gebu , lembut . Terasa macam orang Korea pulak.

Sedikit tips untuk anda anda yang ingin bercuti di Korea , kebanyakan rakyat korea tidak gemar menggunakan bahasa inggeris . Maka dengan itu kita amat digalakkan untuk mempelajari bahasa Korea untuk memudahkan perjalanan anda di Korea . Walaupun ada diantara mereka yang memahami bahasa inggeris, mereka tetap akan membalas dengan bahasa ibunda mereka.

Pengalaman tuan empunya blog di korea ketika membeli belah di pasar pasar biasa . Terasa seperti ayam dan itik untuk sesi tawar menawar harga sehingga terpaksa menggunakan google translate on the spot dan menggunakan calculator untuk menawar harga. Tetapi sekiranya anda membeli belah di kawasan pusat membeli belah, kebanyakan mereka boleh berbahasa inggeris.




Sekian untuk tugasan kedua bagi cabaran ini.
Diharapkan tuan empunya blog menjadi insan yang bertuah untuk menyertai Cabaran Winter In Busan Blooggers Majalah Libur bersama Man Raja Lawak Anjuran Bloogers Dot Com dan Majalah Libur



Korea Korea Cik iena rindu awak, rindu nak bernafas udara keluar berasap2, hehe tapi dalam gambar tak nampak la

Jom tengok video yang buat cik iena rindu sangat2 dekat korea , harap dapat lah menjejakkan kaki ke Busan, bandar kedua terbesar di korea.















 




Maaf, video record guna handphone je (^_~)
Rindu Korea Rindu Korea




Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com
Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve