Ceritera 3 Januari 2015 yang lepas, alkisahnya puan ibunda merajuk dengan ayahnda . Makanya destinasi puan ibunda sudah tentu rumah anaknda tercinta di kuala lumpur.
Kalau merajuk dekat rumah kakak dekat sangat kan. Selama 4 hari 3 malam tempoh merajuk nya tu.
Ayah cik iena pun tak tau mak ada dekat mana , tapi adek beradik yang lain tau lah.
Sepanjang Mak ada dekat rumah cik iena , cik iena tak bawak jalan sangat pun. Kedatangan yang mengejut . cik iena pun sibuk .
Hari pertama mak sampai hari sabtu . Mak naik komuter berhenti dekat station KTM bandar tasik selatan. So cik iena bawak mak makan dekat area situ dulu. Dekat Terminat BTS tu .
Kemudian cik iena bawak mak pergi shopping baju,seluar & kain dekat Berjaya Time Square sebab mak datang sehelai sepinggang. Orang merajuk lah katakan . Keluar rumah bawak handbag je (^_~)
Macam comel je orang-orang tua merajuk hehe
|
bersama puan ibunda dan adek di time square |
|
bersama puan ibunda dan adek di time square |
|
bersama puan ibunda dan adek di time square |
Hari ahad, berehat di rumah sahaja . Mak masakkan kat rumah.
Santai-santai tengok tv rehatkan minda .
Hari isnin cik iena suruh adek bawak mak pergi DAISO Avenue K and shopping barang-barang comel kat sana. Mak memang suka barang-barang kat DAISO tu.Cik iena tak dapat ikut sebab kerja .Cik iena bagi duit je suruh mak shopping (^_~)
Cukup masa cik iena balik kerja kami pergi tengok wayang dekat TGV KLCC .
Sebelum tu solat di surau dulu. Sementara tunggu adek cik iena solat . tunggu dekat luar ni ade adek comel ni asyik tengok-tengok cik iena and pegang tangan cik iena je.
Nama nya Zara.
Comel kan zara, cik iena tengok zara asyik pegang tangan . Cik iena hulur tangan macam nak dukung. Sekali zara pun agkat dua-dua tangan mintak dukung. Comel sangat zara time tu.
Selesai solat , naik ketas la tengok movie . Cerita ni je yang sempat tengok. Nak tengok Nigat at museum tapi habis lewat sangat terpaksa tukar cerita lain FANTASTIC GHOST WEDDING
Best jugak cik iena tengok. Genre dia komedi . Memang gelak lah tengok kan.
Selesai tengok movie , balik and makan malam dekat kedai je. Tak sempat masak. Keesokan harinya Mak balik kampung .
Nota Blog : Mak, kalau nak merajuk bagi tau awal2 boleh plan nak pergi jalan-jalan haha
Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com